sebenarnya dua kali kejutan (tak le tekejut sangat pun)..memula ari tu cucuk duit tengok2 ai...pesal banyak plak duit aku ni..gaji aritu baru je masuk...musykil gak disamping takut pakai2 pastu kene bayar balik kat beng pasai bukan duit kita...nak kata ada bisnes
semalam, merayap2 jalan belog, ada satu belog tu kate RM500 dah masuk...horeyyy.
dalam tengah pokai jadi kaya la plak..
..dah kaye2 ni tak nk ajak aku datang ke??
cerita kedua
korang mesti pernah dengar lagu Alhamdulillah, bukan lagu Maher Zain atau lagu Opick dalam sinetron tapi Too Phat feat. Yassin feat Ahli Fiqir dan Dian Sastro... dalam lirik tu ada berbunyi
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!
korang tau ke ape makna 786. dulu aku tertanya2 amende 786 ni. nape tak guna 111 ke 123 ke 999 ke? kombinasi nombor ni kedai mamak banyak guna.
sebenarnya 786 adalah ditujukan kepada بسم الله الرحمن الرحيم
bagaimana tu. setiap huruf hijaiyyah ada nilai.
selak muqaddam yang korang belajar ,dalam muka surat 24 selepas baris TAMMAT.
korang blaja start guna muqaddam ni ke idak? |
tau kan bace muqaddam, camne yang dikatakan ada nilai tu? (baru sekarang aku perasan) cuba lihat, alif = 1, ba = 2, jim =3, dal = 4 ..... |
Cara pengiraanya : (berapa kali huruf didarab dengan nilai huruf)
ب (1 kali * 2 = 2)
س (1 kali * 60 = 60)
م (3 kali * 40 = 120)
ا (3 kali * 1 = 3)
ل (4 kali * 30 = 120)
ه (1 kali * 5 = 5)
ر (2 kali * 200 = 400)
ن (1 kali * 50 = 50)
ح (2 kali * 8 = 16)
ي (1 kali * 10 = 10)
Jumlahnya = 2+60+120+3+120+5+400+50+16+10 = 786.
kenapa guna 786 tak guna aje بسم الله الرحمن الرحيم ?
sejarahnye (wallahu a'lam) kat pakistan orang islam ni selalu tertindas, jadi supaya mereka yang sesama Islam kenal antara satu sama lain, rumah2 mereka tak le letak macam kita sekarang letak frame bismillah, tapi ganti no 786 letak depan rumah . no ini hanya difahami di kalangan mereka sahaja.mcm kod rahsia la
ada juga yang beralasan kalau tulis بسم الله الرحمن الرحيم nanti takut terpijak la atau dibuang la, jadi tulis nombor aje
dan macam2 lagi lah, cume penulis taknak ulas panjang2
tapi isu ini agak sensitif.
beberapa negeri seperti Johor mengeluarkan fatwa mengharamkan pengantian 786 dengan بسم الله الرحمن الرحيم ( memang la tak patut)
carilah sumber2 yang lain mengenainya
Rasulullah SAW mengirim surat kepada Heraclius, Raja Romawi yang dibawa oleh Dihyah al Kalbi. Ia menyerahkannya kepada penguasa Bushra dan mengantarnya kepada Heraclius. Takde pun Baginda risau bagi surat ada tulis Bismillah pada orang bukan Islam. Takde plak Baginda tulis 786. Perkara ini semacam bid'ah. tulis lengkap ape salahnye kan? teks lengkap surat di sini |
PRO:
elok jugak mereka ini mendekati Islam.
KONTRA:
main terjemah ikut sedap mulut, memula ok tapi lepas beberapa perkataan dia hantam sendiri ikut sedap rasa dia. ini yang tak patut dan patut ditegur. banyak Ustaz dah bersuara. Tuan Guru pulak dok bangga aje, takkan tak mau tegur pasal geng sendiri. tak best la macam ni Tuan Guru.c.s = kalau ucap 786 takda pahala pun. sekadar nombor. kalau tambah satu angka lagi dah jadi nombor sejenis haiwan. selidik hujung pangkal, itu yang lebih utama...bukan main redah...cume penulis selalu kata dengan anak murid supaya jangan tulis بسم الله الرحمن الرحيم atau yang berkaitan kat ketas exam pasal kekadang dorang buang macam tu aje.
No comments:
Post a Comment