Hidup akan terus melewati batas ruang dan waktu;
membuatkan aku perlu terus melangkah ke hadapan (sajak dalam kelas kimia organik 1...tak pasal2 kene bersajak sebagai hukuman yang dikenakan oleh dr. Faujan.)
Istilahkanlah erti hidup(dayang nurfaizah) antara ruang-ruang pepasir yang memutih kebenaran;
kelak ada tawa riang
Wajah kesayanganku ini tidak akan kekal kerana dimensi ini menghadirkan ruang masa (merujuk kepada tajuk R3 t itu sendiri; alam nyata mempunyai tiga dimensi nyata ; paksi, x, y dan z dan satu lagi dimensi iaitu masa)
Tapi terpahatnya pada ruang yang paling dalam;…hati
terubat sendirian selepas kelukaan
Semanis madu, sepedih luka, sepahit duka;
ramuan istimewa pelengkap rasa
Sedangkan pada pangkat dan harta yang dikejar-kejar
telah meleburkan ruang kebebasan
Yang penting niat dan keikhlasan…(dr. zol azlan)
Susah menjaga hati, sangatlah susah wahai sahabatku...
Tapi demi teman sejati (brothers), ada senyum buat aku selalu gembira.
----------------------------------------------
sajak ni aku tak pasti bile ditulis tapi masa aku masih belajar di upm. dedikasi kepada seorang kawan karib yang mana diolah ayatnya merangkumi peristiwa dan ingatan semasa di upm.
No comments:
Post a Comment