Sunday, February 28, 2010

gelombang melintang

sedang lari-nyanyi ...sambil terbayang2 tentang diri dan chapter WAVES, tetiba keluar ayat ni dari ruang yang paling dalam...

"bagaikan kapal beroleng dipukul gelombang melintang... tali tak tertambat..hanyut tidak bertepi..."

entah...aku pun tak tau

Saturday, February 27, 2010

bang-bang bom di tesco menyelamatkan dunia..

hehe...arini aku terkena ...bukan aku aje..tapi ramai la gak bermula dari tengah hari aku pi servis kete kat kuala selangor... jadi aku berkhalwat le kat masjid ...tak le jugak..ada budak2 main2 kat situ....punyalah lame aku nunggu sampai sempat solat zohor skali...n sampai aku sempat khatam al-quran baca kt masjid tu mengisi masa yang tak la lapang sangat...tak tipu ...bile aku sampai kat tempat servis, rupenye kete aku dah lame siap...cis... selalu dia call aje... pastu gi bayar kete kat meru...dah terlanjur gi le klang jap...nak jumpa kawan-kawan dari seberang sih....konon la...hahah beli baju kat mydin dengan tak pandai nak ukur baju di badan sendiri..haha...konon2 untuk masa hadapan la pakai...macam leh kurus aje..hahah... sekali kat mydin beli mangga plak 2 jenis ...setiap jenis dua biji...siot yang kuning melepak masam nak mampus...hampeh-hampeh...yang hijau macam tak masak isi sikit punya oren n manis giler...(diketahui setelah berada di rumah) terus pulang singgah di tesco...konon nak beli susu pekat tesco pasal aku hantu teh susu...tengok2 makkkk aiiiii...harga satu pek (ada 6 tin) dah naik jadi lebih RM13...giler selalu aku beli satu pek lebeh kurang RM10 je... cekik betul lepas raya cina... tapi sebenarnya ni yang nak cerita sebenarnya...masa nak bayar (aku guna bakul aje) abang kesher tu dok mengelap2 ..tunggu dulu yek...dia kate...pastu dia cakap ..."arini takda plastik ye"...ha ape? (aku teringat jugak ada dulu dia wat ads kata setiap sabtu tesco tak sedia plastik)... aku amek bakul kekonon nak isi barang bawak ke kete..." haa...bakul tak leh guna...troli bleh" hampeh laaaaaa ..terpaksa lepas bayar dok berkejar (tak le jugak) amek troli...isi dan terus balik sebenarnya takda bengbeng bom pun..cume cerita di atas seperti terkena...lawak aku tengok pakcik tu beli selipar dok bawak gitu je lepas bayar..tu belum lagi seorang makcik beli kek 2 biji..besar la gak..terpaksa peluk kek tu...lawak2 bagus gak tesco wat camtu...leh bantu selamatkan bumi ni..kalau dia wat hari2 tanpa plastik lagi baik....

Friday, February 26, 2010

tarannum sikah

tarannum ni ada macam2 orang panggil
sikah sikkah sika sega
lagu ni dikatakan berasal dari negara Parsi yang bermakna gemercing gitar (mohd ali, seni tarannum al-quran di malaysia). Ada juga yang kata ia berasal dari satu daerah bersempadan semenanjung tanah Arab, Iran dan Afghanistan. lagu ini berada dalam kelompok lagu-lagu hijazi/ makkawi (( ﺑﺣﻤﺮﺟﺴﺪ
banjaka husaini mayah rakbi jiharkah sikah dukkah
lepas tu di ambil oleh qari-qari dari mesir, diupgrade, digubah semula dan dilembutkan menjadi sikah misri. dipopularkan sekitar tahun 7-19 masihi. kini, lagu sikah berada dalam kelompok lagu-lagu mesir (ﺑﺣﺼﺮﺟﺴﺪ)
bayati hijaz soba rast jiharkah sikah nahawand
lagu sikah boleh dikatakan satu lagu yang cemerlang kerana mempunyai banyak cabang dan variasi. sikah adalah Grave iaitu mempunyai gerak lambat dan khidmat (M. Misbachul, Pedoman lagu-lagu Tilawatil Quran). Menurut johan Tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa, Ust Radzi Kamarul Hilan, lagu ini agak sukar dibawa kerana mempunyai burdah yang tersendiri. seseorang qari perlulah fokus pada kelembutan lenggok suara yang sedih dan merintih mengikut konteks ayat. sifat-sifat tarannum sikah (nik jaafar, Qawaid At-tarannum)
  1. mempunyai gerak lambat yang meyakinkan
  2. mempunyai kelembutan yang menusuk kalbu
  3. mempunyai ciri2 kesedihan dan merintih
  4. mempunyai kesesuaian dengan mana2 tabaqat
  5. sesuai dengan ayat2 merayu, merintih, memohon dan sebagainya
cabang lagu sikah
  1. sikah asli
  2. sikah misri
  3. sikah turki
  4. sikah iraqi
  5. sikah roml
pecahan atau cabang lagu tersebut adalah identiti tersendiri lagu sikah mengikut tempat asal lagu itu dialunkan. jika dikatakan lagu sikah, yang paling diingati adalah berzanji. ya, sudah menjadi identiti alunan berzanji yang diguna pakai oleh orang tua-tua dengan tarannum sikah. lagu sikah yang dibawa lebih ke arah aliran hijazi yang agak keras , berbanding dengan sikah yang digunakan dalam bacaan al-quran. berbeza dengan zaman sekarang berzanji sudah dipelbagaikan alunannya dengan lagu-lagu yang lain, namun lagu sikah tetap diminati sebagai trademark untuk berzanji. dibawah disertakan contoh yang diterapkan dalam tausyih(syair arab) oleh seorang qari dari indonesia (tak tau plak sape nama uztaz ni). dalam bacaan ni dia bagi 3 jenis cabang lagu sikah, sikah asli, sikah misri dengan sikah turki.
di bawah contoh tarannum sikah oleh Pakar Tarannum peringkat dunia, Syeikh Mustafa Ismail (tarannum sikah dengan jiharkah ). bacaan yang amat menarik.

Sunday, February 21, 2010

rahsia teh susu yang sedap

teh tarik, teh susu, teh ais.. minuman kegemaran rakyat malaysia dan kegemaran aku walaupun tak baik untuk diamalkan.. camne nak buat teh susu yang paling sedap? ada yang kata teh dia....kalau dapat serbuk teh yang sedap..jadi sedap la ... jadi serbuk ape yang sedap??? cap lipton hanya sesuai untuk teh o...teh cap masjid terlalu wangi...teh 555 terlalu halus...teh boh terlalu ada umphhh ...teh sabah tengah2...jadi ...ada mamak kedai kata dia campurkan beraneka serbuk teh jadi rasa dia sedap...yeke cam tu ada yang kata bile wat teh susu letak sket serbuk milo ke...serbuk kopi ke...sikit aje ada juga yang kata celup sudu dalam air garam pastu amek sudu tu n kacau teh tu.... macam2 la teori yang dorang bagi... tapi bagi aku... campur2 serbuk teh tu memang aku praktikkan (hanya untuk teh susu) n satu lagi rahsia untuk wat teh susu yang sedap iaitu .....pemilihan susu...susu yang paling sedap bukan f&n, bukan goldcoind, bukan cap junjung, bukan dairy champ, bukan marygold dll.... tapi ia adalah
susu pekat cap tesco...
maksudnya susu yang brand tesco yang hanya boleh didapati di tesco..inilah susu paling ideal untuk wat teh susu/teh tarik/ teh ais....pasalnya kene cube sendiri.. aku ingat kawan aku dok kelentong aku...tapi bile aku cube aku leh katakan susu cap tesco rasa dia terbaik.... cuba tangga kejayaan..

Friday, February 19, 2010

benci

kalau pejal tahir kata... "aku benci padamu...cinta padamu.... aku bencinta.....bla bla..." kalau aku pulak "aku bosan, benci...tak suke...menyampah..." dah ada? dah ada? dah ada?... infiniti... "aku benci pada soalan itu...aku bosan pada soalan itu..aku tak suka soalan itu..." hahahahaha benci...... m/s = SUKA pada fizik...SUKA dengan math..SUKA dengan ADD MATH (dengan diiring -1 "bencinta")

saham bank rakyat

sumber dari berita harian --------------------------------------------------------------

Keuntungan Bank Rakyat 2009 tertinggi dalam 55 tahun

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai dan zakat Bank Rakyat tahun lalu berjumlah RM1.55 bilion, meningkat 25.6 peratus atau RM316 juta berbanding 2008. Ia adalah keuntungan tertinggi dalam sejarah 55 tahun penubuhannya. Peningkatan keuntungan itu disumbangkan daripada pertambahan pendapatan semua sektor perniagaan perbankannya.

Keputusan itu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebentar tadi. Berikutan keputusan yang memberangsangkan itu, Bank Rakyat mengisytiharkan dividen 15 peratus dengan jumlah keseluruhan RM299 juta yang akan dibayar kepada ahlinya mulai Isnin depan.

------------------------------------------------------------------------------------------------

huish...kayo-kayo

Wednesday, February 17, 2010

kwsp

arini aku bawak mak aku p KWSP...sebabnya bulan 3 nanti genap umur mak aku 55. jadi aku pun amek kesempatan untuk cek aku nye simpanan...ada la gak rupenye tak le sesukar mane nak keluarkan caruman yang dah dibuat. permohonan boleh dibuat 6 bulan sebelum dari tarikh kita capai umur 55 tahun.benda yang kene bawak salinan i/c n salinan buku beng n isi form. tu aje..pastu tunggu le dalam seminggu lepas umur 55 tahun masuk le dalam akaun kita. bile aku tengok aku nye caruman...masih muda lagi...tetibe aku terpikir...terlintas dalam fikiran...
sempat ke aku capai umur 55 dan merasa duit2 yang aku simpan atau pencen aku?? ...
teringat arwah bapak aku... umur sampai 48 aje... tak sempat nak merasa simpanannya... aku jugak yang dapat..hehe dulu aku kecik tengok je bapak aku kerja... tahu la jugak sikit2 pasal kwsp... sekarang ..aku pulak yang bekerja...terasa masa cepat berlalu... merasa gak cari duit sendiri... berbeda dengan bapak aku yang kerja sebagai mat despatch, aku pulak sebagai cikgu... dua kerja yang amat kontra... aku cume mampu tersenyum kelat dalam hati... sapelah aku untuk tahu kisah masa depan...

Monday, February 15, 2010

starbuck dan yahudi

makan di STARBUCK?? tak boleh??? yahudi punya... kene boikot?? kebanyakkan barang yang ada brand STAR cam THE STAR dll ada kaitan dengan yahudi... benarkah macam tu...asal barang yahudi je kita tak leh beli.?? kene boikot... cube baca hadis sahih di bawah:
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

takda masalah sebenarnya nak beli barang orang yahudi, Nabi Muhammad SAW pun berurusniaga dengan orang yahudi cume bile keuntungannya disalurkan ke arah peperangan untuk menjatuhkan islam tu yang tak leh...

cam starbuck...memang banyak cerita itu ini tapi takda bukti bertulis (mungkin juga ada) yang menunjukkan dia salurkan ke zionis untuk peperangan. macam facebook pun orang yahudi punya... tok guru nik abd aziz pun ada page dia...jadi tak semestinya kene boikot.

aku pun tak pandai sesangat pasal hukum...cume copy and paste aje

http://www.zaharuddin.net/content/view/901/72/

M/s = kat kedai n resit dia dah tulis logo halal...HALAL...aku pelik gak ..takan semudah abc nak dapat iktiraf halal dari jakim...mesti ada prosedur yang ketat...jadi...kabar2 angin starbuck tak halal tu boleh di abaikan la...

Sunday, February 14, 2010

tiada yang kekal

tengok budak2 kecik ni... dorang sendiri tak tahu ape yang bakal mereka tempuhi di masa hadapan... macam2 boleh berlaku macam aku...aku pun tak sangka semacam ini sekali dugaan yang aku tempuh...kekadang terasa tak sanggup lagi untuk melangkah...kisah hidup ini terlalu kompleks ... semacam nombor kompleks jugak
x= a + bi
a = real part b = imaginary part i = √(-1)

macam nombor kompleks jugak...hidup pun cam nombor kompleks ...hidup ni ada yang nyata dan ada khayalan... kalau ,
x= a
ada ke orang yang macam ni... hidup semua real...nyata..maksudnya ape yang dia buat jadi kenyataan??? atau.
x=bi
hidup dalam khayalan semata2?? entahlah ...
----------------------------------------------------------------------------------------------
tiada yang kekal... semua akan kembali kecuali DIA... memang tengahari tadi panas benar... tapi siapa sangka renyai-renyai boleh turun dikala terik membara... suara orang mengaji pun sayup sangat macam lagu orang mati... (tarannum nawa athar rasanya) lepas azan zuhur kami pun kembali ke haluan masing2... semalam kami ke bandar melaka (kot) jalan kat kota a famosa, naik bukit saint paul... (st. paul adalah pengasas agama kristian... malah isi ajaran kristian dia yang susun sebenarnya..) nilah satu-satu gereja (bekas) ; gereja OUR LADY OF ENUNCIATION yang semua orang masuk tak kira orang tu agama ape...malah orang islam melayu pun ramai yang masuk... dan dalam gereja ni kawan baik aku ni bersms tak kira waktu... itulah kerjanya...semoga cepat naik pangkat... maksudnya pekerjaan betul dia le... senyum sumbing kat pintu gereja...ada banyak makna salah satu maknanya... "alahai nipis wallet aku kene kerjakan kali ni..." dah la...aku pun dah tak de idea nak tulis... kepenatan balik dengan jiwa yang berserabut.... pikir nak cepat sampai aje

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails