dengan kepakarannya dalam bidang tajwid. trademark beliau adalah bacaan murattal(cepat) dengan lagu nahawand(menggunakan cabang nawa athar - ey betul ke??).
Bacaannya simple aje, tak banyak burdah (meme la, dah baca murattal) , tapi syahdu sangat kalau dengar...tambah2 masa subuh. terasa sedih sangat.. Kebanyakkan orang bile menemui masalah sebutan tajwid dan fasohah, rakaman bacaan beliaulah yang menjadi rujukan.
Bacaannya simple aje, tak banyak burdah (meme la, dah baca murattal) , tapi syahdu sangat kalau dengar...tambah2 masa subuh. terasa sedih sangat.. Kebanyakkan orang bile menemui masalah sebutan tajwid dan fasohah, rakaman bacaan beliaulah yang menjadi rujukan.
tarannum nahawand suatu jenis lagu yang amat diminati oleh segenap lapisan masyarakat. kenape camtu??? mungkin dari sifatnya yang lembut bersopan, amat memikat
pasal gape??...mebi pasal nadanya yang sangat syahdu dan menimbulkan keinsafan...memang gerun mendengarnya..
lagu orang mati?
bukan la macam tu...tu gelaran aje...nahawand ini tambah-tambah syahdu bila digandingkan dengan cabangnya, nawa athar (eh...betul ke ko ni...memandai je, macam salah aje ..jangan pecaya sangat) yang selalu orang kata lagu orang mati...masih ingat lagi dulu2...kalau ada agong ke sultan ke yang mangkat atau sape2 la meninggal masjid akan pasang bacaan macam ni atau masa sahur bulan pose...selalu dengar lagu nya begitu sedih, pilu, semacam seram bile didengari. rasa masuk terus dalam hati walaupun sepatah haram tak paham.
biodata lagu ini
- berasal dari daerah Hamadan di Iran (Parsi)
- telah diubah suai oleh para qurra Mesir menjadikannya lebih lembut dan berseni
- berirama sedih, tapi boleh juga disesuaikan untuk ayat2 bentuk2 gembira, memohon, ayat2 penceritaan dll mengikut kemahiran
- sesuai dengan tabaqat sederhana
- bernada ringan, cepat dan berkesan (allegro), sederhana yang memikat jiwa , kelembutan bersopan, kehalusan seni yang mempersonakan
- mungkin kerana itu tak keterlaluan dikatakan rantingnya amat tinggi, antara lagu yang selalu disusun dalam bacaan qariqariah MTQ.
- sesuai untuk meredakan ketegangan bacaan (biasa lepas lagu husaini ;awabul jawab dia kan tinggi, atau hijaz atau soba atau ape2 saje lah...takda peraturan pun sebenarnya )
- nahawand asli
- nikriz - berirama lambat dan mendayu
- ushaq masri
- dan wuslah dengan lagu lain macam nahawand kurdi, nahawand sikah, nahawand ajam dll
menurut Qari Syeikh Radhi Kamarul Hilan , lagu nahawand asalnya dipopularkan oleh Nabi Daud AS. Sememangnya, Nabi Daud terkenal dengan kemerduaan suara tiada tandingan, memiliki vokal yang amat menyerlah apabila membaca Kitab Zabur (orang yahudi/kristian memanggilnya
cube dengar bacaan Datuk Faizul ni, beliau ni johan MTQ peringkat Antarabangsa. Apa yang nak dikongsikan di sini, beliau buat wuslah al-mumathalah(campur 2 atau lebih air lagu dalam satu harakat) pada harkat pertama nahawand dengan lagu sikah...suatu wuslah yang jarang-jarang dibuat orang (yeke ??)... dan pada hujung penutup nahawand diwuslahkan dengan lagu rast.(ni biase la)...hebat. klik sini full version
Video kat atas ni bacaan juga dari Qari Muktabar Mesir, Syeikh Abul Ainayn Asy-Syuaisa'.
أبو العينين شعيشع
(betui kot bila dirumikan !!)
Uniknya, beliau menggunakan nahawand dengan jalan kurdi pada harakat jawab nahawand. jarang-jarang qari 1Malaysia buat melainkan Syeikh Radhi Kamarul Hilan (yang ni selalu dia buat)...(tapi bile aku dengar2 balik Ismail Hashim pun ada buat gak)
ustaz Radhi kamarul hilan ni memang dia suka guna jalan Syeikh Abul Ainayn Asy-Syuaisa' bile dia guna tarannum nahawand. paling mudah yang tadi. yang kat atas ni sejibik air lagu dia. tapi dia cube terapkan sendiri dengan ayat yang berlainan. penuh kat sini
seorang lagi qari mesir, sudah tentu Syeikh Mustafa Ismail, selain pakar lagu, beliau juga dikatakan Master in Maqam Nahawand. contoh paling senang pada surah At-Tahrim yang beliau baca secara qit'ah-qit'ah (potong-potong). harakat yang dibawa adalah penuh untuk satu lagu dengan variasi2 yang berlainan.
...yang ni memang stail mustafa ismail yang ramai orang cube nak tiru termasuk aku (walaupun jauh ayam panggang dari tangan). hehe. .. keunikkannya pada lenggok burdah tersendiri yang penuh menghiasi bacaan beliau juga begitu dinamik...naik dan turun jatuh dan naik kembali secara mendadak
Assalamualaikum,
ReplyDeletesy sgt berminat dgn taranum nahawan(mentang mentang sama dgn nama)..
nk sgt tahu mcm mana,setakat ni tgk tgk kat youtube je la.tp xphm pun kat lagunya.