Friday, July 20, 2012

nasihat untuk kita semua-sila tengok

Sunday, July 15, 2012

penutup maljis tilawah al-quran antarabangsa kali ke-54, 2012, mencuit hati

entah kenapa majlis penutup atau lebih tepat masa penyampaian hadiah begitu lucu dan mencuit hati (tak sampai hati nak guna perkataan lawak)

1. peserta dari negeria kot siap peluk Agong sambil menenepuk2 belakang baginda. masa tu kecoh dewan dengan tepukan. memang berani sungguh peserta ni. jamil khair mesti dah gelabah masa tu...

2. qari mesir terus ambil hadiah dari dalam dulang , bukan dari tangan Agong...sekali lagi dewan "ceria"....jamil khair sekali lagi bersusah payah untuk meneruskan protokol, namun qari mesir tetap slumber mengambil hadiah dari dalam dulang...

3. qariah dari mana tah masa naik ke pentas , akibat salah landing kaki, beliau tidak dapat menyeimbangkan badannya ketika tunduk hormat, n tertumbang ke belakang...masa ni yang paling gamat satu dewan...mane taknya, jamil khair, Agong, Permaisuri, datuk Mashitah dll semua ketawa..... masa ni aku tengah menaip mesej...tetibe aku dgr orang gelak...jamil khair semacam terangkat dari kerusi mahu menolong..tapi apakan daya...mmg tak bleh blah majlis penuh protokol jadi macam ni..hihihi

4. qariah terakhir yang terima hadiah berpatah balik setelah terima hadiah...sepatutnya beliau berjalan ke tepi...namun akibat kesilapan lalu lintas, beliau naik semua ke atas pentas untuk "kembali ke jalan yang benar"... masa ni pun suasana "ceria"


m/s: kalau ada rakaman kat tiub kamu kan best dapat tgk semula

yeah ...rakaman nye telah ada:

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails