Saturday, January 2, 2010

isu nama ALLAH ; semua mahukan hak?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal". Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka. Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini
Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

--------------------------------------------------------------------------------

(amaran=ulasan aku hanya berpandukan pandangan aku)

Allah... اللَّهُ

semua sibuk sekarang ni nak guna nama ALLAH... tu baru islam dan kristian...nasib yang lelain tak sibuk2 nak mintak jugak

bagi islam nama ALLAH memang termaktub dalam kitab suci Al-Quran. contohnya :

----------------------------

Surah Al-Ikhlass

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

اللَّهُ الصَّمَدُ
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
3. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

--------------------------------------------

jadi sememangnya nama tuhan bagi orang islam ALLAH. tak perlu diperdebatkan lagi.

masalah timbul bile agama kristian atau lebih tepat akhbar mingguan The Herald bagi gereja Khatolik memohon untuk menggunakan nama ALLAH.

bagi negara indonesia tiada masalah kerana islam dan kristian bebas menggunakan istilah ALLAH. lihat sajalah bible , alkitab terjemahan indonesia sebagai contoh

---------------------------

kejadian

1:1 Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.
1:2 Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.

----------------------------------------------------------

untuk perhatian umat islam, terjemahan di atas adalah petikan dari bible terjemahan indonesia..sekali lagi bible terjemahan indonesia. cube bagi umat islam...kan dah keliru, sekali baca macam terjemahan al-quran..jadi inilah yang di bimbangkan oleh banyak pihak.

aku tertanya2...kenapa gereja katolik tu sibuk nak guna nama Allah? sedangkan cube kita selak pula dalam bible new king james version, salah satu versi yang dikatakan terbaik juga merujuk pada terjemahan yang sama dengan ayat di atas tadi

-----------------------------

genesis

1:1In the beginning God created the heavens and the earth.
1:2The earth was without form, and void; and darkness [was] on the face of the deep. And the Spirit of God was hovering over the face of the waters.

--------------------------------

nah...tak sibuk pulak bible ni nak guna perkataan GOD kepada ALLAH....masalah lebih besar...siape ALLAH yang mereka rujuk???

adakah BAPA/ FATHER

atau ANAK/ JESUS

atau RUH KUDUS/ HOLY GHOST

yang mana satu.???dan juga adakah mereka mendapat perkenan dari POPE BENEDICT (kadang2 juga dipanggil PAUS BENEDICT)? sedangkan POPE seorang yang tertinggi dalam ajaran kristian masa kini. aku rasa pope benedict pun tak sibuk nak guna nama ALLAH...kalau tak dah lame pope sendiri yang umumkan ke seluruh penganut kristian supaya tukar nama...

dan adakah orang kristian sendiri di malaysia nak sangat guna nama ALLAH?

-------------------

Surah Al-Kaafiruun
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
2. "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ
4. "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

........................................................................................................................................

ms = pak najib...tolong le wat sesuatu...jangan sampai jadi 1AGAMA plak ... semua agama jadi same jer..ishhk2..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails