Sunday, November 14, 2010

additional mathematics = cara nak lulus dengan mudah, tips dan rancangan strategik

additional mathematics...jika matematik adalah memburu A+, add. maths adalah satu mimpi ngeri kat sekolah aku..walaupun tahun lepas peratus lulus meningkat, tapi masih ada yang tak lulus atau bahasa yang lebih manis, tak mencapai target yang diharapkan. disini ada sedikit syor dan strategi untuk lulus; hanya sesuai untuk mereka yang sentiasa tak mencapai target. kalau yang dah dapat gred C ke B ke cubalah dapatkan ke A+.

add maths bukan membunuh anda tapi ilmu fardhu kifayah yang tak ternilai

sedikit review:

Additional Mathematics terbahagi kepada 2 bahagian kertas; Paper 1 and 2. Paper 1 memberi markah sebanyak 80 markah dan paper 2 membawa markah sebanyak 100 markah. hasil P1+P2 = 180.

selalunya kebanyakkan sekolah memberikan markah lulus adalah 40 ke atas. di sini, penulis memberikan sedikit tips untuk lulus...jalan kepada menuju A (step by steps)


target separuh separuh

cuba kita target separuh; 180 / 2 = 90 markah. bila dijadikan peratus anda akan mendapat 50%. maka di sini anda perlu target untuk dapat 90 markah dari paper1 &2. pembahagian yang dibuat untuk setiap paper


Paper 1 (80 marks)
Paper 2 ( 100 marks)
Target skor = 80/2 = 40 marks

Conclusion = cuba target untuk dapat 40 marks di paper ini. Untuk paper 1 anda kena kuasai semua tajuk kecuali 2 tajuk di tingkatan 5. (rujuk jadual seterusnya)
Target skor = 100 / 2 = 50 marks

Conclusion = cuba target untuk dapat 50 marks di paper ini.
(40 + 50 )   x  100%  = 50%
                                                               180     
Anda lulus…syabas!!!

untuk paper 1 kena berusaha sket, banyakkan buat latihan...untuk Paper 2..ni yang seronok, anda boleh buat analisis mana yang anda nak jawab ..boleh rancang daripada sekarang untuk kemenjadian di masa hadapan.


Paper 2
Kita target sekurang-kurangnya 50/100 (separuh markah) untuk lulus
Section A (40 marks)
Answer all questions (7 Q)
Section B (40 marks)
Answer 4 from 5 questions
Section C (20 marks)
Answer 2 from 4 questions
Tajuk yang biasanya keluar
  1. Simultaneous equation
  2. Vector
  3. Statistics
  4. Trigonometry
  5. Progression
  6. Differentiation

Tajuk yang biasa keluar
  1. Linear law
  2. Trigonometry
  3. Circular measure
  4. Geometry coordinate
  5. Integration
Tajuk yang disoal hanya akan ditanya pada section ini sahaja.
  1. Solution of triangle
  2. Index law
  3. Motion along a straight line
  4. Linear programming
Cadangan pilihan:
Cadangan pilihan:
Cadangan pilihan :
1. Simultaneous Equation (F4)
-5 marks
(mesti , mesti dan mesti mahir dan mesti dijawab…)
1. Linear Law (F 5)
- 10 marks
(dengan mudah anda akan dapat 10/10; bandingkan soalan setiap tahun, hamper sama ; lukis graf )
1. Solution Of Triangle (F 4)
– 10 marks
(semua senang; mahirkan ambigious case atau kes berambiguiti dari segi melakar segitiga)
2. Statistics (F4)
-___ marks
(section ini antara yang digemari oleh pelajar, mudah untuk dikuasai.Cuba kuasai lukis graf frequency polygon, histogram, ogive, mencari nilai interquartile range and median using formula, variance and standard deviation …)
2. Coordinate Geometry (F 4)
- 10 marks
(advantages kerana anda belajar juga sedikit dalam Mathematics tajuk The Straight Line; faham konsep ia akan menjadi mudah)
2. Index Number (F 4)
– 10 marks
(setiap tahun bentuk soalan sama sahaja)
3. Vector (F5)
-___ marks
(boleh dikuasai dengan mudah)
3. Circular Measure (Form 5)
-10 marks
(jika anda faham konsep asas yang anda belajar masa PMR, anda dengan mudah boleh jawab soalan di bahagian ini)
4. Differentiation (F4)
4. Trigonometry (F 5)
-10 marks            
(cuba bandingkan soalan setiap tahun, lebih kurang sama, soalan prove simple sahaja dan lakar graf pun mudah)
Conclusion – cuba skor (5+15)/40
(mengapa ada 5 +..ini kerana soalan pertama, tajuk simultaneous equations adalah seperti pernyataan di atas)
Conclusion = cuba skor sekurang-kurangnya 25/40
(penulis tahu ada sebilangannya mampu dapat lebih daripada itu 40/40 atau 50/40…cuba usahakan)
Conclusion = cuba skor 20/20.
Total =20
Total = 25
Total =20
Total = 20+25+20
= 65
Kita target sekurang2nya 50/100 tetapi anda telah dapat 65/100. Syabas, anda telah lulus… cuba target untuk dapat A pula.


Anda mahirkan 2 tajuk form 4 ini, anda akan dapati ianya cukup mudah dan jika anda tak belajar atau menguasai tajuk form 5; Motion Along A Straight Line & Linear Programming pun takda masalah kerana ianya pilihan dan tidak akan disentuh pada bahagian yang lain malah Paper 1 . ini bermakna anda jimat masa untuk tinggalkan 2 tajuk F5 tersebut.

jika kita kira di atas,

(40 + 65 )/180 x100 = 58 % ..

...nah..anda telah lulus...usaha lagi untuk menuju A+

jadi lakukan yang terbaik untuk diri anda

untuk lulus...jalan menuju A, anda perlulah melaksanakan beberapa tips:

1. beli buku soalan past year dan buat...wajib anda lakukan...bila nak mula...sekarang juga...yang baru naik tingkatan 4 cepat2 beli buku ni, yang bakal naik tingkatan 5, masih ada masa nak beli, yang bakal menghadapi SPM tak lama lagi, masih ada masa yang belum mencemburui anda

2. kuasai perkara asas dalam matematik. jangan segan silu bukan buku PMR. UPSR dan sebagainya. ramai yang tak mampu jawab kerana lemah basic things in mathematics.

elakkan daripada menjadi "pakar" yang sesat

3. latihan, latihan, latihan dan latihan...jangan tinggal walaupun anda dah jadi pujaan kawan2 kerana anda pakar dalam Additional Mathematics...ini saja formula untuk kuasai matematik


practice make  perfect


jalan menuju kegagalan


4. faham kehendak soalan...ramai yang garu kepada and merungut2 ape yang soalan ni nak...baca dengan teliti...elakkan daripada kecuaian semasa menjawab (careless adalah musuh paling bahaya bagia semua orang ..tambah-tambah mereka yang dah pakar Additional Mathematics )
kefahaman yang tersasar jauh
5. bila menggunakan formula, jangan segan silu untuk rujuk formula yang diberi di halaman formula...ramai yang tersalah menulis formula kerana over confident
anda faham ke apa yang anda lakukan???
6. jangan tinggalkan kosong..cuba sehabis mungkin...tak kisah la jika anda tak pasti dengan apa yang anda lakukan...tulis jawapan dengan jelas dan jangan lupa solution steps

5. sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH SWT

11 comments:

  1. hahaha...aku suke...rindu nak ajar add maths la...sini ajar dak kecik owh

    ReplyDelete
  2. thanks weh!!! macam tahu tahu je aku nak amek exam nih! :D doakan aku untuk mid term test ni yup! :)

    ReplyDelete
  3. x pernah lulus pun..moga dgn tips2 dpt lulus gak final exam ni... =)

    ReplyDelete
  4. X pernah lulus 😔 nak lulus jgak..jelly tgok org lain lulus..dpt gred cantik..

    ReplyDelete
  5. saya minat math dan addmath tetapi result math saya okay but addmath dlm kelas shj faham ttpi exam tak boleh buat , blh bantu bgaimana ingin saya lakukan ?

    ReplyDelete
  6. Thank you utk tip nie sis. Hope tip nie dpt m'bntu sya utk LULUS add math lepas nie. Insyaallah. Doakn sya yerr sis.

    ReplyDelete
  7. Ada penurunan gred add math ke ???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails