Bermula dengan persembahan yang tampak agresif dan unik dari segi suara, burdah, memek muka ketika Jawabul Jawab dan sebagainya, juara sulung AQ1; Abdullah Fahmi Che Nor, namanya meletup2...(bagi pen-CHINTA AlQuran) ...biasa lah yang pertama tentunya menjadi satu fenomena. tengok malaysia idol, Jack, meletop...AF1, Vince...tak plak meletup... OIAM 1, Suki, pun tak meletop, pejal jugak yang gempak...
juara musim kedua, Anuar Hasin...kiri sekali...tak terlalu agresif...pernah suatu ketika dicap sebagai juara busana muslim oleh hakim qiraat, Ustaz Nazri kerana memakai jubah yang gempak...
juara musim ketiga plak, Fakhrul Radzi Kamaruddin seorang qari yang bersuara lembut mendayu...idolanya Mustafa Ismail, maka lenggok gayanya ke arah idolanya... pernah masuk AQ1 tapi kandas di tengah jalan bersama Anuar Hasin.
yang masih fresh, Ahmad Tarmizi Hj Ali, juara musim ke-empat... bersuara mantap...ye..memang...secara jujur, ..antara keempat2 juara, suara Tarmizi memiliki kemantapan; jelas, berlahjah arab, tersusun budah2nya, sangat berhati2 dalam gerak salalim nuzul dan tulu' dan mencapai tahap jawabul jawab dengan kacang aje..hampir meniru burdah dan lenggok Syeikh Shahat Muhammad Anwar dan Anuar Shahat.... azam yang beliau katakan kepada juri, yang beliau akan cuba membawakan gaya bacaan qari mesir sememangnya diakui oleh Johan Qari Antarabangsa, Che Yahya Daud (pok ya) bahawa Tarmizi telah lari dari kebiasaan bacaan aliran malaysia yang terlampau mengikut susunan harakat....tak pernah terkantoi sore pecah ke... kalau johan qari yang lain belum tentu lagi
baru habis AQ4, dah muncul uji bakat AQ5...meh pakat reramai menjalani ujibakat... mane tau, anda juaranya??? umo dari 13 sampai 27..sampai 27??!! dulu sampai 25 aje tapi kali ni dia up, cam nak kasi can kat aku aje..hehehe
sediakan gambar paspot n salinan ic
8 - 9 November: Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
11 - 12 November: Dewan Kompleks Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan
14 - 15 November: Institut Quran Terengganu (IQT), Terengganu
18 - 19 November: Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), Johor Bahru, Johor
22 - 23 November: Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Perak
27 - 28 November: Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment