Monday, December 5, 2011

RESEPI NASI BRIYANI YANG RINGKAS ~tanpa gambar

memasak bukan lah satu perkara yang berbahaya
penyebab utama kenapa orang selalu taknak masak sendiri

1. tak reti masak
2. malas
3. tak bebaloi

tapi kadang2 memasak sendiri boleh menjadi masuk bakul
jika menjadi dan sedap

resepi kali nak dikongsi ialah nasi briYANI
resepi ni kaedah kedua teringkas
barang2nya insyaAllah ada kat umah
melainkan anda seorang yang tak rajin memasak
maka kene g kedai juge

yang penting
mudah
murah

bahan2
  1. beras - basmati paling baik, tapi nak ringkas dan mudah dan murah, beras biasa je boleh. takan kat umah takde beras biasa kot....bukan pe, basmati ni panjang2,agak mahal la gak, jadi bila masak dia cantik je terurai memanjang, psikologi bile makan.
  2. minyak sapi + minyak masak - yang ni harap kenalah beli gak, bukan tak leh pakai minyak masak biasa tapi rahsia nasi briyani terletak pada minyak sapi...kalau beli, beli yang paling kecik je.
  3. rempah ratus ribu juta - kulit kayu manis, bunga lawang, bunya cengkih, buah pelaga
  4. stok ayam - samada korang rebus ayam amek air dia atau pakai kiub ayam (tapi tak asli la)
  5. daun pandan untuk wangi
  6. bawang putih, merah, halia
  7. garam dan gula
 ha, apa barang yang susah sangat, stok ayam??? takan korang makan nasi takde lauk kot, jadi mesti ada ayam, jadi rebus la dulu ayam tu untuk dapat stok/patinya

nak guna daging / kambing - pun boleh rebus dorang pastu amek la gak airnya (cuma kalau kambing basuh la sebersihnya supaya tak le terasa kekambingannya)


boleh dikatakan semua barang tersedia kat umah, cuma minyak sapi je jarang2 kelihatan

so nak masak camne?

1. tumis bahan no 3+no 6+no 5. sampai naik bau...tumis ngan minyak sapi +minyak masak sket. tambah sket minyak masak untuk kurangkan bau minyak sapi tu...kalau taknak tambah minyak masak pun takpe, ikut korang

2. masukkkan beras, goreng beras bersama bahan2 yang ditumis seketika. bagi yang tak pernah masak mesti pelik nape goreng beras plak? ni salah satu teknik memasak nasi, goreng seketika dalam seminit dua supaya nasi tu jadi sebutir2/ berderai/ lebih cantik (rasanya kot, aku pun trak pasti)

3. masukkan nasi dalam periuk karen...masukkan stok ayam secukupnya (korang jangan harap beras tadi jadi nasi masa kita gorang tadi, just acara selingan aje) dan tambah garam dan gula secukupnya. penggunaan MonoSodiumGlutamat /MSG atau dengan kata mudah AJINOMOTO amat DILARANG (sepatutnya penggunaan stok guna kiub juga terlarang)

4. untuk sedap lagi masukan lagi sekali daun pandan yang baru.

5. tunggu sampai masak


jika resepi anda menjadi, kesabaran anda akan teruji semasa proses nasi tadi hampir masak ~ aroma yang amat hebat akan memenuhi segenap atmosfera rumah anda

tak perlu nak letak warna kuning la bagai,

kalau nak lebih sket bahan, letak kismis, masa tumis tadi boleh letak gajus
hidang boleh letak daun bawang+sup

tgk, takyah guna rempah2 briyani pun

kenapa takda sukatan?
coz aku tak guna sukatan, just agak2 n campak2
practice make perfect


ha, lupe, cara menyediakan nasi briyani no 1 paling mudah
"gi bli je kat kedai"

kesedapan bukan dari perasa tapi dari rasa semula jadi bahan 2 itu sendiri.


3 comments:

  1. salam..
    wah ko safarin,buke kelas masakan plak..adus,mcm nk rasa je mskn ko ni..haha..kalo hr raya aku dtg umah ko,ko masakkan x msakn cm ni?hahha:p

    ReplyDelete
  2. masak banyak2 tu yang aku malas...nanti xjd

    ReplyDelete
  3. ala,kami datng bukan ramai pon....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails