Friday, February 26, 2010

tarannum sikah

tarannum ni ada macam2 orang panggil
sikah sikkah sika sega
lagu ni dikatakan berasal dari negara Parsi yang bermakna gemercing gitar (mohd ali, seni tarannum al-quran di malaysia). Ada juga yang kata ia berasal dari satu daerah bersempadan semenanjung tanah Arab, Iran dan Afghanistan. lagu ini berada dalam kelompok lagu-lagu hijazi/ makkawi (( ﺑﺣﻤﺮﺟﺴﺪ
banjaka husaini mayah rakbi jiharkah sikah dukkah
lepas tu di ambil oleh qari-qari dari mesir, diupgrade, digubah semula dan dilembutkan menjadi sikah misri. dipopularkan sekitar tahun 7-19 masihi. kini, lagu sikah berada dalam kelompok lagu-lagu mesir (ﺑﺣﺼﺮﺟﺴﺪ)
bayati hijaz soba rast jiharkah sikah nahawand
lagu sikah boleh dikatakan satu lagu yang cemerlang kerana mempunyai banyak cabang dan variasi. sikah adalah Grave iaitu mempunyai gerak lambat dan khidmat (M. Misbachul, Pedoman lagu-lagu Tilawatil Quran). Menurut johan Tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa, Ust Radzi Kamarul Hilan, lagu ini agak sukar dibawa kerana mempunyai burdah yang tersendiri. seseorang qari perlulah fokus pada kelembutan lenggok suara yang sedih dan merintih mengikut konteks ayat. sifat-sifat tarannum sikah (nik jaafar, Qawaid At-tarannum)
  1. mempunyai gerak lambat yang meyakinkan
  2. mempunyai kelembutan yang menusuk kalbu
  3. mempunyai ciri2 kesedihan dan merintih
  4. mempunyai kesesuaian dengan mana2 tabaqat
  5. sesuai dengan ayat2 merayu, merintih, memohon dan sebagainya
cabang lagu sikah
  1. sikah asli
  2. sikah misri
  3. sikah turki
  4. sikah iraqi
  5. sikah roml
pecahan atau cabang lagu tersebut adalah identiti tersendiri lagu sikah mengikut tempat asal lagu itu dialunkan. jika dikatakan lagu sikah, yang paling diingati adalah berzanji. ya, sudah menjadi identiti alunan berzanji yang diguna pakai oleh orang tua-tua dengan tarannum sikah. lagu sikah yang dibawa lebih ke arah aliran hijazi yang agak keras , berbanding dengan sikah yang digunakan dalam bacaan al-quran. berbeza dengan zaman sekarang berzanji sudah dipelbagaikan alunannya dengan lagu-lagu yang lain, namun lagu sikah tetap diminati sebagai trademark untuk berzanji. dibawah disertakan contoh yang diterapkan dalam tausyih(syair arab) oleh seorang qari dari indonesia (tak tau plak sape nama uztaz ni). dalam bacaan ni dia bagi 3 jenis cabang lagu sikah, sikah asli, sikah misri dengan sikah turki.
di bawah contoh tarannum sikah oleh Pakar Tarannum peringkat dunia, Syeikh Mustafa Ismail (tarannum sikah dengan jiharkah ). bacaan yang amat menarik.

1 comment:

  1. nama ustaz tu ialah: Muammar ZA, Johan Qari Tilawah Antarabangsa beberapa kali berturut2 sekitar tahun 1980an.. bole tengok pada: http://www.youtube.com/results?search_query=muammar+za&aq=0&oq=muammar

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails