Showing posts with label physics. Show all posts
Showing posts with label physics. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

HUJAN METEOR QUADRANTID

Hujan Meteor Quadrantid




Best time to observe:
11:00pm - 04:30am (MYT)
On: January 3 & 4, 2011
Shower rate:
60-120 per hour
Time Zone:
UTC/GMT +8 hours

KLIK gambar untuk tumbesaran

Radiant atau titik tempat meteor ini terpancar dari buruj Bootes. hujan ini terletak dekat horizon atau kaki langit (sekitar 30 darjah menegak dari horizon) sebelah timur atau timur laut. 

malam ni sampai subuh sambung malam sok boleh tgk.
hujan meteor Quadrantid antara yang popular macam Geminid pasal ZHR* dia tinggi, sekitar 120 per jam.
(ZHR (Zenithal Hourly Rate) ialah jumlah tahi bintang yang kelihatan dalam masa satu jam ketika waktu kemuncak peristiwa tersebut. )

Fenomena ini terjadi apabila Bumi memasuki orbit 2003EH1, iaitu "asteroid" yang dipercayai terhasil daripada serpihan-serpihan sisa dari sebuah komet yang meletup sekitar 500 tahun yang lalu. Quadrantid mendapat namanya daripada gugusan bintang-bintang Quadrans Muralis.

____________________________________________________________credit

Monday, December 6, 2010

mari betulkan kefahaman kita tentang = CRITICAL ANGLE dan FORMULANYA

memula semua tahu dan belajar kat sekolah, Snell's Law (also known as Descartes' law, the Snell–Descartes law, and the law of refraction)

   sin  i    = constant, n
 sin r                    
(n; refractive index)

dan kita tahu nak cari index biasan yang kita belajar kat sekolah dari udara ke medium. maksudnya, angle i adalah dalam udara, dam angle r dalam medium.

mari kita kenal ape itu critiCal angle (sudut genting highland)
critical angle berlaku apabila angle of reflection = 90 degree
ni semua tahu
figure 1
dan juga, semua maklum, untuk buat experiment mencari sudut genting, mesti SINAR CAHAYA DARI MEDIUM MACAM BONGKAH KACA (SELALUNYA GUNA YANG SEMICIRCLE)

ini bermaksud sinar tuju, incident ray dengan angle i adalah dari dalam kaca. anda perasan tak pada penerbitan formula n= 1 / sin c semacam pelik (ini yang anda belajar di sekolah)

figure 2. kenapa saya kata pelik?
 lihat di sini, kalau anda guna formula n = sin i / sin r ,

sepatutnya i = c

r = 90

n = sin c / sin 90  , where sin 90 = 1

n = sin c !!!

ini yang menjadi masalahnya bila kita guna formula , n = sin i / sin r , bila semua ingat angle i = incident angle dan angle r = refracted ray

ia hanya berlaku bila i dalam udara dan r dalam medium. kalau dalam kes di atas, kene terbalikkan seolah2 sudut 90 itu adalah incident angle dan sebaliknya.

kalau yang faham ok, kalau yang keliru camne?
camne ni?????

sebenarnya formula n = sin i / sin r  bagi penulis tak berapa tepat, kadang2 memerangkap... lebih aman jika guna formula sebegini

\frac{\sin\theta_1}{\sin\theta_2} = \frac{v_1}{v_2} = \frac{n_2}{n_1}
anda boleh guna pasangan dengan v (speed of light ) atau   n
 n_1\sin\theta_1 = n_2\sin\theta_2 \,
ok, gunakan yang ini lebih baik

kenapa? anda boleh gunakannya dalam apa2 pasangan medium, tak semestinya dengan udara.

figure 3
sebagai contoh jika  θ1 adalah sudut dalam udara, dan n1 adalah refractive index bagi udara ( n1 = 1. 000 293 = 1.00), maka, 


 n_1\sin\theta_1 = n_2\sin\theta_2 \,



( 1) sin  θ1 = n2 sin θ2


sin  θ1 / sin θ2 = n




dari sinilah kita dapat formula  n = sin i / sin r




















bagaimana pula bile kisah pasal critical angle dengan menggunakan rumus di atas???

sekarang kita kita pilih je mana2  θ1 atau θ2  yang akan jadi incident angle.
katakan  θ2  menjadi incident ray (cuba rujuk figure 3 di atas) , maka bila critical angle berlaku, incident angle,  θ2 = c

dan, katakan  θ1  ialah 90, maka n1  ialah 1.00 (pasal udara)

θ2 = c
θ1 = 90
n1  =1.00

subtitute dalam
 n_1\sin\theta_1 = n_2\sin\theta_2 \,




kita akan dapat

(1.00 ) sin 90 = n2 sin c

1 = n2 sin c

atau

1/ sin c = n

barulah sama dengan formula    1/ sin c = n


c.s = setelah penulis baca balik, penulis semacam pening jgk dengan ape yang penulis tulis. mebi perlukan "cok n tok"
 _____________________
credit = wikipedia , Serway, Jewett- Physics for Scientist and Engineers, pembuat slaid dll

Tuesday, November 30, 2010

terus diingati, Dr Mat Rofa Ismail

Telah lama meninggalkan UPM, maka telah lama juga meninggalkan kuliah DR MAT ROFA ISMAIL. Jika kuliah2 akademik yang lain kebanyakkannya dihabiskan dengan membuka warung kopi di sebelah belakang dewan kuliah, atau membawa bantal busuk dan tilam atau sekadar dengar dan pulang dengan kepada yang serabut, namun kuliah FALSAFAH SAINS beliau amat2 ditunggu setiap minggu.

segalanya unik; waktu kuliah hanya ditawarkan sebelah malam, satu-satunya subjek terasing bawah Jabatan Matematik, Fakulti Sains yang menggunakan kod FSA 3000, sedangkan subjek ini dibawah Jabatan Matematik yang semuanya menggnakan kod MTH ####. segala kandungan, nota, silibus dibuat oleh beliau sendiri, subjek ini juga diperjuangkan dan diilhamkan oleh beliau, satu2nya (barangkali) subjek macam goreng pisang panas, walaupun hanya wajib untuk yang nak jadi cikgu, tapi tempat2 kosong menjadi rebutan semua pihak tak kira apa bangsa dan agama walaupun sekadar subjek elektif....dan assigment (penulisan makalah) adalah  dengan tulisan tangan!!!

memang kuliah beliau bersifat independent, kritikan, cetusan idea (bukan menjadi pembangkang kosong macam mat jenin malaysia)... kritikan pada ilmu sains sekarang yang lebih bersifat sekular; memisahkan ketuhanan dari sains tabii, kritikan pada falsafah universiti, falsafah Fakulti Sains dan sebagainya...kami belajar tentang perbandingan agama, suatu yang dianggap tabu oleh sesetengah pihak. Assigment yang beliau berikan meskipun tidak lari dari disiplin ilmu, tetapi pelajar bebas menulis apa saja yang ingin diluahkan
Tokoh INSPEM 2009 - seorang yang sederhana, cool dan biasa2 saja tetapi penuh ilmu di dada- kredit http://science.upm.edu.my/

kuliah2 yang bernilai seperti ini memang mendapat tentangan senyap2 dari pihak atasan yang tidak 'suka' dengan idea dan kritikan bercili (beliau sebenarnya seorang yang cool dan bersahaja) yang dikeluarkan oleh beliau. pernah suatu ketika, kuliah beliau dihadiri bukan saja pelajar yang mengikuti kursus malah 'penyokong2' kuat, bekas pelajar (seperti penulis) dan sebagainya, penuh dewan...suasana kuliah pada hari tersebut berbeza sekali...mengapa??? kerana beberapa pegawai datang untuk memantau, adakah kuliah ini relavan untuk diteruskan lagi atau perlu ditamatkan saja...selepas sesi kuliah, beberapa lontaran dan kritikan berlada dari pelajar kepada pihak pemantau dan universiti diucapkan...sememangnya kuliah ini amat bererti...

semudah nama yang senang diingati, DR MAT ROFA menekankan aspek 'kecintaan ilmu' yang perlu hadir dalam setiap mereka yang bergelar ahli sains, malah semuanya....kuliah Falsafah Sains dianggap belajar mundur kebelakang kerana banyak membicarakan tentang sejarah dan kisah silam..salah satu kenapa pihak atasan tidak suka kuliah ini diteruskan disamping kritikan2 dalam kuliah ini yang banyak terkena batang hidung mancung segelintir pihak yang berpangkat.....maka ditepis dengan satu hujah oleh DR yang lebih kurang macam ni yang penulis ingat 

' untuk mendapatkan lompatan yang tepat, seseorang pelari itu perlulah berundur sedikit ke belakang untuk mendapat lebih momentum agar lompatannya lebih bertenaga'

salah satu karya beliau (asal dari nota kuliah) -dua kali aku beli buku nih, pertama hilang, semua tak nak mengaku dia yang pinjam, yang pinjam pun tak reti nak pulangkan balik...!!! anda beli, anda baca, sure padat dengan ilmu yang tidak disangka2- kredit http://www.majalahsains.com/2009/09/mat-rofa-ismail-sains-islam-tidak-memisahkan-kualitatif-dan-kuantitatif/

seingat penulis yang telah lebih 4 tahun meninggalkan kuliah beliau, assigment pertama ada penulisan makalah (bile guna gugel transelate dia kata paper) tentang perbezaan kosmologi Islam, Judaisme (Yahudi) dan Sains. maka, banyak perkara baru yang kami temui disamping first time membaca verse dari Bible- Kejadian (Genesis- Old Testament) tentang asal usul penciptaan langit dan bumi dari perspektif Yahudi. Juga keajaiban Al-Quran dari perspektif Islam dan keselariannya dengan sains tabii. maka setiap orang menulislah menggunakan tangan, tak kira melayu, cina, kristian memberikan hujah mereka sendiri, setuju atau tidak mengikut hujah masing2...dari situ juga kami belajar tentang kosmologi masyarakat orang asli, Iban, Hindu, Babylon, Mesir Tua, Yunani, Confusian, Taoisme, Budhha dan sebagainya.

kami juga belajar tentang nilai dan etika dalam sains; barulah kami sedar sejarah dan tipu daya pemikiran Darwinisme dalam buku2 sains dan biologi pada masa kini...dan juga mengenai Falsafah2 jabatan matematik, fakulti sains, UPM, Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) dll... mengkritik ade ke tak aspek metafizik@ketuhanan dalam setiap falsafah berikut.

dan juga pada permulaan kuliah beliau ada bercerita tentang hireki ilmu


 menurut beliau, matematik adalah penghubung antara sains dan metafizik, matlamat akhir metafizik adalah bertemu dan mengenali MAHA PENCIPTA , Allah SWT. Pada zaman dahulu teknologi berada pada tangga paling bawah, namum masa berganjak, masa kini, teknologi telah berada pada hireki ilmu paling atas dan metafizik berada pada tangga yang paling bawah sekali. lihat sekeliling anda dan anda akan mengiakannya - diambil dari buku Falsafah Sains.

kenapa muzik dan astronomi berada dalam kelompok matematik? kenapa teknologi berada pada hireki yang paling bawah suatu masa dahulu tetapi berganjak ke tingkat paling atas?...segalanya terkandung dalam buku beliau..dapatkan cepat!!!

Friday, November 26, 2010

BANK SOALAN TRIAL SPM , LENGKAP DAN MUDAH DI-DOWNLOAD

semenjak dua tiga 4, 5 ...infinity...menjak nak spm ni punya la ramai mencari tukang tilik di internet untuk dapat soalan2 bocor spm. masa penulis dulu takde nye internet2 ni, harap cikgu ajelah.

tapi sekarang macam2, blog, twitter, facebook, friendster dll... camne budak2 form 4 kat sek penulis tak meletup2 jawab peperiksaan akhir tahun, cikgu2 pun naik takjub, pelajar dapat jawab dengan baik (untuk serten question la )..jawapan pulak sepesen...haha..(kantoi la macam tu)...walhal takde pun bagi hint2...setelah diselidik2...bukan meniru punya pasal...mukabuku punca segalanya, tanya kawan sana sini dapat la soalan bocor walaupun selaras 1SELANGOR...(bagus gak, bebudak dapat jawab, ok la sket GPA kali ni..heheh)..mungkin inilah dikatakan perkongsian ilmu

di sini ada satu website yang paling lengkap bagi penulis untuk download soalan trial dari negeri2. boleh kata semua subjek ada, soalan pertengahan tahun tingkatan 4 dan 5 ada, akhir tahun tingkatan 4 pun ada, akhir tahun tingkatan 5 je yang tak da ...skema dia pun ada , username = sejjuk .  password = enjing. kalau pun tak lengkap jangan la marah ek...tempat lain boleh cari kan, ianya paling mudah untuk didownload, tak perlu bagi kod2 yang merepek kerepek. just

Internet Explorer, Sila klik kanan pada mana-mana link dan pilih "save target as"
Mozila Firefox,Sila klik kanan pada mana-mana link dan pilih "save link as"

begitu mudah, korang buat la latihan sampai lebam2 pastu dapat straight A. hehehe.

klik here to enter

Thursday, November 25, 2010

soalan fizik; teka-teki sampai dapat jawapan

sape2 yang terrorist pandai lagi bijaksana bolehlah jawab soalan ini. mungkin ada hadiah?


jawapan mestilah kreatif dan betul,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A 3-kg object is released from rest at a height of 5m on a curved frictionless ramp. At the foot of the ramp is a spring of force constant, k= 100N/m. The object slides down the ramp and into the spring, compressing it a distance x before coming to rest.

i. find x
ii. does the object continue to move after it comes to rest.? if yes, how high will it go up the slope before it comes to rest?

Sunday, November 21, 2010

SOALAN RAMALAN/ BOCOR/ SPOT/ TILIKAN/ TEROPONG DLL PHYSICS SPM 2010- Part 2

Semakin sampai ke kemuncak SPM, semakin banyak rumors tentang topik yang berkemungkinan akan keluar dalam paper Physics. Maka bahagian kedua dibawakan kepada anda ramalan dari seorang guru Physics (thank you very much) yang ada aura tersendiri walaupun aku sendiri pun tak kenal beliau. boleh lawat di http://www.eqbalzack.com

c.s = sebenarnya aku sndri pun tak mintak kebenaran beliau untuk siarkan benda ni tapi memikirkan nasib anak bangsa lebih utama...ewahhhh!!!

Friday, November 19, 2010

SOALAN RAMALAN/ BOCOR/ SPOT/ TILIKAN/ TEROPONG DLL PHYSICS SPM 2010

Hari selasa tadi kelam kabut sket. yela, masing tertanya-tanya, jumaat ni cuti ke idak?... memang mejadi satu misteri hinggalah mohor besar guru-guru sebulat suara menyatakan jumaat cuti..horeyyyyy.

 bukan ape, sebab takda ribut taufan tentang sekolah cuti pada hari jumaat, masing-masing dok releks lagi...bile diumumkan, kelam kabut menyiapkan benda-benda yang nak di submit, dengan slip exam form4 dsb. peperiksaan yang amat panjang, dekat 3 minggu, implikasinya terbawa sampai ke hujung hari persekolahan. masa yang pendek untuk rait ketas dsb...


tapi semua setel, alhamdulillah...analisis cikgu siti buat kot..heheh

dan biasa lah hari akhir, pelajar form5 yang nak amek spm bersalaman bermaafan... tiada sesiapa yang membawa bawang untuk dikupas.

"cikgu, takde soalan spot ke???"..alah...cikgu tak sempat nak spot2 la...(aku rasa budak2 ni lagi pandai menyepot...FB bagai wadah perkongsian maklumat...tak dinafikan..)

cite panjang2 baru nak bagi tips. ekceli, ni penulis amek dari websites lain. kopi dan tampal aje...jadi sesame la kita berusaha.


““““““““““““““““““““

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails