Tuesday, November 30, 2010

terus diingati, Dr Mat Rofa Ismail

Telah lama meninggalkan UPM, maka telah lama juga meninggalkan kuliah DR MAT ROFA ISMAIL. Jika kuliah2 akademik yang lain kebanyakkannya dihabiskan dengan membuka warung kopi di sebelah belakang dewan kuliah, atau membawa bantal busuk dan tilam atau sekadar dengar dan pulang dengan kepada yang serabut, namun kuliah FALSAFAH SAINS beliau amat2 ditunggu setiap minggu.

segalanya unik; waktu kuliah hanya ditawarkan sebelah malam, satu-satunya subjek terasing bawah Jabatan Matematik, Fakulti Sains yang menggunakan kod FSA 3000, sedangkan subjek ini dibawah Jabatan Matematik yang semuanya menggnakan kod MTH ####. segala kandungan, nota, silibus dibuat oleh beliau sendiri, subjek ini juga diperjuangkan dan diilhamkan oleh beliau, satu2nya (barangkali) subjek macam goreng pisang panas, walaupun hanya wajib untuk yang nak jadi cikgu, tapi tempat2 kosong menjadi rebutan semua pihak tak kira apa bangsa dan agama walaupun sekadar subjek elektif....dan assigment (penulisan makalah) adalah  dengan tulisan tangan!!!

memang kuliah beliau bersifat independent, kritikan, cetusan idea (bukan menjadi pembangkang kosong macam mat jenin malaysia)... kritikan pada ilmu sains sekarang yang lebih bersifat sekular; memisahkan ketuhanan dari sains tabii, kritikan pada falsafah universiti, falsafah Fakulti Sains dan sebagainya...kami belajar tentang perbandingan agama, suatu yang dianggap tabu oleh sesetengah pihak. Assigment yang beliau berikan meskipun tidak lari dari disiplin ilmu, tetapi pelajar bebas menulis apa saja yang ingin diluahkan
Tokoh INSPEM 2009 - seorang yang sederhana, cool dan biasa2 saja tetapi penuh ilmu di dada- kredit http://science.upm.edu.my/

kuliah2 yang bernilai seperti ini memang mendapat tentangan senyap2 dari pihak atasan yang tidak 'suka' dengan idea dan kritikan bercili (beliau sebenarnya seorang yang cool dan bersahaja) yang dikeluarkan oleh beliau. pernah suatu ketika, kuliah beliau dihadiri bukan saja pelajar yang mengikuti kursus malah 'penyokong2' kuat, bekas pelajar (seperti penulis) dan sebagainya, penuh dewan...suasana kuliah pada hari tersebut berbeza sekali...mengapa??? kerana beberapa pegawai datang untuk memantau, adakah kuliah ini relavan untuk diteruskan lagi atau perlu ditamatkan saja...selepas sesi kuliah, beberapa lontaran dan kritikan berlada dari pelajar kepada pihak pemantau dan universiti diucapkan...sememangnya kuliah ini amat bererti...

semudah nama yang senang diingati, DR MAT ROFA menekankan aspek 'kecintaan ilmu' yang perlu hadir dalam setiap mereka yang bergelar ahli sains, malah semuanya....kuliah Falsafah Sains dianggap belajar mundur kebelakang kerana banyak membicarakan tentang sejarah dan kisah silam..salah satu kenapa pihak atasan tidak suka kuliah ini diteruskan disamping kritikan2 dalam kuliah ini yang banyak terkena batang hidung mancung segelintir pihak yang berpangkat.....maka ditepis dengan satu hujah oleh DR yang lebih kurang macam ni yang penulis ingat 

' untuk mendapatkan lompatan yang tepat, seseorang pelari itu perlulah berundur sedikit ke belakang untuk mendapat lebih momentum agar lompatannya lebih bertenaga'

salah satu karya beliau (asal dari nota kuliah) -dua kali aku beli buku nih, pertama hilang, semua tak nak mengaku dia yang pinjam, yang pinjam pun tak reti nak pulangkan balik...!!! anda beli, anda baca, sure padat dengan ilmu yang tidak disangka2- kredit http://www.majalahsains.com/2009/09/mat-rofa-ismail-sains-islam-tidak-memisahkan-kualitatif-dan-kuantitatif/

seingat penulis yang telah lebih 4 tahun meninggalkan kuliah beliau, assigment pertama ada penulisan makalah (bile guna gugel transelate dia kata paper) tentang perbezaan kosmologi Islam, Judaisme (Yahudi) dan Sains. maka, banyak perkara baru yang kami temui disamping first time membaca verse dari Bible- Kejadian (Genesis- Old Testament) tentang asal usul penciptaan langit dan bumi dari perspektif Yahudi. Juga keajaiban Al-Quran dari perspektif Islam dan keselariannya dengan sains tabii. maka setiap orang menulislah menggunakan tangan, tak kira melayu, cina, kristian memberikan hujah mereka sendiri, setuju atau tidak mengikut hujah masing2...dari situ juga kami belajar tentang kosmologi masyarakat orang asli, Iban, Hindu, Babylon, Mesir Tua, Yunani, Confusian, Taoisme, Budhha dan sebagainya.

kami juga belajar tentang nilai dan etika dalam sains; barulah kami sedar sejarah dan tipu daya pemikiran Darwinisme dalam buku2 sains dan biologi pada masa kini...dan juga mengenai Falsafah2 jabatan matematik, fakulti sains, UPM, Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) dll... mengkritik ade ke tak aspek metafizik@ketuhanan dalam setiap falsafah berikut.

dan juga pada permulaan kuliah beliau ada bercerita tentang hireki ilmu


 menurut beliau, matematik adalah penghubung antara sains dan metafizik, matlamat akhir metafizik adalah bertemu dan mengenali MAHA PENCIPTA , Allah SWT. Pada zaman dahulu teknologi berada pada tangga paling bawah, namum masa berganjak, masa kini, teknologi telah berada pada hireki ilmu paling atas dan metafizik berada pada tangga yang paling bawah sekali. lihat sekeliling anda dan anda akan mengiakannya - diambil dari buku Falsafah Sains.

kenapa muzik dan astronomi berada dalam kelompok matematik? kenapa teknologi berada pada hireki yang paling bawah suatu masa dahulu tetapi berganjak ke tingkat paling atas?...segalanya terkandung dalam buku beliau..dapatkan cepat!!!

5 comments:

  1. Assalamualaikum.Saya setuju 101% dengan kata2 anda. Prof.Madya Dr Mat Rofa adalah pensyarah yang paling cool di UPM ini. Kritikan beliau mengenai sistem pendidikan kita dan ilmu barat membuka minda saya lebih2 lagi pandangan barat yang banyak paradoksnya.
    -Pelajar baru yang mengikuti kelas falsafah sains beliau-

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum =) sy baru je masuk kt upm tahun ni.. masa 1st time masuk kuliah FS ni, seriously tk paham pe benda yang prof cakap..Mata mula mengantuk.. msuk mgu ke2, prof mula cerita ttg kewujudan alam semesta ni dan banyak lagi. start haritu, saya mula suka mendengar dan kekadang membuat saya berfikir keBETULan yang selama ini dipalsukan..Saya kagum dengan beliau. 1 slide gambar saja boleh membuat beliau bercerita hmpir beberapa minit.Saya sangat setuju dengan kata kata kamu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Boleh emelkan saya nombor telefon PM Dr. Mat Rofa Ismail? Saya perlu menghubungi beliau berkenaan tugasan yang tokoh pendidikan matematik. Terima kasih.

    mffarhan1@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Amat tertarik dengan bicara ilmu Prof Dr Mat Rofa Ismail.. Boleh saya dapatkan contact number atau emel beliau untuk saya menghubungi beliau bagi tugasan PHD saya. terima kasih.

    penawarjiwa7861@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Mohon dapatkan ni baru prof rofa kalau ada yang tahu..emel saya azri@alabrarconsultancy.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails