Showing posts with label astronomi. Show all posts
Showing posts with label astronomi. Show all posts

Monday, March 7, 2011

beberapa gambar dari langit

2/3/2011. NIKON D3000, ISO 1600, exposure time: 1/2 sec, f/stop: f/6.3, focal length 40mm
bulan dan planet Zuhrah (Venus)

7/3/2011. NIKON D3000, ISO 1600, exposure time: 10 sec, f/stop: f/3.8, focal length 22mm
nampak tak buruj Scorpio?


 
7/3/2011. NIKON D3000, ISO 1400, exposure time: 10sec, f/stop: f/3.8, focal length 22mm

7/3/2011. NIKON D3000, ISO 1000, exposure time: 15sec, f/stop: f/3.8, focal length 20mm

Friday, February 11, 2011

my first ASTROPHOTOGRAPY

mlm ni tak berapa sesuai keadaan langit
coz berawan
percubaan pertama nampak ok la jgk
dgn xpkai tripod coz cap ayam
main letak2 aje atas kusi

nikon d3000, dedahan dalam 10s, f/4.5

dedahan 30s,f/4.5 (awan pun dah nampak blur coz dia bergerak coz malam ni berangin,. bintang pun dah sket blur, bukan pasal kene tiup angin tapi dedahan lama wat dia dah berganjak dari kedudukan asal. yang eden perasan buruj orion separuh aje yang di-snap; bintang tiga beradik ( alnitak, alnilam,mintaka), Saiph dan Rigel.)


ape bende le garis tu? meteor ke atau suatu entiti?

Sunday, January 2, 2011

HUJAN METEOR QUADRANTID

Hujan Meteor Quadrantid




Best time to observe:
11:00pm - 04:30am (MYT)
On: January 3 & 4, 2011
Shower rate:
60-120 per hour
Time Zone:
UTC/GMT +8 hours

KLIK gambar untuk tumbesaran

Radiant atau titik tempat meteor ini terpancar dari buruj Bootes. hujan ini terletak dekat horizon atau kaki langit (sekitar 30 darjah menegak dari horizon) sebelah timur atau timur laut. 

malam ni sampai subuh sambung malam sok boleh tgk.
hujan meteor Quadrantid antara yang popular macam Geminid pasal ZHR* dia tinggi, sekitar 120 per jam.
(ZHR (Zenithal Hourly Rate) ialah jumlah tahi bintang yang kelihatan dalam masa satu jam ketika waktu kemuncak peristiwa tersebut. )

Fenomena ini terjadi apabila Bumi memasuki orbit 2003EH1, iaitu "asteroid" yang dipercayai terhasil daripada serpihan-serpihan sisa dari sebuah komet yang meletup sekitar 500 tahun yang lalu. Quadrantid mendapat namanya daripada gugusan bintang-bintang Quadrans Muralis.

____________________________________________________________credit

Saturday, December 11, 2010

Hujan meteor Geminids (meteor shower) 14/15 Dis ni!!!

dari 7 - 17 Dis ni ada something menarik kat langit
ada hujan meteor Geminids (maksudnya sekitar buruj Gemini (burj al-jawza'a = برج الجوزاء))

tapi kemuncaknya pada malam 14 dis jam 10 malam.
sekitar llebih 120 "hujan akan turun"
tu pun kalau anda dok kat kg
pasal atmosferanya masih sedikit bersih dan kurang light polution
tapi sepanjang malam boleh lihat sampailah fajar menyinsing.
(elok juga wat qiamullail..heeeee)
dia turun macam hujan@ shower tapi anda tak leh mandi dengannya..hehe

kalau terlepas malam tu jangan bersedih
sekali lagi diumumkan
dari 7 - 17 Dis ni ada something menarik kat langit
ada hujan meteor Geminids (maksudnya sekitar buruj Gemini)
mane buruj bemini pun aku tak berape cam tapi cube pandang2 sebelah timur.
ni peta langit jam 11.30 mlm. tgk belah timur, fokus pada buruj gemini. hai mintak2 le mlm tu tak berawan. bagi orang macam penulis yang tak berape kenal buruj Gemini, cube cari buruj Orion@Belantik; kat atas "tangan yang pegang pemukul" tu akan ada buruj Gemini. nak besar gambar, klik kt gambar tu
ingat balik pelajaran sains sek rendah. Orion Si Pemburu (tapi belantik tu sebenarnya perangkap tikus?!)
cube tengok kat atas bintang Betelgeuse ada dua cabang ; kat atas lagi tulah buruj Gemini. Orion ni senang nak ditek pasal jelas kat langit. tambah pula dengan 3 bintang sederet; Alnitak, Alnilam dan Mintaka (sedap la plak nama bintang ni, macam bahasa arab tapi memang pun dia amek dari bahasa arab. betelgeuse pun dari bahasa arab gak)

jadi
cari kawasan lapang (kalau boleh)
pastu pastikan sekitarnya gelap
sediakan tikar untuk baring
tilam sekali ke dengan bantal, cadar, selimut, katil, kelambu, pewangi
cikedis sket
supaya jelas

kalau ada teleskop
usha2 le bulan pada malam tersebut
sebelah bulan ada bintang yang terang
itu bukan bintang tapi planet Jupiter@ Musytari





ms = masa sek men dulu rajin g surau sesubuh. masa tu ternampak beberapa meteor melintas langit. memang rasa berdegup2...cam takut pun  ada
________________________________________________________
credit :
  1. http://astromas2020.blogspot.com/2010/12/hujan-meteor-geminids-1415-disember-ini.html
  2. http://www.spacedex.com/geminids/
  3. http://mirathenaselena.wordpress.com/2010/06/01/kisah-di-balik-rasi-bintang/
  4. wikipedia 
  5. youtube

Friday, December 10, 2010

GOLDEN RATIO; Miracle of Kaabah (NISBAH KEEMASAN KAABAH ?)

sebelum kita tonton video ni cuba kita blaja sket ape itu nisbah keemasan (golden ratio)

bahagian yang paling panjang a dibahagi dengan yang pendek b akan memberi nilai yang sama jika a + b dibahagi dengan b dengan suatu nilai malar
 \frac{a+b}{a} = \frac{a}{b} \equiv \varphi\,.
φ (phi) adalah simbol bagi nisbah keemasan sebagai pemalar (constant) 1.6180339887...


ia merupakan suatu misteri dalam alam ini kerana nisbah keemasan bukan hanya melibatkan matematik tetapi biologi, geografi, arkitek, seni lukis,muzik,  anggota badan dan sebagainya







Mario Livio pernah berkata lebih kurang macam ni , Nisbah Keemasan telah memberi satu inspirasi kepada pemikir dalam semua disiplin ilmu bahawa tiada nombor yang pernah wujud macam nombor ini (unik, misteri, pelik) dalam sejarah matematik.







contohnya




THE LAST SUPPER - minum malam terakhir Jesus
Christ sebelum di"salib"

De Divina Proportione
Great Mosque of Kairouan

Music for Strings, Percussion and Celesta



The Parthenon


Monalisa

Fibonacci spiral





tubuh badan








video ini akan membongkar bagaimana kaitannya Mekah (Kaabah) dengan Nisbah Keemasan.
 _________________________________________

Tuesday, November 30, 2010

PLANET ZUHRAH (VENUS) CERAH DI UFUK TIMUR WAKTU PAGI

jika anda pandang ke arah timur pada waktu subuh dari jam 6 pagi sampailah matahari terbit barangkali, anda akan perhatikan sebutir bintang paling cerah di ufuk timur. maka ianya adalah bintang timur atau bintang Kejora. tapi ia bukan bintang sebenarnya, tapi planet Zuhrah atau venus. dalam buruj Virgo.orang ramai panggil bintang pasal dia nampak macam bintang. pasal tu orang panggil bintang (ayat pun dah berbintang-bintang!!?)

planet Zuhrah atau venus. dalam buruj Virgo. atas sedikit sebelah kiri saih dalam buruj Virgo adalah Saturn atau Zuhal. Bulan pula berada di atas sekali.


 jika dilihat melalui teleskop, zuhrah kelihatan dalam fasa sabit.

c.s = yang dilihat bintang di langit bukan semuanya bintang!!!

**image planet zuhrah yang tak seberapa yang di-snap. klik gambar untuk pembesaran

35x pembesaran

175x pembesaran

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails