Monday, November 22, 2010

oh hantu bungkus

tah macam mane tengah bosan2, boleh plak terklik pada wikipedia tentang hantu bungkus. rasanya semua orang tau kot hantu bungkus ni yang berbungkus kain kapan and terloncat2 tu. cume info kat wikipedia ni cam lawak pun ada.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Status
Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.

Kelebihan
Mereka yang berani menangkap hantu bungkus dikatakan mampu mendapat kekayaan yang banyak. Ini kerana dikatakan, dalam bungkusan tersebut terdapat wang yang banyak.
bukan takat bergerak pantas malah boleh loncat dari atap ke atap jauhnya, merupakan kelebihan hantu ini

Kelemahan
Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. anda boleh berlari zig-zag..kerana hantu bungkus hanya bergerak lurus..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

c.s - wow hantu ni kaya tu... yang lawak kalau dia kejar kene lari zig zag pasal dia hanya bleh gerak lurus (cam cahaya la plak )..teringat kat novel komsas Bukit Kepong masa perang yang berlaku. lari zig zag pasal nak elak peluru..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails