Saturday, February 6, 2010

quadratic functions; suatu analogi dalam kehidupan manusia

kali ni bukan nak bincangkan kegunaan quadratic function dalam hidup...(aku sendiri belum pernah guna untuk selesaikan masalah hidup)... cume nak menyingkap analogi yang boleh dijadikan perbandingan dan tauladan dalam hidup kita. 1. bentuk graph apabila a positif ia akan selalu dilakar melengkung ke bawah atau senyum. maka orang yang selalu positif selalu berada dalam keadaan senyum. senyum suatu sedekah. ms = jangan pulak senyum aje pada tabung derma duit kat masjid masa solat jumaat dan yang sewaktu dengannya dengan tujuan memberi sedekah senyum...heheh dan bila nilai a negatif ia akan melengkung ke atas. macam orang yang dalam keadaan negatif cam marah ke, benci ke mesti masam. so jangan selalu masam muka pasal banyak menggunakan pergerakan otot muka. kalau senyum lagi bagus pasal sikit je otot muka yang bergerak

2. menchari nilai maksimum dan minimun menggunakan penyempurnaan kuasa dua dalam fungsi kuadratik, kita tumpu pada nilai "a". a adalah abjad pertama dalam rumi. maka dari mula kita kena sucikan hati kita..bagi menyempurnakan misi atau tugasan yang mencabar, kita perlulah membuang segala kekotoran, sifat2 negatif dan buruk dalam diri . dan kita kenalah fokus pada satu matlamat agar kerja atau misi yang dilakukan akan berjaya. macam NABI Muhammad SAW, baginda sebelum berlakunya isra&mikraj, malaikat telah membelah dada baginda untuk mencuci hati dengan air zam-zam dan diisi dengan hikmat. (kali pertama dada baginda dibedah semasa baginda kanak-kanak)...yelah expidisi yang mencabar perlukan kekuatan rohani dan jasmani. yelah macam nak jalankan misi penyempurnaan kuasa dua...bukan calang2 beb...banyak halangan yang perlu ditempuhi...kengkadang masa dulu aku sendiri puntertanye...alahai senangnye cikgu tu buat..tapi bile aku buat plak...ishkkkk... tapi sekarang baru aku tau bile aku mengantikan tempat cikgu aku ...semua jadi mudah...(tak le semua jugak...)...practice make perfect....usaha tangga kayu... 3. penggunaan discriminant atau penentu untuk melakar bentuk graph sebab kita dah tau masam atau senyum sesuatu graph, kita kene tau gak ada pintasan ketak. n kalau ada kat mane? yang ni sebagai panduan...kene ingat..atau lebeh tepat kene paham. cube kita wakilkan suatu graph macam ni. yang pertama ada dua root yang berbeza...maksudnya ada banyak usaha, bila banyak usaha dia akan melepasi atau dapat capai cita-cita lebih dari apa yang ditarget. yang ke-2 ni ada 2 root yang sama, bila sama ada satu nilai... tu yang bersilang atau sentuh pada satu tempat kat paski-x....maka dia ada usaha tapi tak sebanyak yang pertama tadi . maka ada jugak harapan dengan usaha itu dia dapat capai target atau cita-cita dia tu. cube tengok orang yang ketiga (kalau kita nak wakilkan graph dengan orang)... takda punca yang nyata atau dia ada punca khayal (imaginary roots) ..maka lansung tak capai paksi-x, sentuh pun tidak...maka orang yang selalu berkhayal, macam "mat jenin malaya" ...siapa...paham sendiri sudah... asik berhkayal...cita-cita pun tak capai lansung. macam mat jenin malaya...akibat berkhayal...jadi gak kenyataan ..tapi terkena khayalan makan tuan...hahah

2 comments:

  1. cikgu ni mmg byk formula nak hafal satu bnde tu..tringat mse ckgu ajar kitorg fizik 5 ma'awa..
    'MAYA'

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails