menulis sajak..
menulis sajak ni semacam suatu ekspresi penulis
kepada alam di sekeliling
di mana objek-imejnya saling berhubung
secara lansung atau tidak lansung...
di sini ada beberapa hasil tulisan penulis
tapi koleksi ini adalah hasil tulisan pada zaman dahulu kala
boleh di kongsi bersama
semuannya ada kisah dan cerita
kaitannnya dengan yang hidup
atau yang sudah tiada..mungkin
semuanya sajak, tapi terkadang tidak seperti sajak
penulis namakan kumpulan sajak-sajak ini dengan nama:
Antologi Roti Gulung
Jalan tanKERTAS*pa diri
satu-satunya yang tersiar kat majalah Dewan Sastera. |
Jalan tanpa diri
Berlari pada hamparan suci
Menyelusuri jalan pengertian
Meredah rencah duniawi dalam kota keriuhan
Sambil dihembus bingkisan pembohongan
Raja kerajaan jiwa
Menghunus seribu pedang kekejaman
Pada jalan kebenaran
Yang kabur dengan kepalsuan
Tinggallah jalan kesunyian
Tanpa belas ihsan insan
Sendirian dalam kesepian
Rebah dalam kamar cinta hakiki
Tanpa diri pada jalanan ini
muhammad safarin
1235
10 November 2006
setelah kian lama menyepi
Ya...jauh sungguh perjalanan ini
umpama padang pasir tak bertepi
kelam dalam fatamorgana terik mentari
hilang diulit mimpi dan kenangan silam
alangkah gembiranya jika hidup dapat direncanakan
impian menjadi tawa riang
muram tiada rindu dendam,...tapi
itu hanya angan-angan dalam sedetik lamunan penghujung senja....
umpama padang pasir tak bertepi
kelam dalam fatamorgana terik mentari
hilang diulit mimpi dan kenangan silam
alangkah gembiranya jika hidup dapat direncanakan
impian menjadi tawa riang
muram tiada rindu dendam,...tapi
itu hanya angan-angan dalam sedetik lamunan penghujung senja....
R3 t
Hidup akan terus melewati batas ruang dan waktu;
membuatkan aku perlu terus melangkah ke hadapan (sajak dalam kelas kimia organik 1)
Istilahkanlah erti hidup(dayang nurfaizah) antara ruang-ruang pepasir yang memutih kebenaran;
kelak ada tawa riang
Wajah kesayangan seorang hamba(amir hamzah) kepada hamba yang lain tidak akan kekal kerana dimensi ini menghadirkan ruang masa (merujuk kepada tajuk R3 t
itu sendiri; alam nyata mempunyai tiga dimensi; paksi, x, y dan z dan satu lagi dimensi iaitu masa)
Tapi terpahatnya pada ruang yang dalam;…hati
terubat sendirian selepas kelukaan
Semanis madu, sepedih luka, sepahit duka;
ramuan istimewa pelengkap rasa untuk mengecap makna SEJATI(wings)
sisihan yang terjadi daripada keunggulan (gas unggul) manisnya ikatan ini
maka lukislah ilusi maya untuk ditatap selalu di kala rindu beriring puisi indah
Sedangkan pada pangkat dan harta yang dikejar puncak mengunung
telah meleburkan ruang kebebasan
Yang penting niat dan keikhlasan…(dr. zol azlan)
Susah menjaga hati, sangatlah susah wahai temanku...
Tapi demi teman sejati (brothers), ada senyum buat aku selalu gembira.
Ruang-ruang terlarang
Ruang yang penuh misteri
Tetapi telah tertulis pada ruang-ruang yang lain
Ruang yang tersembunyi
Tiada sesiapa yang pernah meredahnya
Kerana tiada jalan padanya untuk dilalui
Ruang yang ingin diintai
Namun sia-sia pandangan yang dihala padanya
Yang terhijab oleh ketentuan
Apabila ia terbuka
Terus mara datang menemui
Merentang kebenaran
Meskipun seribu cara dihalang oleh tembok-tembok ciptaan manusia
Ia tetap datang membawa kisah yang telah tersurat dan tersirat
Meskipun kau berlari ke ruang-ruang yang tersembunyi
Apabila putus sesuatu harapan
Janganlah kecewaKerana dihadapanku
Terbentang infiniti pilihan yang baik untuk diriku
Ambil satu ada lagi pilihan yang tak terkira
Senyumlah...
Kerana dengan itu harapan yang lain akan menjelma
Dan kecewa akan hilang
Jika ia tidak menjelma
Usahlah bimbang
Kerana bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Tuhan
Atas nikmat dan hrapan yang telah dikabulkan-NYA
Pernahkah kita sedar
Berapalah sangat nilai Sesuap makanan yang kita makan
Menjadi harapan yang sangat bernilai bagi insan yang lain
Harapan pada hidup dan mati
Sedarlah wahai diriku
Jika aku bernasib malang, malang sangatkah aku berbanding beribu-ribu lagi insan yang menanggung segala macam kesengsaraan dunia
Jika aku bernasib malang, apakah harus aku masih bersenang lenang
Kekenyangan dan mampu tersenyum gembira dengan gelak ketawa
Apabila senang kongsilah kesenanganku itu pada teman yang lain
Biarlah segala kesusahan ku tanggung sendiri
Jangan libatkan orang lain
Muhammad safarin
2354
2 disember 2006
Pembunuhan ini
Pembunuhan ini
Membuatkan aku terlantar di pembaringan
Bersama linangan air mata
Pembunuhan ini
Merubah suasana malam
Dari terang menjadi kelam
Suram
Bersama bayangan hitam
Aku masih bernafas
Dalam sebuah pembunuhan
Tanpa setitik darah terlepas
Tapi sekeping hati jatuh terhempas
Beri kepuasan pada si pembunuh ini.
Ada hidup (life is hidup)
Ada hidup ada perjalanan
tiada janji atas permintaan
setelah lama menyepi
ia tertunai
kerana ia mahukan tulisan
sementara ada kebaikan ini…
Ada yang terlalu baik
Terlalu baik
Hingga orang mempergunakan kebaikannya
Yang suka mempergunakannya
Akan terus dengan kerjanya
Tanpa rasa bersalah
Hingga orang memperkatakannya
Banyak orang berkata-kata
Aku juga berkata-kata
Tapi bila mulut tak reti menyusun kata
Buat ramai orang benci
Kerana dia berfikir dia yang betul
Tapi selalu dia memperlihatkan yang tak betul
Yang tidak betul boleh diperbetulkan
Yang penting diri sendiri betul, kenalah beralah
Kenalah beralah dalam kehidupan
Pada tempatnya…
Apa guna bertahun menyusun kata
Yang selalu manis
Tapi lenyap dalam sekelip mata…
Hanya serangkap kata pedih
Memang pedih hanya terasa pada yang kena
Pada yang tidak merasa hanya tahu mengata
Pedih itu lebih pedih dari pisau menghiris kulit
Mungkin kerana tidak tahu rasa pedih itu
Terus-menerus menjelmakan kepedihan
Pedih yang mengheret fikiran entah ke mana…
Fikiran kadang-kadang mengongkong
Sehingga mengusutkan jiwa
Hanya kerana wajah…
Wajah yang terlihat
Ada yang cantik, dikata bernilai
Disukai, digilai…
Ada yang biasa dikata tiada harga
Lalu tidak diendahkan, direndahkan
Tapi yang biasa tentu ada kelebihan
Tapi cantik itu jua satu kelebihan yang tak perlu dicari
Pada diri seorang insan punya kelebihan
Yang bernama tanpa makna
Selalu gembira, selalu bahagia
Buat penulis selalu terkenang…
Hidup ini akan menjadi satu kenangan
Bila ia telah berlalu..
Lalu…
Aku sedar..
Jika hari ini aku menulis
Esok belum tentu tertulis…
Kerana Allah lebih mengetahui
Laluan perjalanan hidup ini
1221
september 4, 2007
KUMPULAN SAJAK BERTIGA
1) suasana pagi
pagi ini sungguh hening
buat aku jadi mengantuk
pagi ini sungguh dingin
hingga aku ini berselimut
bersama ingatan
pagi ini sungguh sepi
hingga tiada sekelumit bunyi
membuatkan aku terus terlena
dalam dakapan kasih sayang
pagi ini sungguh pilu
bila mengenang kisah silam
dalam mimpi yang menjelma
sehingga aku terjaga dari lena ini
oh sayang... kau tetap ada di hati ini
10.26 am
dewan bimasakti
k13
2) insan-insan tertunduk
insan ini lahir dengan rasa ego
riak sombong pada kuasa
pangkat jua pada namanya
bersama jari telunjuk
dan mulut berbisa
tidak mudah tunduk
tapi ingat...
bila insan punya kesedaran
apabila mengerti pada kepatuhan
ada rasa ketaatan
hingga hilang segala kuasa
dikala diri tinggi menjulang langit
ia tertunduk pada yang berhak ditunduk
tapi tertunduk insan itu
bukan pada yang berhak
sedang ia insan terpilih
mulia dipandang
dalam dewan keriuhan ini
yang tunduknya bukan keinsafan
yahg tunduknya bukan ketawadukkan
tapi tunduk pada kelenaan...
11.45
dewan bimasakti
k13
3) baju baru
tersenyum aku melihat
pada sehelai baju baru
di tapak tangan ini
disulam indah warna kehidupan
penuh corak-corak kemuliaan
dikait teguh nilai kesopanan
tersemat kejap taqwa keimanan
ku harap menjadi pakaian hidupku
penganti koyak keji baju dahulu
selepas ku sarung baju ini...
12.00
dewan bima sakti
k13
MS: sayembara puisi bersama azme yahya dengan tajuk diberikan oleh azmi zainuddin
sajak-sajak bertiga adalah tercipta semasa kursus kepemimpinan putra di dewan bima sakti kolej 13 pada 26 jun 2007.
Bilik
Dalam sebuah bilik
pada sebuah kenangan
bersama gelak ketawa
mengiringi sisa-sisa malam
dalam sebuah bilik
menyaksikan sebuah kehidupan
karenah rakan-rakan
dalam mengapai kejayaan
hingga akhir nanti
tiada lagi semua ini
hanya terlakar ingatan sepi
pada penghujung pertemuan bererti
sebagai suatu suratan janji
yang tak akan kembali lagi...
sa-fa-rin
dalam bilik 297, KTDI UPM
20:09, 14 november 2006
Dan janganlah seseorang itu memanggil maut datang
Tetapi biarlah ia datang dengan sendiri menemuinya
Paling bermakna ketika dia telah sedia menemuinya meskipun terpaksa meninggalkan sesuatu yang disayangi
Dan ingatlah ketika maut itu sudah datang menemui kita
1/3 harta yang ada akan ditinggalkan dirumah
1/3 lagi harta yang disayangi akan mengiringi kita sampai ke tepi liang lahad
Hanya 1/3 harta yang tinggal akan menemani kita di ruang kuburan yang kelam dan sepi
Yang tiga itu adalah amal perbuatan kita, doa anak yang soleh dan ilmu yang berguna yang disebarkan kepada umum
Lalu tertanya-tanya kepada aku yang sedang hidup
Sibuk kedua belah tangan mengaut keuntungan duniawi
Apa yang akan ku bawa hanyalah tiga itu sahaja
Sedang dosaku tidak ku duga banyaknya....
Muhammad safarin
2238
27 December 2006
Aku datang ke dunia atas rahmat Ilahi yang penuh dengan kasih dan sayang
Namun aku terus terlena dibuai rasa cinta kepada dunia
Sehingga mataku terlelap dari merenung atas segala ikhtibar dari apa yang berlaku di dunia
Ingin ku cari nilai cinta yang sejati pada hati seorang insan
Tetapi aku masih kurang nilai cinta kepada pencipta insan
Oleh yang demikian aku masih dilindungi oleh bayangan kabus agar tidak menemui manusia itu
Cinta kepada manusia terkadang menjadikan kita lupa yang ia belum tentu pasti buat kita
Membuatkan sepenuh ketulusan jiwa diberikan kepada yang dicinta
Sedang itulah yang kita agung-agungkan
Yang membuatkan kita leka dan menjadi gila
Sedangkan merana kerana cinta kepada dunia tiada berharga dan hanya menjadi duri-duri tajam yang menusuk jiwa
Apabila cinta tiada balasan yang diterima terjadilah gila-gila yang akhirnya menjadi penyesalan
Aku yakin jika cinta sejati itu sudah hadir
Takdir juga telah tertulis
Maka dua hati akan menjadi satu
Cuma masanya belum tiba
Wahai aku
Kelebihan yang aku ada suatu kekurangan
Tetapi kekurangan yang aku ada juga suatu kelebihan
Terimalah apa yang dikurniakan tuhan dengan seadanya
Kerana yang baik itu sebagai restu yang lebih baik dari Pencipta
Gaya pembunuh jiwa
Pembunuh bersama gaya kejam
Tanpa pedang saktinya
Tiada lagi hujan panahan bisa
Bukan dari serangan tombak menerpa
Hanya senyap dan senyum
Menerbitkan luahan kata-kata
memusnahkan jiwa
dengan gaya tenang tampak gembira
hasrat keji menguasai dunia
HAKIKAT KESEPIAN
waktu berganjak melewati benak fikiran
menjamah urat daging
dalam kekosongan dan hampa
menerbitkan kancah kegawatan
terpahat noda-noda kelam pada sekelumit jiwa
sedang alam bumantara riuh berbicara
sedang itu telinga terbungkam
mata melirik
bibir tercalar
meluahkan dusta-dusta dosa
sedang hakikat merintih kebenaran
sedang sepi itu masih keriuhan
mengingatkan pada kealpaan
menghapuskan kegawatan dalam lubuk-lubuk puaka
mengembalikan segunung hakikat
selangit kebenaran
Hati
Aku datang dengan rendah diri
Dengan sekeping hati
Meminta erti
Untuk persoalan ini
Aku datang tidak diundang
Tapi dinanti
Sekian lama
Akhirnya aku datang
dengan tidak disangka
Dihina dengan kata-kata sinis
Lagi menguris hati
Aku punya hati
Kau punya hati
Tapi engkau tidak mengerti hati ini
Aku ialah aku
Aku bukan dirimu
Oleh itu aku tetap aku
Kalau aku sepertimu
Aku tidak ketemu dirimu
Untuk hari ini dan seterusnya
Kalau orang lain sepertimu
Siapa lagi yang ingin menyapu
Sampah duniawi
Yang engkau sendiri tinggalkan?
Aku tetap aku
Hormatilah aku
Sebagai manusia yang punya hati
Seperti dirimu jua…
2303
30.5.07
MS
Hujan
Ketika mentari menyingsing
Melihat kelangit membiru
Harap cerah disimbahi cahaya
Meneruskan pekerjaan ini
Beralas sedikit tenaga
Bertemankan sebatang cangkul
Mencari sesuap rezeki
Ketika mentari di atas kepala
Mengalir keringat membasahi sekujur tubuh
Terasa perit membakar diri
Lebih lagi semangat di dalam hati
Sekilas terdetik
turunlah wahai hujan
turunlah wahai hujan
Buat menyegarkan bumi yang gersang ini
Ketika melangkah pulang
Terdengar guruh berdentum
Saling berbalas dengan pancaran yang mengejutkan
Ketika itu jua
Tidak tersedar telah sampai ke pangkuan anak isteri
menyambut kepulangan insan tersayang
dan turunlah rahmat dari Ilahi
tiada penghenti
sehingga keluar dari bicara
dengan memek muka yang masam
musnahlah tanaman aku...
Bersama beberapa patah perkataan
Aku percaya kepada seorang rakan
Sedang dalam diam aku ditertawakan
Yang aku berjaya dipermainkan
Dalam penipuan
Terdetik dalam hati
Apakah makna sebuah kejujuran
Jika mudah kata dusta diluahkan kepada seorang teman
Apakah engkau tidak percaya pada diriku walaupun telah banyak perkara yang belaku
Bukan menyatakan aku tidak pernah menipu
Tetapi sanggupkah jika aku menipu rakanku sendiri
Di mana ketika itu juga aku merasa sebuah kegembiraan di balik penipuan itu
Sedang hati yang lain menjadi kecil
Seperti dedaun di sungai Nenggiri yang dipukul oleh ombak-ombak kecil
Timbul tenggelam tanpa arah mencari kebenaran
Sedang kebenaran mungkin terpendam di dasarnya
Maka hanyutlah ia dengan penipuan berpanjangan...
Muhammad safarin
Awal pagi 15 disember 2006
Jangan biarkan kedinginan hati membakar, membara
Hati dingin sedang ingin menyala
Kerana sudah sekian lama dicurahkan minyak
Dan tongkol-tongkol kayu kering
kerana hanya bunga api
ku terus tahan dari menyala dengan rasa dingin
Tapi aku tak mampu menahan lagi
jika ia terus membara
tolonglah
jangan menabur pengaktif api
kelak aku takkan sedar jika dewan kuliah ini akan terbakar
kerana aku telah berapi
jadilah air
pada waktu-waktu terdekat ini
supaya api takkan menyala
janganlah sampai air jadi pemadam api
ketika telah hangus
Jika terdengar bacaan yassin berkumandang
Saat ramai manusia berkumpul
Berselubung pilu dan duka
Itulah tanda perpisahan yang terjadi
Untuk seorang manusia memulakan perjalanan yang baharu
Jika aku sekarang
Berada di tempat itu
Sudah tentu ada yang menangisi pemergianku
Ibuku sudah tentu sekali
Atau orang-orang yang mengasihi diri ini
Tapi aku pasti ada juga insan munafik
Di wajah bergenang air mata
Di hati riang tertawa
Membayangkan keuntungan duniawi
Sedang ia tidak mengambil ikhtibar
Atas hembusan terakhir yang ditatapkan di depan mata
Biarkan dia hanyut dengan duniawi
Nanti dia akan kesali atas perilakunya
Harap nanti dia akan mengerti sebuah pertunjuk Ilahi
Kerana aku tetap seorang diri berpakaian kain putih sahaja
Tanpa apa-apa pun benda yang aku bawa
Kecuali amal dan dosa yang akan dihitung...
Muhammad safarin
Awal pagi 15 disember 2006
Ku termenung sendiri
Di tepi lautan tak bertepi
Dipuput angin senja
Tenang berlalu
Seperti hembusan kasturi
Dalam kancah suasana kekalutan
Dunia ini
Meniti waktu kembali
Kesunyian meliputi alam maya
Ketentuan maha pencipta
Langit Petang
secalit awan jingga di langit petang
mengiringi perjalananku ke pangkuan tersayang
membingkiskan rasa kenangan
pada sebuah persahabatan murni
perpisahan itu
di tengah kesibukan kota
keriuhan perjuang dunia
tak bisa melunturkan ukhuwah yang terbina
demi persahabatan murni
antara tiga jiwa menagih setia
teguh berdiri bagaikan menara sakti
meniti arus kehidupan yang mendatang
yang menanti
tidak ku lupa pada hari itu
di langit petang
sambil mengharap keredhaan Sang Pencipta
merahmati persahabatan ini
Mendung
Seperti mendung berarak pagi
Kehampaan terus menyelubungi benak hati
Ke mana lagi isi hati ini hendak disampaikan lagi
Seperti mendung itu membawa harapan berlalu
Akhirnya luluh dalam titisan sayu meratapi sebuah kehidupan yang suram
Tanpa sinar cahaya indah di pagi hari
Apakah titisan sayu itu bisa membangkitkan kesegaran pada duniaku
Dengan harapan yang tiada menentu
Akan tercapai dalam ??????????? di hati kini
8.44 pm
23/7/06
Pada suatu hari
Hujan turun dengan lebat
Bersama daun kering
Bersama jejak langkah
Meninggalkan kesan di jalanan
Bersama sekeping hati
Menongkah ke langit tinggi
Merenung ke dasar sanubari
Tentang kehidupan ini
Kelak….
Hujan akan berlalu pergi
Membentangkan seluas jalan kesenangan
Bagi meneruskan pengembaraan ini
S.A. far in
10.36 pm
3 may 2007
Penantian senja
Senja semakin menghampiri detiknya
berlabuh menjanjikan kesepian dalam suram tenggelam
berlabuh menjanjikan kesepian dalam suram tenggelam
Mengekori amal perlakuan manusia
Senja dengan cahaya terbias redup
Meleburkan hati yang keras
Memohon pengampunan
Atas coret luka hati
Semoga malam yang berganti
Ada sekelumit sinar harapan
Mengukuhkan ikatan suci ini
Kekal tiada ganti
Hingga senja yang terakhir nanti
Manusia bertemankan perasaan
Yang lahir dari sanubari
Yang tetap diselubungi nafsu
Berselindung di sebalik manis bicara
Tiada lagi tulus susun kata
Tersembunyi hakikat nyata
Tolonglah singkap rahsia hati
Sebersih hati yang kudus
Tanpa noda-noda kebencian
Menanti di balik tirai kebenaran
Dengan segala kenyataan yang ada
Dalam hati tulus murni
muhammad safarin
Falsafah Roti dan teh
Di waktu pagi
Aku pergi ke warung kopi
Memesan sekeping roti canai
secawan teh susu
Buat mengisi kekosongan diri
Bersama kuah dal dan sambal bilis
Ku cicah ke roti
Ku jamah terasa pedas
Tapi itulah kenikmatan…
Dari kemanisan teh susu
Memperlihatkan secangkir kejujuran
Kehangatannya menyedarkanku
Pada sebuah perkenalan
yang sangat bererti
sepedas-pedas sambal bilis
meresap ke dalam sanubari
menjadi hati lebih memahami
erti persahabatan
memaniskan kehidupan ini
Senyum sinis
Terpaku diri di ruang kekosongan
Di tepi jendela kesepian
Dibelenggu patah perkataan
Dalam kekusutan fikiran
Engkau dengan seulas senyum sinis
Bersama pertanyaan kosong
Hanya ku jawab dengan seulas senyum sinis
Kerana engkau mengetahui
Tetapi buat-buat tak mengerti
Nanti aku akan hadiri
Mungkin jua dengan seulas senyuman
Bersama patah perkataan yang engkau mahukan
Seperti jawapan yang tersedia di fikiran engkau
Yang engkau buat-buat tak mengerti
Muhammad safarin
2014
3 November 2006
Terasing
Pertemuan dalam suasana terasing
dalam jarak dan waktu yang berbeza
yang hadir hanyalah jasad ilusi semata
hadir tanpa di duga
antara dua insan
bersandarkan warkah utusan jiwa bicara hati
dalam gerak jari melakarkan lafaz kata bisu
ketika aku terasing dalam keriuhan gelak tawa berpasang-pasangan
menjadikan aku terperosok di hujung harapan
mengharapkan buih kasih yang mendatang
ditiup hembusan bayu cinta hakiki
namun buih itu tak selamanya kekal di alam maya
hilang dibawa ombak
berganti dengan kesunyian
kembali
andai terluka kedua kalinya
atas khilaf bicaraku
harap secebis kemaaafan yang hadir dalam hatimu
bisa meleraikan segala titik dosa
Tirai
Ini tirai putih
Lagi suci murni
Tanpa sebarang kekotoran
Ini tirai hati
terhalang dari hasad dengki
dari noda keji
ini tirai hakiki
hijab insan baik budi
akhlak terpuji
jangan nanti tirai hilang seri murni
bila jatuh menutup sunyi
disambut tangan pembenci
jagalah tirai ini
supaya tetap azali
supaya tetap bererti
S.A. far in
00;09
ktdi
p/s : idea semasa perkumpulan Pertama Bengkel Perancangan Organisasi BPO ’07 di KTDI UPM, dari tirai putih yang menjadi latar belakang foyer. Hasil dari skrip asal yang diolah semula.
hari selasa Malam rabu
12 September 2006
Pada malam itu
Ketika hati tiada kata lagi
Berlakulah perkara pelik
Dalam dunia ini
Menjadi persoalan teman
Biarlah ia berlalu
Tiada balasan yang ku mahu
Tiada penghargaan yang ku hendak
Hanya kemahuan diri
Walaupun digelar orang yang gila
Tapi ku harap diriku pulih seperti biasa
Bukan kerana mengharapkan cerita
Perkara pelik pada malam itu berlaku
Itu sahaja yang aku ingin beritahu
Ketika semua hilang
Ketika aku dihanyutkan sedih
Ku pegang sebatang pen
Mencurahkan rasa hati
Yang sedih jika sedih
Yang gembira jika gembira
Tiba-tiba aku tertumpu pada mata pen
Yang mendengar segala rasa hatiku
Ketika orang lain menyakitkan jiwa ini
Tapi sedarlah
Kembalilah kepada-NYA
Dia lagi mengerti dari sebatang pen
Kerana Dia yang menguasai pen itu
Kerana Dia jua menguasai diriku
Dia lebih mengetahui isi hati ini
Maka berikanlah segala pengharapan
Kepadanya
Muhammad safarin
Awal pagi 15 disember 2006
SEBUAH PERsaHABATAN
Terungkai dalam warkah kesepian hidup
Pada suatu laluan perjalanan yang panjang
Yang hampir pada perhentiannya
Takkala kegembiraan mewarnai detik waktu bersama
Yang nanti tiada lagi gelak ketawa antara kita
Wahai sahabatku
Tertanya aku dikala keheningan malam
Mengharap sebuah jawapan
Perpisahan antara kita bakal tiba
Apakah menerbitkan sebuah ingatan yang setia
Menghargai detik-detik waktu yang akhir ini
Wahai sahabatku
Rasa sunyi dan sepi itu bakal memgundang kembali dalam hidupku
Pabila perpisahan itu tiba
Yang mungkin hari yang berlalu seperti mendung hitam yang berarak
Suram…
Setahun yang bakal ku tempuh apakah bisa ada gelak ketawa lagi
Seperti hari-hari yang lalu…
Sahabatku
Tiada penggantimu
Yang bisa mengerti perasaan hati ini
Biarpun ada cela yang mengguris
Walaupun ada hati yang terhiris
Tapi nilai yang terkandung adalah suci dan murni
Walau aku mencari seorang pasangan di hati
Tapi ku sangat mengharap sahabat yang sejati…
Pilu rasa hati
Antara hari-hari suram yang bakal berlalu
Wahai sahabatku
Jangan lupakan diriku
Andai kalian menempuh sebuah kegembiraan yang menjelma
Kerana antara kita ada nilai yang sangat berharga
Sebuah persahabatan…
muhammad safarin
12.31
September 10, 2006
Roti Gulung
Suka...
Terukir senyuman yang menyejukkan mata memandang
Pada bibir dan wajah yang tenang
Membayangkan kesenangan hati yang berdegup riang
Seperti sekawan camar terbang ke langit impian
Sebebas-bebasnya...
Dan aku masih tertanya dengan mengira detik-detik yang ada
Duka...
Kesayuan jiwa yang diselubungi mendung hitam
Membawa titis-titis hujan kesedihan
Bersama gelora perasaan yang merintih pada harapan yang musnah dilanda badai
Hilang pada pandangan ku
Walaupun hujan itu belum berakhir
Meninggalkan lopak-lopak air mata
Selalu datang tanpa kusangka
Atau datang dengan sengaja
Yang aku penuh dengannya
Seperti itulah aku
Menahan dengan senyum dan gelak ketawa
Menutup cerita yang lain
Sayang...
Mengikat kasih mesra antara insan
Tak perlu diluah dengan perkataan
Lafaz yang berat tetapi itulah kebenarannya
Yang nanti akan ku diutus oleh suara dari sebuah bicara
Bukan sekadar ibu ayah yang mengasihi dan dikasihi
Tetapi kesamaan yang ada itu luar biasa pada lahirnya
Itulah kebenaran dari hati nurani (janggut =P)
Dari jiwa ke jiwa tanpa disedari
Yang akhirnya sampai waktu untuk aku berkata-kata
Tanpa aku berbohong lagi
Yang pasti jika ada yang mengetahui
Kelak akan aku dilempar dengan pisau-pisau
Yang akan merobek hati
Tetapi itulah...
Jawapan dari soalan yang lalu
kerana...
Persahabatan...
Sukar tetapi penuh ingatan
ada suka dan ada duka
ada dendam juga kemaafan
ada kebiasaan juga ada yang dari jangkauan pemikiran
aku meminta dan perlu memberi
jujur pada kata
telus pada perilaku
tulus pada hati
buktikan padaku
kerana awal waktu yang ku terima
bukan sekadar utusan maya dari kebijaksanaan manusia
buktikan...
Cinta...
Kalimah bukan sekadar kata
Tetapi benarkan ia di dalam hati
Kepada seseorang yang istimewa
Masih menimbulkan seribu tanda tanya
Dimanakah hakikatnya
Yang masih tersembunyi
ketika aku masih di jalan yang tiada arah dan pertunjuk
yang mengingatkan aku supaya tidak mudah tersungkur
tidak mudah berputus asa
dengan keadaan yang berlaku
yang terkadang genbira hadir dalam hati
yang terkadang masam dan tiada semangat mengingati pada si dia
maka yang lebih tepat
kembalilah kepadaNYA
pengalaman...
suatu pengajaran
untuk kebaikan di masa hadapan
agar ada bahagia yang terpancar
tak boleh luput dari ingatan
jika ia berbekas
RM...
Bukan belian cinta
Bukan belian suka duka
Apatah lagi sebuah persahabatan...
Jika kalian mengerti dan mengetahui
Ia menjadi bukti atas ketamakan manusia
Yang aku sedari…
Dari pengalaman sepanjang hidup ini
Setelah hilang sebuah
Cinta dan kasih sayang...
jika RM itu membawa ke alam fantasi
maka ia sekadar nilai yang tiada erti
Kerana ada nilai yang lebih darinya
kehidupan...
secebis babak yang mengisi sebuah hikayat di bumi nyata yang kelak akan digulung seperti roti gulung
Muhammad safarin
12:48
1 Disember 2006
di hujung jalan
mundar mandir menerjah angan-angan silam
ombak menbadai tebing hati
hanyut tak barpaut kasih
dalam menerkam nafsu
ya'kut bukan lagi permata nilam
ukuran iman kelam, suram
kerdip dunia menerbit rindu dendam
hidangan lazat santapan larut malam
ampuhkah hati jika rebutan dunia bukan abadi
indah jelmaan membuai mata yang terpukau
manakah hujung jalan yang ku tempuh mengiringi sisa waktu
iktikad dalam mencari jalan yang satu
disember 2010
*menyusun diksi setiap baris sungguh sukar