Saturday, May 15, 2010

mustafa ismail - tarannum bayati husaini dan syuri



lagenda mesir ini sememangnya mempunyai banyak keunikkan dalam segi pembacaan al-quran secara berlagu. contoh di atas adalah bacaan pada penghujung surah al-hujurat dan permulaan surah qaf. tarannum husaini yang dibaca mempunyai gerak yang amat dinamik...banyak menerapkan salalim nuzul dan tulu' ; tangga turun dan tangga naik...

beliau juga memberi dua variasi mahattah ; bunyi pada penghujung harakat pada kalimah ta' maluun, jelas kedengaran salalim nuzul yang begitu tersusun dan turun secara mendadak.

pada bayati syuri bermula dari kalimah bismillah hingga ke permulaan surah qaf begitu tinggi (tahap jawabul jawab) dan sempurna. jelas menggambarkan kekuatan vokal syeikh mustafa ismail itu sendiri apabila suara naik mendadak pada kalimah qaf.

begitulah kehebatan lagenda qari mesir ini.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails