Wednesday, December 28, 2011

FLYING SWORD OF DRAGON GATE - tak la best sgt

  • filem FLYING SWORD OF DRAGON GATE adalah remake from 
    • dragon gate inn (1966)
    • new dragon gate inn (1992)
cite ni memang betul2 mengarut... minit2 yang berlalu benar2 merugikan...nak tergelak pn ada...aksi kaku...berlawan pn teragak2...poster je nampak hebat tapi tak best lansung..jadi tak yah ulas banyak2


NEW DRAGON GATE INN ni yang terbaik
Sedikit ulasan tentang NEW DRAGON GATE INN :
  • antara ketiga2 versi, yang ni yang terbaik
  • skor musik latar memang menarik, kena dengan aksi pertarungan dan suspen
  • hero Tony Leung Ka-fai tak la best sangat tapi masih boleh diterima
  • kekuatan pelakon adalah pada heroinnya Brigitte Lin. yang lebih menonjol dalam cite ni, tengok kat poster pn gambar dia yang lebih besar.
  • aksi pertarungan memang boleh tahan, ada terbang2 menggambarkan kekuatan cite tu sendiri
  • donnie yen menjadi watak antagonis sebagai sida memang ngam. memang zaman dulu dia selalu jadi watak jahat aje dan memang menjadi, sekarang je baru mula nak menonjol jadi hero.

sedikit sedutan: muzik yang menarik, cube tgk masa brigitte lin menikam pedang pada donni yen, dengan muke slumber dia sepit pedang tu n amek balik sapu tangan...aksi serangan dengan menghancurkan pedang ada persamaan dengan versi 2012 punya walaupun teknik lain sket


muzik masa pembukaan adalah sama...!!!!

Flying Swords of Dragon Gate

  • gabungan cgi ngan 3D memang la nampak gempak, tapi bile aksi kungfu dia jadi macam kartun, tak nampak real pertarungan tu berlaku

    • donnie yen ditawarkan jadi hero tapi dia tolak pasal dia tak nak belakon dalam filem remake, lagipun dia penah belakon jadi watak antagonis dalam filem yang sama dulu

    • jet li terima pasal dia agak excited bile dengar filem ni ada 3D...tapi aku sure dia mesti kecewa bile tgk hasilnya.

      • beberapa part agak menarik macam pertarungan yang mula2 tapi 3D melemahkan cite.. juga menarik masa tipu helah watak2 jahat kene pedaya geng baik yang akhirnya watak jahat kena bunuh dengan pihak sendiri

        • boleh dikatakan keciwa gak tgk cite ni... ip man atau fearless lebih baik coz pertarungan tak guna helah2 cgi atau 3D

          • memang FLYING SWORD OF DRAGON GATE NGAN NEW DRAGON GATE INN dari pengarah yang sama Tsui Hark, tapi nampaknya hasil dia agak berbeda...yang lama lg best.

      m/s = kedua2 versi ni ada kat youtube dah

Thursday, December 15, 2011

SCENE KUNGFU TERBAIK SEPANJANG ZAMAN


ONCE UPON THE TIME IN CHINA IV 
opening yang mantap dengan music yang kena dengan aksi 

genre cite yang paling aku minat
kepada peminat2 filem kungfu memang tak lari dengan aksi pertarungan
rasanya aksi pertarungan cerita zaman2 jetli lebih jujur dan ikhlas
walaupun kekadang memang tak logik
berbanding zaman sekarang yang lebih kepada penipuan cgi semata
dan pelakon2nya bukan dari pengamal ilmu hitam kungfu
berikut antara yang aku rasa scene pertarungan menarik perhatian


ONCE UPON TIHE TIME IN CHINA 2 (babak 1)
Pertarungan 2 jaguh ini memperlihatkan seni pertarungan dengan menggunakan batang kayu. filem hasil choreographer Yuen Wo-Ping yang juga terkenal dalam pertarungan kung fu. susah nak tengok filem kungfu yang pertarungan dia cantik macam ni.




ONCE UPON TIHE TIME IN CHINA 2 (babak 2)
part ni pun tak kering gusi melihatnya.. pun best...pertarungan dengan mengunakan galah, batang kayu, dua batang sekali dan kain yang menjadi keras macam kayu, kayu nasi kandar....memang hebat...giler cool
untuk babak ni, jet li sengaja memilih buluh berbanding donnie yen yang memilih kayu yang tumpat...takda guna CGI pun ..tu yang menghidupkan pertarungan . banyak lagi babak dalam filem ni.
"tak tengok rugi" (bak kata ustaz badlishah)

FONG SAI YUK 2
masih Jet li lagi.... bagai seorang samurai jepun dengan menggunakan katana yang banyak menentang musuh2nya...



SWORDMAN 2 (babak 1)

berlainan dengan Fong Sai Yuk 2 dan ONCE UPON TIHE TIME IN CHINA 2, Swordman 2 juga Jet Li heronya (takde orang lain ke???) sarat dengan aura2 yang hebat ala komik Hong Kong.
dah nama Swordman 2 (Swordman 1 takyah tengok pun takpe, tak best, hero Jackie Chung tak best), aksi pertarungan pedang sangat memukau. Tak faham sebenarnya macam mana pertarungan ni..boleh plak melayang2 pedang tu...hebat2




 SWORDMAN 2 (babak 2)

final battel ni memang memukau...penuh ngan aura supernatural..!! lakonan Brigitte Lin dalam filem kung fu suatu masa dahulu memang sangat memukau, memang beliau serasi dan kena dgn filem kungfu. .memang cun dan mampu lakonkan apa saja watak, laki pun boleh... lakonan beliau memang terasa asli seorang pahlawan wanita... rasanya sekarang yang ada Michelle Yeoh kira boleh la... yang lain kaku aje
pertarungan ni memang penuh ngan aura... cangkuk besi besar gedabak boleh lawan ngan jarum je
bak kata aku "sambil menyulam boleh bertarung"



TAI CHI MASTER

berapa banyak da Jet Li jadi hero..tak di nafikan beliau memang lagenda kung fu seperti Lagenda Tanpa Nama. filem ni mungkin menunjukkan asal usul macam mana tai chi tu boleh wujud... ni antara aksi pertarungan sabre antara Jet Li dan  Chin Siu Ho.  Michelle Yeoh sekadar jadi pak pacak.


FONG SAI YUK 1

malas dah aku nak kata....jet li ni memang kaki kungfu punya olang...kali ni dia berlawan dengan Chiu Man Chuk (aku sebenarnya confius ..adakah Chiu Man Chuk,Vincent Zhao orang yang sama?)
kali ni jet li pakai kayu pendek berlawan dengan Chiu Man Chuk yang guna galah panjang....marvelous2 

TAI CHI (babak 2-final battle)

dia sapu bersih...kali ni jet li berlawan setelah menguasai ilmu tai chi...tekejut beruk bekas kawan karib dia...



 ONCE UPON THE TIME IN CHINA IV (babak 1)

puh lega...kali ni bukan lagi jet li tapi diganti oleh Vincent Zhao yang tak kurang hebat gak...pertarungan ni lebih kepada teka teki je...hahah
macam acara beng beng bom ....tapi pape pun mantap...




 ONCE UPON THE TIME IN CHINA IV (babak akhir)

ni pun mantap abes...cume gambo tak klear

m/s : semua aksi dalam cite di atas memang best...tak tgk rugi...banyak lagi cite lain tapi dah malas nak teruskan..hehehe

Wednesday, December 14, 2011

PENJELMAAN - SMK Sg Burong to SMK SUNGAI BURONG

penjelmaan (macam tajuk matematik la plak) sek lama aku kepada sek baru memang best
ape yang bestnya
aku bukan sekolah di situ lagi

cuma arini aku baru dapat melangkah ke sek baru ni
bile lagi nak dapat peluang  menyelinap ke sek baru ni

sebenarnya ada tugas yang perlu diselesaikan
cume tempat ni menjadi mangsa

papepun bagai barang baru
ada bau kedai
memang macam matrik la gaya sek ni

cume yang tak best,
ceruk dalam kebun
bertampal sane sini

apa keje kontraktor, arkitek, pegawai2
yang buat bangunan ni
epic fail betul

pintu masuk je da standert sek asrama ni, kalau ada pintu gerbang macam upm lagi gempak

ini bukan bust stop...mane ada bas masuk ke dalam kebun...just tempat tunggu parent masa nak balik
sepanjang2 ni yang bersimen ada lah tempat paking motorsikal pelajar...cukup besar tapi masih tak cukup gak...beram aku tgk bunga ni beraneka warna plak tu...nak je amek sket...sabar2

tempat perhimpunan ni mengingatkan aku kat matrik kedah walaupun tak sebesar itu


penat la gak nak berjalan besar dan luas...sesuai untuk aktiviti mandi matahari

masih dewan terbuka (ok la sket dari dulu dewannya kat kantin)

ok tak

kerana masih baharu...segalanya baru

laluan pembelajaran

lukisan pembelajaran

nak je aku rembat lukisan2 batik ni...lawa siut


tangga pembelajaran

ni padang yang bukan padang

lanskap yang cantik la gak

boleh la bibanggakan....sesuai kalau ada logo sekolah besar gedabak atau arca ape2 ke..senang nak amek gambo

ada court bola jaring tu

kalau lihat dari gamba ok la..kalau korang datang sendiri sek ni...tau la korang bertampal2 la bagai..papepun best la gak sek ni...sekolah lamaku dalam kenangan


Monday, December 5, 2011

KESEMPURNAAN YANG SUKAR DI CARI

ketika ni aku masih senyum sendirian
masih tertawa dalam hati
dunia ni kecil benar
pusing2 ke situ juga

kita memang selalu mencari yang sempurna
yang sempurna selalunya terhad
kita...

sama, serupa dan lain
bermain di fikiran

tiada sesiapa pun yang sempurna
tak lebih dari anggapan diri sendiri

kita suka pada benda yang sama
mula pada masa yang sama
langkahnya sama walaupun berbeza

teka teki yang bermain di fikiran aku macam ditekap pada kebenaran
tepat
benar
betul

 cuma aku hadir semacam ayam melanda benang kusut


mungkin semacam perlawanan
aku mahu berundur
mahu mengalah
tapi ditegah
dilarang

situasi membuatkan aku sekali binggung sedikit
terus, mara, maju?terpilih?

mengalah?tidak terpilih

maju kesudahannya aku tersenyum gembira

kalau berundur, maka aku tumpang gembira
ini yang lebih ku harapkan



kita terbaik
bertemu dengan yang terbaik

masalah?
hidup tak lebih dari masalah yang wujud
bersama solusinya

RESEPI NASI BRIYANI YANG RINGKAS ~tanpa gambar

memasak bukan lah satu perkara yang berbahaya
penyebab utama kenapa orang selalu taknak masak sendiri

1. tak reti masak
2. malas
3. tak bebaloi

tapi kadang2 memasak sendiri boleh menjadi masuk bakul
jika menjadi dan sedap

resepi kali nak dikongsi ialah nasi briYANI
resepi ni kaedah kedua teringkas
barang2nya insyaAllah ada kat umah
melainkan anda seorang yang tak rajin memasak
maka kene g kedai juge

yang penting
mudah
murah

bahan2
  1. beras - basmati paling baik, tapi nak ringkas dan mudah dan murah, beras biasa je boleh. takan kat umah takde beras biasa kot....bukan pe, basmati ni panjang2,agak mahal la gak, jadi bila masak dia cantik je terurai memanjang, psikologi bile makan.
  2. minyak sapi + minyak masak - yang ni harap kenalah beli gak, bukan tak leh pakai minyak masak biasa tapi rahsia nasi briyani terletak pada minyak sapi...kalau beli, beli yang paling kecik je.
  3. rempah ratus ribu juta - kulit kayu manis, bunga lawang, bunya cengkih, buah pelaga
  4. stok ayam - samada korang rebus ayam amek air dia atau pakai kiub ayam (tapi tak asli la)
  5. daun pandan untuk wangi
  6. bawang putih, merah, halia
  7. garam dan gula
 ha, apa barang yang susah sangat, stok ayam??? takan korang makan nasi takde lauk kot, jadi mesti ada ayam, jadi rebus la dulu ayam tu untuk dapat stok/patinya

nak guna daging / kambing - pun boleh rebus dorang pastu amek la gak airnya (cuma kalau kambing basuh la sebersihnya supaya tak le terasa kekambingannya)


boleh dikatakan semua barang tersedia kat umah, cuma minyak sapi je jarang2 kelihatan

so nak masak camne?

1. tumis bahan no 3+no 6+no 5. sampai naik bau...tumis ngan minyak sapi +minyak masak sket. tambah sket minyak masak untuk kurangkan bau minyak sapi tu...kalau taknak tambah minyak masak pun takpe, ikut korang

2. masukkkan beras, goreng beras bersama bahan2 yang ditumis seketika. bagi yang tak pernah masak mesti pelik nape goreng beras plak? ni salah satu teknik memasak nasi, goreng seketika dalam seminit dua supaya nasi tu jadi sebutir2/ berderai/ lebih cantik (rasanya kot, aku pun trak pasti)

3. masukkan nasi dalam periuk karen...masukkan stok ayam secukupnya (korang jangan harap beras tadi jadi nasi masa kita gorang tadi, just acara selingan aje) dan tambah garam dan gula secukupnya. penggunaan MonoSodiumGlutamat /MSG atau dengan kata mudah AJINOMOTO amat DILARANG (sepatutnya penggunaan stok guna kiub juga terlarang)

4. untuk sedap lagi masukan lagi sekali daun pandan yang baru.

5. tunggu sampai masak


jika resepi anda menjadi, kesabaran anda akan teruji semasa proses nasi tadi hampir masak ~ aroma yang amat hebat akan memenuhi segenap atmosfera rumah anda

tak perlu nak letak warna kuning la bagai,

kalau nak lebih sket bahan, letak kismis, masa tumis tadi boleh letak gajus
hidang boleh letak daun bawang+sup

tgk, takyah guna rempah2 briyani pun

kenapa takda sukatan?
coz aku tak guna sukatan, just agak2 n campak2
practice make perfect


ha, lupe, cara menyediakan nasi briyani no 1 paling mudah
"gi bli je kat kedai"

kesedapan bukan dari perasa tapi dari rasa semula jadi bahan 2 itu sendiri.


Saturday, December 3, 2011

hari yang sgt menarik

hari ini benar2 menarik
betul2 suprise
very2 lawak

aku tertawa
tersenyum

sgt2 pelik untuk diungkapkan
semuanya baik2 sahaja

itulah cerita menarik
untuk hari ini...

Thursday, December 1, 2011

UJIAN

Daripada Abu Said r.a. dan Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya:
“Tidak suatupun yang mengenai seseorang muslim - sebagai mushibah - baik dari kelelahan, tidak pula sesuatu yang mengenainya yang berupa kesakitan, juga kesedihan yang akan datang atau pun yang lampau, tidak pula yang berupa hal yang menyakiti – yakni sesuatu yang tidak bersesuaian kehendak hatinya, ataupun kesedihan - segala macam dan segala waktunya, sampai pun sebuah duri yang masuk dalam anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahan-kesalahannya dengan sebab apa-apa yang mengenainya-yakni sesuai dengan mushibah yang diperolehnya- itu.”
(Muttafaq ‘alaih)
jadi, tiada masalah jika anda menghadapi masalah2 di atas...

Wednesday, November 30, 2011

YG SEDAP beserta jawapan

aritu
pagi2 dah kene paksa + ala2 ugut
kalau tak aku bunuh
bile lagi nak merasa nasi lemak yang sedap
bile lagi nak sarapan dgn aku n bla3...

jadi bagi tak menghampakan  kitaorang
ok jelah

sesedap

sebenarnya dah berkali2 kami bercerita tentang 2 makanan ni
tapi aku je yg tak penah gi
just lalu2 je
mungkin tak pernah rasa tak tau
 xda yang sedap

nasi lemak tepi stesen esso
sedap gak
tapi kedai dia macam tak ramai
tapi cepat abes
nasi dia memang lemak semacam
sambal plak sedap tak pedas sangat
harga mahal la gak
tapi bebaloi sebab sedap
3 sedap


ayam golek tepi sawah
ayam golek ke percik????
memang betul2 sedap
betul2 mengancam
ayamnya berempah tapi tak terlalu extreme sgt rempahnya
walaupun cam anak ayam je tapi itu yang bagus
dagingnya sedap dan lebut empuk sekali
bab kuah sedap tak terkata
kuah seperti ayam percik tapi lebih sedap
lebih pedas dari sambal nasi lemak
tapi memang sedap

5 sedap

boleh bayangkan tak tempatnya kat area mane???

hmm...berapa lama tempat ni boleh wujud lagi aaa????

kalau dah tak wujud, camne?

Sunday, November 27, 2011

bukan

"nanti mesti dalam blog ada cerita 'nasi lemak terakhir' bla..bla...."ngomel dhia dia
yela-yela...aku buat la ni...

aku hidup tak gembira pun




















aku tak nak orang lain rasa macam mana aku rasa




















coz aku cube gembirakan orang yang aku sayang




















supaya dia gembira, aku tumpang gembira...




















walaupun kadang-kadang aku sendiri yang makan hati, paru, limpa, pedal...































semua benda bukan milik kita




















bukan semua benda boleh beli dengan duit




















aku tak beli



















tapi aku menghargai























"ko bukan kawan aku lagi"....
































"saya dok umah berdua ngan mak saya je, saya ni anak tunggal makcik, yuk tu saya anggap macam abang saya sendiri"


Sunday, November 20, 2011

ramalan fizik spm 2011

sape bleh jadi ahli nujum di saat akhir ini
tiada unsur2 khurafat di sini


TAJUK-TAJUK PENTING PHYSICS KERTAS DUA [2] SPM 2011 


TINGKATAN 4
CHAPTER 1- Instruments (Systematic/Random error)
CHAPTER 2- Principle of conservation of momentum/energy, Elasticity (Spring), Hooke’s Law (Elastic limit)
CHAPTER 3-Atmospheric pressure (Barometer/Manometer), Bernoulli’s Principle
CHAPTER 4-Thermal Equilibrium, Specific latent heat (Q=ml), See/Land Breeze, Gas Law (Boyle, Charles,       
                      Pressure)
CHAPTER 5-Total internal reflection, Mirage, Lenses (relationship between object distance-u, image 
                      distance-v and focal length-f), Telescope.

TINGKATAN 5
CHAPTER 1-Frequency, Speed of wave,  Diffraction, Interference (water wave)
CHAPTER 2-Ohm’s Law (V α I), electromotive force (e.m.f), Pin plug (colors of wire)
CHAPTER 3-Induced current-deflection of galvanometer (Lenz’s/Faraday’s Law), direct current (d.c) and 
                      alternating current (a.c)
CHAPTER 4-Maltese Cross Tube, SemiconductorDiode (Full Wave Rectification), Transistor, Logic Gates
CHAPTER 5-Nuclear Fission, radioactive decay-Cloud Chamber, Track (alpha, beta, and gamma).



TAJUK-TAJUK PENTING PHYSICS KERTAS TIGA [3] SPM 2011

SECTION A-1: GRAPH INSTRUMENT [16 marks]
2007 - Ammeter
2008 - Stopwatch
2009 - Measuring cylinder
2010 - Vernier Calipers
2011 - Protractor/Thermometer


SECTION A-2: GRAPH ANALYSIS [12 marks]

2007 - Hooke’s Law-relationship between m and l
2008 - Force & motion-relationship between h and a
2009 - Riple Tank- Interference: Relationship between a & x
2010 - Light Wave (Young Double Slit):Interference-r/ship between x and D
2011 - Electricity

SECTION B: DESIGN EXPERIMENT [12 marks]

TINGKATAN 4
2007 - Light: Relationship between real depth and apparent depth
2008 - Pressure: Relationship between mass and pressure
2009 - Hooke’s Law (Relationship between Force and extension of spring)
2010 - Force and Motion (F=ma): Relationship between force and mass
2011 - Heat-Gas Law (Charles/Boyle)

TINGKATAN 5
2007 - Electricity-Relationship between Current and temperature
2008 - Electromagnetism: Relationship between current and force
2009 - Electromagnetism: factors affecting the strength of electromagnetism - Current
2010 - Electromagnetism: factors affecting the strength of electromagnetism - No. of turns
2011 - Wave (Sound wave/Light wave)


kredit to abang eq

Wednesday, November 16, 2011

sebulan dan beberapa hari

beberapa hari lagi nak tutup buku register untuk tahun ini
dan 3 orang kene ketuk dengan aku gak
pasal nakal sangat...

dan minggu ni memang minggu yang tugas s/u exam jatuh kat aku jap
pasal s/u betul jg periksa
dan aku kene wat keje analisis
tapi sebenarnya print analisisi aje
tapi pasal 1st time maka teraba-raba gak nak buatnya
tapi nasib aku pandai sket2 ngan komputer

dan melangkah beberapa detik lagi ke 2012
terbayang gak kekadang
apa yang bakal berlaku?
aku yakin mesti ada something yang akan terjadi
mebi perkara yang kureng baik...

bukan terlalu taksub
tapi melihat kepada dunia sekarang
memang tak tak stabil

dan bebrapa detik menganjak ke 2012
aku tertanya
bila lagi???

selalunya pertanyaan ini di tanya oleh orang lain
dan merupakan soalan yang paling aku benci

beberapa hari sebelum ini juga dalam bulan ini
terlintas balik sewaktu ke hospital sg buluh melawat arwah mak faizul
tujuannya untuk melawat
tapi hari itu gak tetibe macam terkena arus
perasaan yang tak begitu pasti sebenarnya tapi ada la gak


cume konflik dalaman yang belum selesai
dan masa belum mengizinkan untuk melaksanakan langkah maju ke hadapan
dan kadang-kadang aku memikirkan hidup aku sekarang pun kekadang tak terurus...
tapi kalau ada orang uruskan pun ok gak

aku kekadang lebih sudu dari kuah
menyibuk hal orang
tapi nampaknya macam benda lain pulak yang akan jadi
cuma tak pasti


teringat pula pada seorang ni
dia bagi makan kat kawan2
tapi kawan2 makan je
tapi tak support
tapi dia ni memang cool aje
tak amek hati pun
takde la marah2
bagus benor

dan kurang sebulan ini
ditimpa dengan perkara yang mengarut untuk aku terima
dan memang takkan aku terima kasih
sebab memang aku tau aku tak boleh
dan kalu aku terima maknanya
"memberi kepada orang yang bukan ahli,
efeknya akan rosak le nanti"
dan nanti aku akan masuk spital karang...

jadi buat la benda yang boleh dibuat....

Tuesday, November 8, 2011

campak-campak


aktiviti semasa waktu senggang
campak-mencampak bahan untuk di jadikansantapan
tak la sukar sangat
melainkan 1 perkara yang paling sukar: 
malas


percubaan yang pertama menggunakan acuan tak menghampakan

filling diganti dengan kek...sodap gak


imaginasi memang besar, tapi tah hape-hape corak yang jadi...tapi rasa sangat masuk bakul...tahniah kepada diri sendiri..huhuh

Wednesday, November 2, 2011

WRITE ABOUT THE FOLLOWING TOPIC: "Lecturer-student relationship, anything wrong?"

meh pakat-pakat masuk contez ni

WRITE ABOUT THE FOLLOWING TOPIC:
"Lecturer-student relationship, anything wrong?"


http://www.eqbalzack.com/2011/11/eqbalzackcom-writing-contest-2.html

Deadline: 25 November 2011 (FRIDAY)


HOW TO ENTER 
[Please read carefully as I reserve the right to disqualify any incomplete/invalid entries]
1.  All entries must be 100% original. Strictly NO PLAGIARISM! 
2. Open to my old and new followers.
3. Write a short entry in Malay or English based on the title (300 words or fewer)
4. Entries outside the word limitation will be disqualified.
5. You must “tag” ONE [1] other blogger to participate in the contest.
6. Leave the permalink (URL) in the comment box.

PRIZE x 1 
(BAHASA MELAYU)
Winner will get CASH RM100 +  eqbalzack.com exclusive  keychain

 PRIZE x 1 
(BAHASA INGGERIS)
Winner will get CASH RM100 + eqbalzack.com exclusive  keychain

Good luck!
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Hubungan Pelajar-Pensyarah – Suatu Kesalahankah Jika Mereka Berkahwin?

Apakah benar lelaki semakin pupus? Dengan jumlah penduduk Malaysia yang berjumlah 27,565,821 dalam bancian 2010, nisbah lelaki dan perempuan di Malaysia adalah sekitar 105:100. Nah, lelaki lebih ramai? Mungkin ada daripada 105 orang lelaki, lima orang tiada pasangan?

Tetapi terbalik pula apabila anda berada di IPT, nisbah pelajar perempuan dan lelaki adalah sekitar 40:60. Jadi, tiada salahnya jika pensyarah menjalinkan hubungan erat dengan pelajar dalam suasana yang mematuhi hukum agama, apatah lagi menjadikan pelajar-pelajar mereka sebagai calon isteri kerana lambakan pilihan. Tambahan pula, kedudukan pensyarah yang lebih stabil dari segi ekonomi, emosi dan peribadi, ada sesetengah pelajar beranggapan berkahwin dengan pensyarah sebagai “pakej lengkap”!

Lupakan soalan usia, sesetengah daripada mereka yang lebih berumur dikatakan lebih romantik dan pandai mengambil hati berbanding rakan-rakan yang seusia yang kadang-kadang lebih memikirkan soal keseronokan dan berfoya-foya. Itu belum lelaki-lelaki yang tinggal di pusat serenti…

Renung-renung pesan dari Nabi S.A.W:

Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan."

Semua yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W hampir semua telah menjadi kenyataan, cume nisbah seorang lelaki dengan lima puluh perempuan belum benar-benar berlaku.

Biarlah perempuan melimpah-limpah sekalipun, yang penting kualiti, bukan kuantiti. Kahwinilah lelaki atau perempuan yang beriman sekalipun dia adalah pensyarah anda.

Sudah tidak syak lagi, anda tidak bersalah jika anda menjalinkan hubungan dengan pensyarah anda.

 (259  patah perkataan)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails