terlihat cite2 berkisar Perhimpunan Agong UMNO...smlm abis..rajin pulak aku tengok Najib berucap..yang lain takda hati ... najib ni kalu bersurah semangat sket...kalau pak lah rasa kesian pun ada, kekadang tu tak sangggup nak lihat...hehehe
dan yang best kalau pehimpunan ni kalau ada gelak ketawa n humor yang diselitkan...semalam najib ada selit gak ...."kadang-kadang atas kadang2 bawah..belakang pun ada..." (lebih kurang macam tu la..aku pun tak berapa ingat...)... tetibe pengerusi tetap mencelah... "belakang tak boleh..belakang tak boleh.!!"..gamat kejap...gelak2 sket...najib pun setuju...semua dah jadi otak biru dah masa tu...(mat jenin mesti berangin je)..hahaha
"korang nampak jari ni..jangan nak tuduh2 aku ngan hantu tu.." kesian kene fitnah mungkin, sape tahu |
maka beberapa perkara nak kritik
1. Sejarah subjek wajib lulus SPM 2013& subjek teras KSSR 2014
wow...ni subjek memang aku kureng sket masa blaja dulu... heheh ...kata kunci kata kunci...ishhh...tujuan dorang nak soh jadi subjek wajib supaya rakyat dari sejak sekolah lagi tertanam dengan sifat patriotik dan cintakan negara...baik la tu..
semaikan cintakan negara dari rebung lagi memang baik, menyedari hakikat itu, dorang wat transformasi(korang yang blaja math dulu2 mesti ingat tajuk Penjelmaan, skg dah tukar nama Transformation plak) aja subjek sejarah dari sek rendah. maka disusun semula KBSR menjadi KSSR (kurikulum standard sekolah rendah - macam xda perkataan melayu yang setanding dengan standart... )
dulu2 blaja sikit2 dalam Kajian Tempatan; gabungan sej sket, geog sket...kalau zaman dahulu kala nama dia Alam dan Manusia...tapi masa aku belajar dia dah jadi kajian tempatan...tapi aku sempat gak belek2 buku subjek Alam dan Manusia, syok dulu tgk rancangan TV pendidikan...sekarang dah takde...kalau ada pun dah xbest cam dulu...
maka UPSR jadi 6A la nanti..wow...satu usaha yang murni..tentu rakyat lebih cintakan negara
but...lain pula bila dijadikan
persoalan2 macam ni perlu dijawab dan difikirkan bersama, bukan sedap kata hati nak tinggalkan
ramai tak lulus menyebabkan implikasi negatif..mungkin...pasal nak dapat kerja yang baik pun susah le sket kalau takda result SPM...keje kilang bley ke???
maka guru sejarah perlu berusaha lebih keras lagi..
orang2 sekarang ni kurang semangat cintakan negarakah? kurang patriotik kah? kat sekolah siap ada pendidikan sivik dan kewarganegaraan lagi...rasa-rasanya ada ala-ala subjek sejarah sket.., budak2 bertambah baik ke? (aku tak leh bayangkan la kalau budak non-malay, dah la belajar moral, pastu belajar sivik lagi...tertanya2 aku dari segi kualiti) zaman penulis takda sivik2 pun ok je...sekarang ada sivik pun belum tentu sivik-nya, walaupun di sekolah agama....penulis berkata begitu kerana melihat apa yang terjadi di hadapan mata penulis sendiri...
tetiba teringat ustazah UMNO yang dulu amat terkenal sekarang terkenal gak pasal "fatwa" pelik...salah satunya memikirkan cara nak bagi pekerjaan kepada pencuri2 bukan sebok2 nak potong tangan... hai ramai tak lulus ni takut2 ramai la pulak pencuri...ustazah nak bagi kerja ke kat mereka ni???
ms = penulis tak kata semua yang tak lulus jadi pencuri, sebilangan kecil ...padahal yang educated lebih dapat ikan besar...(anda perlu belajar subjek Matematik tingkatan 4 - penaakulan mantik@ mathematical reasoning bab pengkuantitian/ quantifier : semua, sebilangan / all, some untuk memahami dengan lebih tepat )
2. Majlis Ulama UMNO
takyah la nak wat majlis ni...mengarut lagi merapu..kene kutuk lagi ada..buat majlis ulama umno hanya menampakkan ulama kepartian dan ulama menjaga kepentingan parti aje...merapu betul wakil Perlis Fathul Bari May Jahya ni...(wow..hebat nama dia ..baru tadi baca mastika Fathul Bari adalah nama kitab karangan Ibnu Hajar al-Asqalani (wow sekali lagi aku teringat nama Askalani..aritu 2 pegawai dari MAKNA datang wat ceramah kat sekolah aku pasal kanser..sorang tu nama dia Askalani...kawan dia kata nama kawan dia ni pelik sket (memang pelik pun)..tapi rupa-rupanya ada je ) ...tapi tetiba ada MAY...peminat setia kumpulan MAY ke ape)...(wow dalam wow.., berapa banyak wow la )
sapa nak dengar kata ulama umno??? orang umno ajelah..tu pun kalau dorang sendiri nak dengar...cube keluarkan fatwa "semua ahli umno wajib bertudung" molek jugak..ada berani ke ulama umno nak cakap macam tu atau sekadar untuk defence parti??? tak yah la..
perkasakan Majlis Ulama Kebangsaan (MUK) lagi baik..sedangkan MUK sendiri pun sekarang dilihat terkontang kanting..kekadang semacam menjaga periuk nasi sendiri..
ms = buat cadangan pikir2 dahulu
3. Gurindam Zahid
bacale
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Bajau lanun pun Melayu Kahwin di Kedah
Sah masuk dalam Melayu
Teruna Turki Kahwin Melayu
Cucu Cicit pun jadi Melayu
Siapa kata yang itu (Datuk Seri Hishamuddin Hussein)
bukan Melayu
Sebab Turki Malaysia dah lama jadi Melayu
Musa Sheikh Fadzir Penang Melayu
Teruna Turki Kahwin Melayu
Cucu Cicit pun jadi Melayu
Siapa kata yang itu (Datuk Seri Hishamuddin Hussein)
bukan Melayu
Sebab Turki Malaysia dah lama jadi Melayu
Musa Sheikh Fadzir Penang Melayu
Aziz Sheikh Fadzir pun macam itu
Hamid Mandela memanglah Melayu
Aziz Putera; Wallahu'alam
Mustafa Seputeh; kita tak tahu
Dr Zambry pasti Melayu
Itu semua, semua orang tahu
Kak Ijat jangan pertikai; dia Melayu
John Ambrose, Rubin Balang, James Ratib
Semua rumpun Melayu
Semua kita berjiwa Melayu
Roh kita roh Melayu
Hamid Mandela memanglah Melayu
Aziz Putera; Wallahu'alam
Mustafa Seputeh; kita tak tahu
Dr Zambry pasti Melayu
Itu semua, semua orang tahu
Kak Ijat jangan pertikai; dia Melayu
John Ambrose, Rubin Balang, James Ratib
Semua rumpun Melayu
Semua kita berjiwa Melayu
Roh kita roh Melayu
Kita semua serumpun Melayu jati
Apa tanda Melayu jati
Memikir hidup kemudian hari
Masa sekarang ia timang
Masa silam ia kenang
Apa tanda Melayu jati
Masa depan ia difikiri
Ke anak cucu ia ingati
Apa tanda Melayu jati
Memikir hidup kemudian hari
Masa sekarang ia timang
Masa silam ia kenang
Apa tanda Melayu jati
Masa depan ia difikiri
Ke anak cucu ia ingati
Apa tanda Melayu terbilang
Jauh memandang ke masa datang
Apa tanda Melayu berbudi
Membaca zaman ianya ahli
Jauh memandang ke masa datang
Apa tanda Melayu berbudi
Membaca zaman ianya ahli
Apa tanda Melayu bermaruah
Ingat kepada anak cucunya
Masa lalu diingatnya
Masa kini dimanfaatkannya
Ingat kepada anak cucunya
Masa lalu diingatnya
Masa kini dimanfaatkannya
Masa mendatang disiapkannya.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^6
yang ni aku tokok tambah
apakah kau pernah tahu
apakah maksud melayu
me-layu
tafsikan sendiri dengan bahasamu
apakah kau masih mengaru dagu
kadang-kadang engkau mudah lupa
seperti kata tun yang dah bersara
melayu mudah lupa
jangan kau hanya canang seluruh alam
bangga dengan bangsamu
tapi banggalah dengan agamamu
No comments:
Post a Comment