Thursday, December 31, 2009

jalan tanpa diri

JALAN TANPA DIRI....... sebenarnya nama ni aku ciplak dari salah satu dari 8 jurus dalam Hikmat Pedang Tanpa Nama/ Nameless Swordplay (莫名劍法) ...ada juga pendapat jalan tanpa diri merupakan salah satu dari 21 jurus dalam 21 Stances Holy Swordplay (二十一式聖靈劍法) yang dia cipta hasil dari pertarungan dengan PEDANG SAKTI/(劍聖; Sword Saint)...tapi pendapat yang kedua lebih kuat...pasal PO JUN terkejut bila TANPA NAMA serang dia guna jurus yang dia tak pernah tau... hahah macam budak2... ah ape salahnya...dah minat aku baca komik... jurus ni keluar semasa TANPA NAMA bertarung dengan PO JUN, rakan segurunya di atas kemuncak bersalji, meneruskan pertarungan yang terhenti selama 20 tahun. matlamat dalam pertarungan ini adalah untuk menentukan siapa waris yang bakal mendapat kitab Seribu Pedang Pulang Ke Asal/ The Origin of All Swords (萬劍歸宗) . hasilnya Tanpa Nama kalah kerana PO JUN menggunakan racun dan tipu muslihat. walau papepun, tanpa nama tetap dianggap sebagai lagenda dalam pedang setiawan.

buku2 tarannum

Nabi Muhammad pernah memuji suara Abu Musa Al-Asy'ari, sang sahabat yang memiliki suara emas dengan untaian sabda yang artinya ; "Sesungguhnya engkau diberikan suara klarionet dari suara klarionet-klarionet keluarga Nabi Daud a.s " (HR. Bukhari Muslim) bile ayat dalam bahasa indon, cam pelik pun ada...tapi tak mengapa, tiada kata sechantik bahasa... rasanya tak banyak buku yang membincangkan pasal tarannum di pasaran...kalau ada pun masa aku nak beli ni agak sukar didapati, tapi sekarang ni mungkin senang kot. buku pertama SENI LAGU AL-QURAN DI MALAYSIA. Terbitan darul fikir. buku ni agak baik sebagai rujukan. cerita berlegar pada lagu2 al-quran, tokoh2 reciter dalam dan luar negeri dan sejarah pertandingan tilawah al-quran di malaysia. cumelah, beli buku mane ada suara..kalau nak tau bunyi lagu, kenelah cari guru atau youtube aje...sekadar tambah knowledge boleh la kalau nak guna buku ... harga RM 11.50 buku kedua PEDOMAN LAGU-LAGU TILAWATIL QURAN DILENGKAPI DENGAN TAJWID DAN QASIDAH. ....sekali nampak pun dah tau yang ni dari indon, terbitan APOLLO-surabaya. masih guna kertas surat khabar..rasanya buku lame ni. berlegar sekitar perbincangan tentang lagu mengunakan kaedah graf gelombang, cabang2 lagu, cara memantapkan suara, tingkatan suara, tajwid(kaedah lama), maqro, juga beserta tausyih dan qasidah. RM 12.80. yang ketiga juga dari indon, ILMU NAGHAM AL-QURAN, terbitan Pt. Kebayoran Widya Ripta (puh...tak tau nak katelah)... buku ni cerita apa maksud nagham, sejarah timbulnya lagu, versi lagu, contoh2 lagu, dan maqro. pasal sejarah pun agak menarik jugak, cube baca petikan buku kat atas...dia bagi perumpamaan kat qari2 ni dengan buah...dan sape best of the best...tentulah Syeikh Muhammad Rif'at... harga RM12.80. yang terakhir dari malaysia lah..karya pakar tarannum malaysia ust nik jaafar nik ismail ; QAWAID TARANNUM. anak dia yang selalu kuar tv tu , jadi cikgu dalam mari bertarannum, ustaz nik azizan. buku ni terbahagi kepada 4, sistem membaca alquran, tahsin as-sout, tajwid,tarannum, dan tartil dan fasohah. alahai , buku ni tulis jawi...merangkak buayalah aku nampaknye...cume bab tarannum tu bagus (buku teks sekolah pun dorang amek dari buku ni jugak) cume takda contoh penerapan dalam bacaan. sekurang-nya dapat ilmu yang berguna...

Wednesday, December 30, 2009

sebuah cerita tentang hukum bertiga

frazi dan rakannya masuk mengembara didalam hutan. Setelah lama berjalan mereka tersesat. mereka menjerit "tolong-tolong ...!!" segala... telah 20 hari tersesat ....mereka kelaparan...kehabisan makanan...ternampak seekor babi yang datang menyerah diri...dah le lapar..terliur gamaknya..tapi akibat teringat video kat you tube... mereka membatalkan hasrat mereka itu.... jalan lagi...ternampak sebuah gua...frazi selaku ketua mengaja mereka yang lain untuk masuk ke dalam gua...lagipun masa itu langit mulai mendung...petir sabung menyabung... berjalan kedalam gua ..terlihat sebuah gerbang...di sebalik gerbang itu terlihat cahaya bersinar2 keemasannn...yaaahhh... emas.. apa lagi...frazi pun terus mengarahkan rakan2nya masuk untuk mengambil emas itu...tiba2...dinding tertutup rapat...terkejut...terdiam.."aaaaaaaaaaaa..!!" menjerit segala suara yang ada... dinding bergerak ...bergerak sediti demi sedikit..."alamak, mati lah kita...!" kata aiman tersenyum sinis kepada frazi...frazi pun bengang...tension..tekanan...mereka semua tertekan dek senyuman dan kata2 aiman tadi...gila...masih sempat tersenyum dikala maut datang menjelma...tekanannnnnn...ruang semakin sempitt...arghhhh #1 ada diantara mereka mula panas baran...hot temper la katekan...tolak menolak...salah menyalah antara satu sama lain..paling teruk kena , frazi...frust gler...pasal idea dia yang tamak haloba....#2 keadaan makin gamat..gawat......dalam keadaan hot temper tu...mereka menendang, menumbuk dinding yang bergerak...dbusssshhh...pecah...laaa rupenya dinding tu hanyalah gabus cam set dalam filem aje...selamatlah mereka pasal tak lagi terperangkap..#3 dbuk...frazi jatuh katil...la rupenya dia hanya bermimpi di siang bolong... #1 hukum boyle's (tekanan berkadar sonsang dengan isipadu) #2 hukum tekanan (tekanan berkadar terus dengan suhu) #3 hukum charles' (isipadu berkadar terus dengan suhu) ---------------- la...ape melalut ceritanya...dah la ending mimpi..kalau karangan sure fail ----------------- soalan : kenapa dalam hukum bertiga nampaknya hukum tekanan je takda nama orang...nape jadi begitu??? jawapan: bagi mengelakkan bertambahnya masalah sosial di kalangan pelajar..hehehe

Tuesday, December 29, 2009

kembali ke sekolah

diam tak diam ..tak berubi jugak dah sampai bukak sekolah... sekian lame cuti ...sekolah melambai2 meh datang kepada ku seruan asrama lagi menjerit..mari2 tempat baharu...tugasan kamu... begitulah tugas dan tanggungjawab...jadi seorang guru jangan harap nak senang..nak mudah...salah pandanganku jua...hanyalah ilusi optik masa sekolah dulu...keje cikgu mengaja aje...tapi ialah itu sekadar logamaya ..fatamorgana... jadi tugas pikul dan buat...tengok pengetua aku yang dedikasi...separuh nyawa nak jadi pengetua...mak bapak nak saman la...idup masa cuti pun tak tenang... macam kene kejar ah long pun ada gamaknya...sememangnya dunia ini sungguh mencabar.... tapi tengok letu..masih tersenyum..cool aje beb... cikgu2 ni pulak...hai...macam ni lah...ada yang terperosok dalam bunga..heheh...yang terkena sori la yek.. kami cikgu...tapi nasib dan rezeki masing2... bukan semua benda kita dapat...dan bukan semua benda milik kita ...(sekadar mengambil kata2 kawan baik aku) ms= hidup ini penuh dugaan

alkisah, sejarah mendapat duit

ni cerita lame yang sengaja diulang tayang... masa aku kat upm dulu gile bersajak... ada la jugak belas2 yang aku tulis...tulis aje..deklamasi tak minat.. kualiti..jangan cakap la masa tu...kuantiti yang aku kejar.. ingat lagi "sayembara " sajak dengan sadao@azmi masa kursus perkasa putra time nak terima pelajar baharu...tengah bosan dengar orang ceramah kitaorang bersayembara... sampai satu masa kengkawan aku bebudak junier yang amek course bahasa dorang amek satu subjek adala berkaitan dengan sajak dan cerpen... lecture dorang... seorang tokoh yang amat disegani oleh fakulti bahasa dan komunikasi upm (agaknya) dan seorang yang dikagumi oleh pelajarnya iaitu , LIM SWEE TIN.. betul kot ejaan... yelah seorang cina tapi pakar bahasa melayu..rupe pun dah macam melayu dan tak segan berbaju melayu berbalik dengan bebudak ni, dorang kene wat puisi dan novel ke cerpen pendek sebagai tugasan...pastu lecturer dorang tu bagi alamat kalau nak pos kat majalah... jadi, aku yang tau pasal benda tu menyibuk le mintak alamat (yang tak berkenaan pulak yang lebeh2 ..hehehe)... jadi banyak jugak merata aku hantar..sekali dalam surat yang diantar disertakan no akaun pasal nak menagih saguhati (hahah...mata duitan)...tapi prosedur tu tak salah pasal hak kita, hak cipta terpelihara banyak2 aku pos sangkut satu je...tapi gempak la jugak dapat kat DEWAN SASTERA...kali tu lah aku beli majalah tu mebi sekali seumur hidup ...haha dan sajak yang aku tulis...tajuk dia KERTAS...itu aje...tak silap aku ..ada kawan aku yang perlekehkankan sajak ni...siap kate......... sajakkkk kertas (nada sinis gler)....tak kisah le... aku jugak yang dapat habuan...dapatlah RM100 tapi aku rasa usaha tu terhenti sampai ctu aje..tak tau bila nak teruskan lagi... MS= cube2lah nasib dengan berkarya...cume perah otak ..print berape sen aje n modal pos...rezeki blom tentu

Sunday, December 27, 2009

full tank ye...

" ha, amek la moto tu..tapi nanti jangan lupe full tank ye ..." suatu kata2 yang kerap kita dengar bile dengan kengkawan. hal pinjam meminjam.. tak kira pinjam moto ke..kereta ke...atau ape2 lah tapi........sedarkah kita, hal di atas telah terhasilnya RIBA... minyak yang di isi tu... hishhhh ...betul ke riba...mane aku tau...tapi itulah hakikat... pinjam meminjam dalam islam hanya ada satu...mudah nak paham "pinjam seratus, bayar balik seratus" maksudnya pemberi pinjam tak boleh dapat keuntungan daripada pinjaman yang diberi. tak boleh bagi bunga, tak boleh bagi faedah... macam hal di atas pun sama...pemberi pinjam mendapat "keuntungan" dari hasil pinjaman...sebab dia berdiri DALAM AKAD PINJAM MEMINJAM hal ini amat sinonim dengan ah long...jadi elakkan dari ah long...maksudnya meminjam... bagi penalti kalau lebih tempoh masa pembayaran ( ni macam beli keta, pasal lewat bayar bank bagi penalti...) pun tak leh...riba jugak...bank islam pun kenekan jugak...!!! hishhh kalau cam tu camne nak elak... aku sendiri amek loan kete cara islamik...tapi pasal ada la jugak lambat bayar beng tu bagi penalti kat aku....jadi aku pun terlibat riba jugak laye... rilek2...bertenang...bak kate Squirtward kepada Spongebob "....bernafas dengan betul..." kes "isi minyak full tank' tadi nampak enteng dan picisan tapi halnya cukup besar...persoalan ini aku amek dari seorang ustaz yang aku minat (minat maksudnya cara penyampaian dia yang mantap dan meyakinkan ), ustaz zaharuddin yang selalu dikenali sebagai UZAR. dia ni arif dalam bidang mualamat dan keagamaan aku tak berape pandai nak terang..jadi korang tengok la sendiri video CERAMAH 2 kat sesawang UZAR ni semoga persoalan ini terungkai... http://www.zaharuddin.net/content/view/867/95/

pergi

Sayu terpisah hikayat indah kini hanya tinggal sejarah berhembus angin rindu begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu hujan lebat mencurah kini bagaikan tiada henti kaulah laguku kau irama terindah tak lagi kudengari kau pergi.. pergi.. sepi tanpa kata terdiam dan kaku tak daya kau kulupa apa pun kata mereka biarkan kenangan berbunga di ranting usia ms= hanya kopi dan tampal

Saturday, December 26, 2009

2 warriors VS 2 avatar

" adoi...sakit tau takkk...sakit bersama jiwa...hampeh btol cite kali ni..!!!" mungkin itulah yang disuarakan oleh penjejak awan kepada teman setiawan nya penjejak badai tentang THE STORM WARRIORS (SW) kali ini, sekuel ( yekot) dari The Storm Riders (SR). Rata2 peminat atau kipas susah mati komik Pedang Setiawan memang kecewa sedikit dengan karya lagenda Ma Wing Sing yang diterjemahkan ke bentuk filem. Tidak seperti SR yang jalan cerita dan aksinya yang boleh dikatakan mantap, SW hanya lambakkan CGI dan plot cerita yang tah hape2... kejap kecitu..kejap dah macam ni...hishhh fail betul kali ni... sangat mengujakan, ustaz rock ni telah beralih arah ke dunia filem kungfu... mungkin setelah berkawin dengan kekasih baharunya...waheeda wassini..azam baru untuk terjun menjadi Wu Ming@ Nameless@ Tanpa Nama, satu yang dianggap lagenda dalam Hikayat Pedang Setiawan. Tanpa Nama, memang tak asing bagi peminat Pedang Setiawan. bagaikan seorang tok guru, (aku guru jugak...hehe...) watak dia bagi aku memang unik (dalam komik la) selain dari penjejak awan dan badai. tembah lagi kehebatannya dalam seni bermain pedang... hasilnya dalam SW, pembukaan bagi aku memang gempak la, dengan AKHIL HAYY yang membawa watak Tanpa Nama ni menyerang dengan jurus Seribu Pedang Pulang ke Asalnya dan Hikmat Pedang Angkasa...aku memang assume cite ni memang best masa awal2 tapi lepas je lagu pembukaan yang tak kene gaya (tak macam SR...lagu dia best n kene)...haaaa...ape ni ??? 2 awek tu lagilah kayu...takde pun tak pe..haha haah...takpe la Tanpa Nama....ko pegang jela benda tu wat lepas ketensionan...tengok Spongebob lagi baik.. takpe2...tingkatkan lagi ilmu pedang sampai ke tahap Tidak Berpedang Angkasa (dalam komik memang ada walaupun cam lawak jeer...hehe)...pape pun layan ajela... mungkin peminat pedang setiawan tak perlu sedih2 pasal filem ni...habuk aje...ape tengok filem yang lagi hebat (memandai je ko, jangan lelebih, kang tak best plak...) file asia ni, yang best filem cakap bahasa cam kita...tapi bukan melayu la tapi bahasa indon...(alah lebih kurang le)... inilah MERANTAU wARRIORS...haaah...SW2 ke???...ishhh bukan ..memang le ada warriors, tapi ni filem indon...ala2 cite aksi tony jaa... jangan harap ada aura2 macam SW atau sarat CGI...ni memang filem aksi...speselnya aksi hero guna silat harimau...silat tu...kenape kita tak angkat filem kita cam ni??? balik2 cite tangkap leleh jiwang2... (nasib la nur kasih aku layan..hehe ) AVATAR..memula mati2 aku ingat cite katun AVATAR, THE LEGEND OF ANG yang selalu tayang kat tv tu... kekadang layan gak rupenya lain la... cubele korang google image, mesti yang paling banyak memula kua avatar yang katun yang aku cakap tu... pasal AVATAR ni aku tak tengok lg pasal aku tak excited nak tgk pn...nanti2 leh tgk...so xdpt nak bg komen cume bile time aku tgk SW, sebelum iklan kan kua iklan dulu...bile kua satu review filem, kua sorang pakai jubah sedang berlatih kungfu di keliling lilin...bile dia buka je hood...ternampak kepala botak ada tanda...jadi aku terus terlintas...eh ni mesti avatar yang katun tu... dan...memang yelah..cume pengarah filem ni..M MALAM SHYAMALAN (M. Night Shyamalan) bagi tajuk dia THE LAST AIRBENDER...AVATARnya takde...mebi takut clash dengan AVATAR (AVATAR??? AVATAR, AVATAR yang mane...ha, kan dan konpius ..hihi) sekarang kt tv3 (rasanya) tengah main dia punya kartun...haa ..yang ni aku exited la nak tengok..pasal ada kungfu tengok budak ni cam orang putih je...tak kisah le, janji jangan jadi cam dragon ball evolution aritu udah..cukup hampeh bagai Storm Warriors.

Friday, December 25, 2009

dimanakah kampung?

"abah..kampung kita kat mane???..." tanye seorang budak kepada bapanya. seorang budak kecik yang tinggal di kampung tertanya2 dimanakah kampungnye...kenape mereka sekeluarga tak pernah "balik kampung"... perasaan tertanya2 timbul lantaran kawan2 disekolah sering bercerita keseronokan bila tiba hari raya dan cuti sekolah; balik kg... lain pula kisah budak yang jarang balik kampung...ataupun ada kampung tapi berhadapan persekitaran "kampung" yang berbeda dari rumahnya... kawasan sawah bendang... sawah sudah tentu lapang...saujana mata memandang..bleh berlari kesana sini...itulah yang terjadi antara 2 keadaan berbeda... boleh berlari anak ke kaki langit...kalau ada pelangi mane tau ada tuan puteri mandi manda kat citu...aiesshhhh.. suasana kampung mengamit jiwa kanak-kanak yang jarang-jarang duduk dalam keadaan "bebas" panas mentari bukan satu masalah malah enteng saja...tak takut jadi hitam seperti yang selalu dimomokkan... bukan selalu dapat peluang macam ni ... pancing walaupun tak menjanjikan sebarang tangkapan ape mereka peduli...janji enjoy cara kg... lihatlah ikan haruan ini...ikan haruan kg...bukan budak2 kecik tu yang tangkap tapi bapak budak... nasib haruan ni dia jadi mangsa manusia... walaupun duduk di kampung bukan menjanjikan keamanan dan keselamatan kepada ikan haruan... memang ada haruan makan anak... tapi haruan ni akhirnya jadi makanan manusia selayaknya...manusia makan haruan... sederet ikan ni tak boleh buat pape kalau dah jadi mangsa manusia...sederet ikan ni jugak boleh elakkan manusia dari kelaparan...kalau kt kg, pokai macam mane pun stil leh petik pucuk ape2 yang boleh wat sayur n tangkap le ikan kat parit...kalau kat bandar...menung aje lah kat tepi longkang kalau lalu la sambil menjeling pada sayur semak...RM RM RM semua... ms = mungkin aku juga macam budak tu, kenape kita tak balik kg...?

kaedah menipu dalam peperiksaan

PMR baru diumumkan...ramai yang gembira...ada juga yang sedih...ada yang tak rasa pape..macam2 ragam exam...satu perjalanan yang sukar...tambah bagi mereka yang tak minat belajar...lagilah ...tapi kekadang tak rase satu kepentingan pun...bile tak minat belajar, bile exam mule le macam2 idea kua nak menipu... menipu dalam segala exam...kene ada taktik..kene ada teknik...kalau tak kantoi memang hebat tapi hebat temberang ajelah...haram tak tau pape... tapi kalau kita belajar teknik menipu pun ape salahnya...kalau kantoi padan muka lah...hahah ...kalau bebudak aku guna taktik ni, terkantoi, tiada maaf bagimu...hehe #1 kaedah botol ajaib #2 kaedah pena ajaib #3 kaedah pemadam ajaib ape yang penting..seeetadi.. ms = jangan tau nak menipu aje

Thursday, December 24, 2009

proton , perodua dan kutuk

proton dan perodua...sape tak kenal...kekonon kereta kebangsaan...kebanggaan negara...itu kalau dalam negara la...tapi ape jedahnye kalau kat luar negara...,mebi aku pun tak ngaku orang malaysia...malu siot kene kutuk... kaw2 kene...siot bebenor... malaysia ni dorang siap kate hutan lagi...mebi dorang ingat orang malaysia masih di zaman purbawara... camni je iklan...kalau malaysia wat iklan camni sure kene gelak je... ms = dulu kene jajah, sekarang kene pelekeh..sian btul

kari kambing

kari...ada sesetengah orang panggel gulai..kari = curry macam tule McCurry menang lawan McDonald...heheh masak kari memang senang...tapi adakah kita ada bran buat sendiri... kari kambing...tengok...kambing sebelah tu sinis je pandang korang...try2 le masak sendiri...kalau nak makan kari kambing tempat yang paling senang untuk dicari kat kedai mamak...tapi pasal macam2 cite pasal kedai mamak...adakah anda sanggup makan??? hehehe...sen jadi ape kate try sendiri kat umah...tentu berbaloi disamping menunjukkan skil anda sendiri. prepraration pertama sediakan bahan bab bahan2 ni sebenarnya bukan satu masalah besar...main agak2 je...cam kate chef sabri campak aje.... kedua sediakan kambing... bab bahan2 selain di atas kenelah ada kambing nye...jangan beli kambing hidup seekor..kang susah plak nak sembelihnye..beli je yang dah siap sembelih...anggaran masakan kali ini untuk setengah kilo...kalau dua kilo korang buat la kira2 sendiri...pastu potong dadu kecik...(korang jangan le terlalu specifik...dadu tu berapa isipadu dia, saiz dia camne...sudut kene tepat ke...haiiiii) rebus sampai empuk...letak sekali daun bay bagi naik aroma dia...mcm ne nak tau dia empuk???kalau korang gigit n kunyah senang je makan tu dah empuk le..tapi jangan dah gigit n kunyak masukkkan balik ke dalam periuk rebusan tu...hehehberape lame nak rebus...bergantung berapa lame dia nak empuk...ha kan senang je ketiga sediakan bahan untuk menumis perhatikan bawang yang aku guna, banyak...lagi banyak lagi sedap...halia tu aku potong nenipis supaya tak tergigit..(pasal aku tak suka makan halia)... halia ni sifat dia panas..leh buang angin badan..(sesape yang naik angin patut makan banyak halia ni)...jadi kalau nak bagi sifat panas tu stabil jangan buang kulit dia pasal kulit dia lawan kepanasan halia tersebut...tapi kalau dah masak aku buang je kulit..tak tau pulak panas tu camne... bab bawang ni ...perhatikan cara kupas bawang putih...kalau malas sangat n nak cepat..ketu je pakai lesung batu...sure hancur n senang nak buang dia punya kulit...lagipun bukan orang nak belek bawang tu comey ke tak...pastu cincang jela... pasal bawang ni jugak orang tua kate kalau nak simpan, jangan simpan bersama bawang putih ngan bawang merah...haha takut bawang tu bergaduh kot hehehe pasal bawang jugak...kalau dulu kat tesco bawang putih ni punyalah banyak n murah...sekilo 60 sen camtu..aku kalau beli sampai berkilo2 pasal hantu bawang putih...tapi semenjak dua ni punya lah susah nak jumpa kat tesco...asik takda ...kalau ada pun mahal n tak cantik...pasalnye dengar2 kat cina bawang putih ni tengah hot konon2 leh ubat cikugunya ke h1n1 ke aku tak ingat....hebat lagipun bawang putih ni baik untuk mereka yang kencing manis n darah tinggi..tapi tak baik untuk mereka yang darah dia cair pasal bawang putih bleh cairkan darah... jangan terlalu makan banyak sangat..nanti mulut berbau jadi makhruh plak...heheh keempat = sediakan air asam jawa n bancuh serbuk kari dengan air... berapa banyak asam jawa...tadi gempak je..takan nak guna satu peket...kang jadi kari asam jawa pulak...amek dalam satu sudu besar n campur dengan air...bijik dia jangan le masuk dalam masakan...tanam buat pokok..so leh buat sendiri asam jawa...haha serbuk kari pun bancuh dengan air...agak2 jadi cam sambal ...nape kene bancuh...kekadang orang ada yang lepas tumis dia terus masukkan serbuk tanpa bancuh...kelemahan dia bagi yang baru berjinak2 nak try masak kari takut hangit serbuk kari tu...so kalau bancuh probability nak hangit kurang le sket...tak le gelabah kalau berasap je dapur tu... kelima = tuskan kambing ha tuskan kambing yang telah direbus...air dia jangan buang..nanti nak masuk dalam kari buat kuah..baru le ada umpmmh..selain tu leh wat masak nasik tengok makhluk tu...menjeling je menagih simpati..nak sket kambing...kelaparan le tu... (sebenarnye step ni leh abaikan pasalnya leh masukkan daging sama air rebusan tu skali..kan lagi senang..) ke-6 = tumis tumis bahan dengan minyak.campak aje, takyah ikut aturan bawang merah>putih>daun kari>halia>buah pelaga>kayu manis>bungan lawang tumis sampai naik bau...camne naik bau tu..dia dah wangi camtu la...tapi kalau masak malam jumaat wangi2 ni..hahaha) ke-7 = masukan bancuhan kari tumis lagi sampai pecah minyak...camne ek pecah minyak tu..ala dia dah membuak2 pecah tu kira ok la...ataupun dah lame tu kira pecah le nanti... pecah kaca pecah gelas....ha lebih kurang camtu le.. kalau pekat sangat tambah air..jangan takut beb...yang aku takut korang tak letak air sampai benda tu pekat n senang le hangit.... ke 7 = masukkan kentang..simple jekan ke 8 = masukkan daging n air dia skali... korang perasan tak kari ni tak guna santan...pasalnya ni stail mamak ..tak guna santan...lagipun kari kambing ni sesuai tak guna santan pasal kambing tu sendiri wat rasa dia lemak..kalau letak santan jadi kureng...lagipun santan kan banyak kolestrol...dah le kambing pun tinggi kolestrol...sendiri mau ingat le... lepas letak kambing amek masa sket n letak air asam jawa... ke-9 = garam dan perasa setelah kentang tu empuk...barulah letak garam dan serbuk perasa (optional)...petua pengetua aku..(sempat plak menyelit...hehe)...letak garam paling last...dah nak masak baru letak...pasal leh wat kari tahan lame..) tambahan...boleh letak hirisan daun sup sebagai penambah aroma...jangan letak daun ketumbar... amaran daun ketumbar dan daun sup rupenye same tapi berbeda dari segi bau...aku tsak suka bau daun ketumbar...semacam je... cara nak kenal...cium...daun ketumbar bau dia agak jelek n rasa dia pun semacam..aku memang anti dengan daun ketumbar...n fizikal dia...daun sup besar2 tapi ketumbar kecik2... aku pernah terkena wat sup terbeli n letak daun ketumbar...hilang selera makan... terus... last hidang n makan lah...heheh aku dah lapar ni..selamat mencube

Wednesday, December 23, 2009

3 batang dan seorang profesor fizik kerajaan malaysia

cube teka apakah 3 batang??? batang z****...oh bukan...itu terlalu tabu untuk dibicarakan... 3 batang itu, 2 daripadanya anda leh tengok bile masuk dalam komuter...ape dia...cube teka... batang pertama...batang berjuntai..aku rasa seluruh malaysia tau nama tempat ni walaupun tak tau kat mane dia berada...mungkin pasal nama dia cam @#@$*^^ senang ingat...padahal tempat dia ceruk je...yang popular dah sekarang kat citu ada UNISEL...tapi ini batang memang banyak terkenal... 2 batang lagi yang anda akan nampak bile masuk dalam komuter - batang kali...yang ni dekat dengan genting hailen rasenya - batang yang paling betol = batang benar... aku tak penah pi kat citu... tapi batang berjuntai (sekarang dia dah ubah jadi berjuntai bestari---hahaha...bestari la sangat ye...) tetap orang kenal namanya hak hadiri kuliah bersama seorang prof.?? free of charge?? nota kuliah disediakan??? RM 5.00 aje???? ni pasal seorang tua...bagi aku dia ni ok...takda masalah mental..dia gelarkan diri dia profesor fizik kerajaan malaysia@ negeri perak...dia ni memang tak tau malu...maksud aku...dia mempunyai kendiri yang kuat...tak kisah dengan ape yang dia buat...walaupun kat tempat yang terbuka buat kuliah dengan bapak orang (pasalnya ape yang dia cube bawak dengan idea amat sesuai untuk bebudak sekolah rendah)... masa ni dia tengah wat kuliah matematik kat depan dewan kuliah sogo...lihatlah betapa semangat prof ni menyampaikan idea beliau..hadirin juga ramai (tak sempat nak snap..) walaupun orang ni pakai camni je tapi hati manusia sape tau..berape banyak ilmu yang dia ada..berapa gempak inovasia yang dia praktikan...cume bile jadi camni orang kebanyakan buat tak amek kisah (masa ni sebebarnya ramai yang "tengah hadapi kuliah prof ni").... walaupun "prof" ni gelar dia profesor fizik tapi ape yang dia ajae sekitar matematik...tak penah plak dia aja fizik...memang bagi aku nampak kacang aje tapi aku rasa inovasi yang dia wat aku pun tak pernah terfikir... sebenarnya banyak kali dah aku tengok dia wat "kuliah" kat sekitar pertama kompleks, yang kali ni depan sogo... kali ni kuliah dia pasal belajar sifir 9... aku pun tak penah sedar dengan benda ni...ni antara idea prof tu...aritu aku tak ingat ape yang dia ajar...prof ni menekankan pasal penggunaan otak kanan dalam belajar ... ha ni satu lagi kaedah yang dia buat...tah dia cipta atau dah ada orang lain cipta aku pun tak tau.... akuni memang mudah kagum pada orang ...tapi nape takda orang berkenaan amek kisah pasal prof ni...patut buat kajian kat orang ni...hehehe....terutamanya orang yang tengah buat master in edu.phy..heheh

beli - BELA

hmmmm, YES atau year end sale...dah jadi macam bebudek sek plak...pakaian...aku pun berbeli pakaian... bukan pe, kasut aku KENA@MESTI beli pasalnye kah koyak rabak ...(pi sek aritu cover la jugak pakai kasut koyak nasib tak berape nampak... aku jenis pakai hentam saje...mane tak cepat rosak...aritu beli jenama LARRIE...adalah setahun lebeh ; stat pakai masa praktikel, jadi GSTT, posting...tapi tengah posting tapak dia plak berlobang... mahai tu +- RM 160/-- pastu dah terpaksa beli le yang murah, bata...ha yang ni lagilah, tak sampai hujung tahun dah terkoyak tepi...barang murah cam tu le...(bkn nak blame bata, dulu sek pun pakai bata jugak)... jadi semalam, dah dapat gaji, pastu jejarang membeli BELA, jadi nye...hehehe ha ni le aku bli....harga gempak beb...kecuali jeket tu cap ayam je dari mydia...(ah, cap ayam pun ape aku kira...adakah orang lain pun berkira...) memula ada kat jj jeket cam ni tapi kain dia khaki cemtu wane itam jugak rm60 ++ pastu pi mydia dapat yang murah, n kain dia cam sua slek..tu yang aku nak tu... tapi kasut cap buaya jugak yang tak tahan tu...(yela selama ni kalau aku tengok orang tu pakai cap buaya memang terasa gempak le..pasal buaya tu...branded gile)..tapi baru le aku tau branded2 pun bukan semua mahal sangat...hehehe (gile blagak) tema kali ni hijau...hehehe...wane yang aku suke...dia pun suke...heh pasal dia le yang ngajo aku bli barang2 branded camni...hishhhh... jj ni gempak je lebeh...harga tah betul ke...tah2 dia naikkan je pastu bagi diskaun..opppssss..tercakap plak...yele..takan aku nak berbelanja sampai rm500+++..gilo... hahaha..terkantoi la...2 baju ngan buaya ni aku bayar lebeh kurang RM 201.00 + RM 49.90 (jeket maidin) ..takde le sampai 500... tah betoi jeke jj ni... huahhhhh...pokai macam ni.. p/s = jangan amalkan selalu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails