Sunday, January 24, 2010

budak baru belajar

saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan. ni hasil mengisi masa lapang dengan aktiviti conteng2.. setelah menggunakan potong-shop...inilah hasilnya...banyak lagi kelemahan yang ditonjolkan...usaha tangga kayu

Friday, January 22, 2010

aku vs warden asrama

dah 3 minggu aku jadi warden. sepanjang ni takda la perkara yang terlampau sangat...sekolah pun sekolah budak baik...jadi problem pun sket.. malam ni ada perjumpaan asrama..jadi setiap warden kene bentangkan dasar dan peraturan yang kitaorang pegang. aku pegang LUJNAH SEBARAN AM DAN MEDIA MASSA. budak2 memang kene peringat selalu...aku pun tak paham le..kekadang malam dah kene basuh, pagi buta dah buat hal... ape masalah borang ni sebenarnya..jiwa kacau ke??? memandangkan aku masa sekolah tak pernah dok asrama, hanya stat kat matrik ...benda2 camni aku tak paham sangat... huaahhhh..mengantuk dah..

Wednesday, January 20, 2010

Why I Like It Longer??

wow... bleh ke dapat free ker?? satu persoalan yang tertanya-tanya dalam diri... Why I Like It Longer?? nape yek
  1. kerana keinginan..ada jugak rasa nk bli hanphone baharu..tapi pasal yang lama boleh guna jadi terkubur jugak hasrat tu. yelah guna sampai tak boleh guna...lagipun sekarang kempen berjimat cermat la katakan.hehe
  2. kerana design dia simple tapi cukup menawan.
  3. kerana harga dia...tak mungkin rasanya dalam hidup aku, aku akan beli handphone semahal ini
  4. kerana nipis, jadi senang simpan dalam poket
  5. kerana aku suka makanan berasaskan coklat...tetambah handphone kalau dat free memang best
  6. kerana dah lama aku ngidam handphone 3G. sekarang hanya guna 2G aje.
  7. kerana aku sekarang macam awan berarak...tak menentu..kejap mendung..kejap cerah sikit...kalau dapat bleh hepi sket lah
  8. kerana nak masuk contest ni pun bukan susah...mana tau ada rezeki...yang penting usaha dahulu...usaha tangga kayu...err..heheh bukan ..usaha tangga kejayaan
  9. kerana kalau aku dapat handphone ni mungkin akan jadi hadiah untuk orang lain...sape???...hai kalaulah iye...orang lain tu untung la..aku tumpang hepi aje
  10. kerana aku buat blog...maksudnya sebab aku dah buat blog... kalau aku tak buat blog adakah aku akan tahu semua benda ini...
  11. kerana semangat... semangat untuk menang..yeahhhh...semanagat seorang cikgu...semangat seorang warden...semangat ape2lah..
  12. kerana masuk contest bagi sedikit kemeriahan...supaya ramai orang yang masuk jugak...cepat-cepat
  13. kerana aku pasti bile dapat handphone ni mesti berguna punya untuk hidup aku...lagipun boleh amek gambar yang lebih baik pasal 5MP...jadi senang , ke mana-mana tersedia
  14. kerana belum pernah dapat menang contest yang hadiah dia kekabommmm....
  15. kerana nuffnang bagi emel kat aku suh masuk..jadi aku pun masuk la..
  16. kerana aku ada talian internet...kat sekolah ada kabel n wireless...kat umah pakai broadband sendiri...cube bayangkan kalau tak da talian internet..tak leh nye aku nak publish post ni..
  17. kerana qada dan qadar ALLAH SWT yang menentukan aku masuk...kalau menang Alhamdulillah...kalau tak tak rugi pape...
  18. kerana aku tengah lapang malam ni...jadi boleh buat post sebegini rupe
  19. kerana sekarang semua barang dah mahal dan naik harga...tak mampu aku nak bli mahal2 semata-mata kerana handphone..dapat free ok gak
  20. kerana aku dah dapat setakat ni rm0.50 dari blog aku...ape kaitannya???..mungkin ada maksudnya kalau 50 sen bleh dapat, handphone mungkin jugak ada harapan
  21. kerana dalam mathematics dan add. mathematics ada tajuk probability@kebarangkalian...masa nilah nak tengok adakah ada kebarangkalian untuk aku menang ... adakah kebarangkalian untuk menang P=1...huh itu hebat sangat
  22. kerana suka-suka...
  23. kerana I Like It Longer..yeahhh
dan itulah serba banyak kenapa aku sukakan ianya...

Tuesday, January 19, 2010

orang kata aku

hari ni aku sound lagi budak2 yang baik2 benor. main bola n "berkawad" tengah pagi buta. dorang ingat aku dah lupe...sorilah..kali ni ingatan aku tetap kuat... puncanya dari seorang yang aku aim dari awal, masa tu aku mengintai dari kamar... peluang untuk jumpa aku dah tertutup, biar aku pulak berjumpa dengan dorang..apa yang berlaku..takpelah biar aku simpan... budak 5 maawa terintai2 aku tengok, si izzudin tu...kang nak kena dengan aku jugak... budak2 yang baik ni aku tak paham, apa yang dorang nak...buat bising tengah pagi buta, main bola...dah la malam tu geng2 berempat ni jugak dah kena, pastu buat menda yang lain pulak... manusia memang tak terlepas dari kesalahan, cume jadi lah budak yang baik..insyallah..mereka akan jadi budak baik ada lah beberapa orang kata semenjak dua ni kata aku semacam je...hepi je... emmm...hepi sangat kah aku...aku cume ambil kata2 dari abang aku, walaupun banyak masalah, simpan aja dan tunjukkanlah yang kita hepi n ceria (ceria sangatkah aku???) mood aku semenjak dua ni memang tak menentu, tapi simpan ajalah dalam hati...yang boleh diubat-diubatlah...terima kasih kepada yang berkenaan... berperang dengan diri sendiri adalah suatu perkara yang paling mencabar... macam jihad...sebesar2 jihad mengawal nafsu diri.. ya Allah...tolonglah hambamu ini...

Sunday, January 17, 2010

terlindung dan hujan

petang khamis jugak aku baru tahu sesuatu...dia pun dah nak mulakan hidup baru tahun niey...jadi tutup bukulah...falsafah shafarin memang benar tapi untuk dipraktikkan tu tanya diri sendirilah...aku belum mampu...dan tak nak pikir panjang ke situ... cume terkantoi rupenya aku diperhatikan oleh orang2 ni... iskh2.. ms= kene berhati2 lain kali dan membawa ke petang jumaat...balik dari sekolah terus solat jumaat...kepenatan...rupenya petang itu juga langit tak selalu cerah...memang petang tu gerhana dengan 28%... tapi langit dalam dimensi aku pulak terus gelap... entah...silapnya aku...aku dan aku... terlalu excited..mungkin gelap petang dengan hujan yang turun membawa ke malam... solat isyak tah ke mana terus gelap dalam pembaringan...ish2 ...kembalilah kepada ALLAH SWT... cube lah jugak untuk kuatkan diri sendiri...payah sebenarnya tapi terpaksa...setelah dibuang aku cube kutip balik...mengutip diri aku sendiri... sebab bila ia ...entah..... aku kutip balik keping2 yang dah pecah ..harap boleh disambungkan kembali... dan aku dapat sedikit keping yang rapuh tadi...kalau boleh nak dapatkan kembali kepingan yang sempurna.... ms= hidup ini macam2 hal...maaf kepada yang berkenaan

hari hari seorang orang

hari khamis aku bertugas ... hari tu ada meeting panitia, jadi keluar lambat sket. nak jadikan kisah, aku terpandang ke asrama putera, kipas tak bertutup dan terdengar suara manusia di atas... pasal tak tutup kipas memang nak kenalah dorm tu, tapi pasal suara tu membuatkan aku semacam ingin tahu, siapakah yang tak turun prep. alkisah, bila aku bukak mangga, mangsa2 ni kononnya nak intai dari tangga lari lintang pukang...hah, sah le ada yang ponteng prep...jadi seluruh dorm n bilik aku jelajah...rupenya satu bilek yang aku terlepas, ruang tersorok dalam bilik gosok...suprise...anak murid aku gak...ishk...budak2 baik plak tu...apa lagi... ceramah tanpa tauliah la aku (nasib jais tak mai...ihihihi) malam pulak, sekali lagi budak f4 buat hal tak turun solat jemaah isyak...kena lagi bebudak ni dengan ust rahim....dah cukup kene basuh...ada lagi masa jam 2-3 pagi..tengah orang syok tido...ada pulak yang main bola...pastu berkawad lah... ni bukan hantu2 asrama..tapi pelajar2 yang memang bertuah betul...dan nasib aku tak dapat tangkap...kalau tak nahas bebudak ni...tapi aku tau budak2 ni f4 jugak yang kene basuh malam tadi...aku pun tak paham la...ape masalah budak2 yang baik ni??? ape yang dorang nak. semoga2 budak2 ni jadi budak yang baik dan berjaya...

Wednesday, January 13, 2010

2 cerita di sekolahku

dah berapa lama aku wat blog baru arini aku tgk aku dapat duit..haha rm0.25 sen.. takpelah aku tulis pun suke2 aje..tq lah sape2 yang mengelik tu ni cerita kat sekolah cerita pertama cikgu2 yang bujang cam aku memang asik mengena la...ape lagi bab2 kawin le..jadi seorang rakan guru bagi analogi kawin macam main api. dia amek kate2 cikgu dia jugak...lebih kurang camnilah ayatnya " kawin ni macam main api... kita mesti nak sangat rasa macam mane rasanya dalam api...pasalnya tak pernah rasa..tapi bila dah dalam api..mesti kita nak keluar lari dari kepanasan api tu.." so...aku no commentlah... cerita kedua nak dipecahkan sejarah (kate cikgu halim sairi)... maka dah nak dekat exam math ni...semua cikgu yang kene jaga exam tu tertanye2 mane ketas??? jadi berhubunglah sepantas kilat dengan tepon (kalaulah zaman dulu tentu terkejar2 cari cikgunya)... last2nya seperti dijangka...cikgu tu tak buat soalan ...pasalnya dia sendiri tak tau.. jadi exam math diganti dengan yang lain sape yang salah?? semua terlibat secara lansung atau tak lansung. saya...no comment sekali lagi ms= aku pulak buat soalan add met banyak sangat dan susah...tak berbaloi untuk masa 1 jam...kene jugak..no komen

Monday, January 11, 2010

--

Saturday, January 9, 2010

R3 t

sajak ini telah mengalami pengubahsuaian beberapa perkataan sejak skrip asalnya ditulis. pernyataan dalam kurungan merupakan huraian dari ungkapan2 terpilih. -------------------------------------------------- R3 t

Hidup akan terus melewati batas ruang dan waktu;

membuatkan aku perlu terus melangkah ke hadapan (sajak dalam kelas kimia organik 1...tak pasal2 kene bersajak sebagai hukuman yang dikenakan oleh dr. Faujan.)

Istilahkanlah erti hidup(dayang nurfaizah) antara ruang-ruang pepasir yang memutih kebenaran;

kelak ada tawa riang

Wajah kesayanganku ini tidak akan kekal kerana dimensi ini menghadirkan ruang masa (merujuk kepada tajuk R3 t itu sendiri; alam nyata mempunyai tiga dimensi nyata ; paksi, x, y dan z dan satu lagi dimensi iaitu masa)

Tapi terpahatnya pada ruang yang paling dalam;…hati

terubat sendirian selepas kelukaan

Semanis madu, sepedih luka, sepahit duka;

ramuan istimewa pelengkap rasa

Sedangkan pada pangkat dan harta yang dikejar-kejar

telah meleburkan ruang kebebasan

Yang penting niat dan keikhlasan…(dr. zol azlan)

Susah menjaga hati, sangatlah susah wahai sahabatku...

Tapi demi teman sejati (brothers), ada senyum buat aku selalu gembira.

----------------------------------------------

sajak ni aku tak pasti bile ditulis tapi masa aku masih belajar di upm. dedikasi kepada seorang kawan karib yang mana diolah ayatnya merangkumi peristiwa dan ingatan semasa di upm.

cerita tentang sebuah bilik

masa dekat upm aku memang suke sangat buat sajak....suke2 tetapi sajak2 yang aku buat kebanyakkannya tentang diri aku dan benda yang terjadi di sekeliling aku. mungkin dengan menulis sajak salah satu cara meluahkan perasaan kita.

Bilik

Dalam sebuah bilik

pada sebuah kenangan

bersama gelak ketawa

mengiringi sisa-sisa malam

dalam sebuah bilik

menyaksikan sebuah kehidupan

karenah rakan-rakan

dalam mengapai kejayaan

hingga akhir nanti

tiada lagi semua ini

hanya terlakar ingatan sepi

pada penghujung pertemuan bererti

sebagai suatu suratan janji

yang tak akan kembali lagi...

sa-fa-rin

dalam bilik 297

20:09, 14 november 2006

sajak ni dedikasi secara umumnya aku tulis untuk semua yang berada kat upm tapi lebih tepat merujuk kepada lokasi sebenar bilik 297 , blok mawar, ktdi. waktu dan tarikhnya seperti yang tercatat...tajuk yang ringkas menggambarkan maksud yang sebenarnya. ..cerita tentang dalam sebuah bilik bilik ni bilik nasroul haqimi dan mohd rahmat ramli. masa tu ramai kat bilik tu...masa aku tengah baring dekat lantai, secara spontan sajak ni aku tulis menggambarkan di hujung2 waktu yang semakin hampir. masa ni aku di tahun tiga...

cube lagi

cuba jaya untuk menulis nama seorang budak master yang vogue...eh bukan vague...hehhe setelah diedit mungkin begini ajelah hasilnya...hish...mencabar benor

Wednesday, January 6, 2010

bayar zakat

harini aku tak berape sihat..da dua hari aku rasa tak sedap badan...dari petang semalam selsema...malam asik bersin jer...tuptup petang ni lagi sekali rasa tak sedap badan kuar jap pas balik dari sek ke tg karang...aku nak bayar zakat...wang simpanan...ni kali pertama aku bayar secara formal dekat pusat zakat...gaji aku dah tolak sesiap dah pi kat cini dengar penerangan dari pegawainya barule aku paham sket...rupenya kita bayar ikut jumlah terendah dalam simpanan dalam setahun... aku ingat kira baki akhir..so pasal dia kata baki yang terendah...memang terendah tu memang rendah sangat le...tapi simpanan kat bank rakyat , saham tu tak leh nak wat pape pasal duitnya tak bergerak... bayaran yang dikenakan ialah 2.5% aje setahun...aku tergerak hati kali ni pasal aku tertengok video UZAR... "kalau kamu takut papa kedana, maka Allah akan mengkayakan kamu menambahkan kurniaannya..." pasal ni lah aku terpikir, bukan jatuh miskin pun walaupun nampak rugi...takut jugak bab2 zakat ni ..rukus islam tu beb...satu je yang tak wat lagi... rukun nikah...emmmm....no idea lah

Sunday, January 3, 2010

fakhrur razi

haha ape kes ni... main hantam saja...nampak sangat ke"kantoi"an tulisan .hehehe kekonon nak tulis semacam pro...ceh

khat nama saya

"perghhh....kagum siut" itulah yang mampu aku ucapkan. terima kasih daun keladi buat ibnukhazin kerana menulis nama saya. hehe bukan aku yang tulis yek...nak tulis huruf tunggal pun tergetar2 tangan...senget2. papepun practice make perfect

Saturday, January 2, 2010

tarannum dengan kelas yang tersendiri

sape kate belajar lagu/ tarannum/ maqam arab xda kelas??? aku ambil dari buku pedoman lagu2 tilawatil quran pasal suara pun dia guna istilah2 muzik... aku pun tak le pandai sangat..yang aku tau ada 4 tangga suara QARAR (low), NAWA (medium terbahagi kepada mezzo soprano dan mezzo forte) JAWAB ( high/ crescendo) dan JAWABUL JAWAB (highest/ fortissimme)....puh istilah tak tahan yang lain2 tu kene tanye frazi la, dia pakar koir (konon la ). pasal lagu dan cabang2nya ni kekadang aku konpius jugak...tapi yang penting lagu pokoknya . pasal kat malaysia lebih kepada kaedah harakat. istilah vokal ADAGIO, LENTO, ALLEGRO, GRAVE (kubur)...tak pasti...kene tanye pakar musika....tapi dikatakan asal usul muzik diolah oleh bathlainus (ptolemy) ahli filsafat yunani. aku rasa ptolemy semua tau kalau belajar sejarah dulu. asal usul ni terbahagi kepada dua aliran hijazi dan misri. Rancangan Mari Bertarannum Ustaz Azizan (bapak dia pakar lagu n hakim lagu tilawah antarabangsa tu, otai2 la jugak) sebagai satu kaedah yang terkini yang inovatif dalam menguasai lagu-lagu alquran dengan cara yang mudah merentas kurikulum. layannnnnnn jer

tangan yang keras menulis khat

sekolah aku menubuhkan kelab seni khatnya sendiri setelah berpecah dengan kelab seni visual. aku memang dari kecik minat khat. bile teringat balik cam lawak pun ada. ada ke buat dakwat guna arang yang dijadikan serbuk...huhu ...dulu ada jugak rancangan kat tv ajar khat nasakh..memang minat giler la dulu bile masa berlalu...zaman berubah semua tu tak ke mane..terkubur macam tu aje..bile tergerak hati sejak ada beruk bend ni rupenye banyak blog pakar2 khat kat malaysia... bandingkan dengan aku apelah cam tak da pape pun... ni pun cube2 wat latihan khat thuluth sikit...iskh3...keras bebenor tangan...tah mende yang aku coret pun aku tak tau...lagipun aku gune pen khat OSMIROID..lagi sedap pakai pena resam...kertas pun A4 biase..ape lagi kembang le.. papepun usaha tangga kayu* ms = *ko sopi jangan nak gelak2

isu nama ALLAH ; semua mahukan hak?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal". Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka. Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini
Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

--------------------------------------------------------------------------------

(amaran=ulasan aku hanya berpandukan pandangan aku)

Allah... اللَّهُ

semua sibuk sekarang ni nak guna nama ALLAH... tu baru islam dan kristian...nasib yang lelain tak sibuk2 nak mintak jugak

bagi islam nama ALLAH memang termaktub dalam kitab suci Al-Quran. contohnya :

----------------------------

Surah Al-Ikhlass

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

اللَّهُ الصَّمَدُ
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
3. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

--------------------------------------------

jadi sememangnya nama tuhan bagi orang islam ALLAH. tak perlu diperdebatkan lagi.

masalah timbul bile agama kristian atau lebih tepat akhbar mingguan The Herald bagi gereja Khatolik memohon untuk menggunakan nama ALLAH.

bagi negara indonesia tiada masalah kerana islam dan kristian bebas menggunakan istilah ALLAH. lihat sajalah bible , alkitab terjemahan indonesia sebagai contoh

---------------------------

kejadian

1:1 Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.
1:2 Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.

----------------------------------------------------------

untuk perhatian umat islam, terjemahan di atas adalah petikan dari bible terjemahan indonesia..sekali lagi bible terjemahan indonesia. cube bagi umat islam...kan dah keliru, sekali baca macam terjemahan al-quran..jadi inilah yang di bimbangkan oleh banyak pihak.

aku tertanya2...kenapa gereja katolik tu sibuk nak guna nama Allah? sedangkan cube kita selak pula dalam bible new king james version, salah satu versi yang dikatakan terbaik juga merujuk pada terjemahan yang sama dengan ayat di atas tadi

-----------------------------

genesis

1:1In the beginning God created the heavens and the earth.
1:2The earth was without form, and void; and darkness [was] on the face of the deep. And the Spirit of God was hovering over the face of the waters.

--------------------------------

nah...tak sibuk pulak bible ni nak guna perkataan GOD kepada ALLAH....masalah lebih besar...siape ALLAH yang mereka rujuk???

adakah BAPA/ FATHER

atau ANAK/ JESUS

atau RUH KUDUS/ HOLY GHOST

yang mana satu.???dan juga adakah mereka mendapat perkenan dari POPE BENEDICT (kadang2 juga dipanggil PAUS BENEDICT)? sedangkan POPE seorang yang tertinggi dalam ajaran kristian masa kini. aku rasa pope benedict pun tak sibuk nak guna nama ALLAH...kalau tak dah lame pope sendiri yang umumkan ke seluruh penganut kristian supaya tukar nama...

dan adakah orang kristian sendiri di malaysia nak sangat guna nama ALLAH?

-------------------

Surah Al-Kaafiruun
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
2. "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ
4. "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

........................................................................................................................................

ms = pak najib...tolong le wat sesuatu...jangan sampai jadi 1AGAMA plak ... semua agama jadi same jer..ishhk2..

Friday, January 1, 2010

abang-adik

apakah erti pada abang dan adik??? hari ni peristiwa yang tak disangka... aku mintak pada seorang kawan...lame dah..suatu masa dahulu...pada zaman dahulu ...errr...pasalnya, kerana bila aku buang B dan dia buang C dari nama nikname ...maka aku jadi adik dan dia jadi abang...yelah dia tua dari aku...tapi hasilnya aku kene marah pasal ini aje...permintaan yang tak masuk akal katenye...aku mintak pn pasal dia kawan baik aku... aku mane ada abang, kakak, adik...sorang2 jer...tunggul kayu.. tapi malam ni aku tak sangka...chat dengan dia dalam mukabuku,...tah macam mane tetibe dia cakap "ko kan nk jd adik aku"... dia ingat balik benda yang dah lapuk...padahal aku taknak ulang lagi pasal nanti dia marah.. "Pagi yg gelap kini sudah terang Aku adik mu Dan engkau abang Ku amat merindui kan mu Pagi yg gelap kini sudah terang Aku adik mu Dan engkau abang Ingin ku ulang ke masa dulu" adik = terima kasih abang...

tenggelam ke dalam bumi dikala petang langit merintih

puh..tajuk cam gempak..cam cite taubat setiap petang jumaat jer.. sememangnya langit petang itu kureng skit...sedih memanjang... bila dah sedih2 ni macam2 leh jadi...cam lori ini... ape nak buat...kalau dah ditakdirkan tenggelam ke dalam bumi tak leh kate ape lah...sepandai2 drebar lori, kengkadang terkantoi juga... cube tengok burung gagak tu..mesti dia rasa lawak tergelak2 tengok lori tu ...yelah bukan selalu tengok yang risaunya, sebelah yang terbalik tu kolam..iskh2...kang tertambak pulak kolam tu...sian plak ikan2 kene timbus... haa..jangan nak amek plak no plat lori tuh...hehehe sememangnye depan umah aku ni memang "berhantu " tenggelam kot...ishhh jangan...pasalnya aku pn penah tenggelam kete aku tengah jejalan...tapi takda la mistiknya..cume pasal hujan dan tanah lembek..terpaksa panggel pakcik aku tlg tarik...dah le masa tu time first hari puasa...dalam hati jangan cite lah...punye berangin ribut jer... baru plan nak angkut tanah merah dah jadi camni..iskh2...sok dah kene pi sek...ahhhhhhhh...

pedang goujian

pedang goujian
Pedang Goujian (Cina Tradisional: 越王 勾践 剑)- (mungkin lebih tepat PEDANG GOU kerana jian=pedang) adalah sebuah artifak arkeologi dari Musim Semi dan Gugur ditemui pada 1965 di Hubei, China. Terkenal dengan ketajaman dan ketahanan untuk menodai, itu adalah artifak sejarah daripada People's Republic of China saat ini dalam memiliki Muzium Hubei. Pedang Goujian adalah 55,6 cm (21,9 in) panjang, termasuk 10 cm (3,9 in) gagang. mata pedang ialah 5 cm (2 in) lebar. Selain berulang pola rhombi gelap di kedua sisi bilah, ada juga hiasan yang diperbuat daripada kristal dan pirus biru. Hulu pedang terbalut oleh sutera, sementara yang memukul terdiri daripada sebelas bulatan konsentris. Komposisi kimia Setelah berada di air selama dua ribu tahun, Pedang Goujian masih mempunyai bilah mata yang tajam dan tidak menunjukkan tanda-tanda noda. Untuk memecahkan misteri ini, para saintis di Fudan University dan CAS dibuat menggunakan peralatan moden untuk menentukan komposisi kimia pedang, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah ini

Amount of element by percentage

Part examined Copper Tin Lead Iron Sulfur Arsenic
Blade 80.3 18.8 0.4 0.4 - trace
Yellow pattern 83.1 15.2 0.8 0.8 - trace
Dark pattern 73.9 22.8 1.4 1.8 trace trace
Darkest regions 68.2 29.1 0.9 1.2 0.5 trace
Edge 57.3 29.6 8.7 3.4 0.9 trace
Central ridge 41.5 42.6 6.1 3.7 5.9 trace
Bilah pedangnya besar kemungkinan diperbuat daripada tembaga, membuatnya lebih lentur dan lebih kecil kemungkinannya untuk menghancurkan; pinggiran mempunyai lebih banyak kandungan timah, membuat mereka lebih keras dan mampu mempertahankan ketajaman bahagian tepi; sulfur mengurangkan peluang ternodanya pola-pola.. Banyak (siape?) Ahli percaya bahawa komposisi kimia, bersama dengan hampir kedap udara sarung, menjelaskan keadaan luar biasa pemuliharaan pedang ini (sumber dari wikipedia)

qasidah ﻤﻨﺎ ﺍﻠﺮﺟﺈﻭﻤﻨﻚ ﺍﻠﻌﻔﻮﻭﺍﻠﺠﻮﺩ

ini teksnya alunan dari seorang johan qari peringkat antarabangsa...perghhh sedap siut..semoga mendapat manfaat dari teks yang dilampirkan

kek coklat

tajuk: cara nak buat kek dengan mudah yang boleh la dimakan objektif : membuat kek coklat hipotesis : kek ni selamat dimakan bahan/radas: bahan tepung tepung gandum 2 cawan (jangan tanye cawan ape) serbuk koko 1 cawan ( beli yang ok berbaloi..yang peket murah pahit sket ) baking powder 1 sudu makan Bahan telur ayam 3 biji (tak kisah gred ape...) gula 1 cawan (dikisar halus) susu tin 1 cawan (tak kisah bren ape) esen vanila 1-2 tutup majerin/mentega 1 cawan air panas mendidih 1 cawan radas mengikut kesesuaian. manual pakai tangan pun ok (hahah) prosedur: 1. bahan tepung disediakan dengan mengayaknya bersama. pastu biarkan 2. majerin dan mentega dipukul (jangan kejam sangat) sampai kembang. 3. telur dimasukkan bersama esen vanila . adunan dipukul lagi. (esen ni penting bagi tak hanyir telur) 4. susu dimasukkan. pukul 5. campuran tepung dimasukkan. kaup adunan perlahan2. jangan terlebih adun. nanti liat keknye 6. masukkan air mendidih dan terus kacau dengan baik. 7. ada baik kiranya sediakan loyang yang digris dengan sedikit mentega n taburkan sedikit tepung. buang lebihan tepung 8. masukkan adunan dengan berhati2. ketuk2 sket bagi padat. sikit aje 9. ops...sediakan dahulu oven (oven kuno camni pn leh ) ..bagi dia panas dulu dengan api kecik. masa selama 45 - 60 minit. test dengan cake tester atau lidi kalau bersih je kuar dah masak le. cek bile dah lebih 40 minit. kalau awal sangat nanti kek bantut. 10. tido dulu...kalau ada bran le 11. kek masak. sedia untuk dimakan tapi sejukkan dulu. paling baik besok baru makan. tamat kesimpulan: kek menjadi dan boleh dimakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails