Showing posts with label metafizik. Show all posts
Showing posts with label metafizik. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

bila benda yang tak best jadi seronok...

dulu penulis pelik, ape sedapnya sayur??
sekarang penulis suka je makan sayur...jadi tak pelik

 penulis penggemar durian...
mungkin jembalang hantu durian..
tapi dulu penulis lnsg tak bleh blah dgn tempoyak
ape kehalnya makan durian yang dah masam
tapi sekarang sambal tempoyak dah jadi macam mayonis la plak..
kalau ada mesti ngap punye..

pelik juga ada orang suka makan peria yang pahit
tapi sekrang dah tak pelik pasal penulis pun ngap sekali

pelik wa al-ajaib bawang putih yang pedas n tak sedap bapak penulis dulu buat ulam aje
tapi rupenya sekarang menurun plak kat anaknya...
bawang memang pembangkit selera..
lagipun kawan kata memang "terbaik" makan bawang...
ye ke???

kekadang benda yang tak best pun lame2 jadi best...

benda yang biasa boleh jadi seronok

ada seorang kawan penulis...
diajuga  memang pelik
basuh baju bukan satu perkara yang best untuk diceritakan
penulis sendiri tak minat nak menyental baju sendiri
tapi dia kata satu masa dia seronok basuh baju orang???
dia siap offer kat kawan dia nak basuh free tak??

kan ke pelik.
ape yang menarik tentang membasuh baju
tak pasti baju lelaki ke perempuan!!?
tapi dia kata dia seronok tolong kawan...
seronok bila tgk kawan dia tak payah susah payah nak basuh baju...
macam satu kepuasan

mungkin satu perkara yang kita suka...
atau perkara yang biasa
benda yang tak best
akan jadi best
kerana mungkin ada perasaan suka
seperti basuh baju tadi...!!


Saturday, May 7, 2011

dalam kelas ADD Maths

ni masa kelas add maths
kebetulan bawak cam  masa kelas
ni le antara wajah kanak2 yang comel zaman sekarang

amboi2 ...senyum pisang sokmo

bab berlakon mereka ni memang power

tersengih no....

yang sorang ni dari tadi still tak habis senyum
yang ni "taiko" besar

mari menulis

kelas yang takda sambutan....(coz ramai yang berpantun2 n bertepuk tampar dengan bola)


Friday, December 10, 2010

GOLDEN RATIO; Miracle of Kaabah (NISBAH KEEMASAN KAABAH ?)

sebelum kita tonton video ni cuba kita blaja sket ape itu nisbah keemasan (golden ratio)

bahagian yang paling panjang a dibahagi dengan yang pendek b akan memberi nilai yang sama jika a + b dibahagi dengan b dengan suatu nilai malar
 \frac{a+b}{a} = \frac{a}{b} \equiv \varphi\,.
φ (phi) adalah simbol bagi nisbah keemasan sebagai pemalar (constant) 1.6180339887...


ia merupakan suatu misteri dalam alam ini kerana nisbah keemasan bukan hanya melibatkan matematik tetapi biologi, geografi, arkitek, seni lukis,muzik,  anggota badan dan sebagainya







Mario Livio pernah berkata lebih kurang macam ni , Nisbah Keemasan telah memberi satu inspirasi kepada pemikir dalam semua disiplin ilmu bahawa tiada nombor yang pernah wujud macam nombor ini (unik, misteri, pelik) dalam sejarah matematik.







contohnya




THE LAST SUPPER - minum malam terakhir Jesus
Christ sebelum di"salib"

De Divina Proportione
Great Mosque of Kairouan

Music for Strings, Percussion and Celesta



The Parthenon


Monalisa

Fibonacci spiral





tubuh badan








video ini akan membongkar bagaimana kaitannya Mekah (Kaabah) dengan Nisbah Keemasan.
 _________________________________________

Monday, December 6, 2010

mari betulkan kefahaman kita tentang = CRITICAL ANGLE dan FORMULANYA

memula semua tahu dan belajar kat sekolah, Snell's Law (also known as Descartes' law, the Snell–Descartes law, and the law of refraction)

   sin  i    = constant, n
 sin r                    
(n; refractive index)

dan kita tahu nak cari index biasan yang kita belajar kat sekolah dari udara ke medium. maksudnya, angle i adalah dalam udara, dam angle r dalam medium.

mari kita kenal ape itu critiCal angle (sudut genting highland)
critical angle berlaku apabila angle of reflection = 90 degree
ni semua tahu
figure 1
dan juga, semua maklum, untuk buat experiment mencari sudut genting, mesti SINAR CAHAYA DARI MEDIUM MACAM BONGKAH KACA (SELALUNYA GUNA YANG SEMICIRCLE)

ini bermaksud sinar tuju, incident ray dengan angle i adalah dari dalam kaca. anda perasan tak pada penerbitan formula n= 1 / sin c semacam pelik (ini yang anda belajar di sekolah)

figure 2. kenapa saya kata pelik?
 lihat di sini, kalau anda guna formula n = sin i / sin r ,

sepatutnya i = c

r = 90

n = sin c / sin 90  , where sin 90 = 1

n = sin c !!!

ini yang menjadi masalahnya bila kita guna formula , n = sin i / sin r , bila semua ingat angle i = incident angle dan angle r = refracted ray

ia hanya berlaku bila i dalam udara dan r dalam medium. kalau dalam kes di atas, kene terbalikkan seolah2 sudut 90 itu adalah incident angle dan sebaliknya.

kalau yang faham ok, kalau yang keliru camne?
camne ni?????

sebenarnya formula n = sin i / sin r  bagi penulis tak berapa tepat, kadang2 memerangkap... lebih aman jika guna formula sebegini

\frac{\sin\theta_1}{\sin\theta_2} = \frac{v_1}{v_2} = \frac{n_2}{n_1}
anda boleh guna pasangan dengan v (speed of light ) atau   n
 n_1\sin\theta_1 = n_2\sin\theta_2 \,
ok, gunakan yang ini lebih baik

kenapa? anda boleh gunakannya dalam apa2 pasangan medium, tak semestinya dengan udara.

figure 3
sebagai contoh jika  θ1 adalah sudut dalam udara, dan n1 adalah refractive index bagi udara ( n1 = 1. 000 293 = 1.00), maka, 


 n_1\sin\theta_1 = n_2\sin\theta_2 \,



( 1) sin  θ1 = n2 sin θ2


sin  θ1 / sin θ2 = n




dari sinilah kita dapat formula  n = sin i / sin r




















bagaimana pula bile kisah pasal critical angle dengan menggunakan rumus di atas???

sekarang kita kita pilih je mana2  θ1 atau θ2  yang akan jadi incident angle.
katakan  θ2  menjadi incident ray (cuba rujuk figure 3 di atas) , maka bila critical angle berlaku, incident angle,  θ2 = c

dan, katakan  θ1  ialah 90, maka n1  ialah 1.00 (pasal udara)

θ2 = c
θ1 = 90
n1  =1.00

subtitute dalam
 n_1\sin\theta_1 = n_2\sin\theta_2 \,




kita akan dapat

(1.00 ) sin 90 = n2 sin c

1 = n2 sin c

atau

1/ sin c = n

barulah sama dengan formula    1/ sin c = n


c.s = setelah penulis baca balik, penulis semacam pening jgk dengan ape yang penulis tulis. mebi perlukan "cok n tok"
 _____________________
credit = wikipedia , Serway, Jewett- Physics for Scientist and Engineers, pembuat slaid dll

Thursday, December 2, 2010

fizik, kimia dan biologi...

fizik, pasangannya metafizik (klik)
mana ada metakimia ke metabiologi
kalau ilmu fizik itu sudah tinggi, ilmu metafizik sudah tentu lagi tinggi

metafizik
dari perkataan Greek
meta = melampaui, sebalik
fizik = alam yang boleh dicerap
metafizik = alam di sebalik alam cerapan
Mat Rofa Ismail, Falsafah Sains

kimia, chemistry...
kalau kita serasi dengan seseorang tu atau
awek ke (hehe ade ke???)
atau sahabat karib ke (yang ni sure ada)
jadi kita kata ada  kimia (ada chemistry !!!)

kimia berasal daripada perkataan Arab ‘al-kimiya’
istilah chemistry banyak diperdebatkan. klik di sini

biologi...ape yang berkaitan ngan biology??? 
.
.
.
.
.
.
.
.
entahlah 

Tuesday, November 30, 2010

terus diingati, Dr Mat Rofa Ismail

Telah lama meninggalkan UPM, maka telah lama juga meninggalkan kuliah DR MAT ROFA ISMAIL. Jika kuliah2 akademik yang lain kebanyakkannya dihabiskan dengan membuka warung kopi di sebelah belakang dewan kuliah, atau membawa bantal busuk dan tilam atau sekadar dengar dan pulang dengan kepada yang serabut, namun kuliah FALSAFAH SAINS beliau amat2 ditunggu setiap minggu.

segalanya unik; waktu kuliah hanya ditawarkan sebelah malam, satu-satunya subjek terasing bawah Jabatan Matematik, Fakulti Sains yang menggunakan kod FSA 3000, sedangkan subjek ini dibawah Jabatan Matematik yang semuanya menggnakan kod MTH ####. segala kandungan, nota, silibus dibuat oleh beliau sendiri, subjek ini juga diperjuangkan dan diilhamkan oleh beliau, satu2nya (barangkali) subjek macam goreng pisang panas, walaupun hanya wajib untuk yang nak jadi cikgu, tapi tempat2 kosong menjadi rebutan semua pihak tak kira apa bangsa dan agama walaupun sekadar subjek elektif....dan assigment (penulisan makalah) adalah  dengan tulisan tangan!!!

memang kuliah beliau bersifat independent, kritikan, cetusan idea (bukan menjadi pembangkang kosong macam mat jenin malaysia)... kritikan pada ilmu sains sekarang yang lebih bersifat sekular; memisahkan ketuhanan dari sains tabii, kritikan pada falsafah universiti, falsafah Fakulti Sains dan sebagainya...kami belajar tentang perbandingan agama, suatu yang dianggap tabu oleh sesetengah pihak. Assigment yang beliau berikan meskipun tidak lari dari disiplin ilmu, tetapi pelajar bebas menulis apa saja yang ingin diluahkan
Tokoh INSPEM 2009 - seorang yang sederhana, cool dan biasa2 saja tetapi penuh ilmu di dada- kredit http://science.upm.edu.my/

kuliah2 yang bernilai seperti ini memang mendapat tentangan senyap2 dari pihak atasan yang tidak 'suka' dengan idea dan kritikan bercili (beliau sebenarnya seorang yang cool dan bersahaja) yang dikeluarkan oleh beliau. pernah suatu ketika, kuliah beliau dihadiri bukan saja pelajar yang mengikuti kursus malah 'penyokong2' kuat, bekas pelajar (seperti penulis) dan sebagainya, penuh dewan...suasana kuliah pada hari tersebut berbeza sekali...mengapa??? kerana beberapa pegawai datang untuk memantau, adakah kuliah ini relavan untuk diteruskan lagi atau perlu ditamatkan saja...selepas sesi kuliah, beberapa lontaran dan kritikan berlada dari pelajar kepada pihak pemantau dan universiti diucapkan...sememangnya kuliah ini amat bererti...

semudah nama yang senang diingati, DR MAT ROFA menekankan aspek 'kecintaan ilmu' yang perlu hadir dalam setiap mereka yang bergelar ahli sains, malah semuanya....kuliah Falsafah Sains dianggap belajar mundur kebelakang kerana banyak membicarakan tentang sejarah dan kisah silam..salah satu kenapa pihak atasan tidak suka kuliah ini diteruskan disamping kritikan2 dalam kuliah ini yang banyak terkena batang hidung mancung segelintir pihak yang berpangkat.....maka ditepis dengan satu hujah oleh DR yang lebih kurang macam ni yang penulis ingat 

' untuk mendapatkan lompatan yang tepat, seseorang pelari itu perlulah berundur sedikit ke belakang untuk mendapat lebih momentum agar lompatannya lebih bertenaga'

salah satu karya beliau (asal dari nota kuliah) -dua kali aku beli buku nih, pertama hilang, semua tak nak mengaku dia yang pinjam, yang pinjam pun tak reti nak pulangkan balik...!!! anda beli, anda baca, sure padat dengan ilmu yang tidak disangka2- kredit http://www.majalahsains.com/2009/09/mat-rofa-ismail-sains-islam-tidak-memisahkan-kualitatif-dan-kuantitatif/

seingat penulis yang telah lebih 4 tahun meninggalkan kuliah beliau, assigment pertama ada penulisan makalah (bile guna gugel transelate dia kata paper) tentang perbezaan kosmologi Islam, Judaisme (Yahudi) dan Sains. maka, banyak perkara baru yang kami temui disamping first time membaca verse dari Bible- Kejadian (Genesis- Old Testament) tentang asal usul penciptaan langit dan bumi dari perspektif Yahudi. Juga keajaiban Al-Quran dari perspektif Islam dan keselariannya dengan sains tabii. maka setiap orang menulislah menggunakan tangan, tak kira melayu, cina, kristian memberikan hujah mereka sendiri, setuju atau tidak mengikut hujah masing2...dari situ juga kami belajar tentang kosmologi masyarakat orang asli, Iban, Hindu, Babylon, Mesir Tua, Yunani, Confusian, Taoisme, Budhha dan sebagainya.

kami juga belajar tentang nilai dan etika dalam sains; barulah kami sedar sejarah dan tipu daya pemikiran Darwinisme dalam buku2 sains dan biologi pada masa kini...dan juga mengenai Falsafah2 jabatan matematik, fakulti sains, UPM, Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) dll... mengkritik ade ke tak aspek metafizik@ketuhanan dalam setiap falsafah berikut.

dan juga pada permulaan kuliah beliau ada bercerita tentang hireki ilmu


 menurut beliau, matematik adalah penghubung antara sains dan metafizik, matlamat akhir metafizik adalah bertemu dan mengenali MAHA PENCIPTA , Allah SWT. Pada zaman dahulu teknologi berada pada tangga paling bawah, namum masa berganjak, masa kini, teknologi telah berada pada hireki ilmu paling atas dan metafizik berada pada tangga yang paling bawah sekali. lihat sekeliling anda dan anda akan mengiakannya - diambil dari buku Falsafah Sains.

kenapa muzik dan astronomi berada dalam kelompok matematik? kenapa teknologi berada pada hireki yang paling bawah suatu masa dahulu tetapi berganjak ke tingkat paling atas?...segalanya terkandung dalam buku beliau..dapatkan cepat!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails