Tuesday, November 30, 2010

PLANET ZUHRAH (VENUS) CERAH DI UFUK TIMUR WAKTU PAGI

jika anda pandang ke arah timur pada waktu subuh dari jam 6 pagi sampailah matahari terbit barangkali, anda akan perhatikan sebutir bintang paling cerah di ufuk timur. maka ianya adalah bintang timur atau bintang Kejora. tapi ia bukan bintang sebenarnya, tapi planet Zuhrah atau venus. dalam buruj Virgo.orang ramai panggil bintang pasal dia nampak macam bintang. pasal tu orang panggil bintang (ayat pun dah berbintang-bintang!!?)

planet Zuhrah atau venus. dalam buruj Virgo. atas sedikit sebelah kiri saih dalam buruj Virgo adalah Saturn atau Zuhal. Bulan pula berada di atas sekali.


 jika dilihat melalui teleskop, zuhrah kelihatan dalam fasa sabit.

c.s = yang dilihat bintang di langit bukan semuanya bintang!!!

**image planet zuhrah yang tak seberapa yang di-snap. klik gambar untuk pembesaran

35x pembesaran

175x pembesaran

alamak-telah ditemui

camtu lah alkisahnya

terus diingati, Dr Mat Rofa Ismail

Telah lama meninggalkan UPM, maka telah lama juga meninggalkan kuliah DR MAT ROFA ISMAIL. Jika kuliah2 akademik yang lain kebanyakkannya dihabiskan dengan membuka warung kopi di sebelah belakang dewan kuliah, atau membawa bantal busuk dan tilam atau sekadar dengar dan pulang dengan kepada yang serabut, namun kuliah FALSAFAH SAINS beliau amat2 ditunggu setiap minggu.

segalanya unik; waktu kuliah hanya ditawarkan sebelah malam, satu-satunya subjek terasing bawah Jabatan Matematik, Fakulti Sains yang menggunakan kod FSA 3000, sedangkan subjek ini dibawah Jabatan Matematik yang semuanya menggnakan kod MTH ####. segala kandungan, nota, silibus dibuat oleh beliau sendiri, subjek ini juga diperjuangkan dan diilhamkan oleh beliau, satu2nya (barangkali) subjek macam goreng pisang panas, walaupun hanya wajib untuk yang nak jadi cikgu, tapi tempat2 kosong menjadi rebutan semua pihak tak kira apa bangsa dan agama walaupun sekadar subjek elektif....dan assigment (penulisan makalah) adalah  dengan tulisan tangan!!!

memang kuliah beliau bersifat independent, kritikan, cetusan idea (bukan menjadi pembangkang kosong macam mat jenin malaysia)... kritikan pada ilmu sains sekarang yang lebih bersifat sekular; memisahkan ketuhanan dari sains tabii, kritikan pada falsafah universiti, falsafah Fakulti Sains dan sebagainya...kami belajar tentang perbandingan agama, suatu yang dianggap tabu oleh sesetengah pihak. Assigment yang beliau berikan meskipun tidak lari dari disiplin ilmu, tetapi pelajar bebas menulis apa saja yang ingin diluahkan
Tokoh INSPEM 2009 - seorang yang sederhana, cool dan biasa2 saja tetapi penuh ilmu di dada- kredit http://science.upm.edu.my/

kuliah2 yang bernilai seperti ini memang mendapat tentangan senyap2 dari pihak atasan yang tidak 'suka' dengan idea dan kritikan bercili (beliau sebenarnya seorang yang cool dan bersahaja) yang dikeluarkan oleh beliau. pernah suatu ketika, kuliah beliau dihadiri bukan saja pelajar yang mengikuti kursus malah 'penyokong2' kuat, bekas pelajar (seperti penulis) dan sebagainya, penuh dewan...suasana kuliah pada hari tersebut berbeza sekali...mengapa??? kerana beberapa pegawai datang untuk memantau, adakah kuliah ini relavan untuk diteruskan lagi atau perlu ditamatkan saja...selepas sesi kuliah, beberapa lontaran dan kritikan berlada dari pelajar kepada pihak pemantau dan universiti diucapkan...sememangnya kuliah ini amat bererti...

semudah nama yang senang diingati, DR MAT ROFA menekankan aspek 'kecintaan ilmu' yang perlu hadir dalam setiap mereka yang bergelar ahli sains, malah semuanya....kuliah Falsafah Sains dianggap belajar mundur kebelakang kerana banyak membicarakan tentang sejarah dan kisah silam..salah satu kenapa pihak atasan tidak suka kuliah ini diteruskan disamping kritikan2 dalam kuliah ini yang banyak terkena batang hidung mancung segelintir pihak yang berpangkat.....maka ditepis dengan satu hujah oleh DR yang lebih kurang macam ni yang penulis ingat 

' untuk mendapatkan lompatan yang tepat, seseorang pelari itu perlulah berundur sedikit ke belakang untuk mendapat lebih momentum agar lompatannya lebih bertenaga'

salah satu karya beliau (asal dari nota kuliah) -dua kali aku beli buku nih, pertama hilang, semua tak nak mengaku dia yang pinjam, yang pinjam pun tak reti nak pulangkan balik...!!! anda beli, anda baca, sure padat dengan ilmu yang tidak disangka2- kredit http://www.majalahsains.com/2009/09/mat-rofa-ismail-sains-islam-tidak-memisahkan-kualitatif-dan-kuantitatif/

seingat penulis yang telah lebih 4 tahun meninggalkan kuliah beliau, assigment pertama ada penulisan makalah (bile guna gugel transelate dia kata paper) tentang perbezaan kosmologi Islam, Judaisme (Yahudi) dan Sains. maka, banyak perkara baru yang kami temui disamping first time membaca verse dari Bible- Kejadian (Genesis- Old Testament) tentang asal usul penciptaan langit dan bumi dari perspektif Yahudi. Juga keajaiban Al-Quran dari perspektif Islam dan keselariannya dengan sains tabii. maka setiap orang menulislah menggunakan tangan, tak kira melayu, cina, kristian memberikan hujah mereka sendiri, setuju atau tidak mengikut hujah masing2...dari situ juga kami belajar tentang kosmologi masyarakat orang asli, Iban, Hindu, Babylon, Mesir Tua, Yunani, Confusian, Taoisme, Budhha dan sebagainya.

kami juga belajar tentang nilai dan etika dalam sains; barulah kami sedar sejarah dan tipu daya pemikiran Darwinisme dalam buku2 sains dan biologi pada masa kini...dan juga mengenai Falsafah2 jabatan matematik, fakulti sains, UPM, Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) dll... mengkritik ade ke tak aspek metafizik@ketuhanan dalam setiap falsafah berikut.

dan juga pada permulaan kuliah beliau ada bercerita tentang hireki ilmu


 menurut beliau, matematik adalah penghubung antara sains dan metafizik, matlamat akhir metafizik adalah bertemu dan mengenali MAHA PENCIPTA , Allah SWT. Pada zaman dahulu teknologi berada pada tangga paling bawah, namum masa berganjak, masa kini, teknologi telah berada pada hireki ilmu paling atas dan metafizik berada pada tangga yang paling bawah sekali. lihat sekeliling anda dan anda akan mengiakannya - diambil dari buku Falsafah Sains.

kenapa muzik dan astronomi berada dalam kelompok matematik? kenapa teknologi berada pada hireki yang paling bawah suatu masa dahulu tetapi berganjak ke tingkat paling atas?...segalanya terkandung dalam buku beliau..dapatkan cepat!!!

Sunday, November 28, 2010

PENGORBANAN; TERKORBAN ATAU DIKORBANKAN

seseorang di ruangan  chat di yahoo; Batka Anti nama pena dia, selalu memberi ofline chat dengan bahasa mongolian yang satu hape penulis tak paham. tah cane mamat ke minah altantunya ni penulis boleh add. penulis sendiri tak tau sape Batka Anti ni, laki ke pompuan...tulis bi pun tak pandai...sikit2 tau la pasal dia kata dia hanya berbahasa mongolian...tapi pastu terus berbahasa dia...haram sepatah bi tak kuar..gugel transelate plak takde terjemah bahasa mongolian...yang ada transelator yang berbayar..takdenye penulis nak korbankan duit untuk terjemah ape yang dia kata...kang mende yang pelik2 haru le plak....jadi cam satu misteri plak,...bile berchitchat sorang menyalak, sorang mengembek....

sebenarnya tadi ingat dah nak relek2 baring2 lepas off komputer. pastu balas 1-1 mesej... implikasinya terdetik untuk meng-on-kan kembali komp. supaya lebih keberkatannya, solat dulu (dah le lewat nak berkat lagi tu..huhuh)...korban kan jap untuk baring2..

bila kata KORBAN, mesti teringat raya korban. tu salah satunya. tapi pernahkah kita terfikir dalam hidup ni kadang-kadang kita kena berkorban.???

yang jadi cikgu adalah antaranya terpaksa berkorban posting jauh2 keseberang atau ke ceruk rantau (hehe penulis gak yang kat ceruk kampung sendiri ..hihi)..berkorban la tu, dapat gak imbuhan...

kat sek penulis, ada cikgu yang berkorban untuk sekolah...memang bagus cikgu2 macam ni bukan cam penulis yang asik nak ngelak aje..hehehe... komitment 120%...

 fb, penulis  xda, dah dilet, maka blog ni lah sebagai mukabuku untuk bermuka2...diletnya fb pun atas dasar pengorbanan seperti post terdahulu.

cuti ni pun berkorban gak, jaga asrama budak2 spm n stpm...korban2 pun dapat elaun...minah patner dah tak heran dengan asrama...hanya ingat asmara jinjang pelamin aje...hampeh betul..takpe tahun depan berasrama balik le hang!!!!
awal2 lagi dah terkorban kerana tiada pengalaman dan syok sendiri
juga dalam atmosfera tempat kerja, terpaksa korbankan entiti yang hadir...dan kerana itu, peluang hanya sekali, maka memang tiada peluang kedua kerana entiti telah berpunya dan penulis hanya diam membisu...penulis terpaksa korbankan hal ini, kerana bersebab; sedangkan kiri kanan atas bawah semua kena serangan kata-kata...

jaga spm..yang ni penulis korbankan untuk tarik diri...(seperti tidak berkorban)... tapi tariknya diri mengorbankan sedikit wang, penulis korbankan kerana bersebab...sebab kali ni tahun yang last..??! apa yang last.... itu biarlah kita simpan aje...

mungkin sedikit masa yang terakhir ni ada peluang untuk gembira2..next2 year sudah tentu semuanya berubah... semua nya tiada lagi macam masa2 terdahulu.. hanya aku sendirian...pengorbanan ini memang perit, memang sakit, sakit yang maya (virtual, imej belakang cermin) tapi untuk jaga hati dan kehidupan yang lain...


sekiranya ada mesin masa yang dicipta, atau ada kenderaan selaju halaju cahaya, atau teori relativiti Einstien itu berjaya direalisasikan... boleh aku pergi menikmati dan menghargai  masa-masa terdahulu...tapi apabila manusia berada dalam 4 dimensi, dimensi ruang dan masa, hanya ruang yang boleh beranjak berundur...masa, yang lalu terkubur, yang terkorban tetap terkorban...

memang patut mesin masa tak patut wujud kerana bila wujud hanya akan mengorbankan banyak jiwa, kerana masing2 ingin membetulkan keadaan di masa silam..

yang tahu hanyalah boleh dibilang dengan jari...malah jari-jari lebih banyak dari yang tahu...sememangnya misteri alam sangat luas untuk dirungkai.. penuh pengorbanan untuk dilaksanakan...itu hanya sekelumit pengorbanan dari seluruh insan di dunia..kadang-kadang kita perlu berkorban untuk benda yang paling kita sayang...

Friday, November 26, 2010

BANK SOALAN TRIAL SPM , LENGKAP DAN MUDAH DI-DOWNLOAD

semenjak dua tiga 4, 5 ...infinity...menjak nak spm ni punya la ramai mencari tukang tilik di internet untuk dapat soalan2 bocor spm. masa penulis dulu takde nye internet2 ni, harap cikgu ajelah.

tapi sekarang macam2, blog, twitter, facebook, friendster dll... camne budak2 form 4 kat sek penulis tak meletup2 jawab peperiksaan akhir tahun, cikgu2 pun naik takjub, pelajar dapat jawab dengan baik (untuk serten question la )..jawapan pulak sepesen...haha..(kantoi la macam tu)...walhal takde pun bagi hint2...setelah diselidik2...bukan meniru punya pasal...mukabuku punca segalanya, tanya kawan sana sini dapat la soalan bocor walaupun selaras 1SELANGOR...(bagus gak, bebudak dapat jawab, ok la sket GPA kali ni..heheh)..mungkin inilah dikatakan perkongsian ilmu

di sini ada satu website yang paling lengkap bagi penulis untuk download soalan trial dari negeri2. boleh kata semua subjek ada, soalan pertengahan tahun tingkatan 4 dan 5 ada, akhir tahun tingkatan 4 pun ada, akhir tahun tingkatan 5 je yang tak da ...skema dia pun ada , username = sejjuk .  password = enjing. kalau pun tak lengkap jangan la marah ek...tempat lain boleh cari kan, ianya paling mudah untuk didownload, tak perlu bagi kod2 yang merepek kerepek. just

Internet Explorer, Sila klik kanan pada mana-mana link dan pilih "save target as"
Mozila Firefox,Sila klik kanan pada mana-mana link dan pilih "save link as"

begitu mudah, korang buat la latihan sampai lebam2 pastu dapat straight A. hehehe.

klik here to enter

Thursday, November 25, 2010

soalan fizik; teka-teki sampai dapat jawapan

sape2 yang terrorist pandai lagi bijaksana bolehlah jawab soalan ini. mungkin ada hadiah?


jawapan mestilah kreatif dan betul,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A 3-kg object is released from rest at a height of 5m on a curved frictionless ramp. At the foot of the ramp is a spring of force constant, k= 100N/m. The object slides down the ramp and into the spring, compressing it a distance x before coming to rest.

i. find x
ii. does the object continue to move after it comes to rest.? if yes, how high will it go up the slope before it comes to rest?

Monday, November 22, 2010

oh hantu bungkus

tah macam mane tengah bosan2, boleh plak terklik pada wikipedia tentang hantu bungkus. rasanya semua orang tau kot hantu bungkus ni yang berbungkus kain kapan and terloncat2 tu. cume info kat wikipedia ni cam lawak pun ada.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Status
Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.

Kelebihan
Mereka yang berani menangkap hantu bungkus dikatakan mampu mendapat kekayaan yang banyak. Ini kerana dikatakan, dalam bungkusan tersebut terdapat wang yang banyak.
bukan takat bergerak pantas malah boleh loncat dari atap ke atap jauhnya, merupakan kelebihan hantu ini

Kelemahan
Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. anda boleh berlari zig-zag..kerana hantu bungkus hanya bergerak lurus..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

c.s - wow hantu ni kaya tu... yang lawak kalau dia kejar kene lari zig zag pasal dia hanya bleh gerak lurus (cam cahaya la plak )..teringat kat novel komsas Bukit Kepong masa perang yang berlaku. lari zig zag pasal nak elak peluru..

Sunday, November 21, 2010

SOALAN RAMALAN/ BOCOR/ SPOT/ TILIKAN/ TEROPONG DLL PHYSICS SPM 2010- Part 2

Semakin sampai ke kemuncak SPM, semakin banyak rumors tentang topik yang berkemungkinan akan keluar dalam paper Physics. Maka bahagian kedua dibawakan kepada anda ramalan dari seorang guru Physics (thank you very much) yang ada aura tersendiri walaupun aku sendiri pun tak kenal beliau. boleh lawat di http://www.eqbalzack.com

c.s = sebenarnya aku sndri pun tak mintak kebenaran beliau untuk siarkan benda ni tapi memikirkan nasib anak bangsa lebih utama...ewahhhh!!!

Saturday, November 20, 2010

Asal usul rumpun Melayu yang mungkin jarang diketahui umum.

Mungkin Gurindam Zahid masih terngiang-ngiang dalam perhimpunan UM-NO. dan tak mustahil juga akan dijadikan teks Komsas Subjek Bahasa Melayu di sekolah2. mungkin aja...

cakap pasal Melayu...Melayu asal dari mana? penduduk asal? no no...orang asli tu yang boleh dikatakan penduduk asal bumiputera ..(padahal semua asalnya dari tanah jua...apa yang nak dibanggakan sangat...iblis pun kata dia lebih hebat...) maka terjumpalah teks lama...sumber ni aku download dari internet. ianya sebuah buku..opsss ...(sapa yang pernah baca buku ini sendiri mau tau la..hehehe)...cukuplah kita ambil sedikit petikan buku ini untuk dijadikan bahan ilmiah. mungkin aja ada yang nak kaji sejarah Melayu ini, betul ke idak, dongengan atau mimpi di siang hari saje atau ada bukti yang sahih. harap ada yang kaji

c.s = is3 Nabi Ibrahim AS yang bernama Qatura@Keturah ada disebut dalam Bible. (selalu dengar Ahmed Deedat berdebat, disamping gemar baca buku-buku berkaitan teologi, implikasi dari kuliah Dr Mat Rofa Ismail.)

Friday, November 19, 2010

FREE MULTIMEDIA TARANNUM/ MAQAMAT/ LAGU/NAGHAM AL-QURAN

Kat cni penulis terjumpa satu MULTIMEDIA TARANNUM/ MAQAMAT/ LAGU/ NAGHAM AL-QURAN dekat cni. Walaupun ringkas harap memberi manfaat kepada yang berminat untuk belajar ilmu tarannum.

KLIK FOR DOWNLOAD

Di datangkan dalam bahasa arab; walaupun tak faham klik2 aje cam penulis.dia bagi conto bacaan sheikh2 mesir.

download , then install. ezi kan?

SOALAN RAMALAN/ BOCOR/ SPOT/ TILIKAN/ TEROPONG DLL PHYSICS SPM 2010

Hari selasa tadi kelam kabut sket. yela, masing tertanya-tanya, jumaat ni cuti ke idak?... memang mejadi satu misteri hinggalah mohor besar guru-guru sebulat suara menyatakan jumaat cuti..horeyyyyy.

 bukan ape, sebab takda ribut taufan tentang sekolah cuti pada hari jumaat, masing-masing dok releks lagi...bile diumumkan, kelam kabut menyiapkan benda-benda yang nak di submit, dengan slip exam form4 dsb. peperiksaan yang amat panjang, dekat 3 minggu, implikasinya terbawa sampai ke hujung hari persekolahan. masa yang pendek untuk rait ketas dsb...


tapi semua setel, alhamdulillah...analisis cikgu siti buat kot..heheh

dan biasa lah hari akhir, pelajar form5 yang nak amek spm bersalaman bermaafan... tiada sesiapa yang membawa bawang untuk dikupas.

"cikgu, takde soalan spot ke???"..alah...cikgu tak sempat nak spot2 la...(aku rasa budak2 ni lagi pandai menyepot...FB bagai wadah perkongsian maklumat...tak dinafikan..)

cite panjang2 baru nak bagi tips. ekceli, ni penulis amek dari websites lain. kopi dan tampal aje...jadi sesame la kita berusaha.


““““““““““““““““““““

Wednesday, November 17, 2010

Tuesday, November 16, 2010

sajak,; setelah kian lama menyepi

Ya...jauh sungguh perjalanan ini
umpama padang pasir tak bertepi
kelam dalam fatamorgana terik mentari
hilang diulit mimpi dan kenangan silam
alangkah gembiranya jika hidup dapat direncanakan
impian menjadi tawa riang
muram tiada rindu dendam,...tapi
itu hanya angan-angan dalam sedetik lamunan penghujung senja....

Sunday, November 14, 2010

additional mathematics = cara nak lulus dengan mudah, tips dan rancangan strategik

additional mathematics...jika matematik adalah memburu A+, add. maths adalah satu mimpi ngeri kat sekolah aku..walaupun tahun lepas peratus lulus meningkat, tapi masih ada yang tak lulus atau bahasa yang lebih manis, tak mencapai target yang diharapkan. disini ada sedikit syor dan strategi untuk lulus; hanya sesuai untuk mereka yang sentiasa tak mencapai target. kalau yang dah dapat gred C ke B ke cubalah dapatkan ke A+.

add maths bukan membunuh anda tapi ilmu fardhu kifayah yang tak ternilai

proton inspira : MD PROTON sinis, pemilik LANCER GT kutuk

"Smart Guy Gets It"


kete proton semua senyum sokmo, rimau sokmo..., tiada lagi imej jerung ganas....sure grill depan lancer jerung bagai kentaki panas
... itulah satu-satunya tagline Inspira (memula ingat proton phirana..hehe)yang dicanang-canang oleh Proton MD Dato’ Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir...tapi kalau dibaca banyak kali macam ada maksud tersirat, seolah-olah..yang bijak akan beli Inspira, yang kurang@tak bijak akan beli Lancer GT...hehehe mebi

ekceli kali ni bukan nak review pasal kete ni yang sememangnya hot diperkatakan. jika nak full detail , anda jangan harap ia boleh di baca di sini tapi pergilah ke tempat-tempat yang sepatutnya, atau gi terus showrum atau beli terus.

cerita pasal pengganti waja atau WRM(waja replacement model) atau WALAN (waja lancer) telah hebat diperkatakan sejak 2007 lagi (yeke?? yekot), macam kisah kete buah saga la juga... macam-macam rendering dan andaian yang dibuat. maka kesudahannya, waja terkubur begitu saja, tak seperti kete proton buah saga yang tetap meneruskan legasi sejak aku lahir.
sport rim yang spoil, strategi proton tahu yang rakyat malaysia sure kreatif2...tukar lain
jangan nak samakan kete proton buah saga dengan Inspira yang sememangnya jauh panggang dari ayam. harga yang bagai sejibik honda city nurhaliza, menyebabkan ada yang berfikir 10-30 kali bila nak beli, kerana kalau namanya PROTON, buatan malaysia selalu dipandang rendah. mungkin cc 2000, ianya bukan bandingan CITY atau VIOS, lebih elok dibandingkan dengan "abang" tiri hasil klon@kembar seiras tapi tak sama jenama.


inspira dikatakan sebagai "copycat" oleh kebanyakkan orang sebab hangin lancer di-inpirated-kan,... sebenarnya rebadging ke ape2 la... telah dilakukan beberapa perubahan seperti diberi suntikan LOTUS HANDLING dan grill depan ala2 harimau (identiti proton la katakan)..dikatakan lebih mantap ..yeke???

apa yang berbeda??? 90% sama aje cam lancer GT, cume logo pada stereng and carbon fiber pada dashboard yang lain sket..kualiti blom tentu..
hanya mereka yang pernah bawa kedua2 kete ni bleh give perbandingan. aritu penulis pergi la tengok kat show room, ok la secara keseluruhan, cume interior nampak kosong dan plastik...pasal tu kot dia cut sampai RM2000. nak test takda la plak TD.

dan pemilik lancer (segelinitir) tentu berangin dan taufan dan letusan gunung berapi; lancer dah tak exklusif dah... cube baca ayat2 di bawah...diambil terus dari forum lancerzone..memang berapi2

*********************************************************************************

"馬鹿者がInpiraを買うにもかかわらず俺が彼らよりも最も
��ッコいです。。"*gunakan google tarnselator

Buy Original (Mitsu) . . . . Say No to Piracy (Proton)

"It looks like a Lancer, sounds like a Lancer, I can't say it's not a Lancer, but I can't say it's a Lancer either"

wakakakaka... can't believe tat... nama pun rebadged.... lancerinspired jadi protoninspired...
PROTON INSPIRA??
WHY SHOULD I CARE, SINCE IT'S PROTON...





owners of inspirasi ~ pencuri :)

idat they'll pecah our window just to get the OEM headunit and oso our steering wheel plastic cover lo


THE ORIGINAL LANCER GT OWNER
LOSER = PROTON INSPIRA

"Aku pun setuju tentang pakat2 buat sticker utk bezakan antara Lancer dan Inspirated nie"

**satu-satunya video yang agak sadis tapi lawak...kutuk tak hingat

*****************************************************

ms = kalau ada duit, nak jugak aku sapu satu yang 2.0CVT, tapi bila mengenangkan bulanan lebih RM1000 telan air liur ajelah

Thursday, November 11, 2010

UJIBAKAT AKADEMI AL-QURAN 5

Telah 4 musim berlalu. setiap musim menghasilkan produk2 terhebat antara yang terhebat (juara ke empat, Tarmizi kata mesir sebagai kilang qari ).

Bermula dengan persembahan yang tampak agresif dan unik dari segi suara, burdah, memek muka ketika Jawabul Jawab dan sebagainya, juara sulung AQ1; Abdullah Fahmi Che Nor, namanya meletup2...(bagi pen-CHINTA AlQuran) ...biasa lah yang pertama tentunya menjadi satu fenomena. tengok malaysia idol, Jack, meletop...AF1, Vince...tak plak meletup... OIAM 1, Suki, pun tak meletop, pejal jugak yang gempak...
juara musim kedua, Anuar Hasin...kiri sekali...tak terlalu agresif...pernah suatu ketika dicap sebagai juara busana muslim oleh hakim qiraat, Ustaz Nazri kerana memakai jubah yang gempak...

juara musim ketiga plak, Fakhrul Radzi Kamaruddin seorang qari yang bersuara lembut mendayu...idolanya Mustafa Ismail, maka lenggok gayanya ke arah idolanya... pernah masuk AQ1 tapi kandas di tengah jalan bersama Anuar Hasin.

yang masih fresh, Ahmad Tarmizi Hj Ali, juara musim ke-empat... bersuara mantap...ye..memang...secara jujur, ..antara keempat2 juara, suara Tarmizi memiliki kemantapan; jelas, berlahjah arab, tersusun budah2nya, sangat berhati2 dalam gerak salalim nuzul dan tulu' dan mencapai tahap jawabul jawab dengan kacang aje..hampir meniru burdah dan lenggok Syeikh Shahat Muhammad Anwar dan Anuar Shahat.... azam yang beliau katakan kepada juri, yang beliau akan cuba membawakan gaya bacaan qari mesir sememangnya diakui oleh Johan Qari Antarabangsa, Che Yahya Daud (pok ya) bahawa Tarmizi telah lari dari kebiasaan bacaan aliran malaysia yang terlampau mengikut susunan harakat....tak pernah terkantoi sore pecah ke... kalau johan qari yang lain belum tentu lagi


baru habis AQ4, dah muncul uji bakat AQ5...meh pakat reramai menjalani ujibakat... mane tau, anda juaranya??? umo dari 13 sampai 27..sampai 27??!! dulu sampai 25 aje tapi kali ni dia up, cam nak kasi can kat aku aje..hehehe

sediakan gambar paspot n salinan ic

8 - 9 November: Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
11 - 12 November: Dewan Kompleks Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan
14 - 15 November: Institut Quran Terengganu (IQT), Terengganu
18 - 19 November: Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), Johor Bahru, Johor
22 - 23 November: Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Perak
27 - 28 November: Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur

Saturday, November 6, 2010

membeli teleskop astronomi

dalam buku repot kad menjadi seorang ahli astronomi adalah cita-cita masa sekolah rendah dulu, juga menjadi seorang pelakon, penari, polis dll. mungkin suka dengan pemandangan planet2 n buruj...emm buruj(constellation)..terlalu obses dulu kala... kalau pasal buruj semua orang akan kata tentang aku.., pari,biduk (ursa major), ursa minor..hydra, scorpio dll semua aku leh lukis

tu dulu..dan kerana itu obses jgk nak buat teleskop masa sek menengah pasal belajar optik (sekarang tajuk Light).. ray diagram teleskop pun aku leh lukis dengan lengkap dulu. memang seorang yang pro masa sekolah dulu kalau bab nak lukis ray diagram untuk teleskop..pernah cuba wat teleskop dengan kanta pembesar tapi mane bleh jadi, tebal dorang same...pernah pegi kedai cermin mata kalau2 dorang leh kikirkan kanta mengikut spesifikasi yang aku mahukan tapi pekerja kedai tu tak paham ape yang aku nak (pekerja seberang - dia cuma tau orang nak buat spek aje; so bukan salah dia )..memang terlalu obses...

The word was created from the Greek tele = 'far' and skopein = 'to look or see'; teleskopos = 'far-seeing'. -wikipedia

cume baru2 ni aku dapati ada perbedaan rajah sinar buku sekolah dengan satu buku rujukan masa kat UPM dulu nama buku ni " PHYSICS FOR SCIENTISTS AND ENGINEERS WITH MODERN PHYSICS - BY SERWAY AND JEWETT"- sebuah buku yang tebal wooo lebih 1500 ms.

perbedaannya di sini

1. ini adalah yang budak belajar di sekolah, image pertama tetap antara fo dan fe. image akhir pada infiniti.


 2. ini dalam buku " PHYSICS FOR SCIENTISTS AND ENGINEERS WITH MODERN PHYSICS - BY SERWAY AND JEWETT". perbedaan nya adalah pada image kedua yang dilukis bukan pada infinity dan lebih besar dari image pertama. dan juga ada gap antara fo dan fe, maka ini benar juga. cuba bedakan dengan rajah sinar untuk mikroskop

aritu ada lukis untuk masa kat kelas, tetiba Nizar Jamaluddin mencelah, "cikgu dalam buku macam ni" eisyyyshhhh...kantoi la plak...jadi aku pun ikut aje lah dalam buku tu balik

balik umah aku terasa nak cek balik, coz macam aku pernah tengok lukisan no 2 di atas (padahal masa aku sekolah pun aku belajar lukisan no 1)...tengok2 memang ada...

secara jujur aku lebih suka lukisan no 2 pasal dia describe image yang kedua yang dibesarkan selepas image pertama terbentuk. (secara logiknya kanta mata@ eyepiece berperanan sebagai kanta pembesar image, sudah tentu image kdua bukan pada infinity)... kalau image at infinity, camne orang bleh kira pembesaran dia kan..

ehh2 jap2... tapi lukisan no 1 pun betul jugak coz image pertama sebagai objek berada pada fe, maka image yang terhasil secara teori yang kita belajar akan terbentuk pada infiniti, image sangat besar atau no image..???? hai pening2..
image pada infinity kan???! ini yang berlaku pada eyepiece pada teleskop

cara nak mudah hapal ciri image, contoh 1. jika objek berada antara F and 2F, image yang terhasil ialah magnified, real, inverted.2. jika objek berada pada 2F, image yang terhasil sama besar, real, inverted


**************
baru2 ni aku ada beli sebuah teleskop astronomi lepas dapat gaji. segan la plak masa beli..cam pelik je beli teleskop..hahah

walaupun murah dan biasa2 aje tapi sesuai untuk yang baru nak berjinak2 untuk mencerap alam buana ini

STAR 70060

dia bagi 3 kanta mata@eyepiece, 3 extender kanta (aku pun tak tau istilah dia, jadi aku memandai aje); 1. angle prism, 2. 1.5xErecting eyepiece, 3. 3xBarlow Lens
kuasa pembesaran dia bagi aku dah cukup baik untuk mencerap bulan di langit (sedih siut, selama aku beli ni belum dapat cerap bulan pasal dia kuar subuh, pastu sekarang musim hujan plak ...huuuu)

kuasa pembesaran : 35x, 53x, 56x, 84x, 105x, 168x, 175x, 263x, 525x

kuasa pembesaran mengikut pasangan eyepiece ngan pangantara dia.

peta bulan, galileo berjaya mengukur tinggi gunung di bulan dengan berpandukan bayang2 dan trigonometri dan amazing, lebih tinggi dari gunung everest...woow
perlu di ingatkan walaupun galileo galilei buat teleskop sendiri dengan kuasa pembesaran 30x sahaja, beliau dapat mencerap permukaan bulan, gunung dan lembah dan buat peta bulan, dapat cerap 4 bulan planet musytari, dapat cerap tompok matahari,gelang planet zuhal,  komet dll..
nampak peta bulan yang gelileo buat?

teleskop asli galileo; atas sekali 8x pembesaran, yang kecik 30x pembesaran..wow



aku???

cume satu perkara yang ramai orang silap dengan teleskop ni, termasuk lah jugak aku

nyatakan ciri image bagi teleskop, boleh kata semua kata

besar dari objek...

padahal objek contohnya bulan besar gedabak, camne image lebih besar dari objek... sebenarnya pada teleskop, kita bayangkan image pertama yang terhasil antara fo dan fe itu sebagai objek, jadi kanta mata@eyepiece bertindak sebagai kanta pembesar dan image kedua yang terhasil lebih besarlah dari "objek". paham ke ni??

oklah ...meh ramai2 beli teleskop
c.s = dari pembacaan baru penulis tahu bahawa faktor2 yang perlu dipertimbangkan bila membeli teleskop adalah, 1. aperture (bukaan atau saiz kanta objektif) 2. magnification. tapi tiada guna magnification tinggi, tapi saiz kanta objektif kecil coz image yang terhasil akan kabur dan kurang bermutu.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails