Sunday, November 28, 2010

PENGORBANAN; TERKORBAN ATAU DIKORBANKAN

seseorang di ruangan  chat di yahoo; Batka Anti nama pena dia, selalu memberi ofline chat dengan bahasa mongolian yang satu hape penulis tak paham. tah cane mamat ke minah altantunya ni penulis boleh add. penulis sendiri tak tau sape Batka Anti ni, laki ke pompuan...tulis bi pun tak pandai...sikit2 tau la pasal dia kata dia hanya berbahasa mongolian...tapi pastu terus berbahasa dia...haram sepatah bi tak kuar..gugel transelate plak takde terjemah bahasa mongolian...yang ada transelator yang berbayar..takdenye penulis nak korbankan duit untuk terjemah ape yang dia kata...kang mende yang pelik2 haru le plak....jadi cam satu misteri plak,...bile berchitchat sorang menyalak, sorang mengembek....

sebenarnya tadi ingat dah nak relek2 baring2 lepas off komputer. pastu balas 1-1 mesej... implikasinya terdetik untuk meng-on-kan kembali komp. supaya lebih keberkatannya, solat dulu (dah le lewat nak berkat lagi tu..huhuh)...korban kan jap untuk baring2..

bila kata KORBAN, mesti teringat raya korban. tu salah satunya. tapi pernahkah kita terfikir dalam hidup ni kadang-kadang kita kena berkorban.???

yang jadi cikgu adalah antaranya terpaksa berkorban posting jauh2 keseberang atau ke ceruk rantau (hehe penulis gak yang kat ceruk kampung sendiri ..hihi)..berkorban la tu, dapat gak imbuhan...

kat sek penulis, ada cikgu yang berkorban untuk sekolah...memang bagus cikgu2 macam ni bukan cam penulis yang asik nak ngelak aje..hehehe... komitment 120%...

 fb, penulis  xda, dah dilet, maka blog ni lah sebagai mukabuku untuk bermuka2...diletnya fb pun atas dasar pengorbanan seperti post terdahulu.

cuti ni pun berkorban gak, jaga asrama budak2 spm n stpm...korban2 pun dapat elaun...minah patner dah tak heran dengan asrama...hanya ingat asmara jinjang pelamin aje...hampeh betul..takpe tahun depan berasrama balik le hang!!!!
awal2 lagi dah terkorban kerana tiada pengalaman dan syok sendiri
juga dalam atmosfera tempat kerja, terpaksa korbankan entiti yang hadir...dan kerana itu, peluang hanya sekali, maka memang tiada peluang kedua kerana entiti telah berpunya dan penulis hanya diam membisu...penulis terpaksa korbankan hal ini, kerana bersebab; sedangkan kiri kanan atas bawah semua kena serangan kata-kata...

jaga spm..yang ni penulis korbankan untuk tarik diri...(seperti tidak berkorban)... tapi tariknya diri mengorbankan sedikit wang, penulis korbankan kerana bersebab...sebab kali ni tahun yang last..??! apa yang last.... itu biarlah kita simpan aje...

mungkin sedikit masa yang terakhir ni ada peluang untuk gembira2..next2 year sudah tentu semuanya berubah... semua nya tiada lagi macam masa2 terdahulu.. hanya aku sendirian...pengorbanan ini memang perit, memang sakit, sakit yang maya (virtual, imej belakang cermin) tapi untuk jaga hati dan kehidupan yang lain...


sekiranya ada mesin masa yang dicipta, atau ada kenderaan selaju halaju cahaya, atau teori relativiti Einstien itu berjaya direalisasikan... boleh aku pergi menikmati dan menghargai  masa-masa terdahulu...tapi apabila manusia berada dalam 4 dimensi, dimensi ruang dan masa, hanya ruang yang boleh beranjak berundur...masa, yang lalu terkubur, yang terkorban tetap terkorban...

memang patut mesin masa tak patut wujud kerana bila wujud hanya akan mengorbankan banyak jiwa, kerana masing2 ingin membetulkan keadaan di masa silam..

yang tahu hanyalah boleh dibilang dengan jari...malah jari-jari lebih banyak dari yang tahu...sememangnya misteri alam sangat luas untuk dirungkai.. penuh pengorbanan untuk dilaksanakan...itu hanya sekelumit pengorbanan dari seluruh insan di dunia..kadang-kadang kita perlu berkorban untuk benda yang paling kita sayang...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails