tapi aku bukan penggila bola...maka ape aku kisah.... lebih enak lena di pembaringan dari bersengkang mata nengok tetengah pagi... baik lebih g wat qiamullail ke ....tak de la plak rajin...orang cita pasal bola lantak ko la...aku tak amek pot
alkisah dicanang-canang ada pak menteri nak "halalkan" pertaruhan bola.... waishhhhh...hebat menteri ni...awang adek nama dia..tapi hebat dengan takda akal punya kenyataan...senteng dan dungu....itulah yang aku maksudkan...tak setuju...suka hati korang la..aku tetap kata menteri ni memang ni dia unya idea haram jadah...
dia kata kerajaan sedang mengkaji...haram jadah kali kedua dia nak kaji....pastu hasil dari perjudiannya boleh digunakan untuk meningkatkan mutu sukan negara....ni haram jadah dan kepala hotak dia...camtu skali puak2 kerajaan berfikir...
cube baca keratan paper BH ni
....................
Kerajaan timbang izin pertaruhan Piala Dunia
2010/05/07
KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan mengelak kegiatan perjudian haram.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.
“Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.
“Ada minat di kalangan Ahli Dewan Negara yang mahu kita meneliti perkara ini atau kita akan berdepan dengan masalah ramai menjadi bookie Piala Dunia.
“Ada beberapa perkara yang perlu dikaji, sama ada ia perkara yang baik untuk kerajaan atau kita perlu cuba mengawal kegiatan itu supaya kita tahu berapa banyak nilai pertaruhan yang dibuat," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.
Kali terakhir kerajaan mengeluarkan lesen kepada sebuah syarikat yang mengendalikan aktiviti pertaruhan sukan adalah pada tahun 1980-an tetapi syarikat itu memutuskan untuk menghentikannya kerana tidak memberi keuntungan.
Awang Adek bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan Piala Dunia itu.
Kerajaan menjangkakan nilai pertaruhan setiap kali Piala Dunia mencecah ratusan juta ringgit.
Isu pertaruhan sukan dibangkitkan oleh Senator Ng Fook Heng di Dewan Negara yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan akan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
alasan macam orang takda otak atau tolol...
cuba banding dengan keratan paper kat bawah plak....cam langit dengan bumi!!!
alasan macam orang takda otak atau tolol...
cuba banding dengan keratan paper kat bawah plak....cam langit dengan bumi!!!
memang kenelah tajuk tu...brunei lebih takut laknat Allah... berbanding malaysia...
sian betol...terus orang lupa islam hadari....skali ngan orangnye...
No comments:
Post a Comment