ONCE UPON THE TIME IN CHINA IV
opening yang mantap dengan music yang kena dengan aksi
genre cite yang paling aku minat
kepada peminat2 filem kungfu memang tak lari dengan aksi pertarungan
rasanya aksi pertarungan cerita zaman2 jetli lebih jujur dan ikhlas
walaupun kekadang memang tak logik
berbanding zaman sekarang yang lebih kepada penipuan cgi semata
dan pelakon2nya bukan dari pengamal ilmu hitam kungfu
berikut antara yang aku rasa scene pertarungan menarik perhatian
ONCE UPON TIHE TIME IN CHINA 2 (babak 1)
Pertarungan 2 jaguh ini memperlihatkan seni pertarungan dengan menggunakan batang kayu. filem hasil choreographer Yuen Wo-Ping yang juga terkenal dalam pertarungan kung fu. susah nak tengok filem kungfu yang pertarungan dia cantik macam ni.
ONCE UPON TIHE TIME IN CHINA 2 (babak 2)
part ni pun tak kering gusi melihatnya.. pun best...pertarungan dengan mengunakan galah, batang kayu, dua batang sekali dan kain yang menjadi keras macam kayu, kayu nasi kandar....memang hebat...giler cool
untuk babak ni, jet li sengaja memilih buluh berbanding donnie yen yang memilih kayu yang tumpat...takda guna CGI pun ..tu yang menghidupkan pertarungan . banyak lagi babak dalam filem ni.
"tak tengok rugi" (bak kata ustaz badlishah)
FONG SAI YUK 2
masih Jet li lagi.... bagai seorang samurai jepun dengan menggunakan katana yang banyak menentang musuh2nya...
SWORDMAN 2 (babak 1)
berlainan dengan Fong Sai Yuk 2 dan ONCE UPON TIHE TIME IN CHINA 2, Swordman 2 juga Jet Li heronya (takde orang lain ke???) sarat dengan aura2 yang hebat ala komik Hong Kong.
dah nama Swordman 2 (Swordman 1 takyah tengok pun takpe, tak best, hero Jackie Chung tak best), aksi pertarungan pedang sangat memukau. Tak faham sebenarnya macam mana pertarungan ni..boleh plak melayang2 pedang tu...hebat2
SWORDMAN 2 (babak 2)
final battel ni memang memukau...penuh ngan aura supernatural..!! lakonan Brigitte Lin dalam filem kung fu suatu masa dahulu memang sangat memukau, memang beliau serasi dan kena dgn filem kungfu. .memang cun dan mampu lakonkan apa saja watak, laki pun boleh... lakonan beliau memang terasa asli seorang pahlawan wanita... rasanya sekarang yang ada Michelle Yeoh kira boleh la... yang lain kaku aje
pertarungan ni memang penuh ngan aura... cangkuk besi besar gedabak boleh lawan ngan jarum je
bak kata aku "sambil menyulam boleh bertarung"
TAI CHI MASTER
berapa banyak da Jet Li jadi hero..tak di nafikan beliau memang lagenda kung fu seperti Lagenda Tanpa Nama. filem ni mungkin menunjukkan asal usul macam mana tai chi tu boleh wujud... ni antara aksi pertarungan sabre antara Jet Li dan Chin Siu Ho. Michelle Yeoh sekadar jadi pak pacak.
FONG SAI YUK 1
malas dah aku nak kata....jet li ni memang kaki kungfu punya olang...kali ni dia berlawan dengan Chiu Man Chuk (aku sebenarnya confius ..adakah Chiu Man Chuk,Vincent Zhao orang yang sama?)
kali ni jet li pakai kayu pendek berlawan dengan Chiu Man Chuk yang guna galah panjang....marvelous2
TAI CHI (babak 2-final battle)
dia sapu bersih...kali ni jet li berlawan setelah menguasai ilmu tai chi...tekejut beruk bekas kawan karib dia...
ONCE UPON THE TIME IN CHINA IV (babak 1)
puh lega...kali ni bukan lagi jet li tapi diganti oleh Vincent Zhao yang tak kurang hebat gak...pertarungan ni lebih kepada teka teki je...hahah
macam acara beng beng bom ....tapi pape pun mantap...
ONCE UPON THE TIME IN CHINA IV (babak akhir)
ni pun mantap abes...cume gambo tak klear
m/s : semua aksi dalam cite di atas memang best...tak tgk rugi...banyak lagi cite lain tapi dah malas nak teruskan..hehehe
No comments:
Post a Comment