Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

bila benda yang tak best jadi seronok...

dulu penulis pelik, ape sedapnya sayur??
sekarang penulis suka je makan sayur...jadi tak pelik

 penulis penggemar durian...
mungkin jembalang hantu durian..
tapi dulu penulis lnsg tak bleh blah dgn tempoyak
ape kehalnya makan durian yang dah masam
tapi sekarang sambal tempoyak dah jadi macam mayonis la plak..
kalau ada mesti ngap punye..

pelik juga ada orang suka makan peria yang pahit
tapi sekrang dah tak pelik pasal penulis pun ngap sekali

pelik wa al-ajaib bawang putih yang pedas n tak sedap bapak penulis dulu buat ulam aje
tapi rupenya sekarang menurun plak kat anaknya...
bawang memang pembangkit selera..
lagipun kawan kata memang "terbaik" makan bawang...
ye ke???

kekadang benda yang tak best pun lame2 jadi best...

benda yang biasa boleh jadi seronok

ada seorang kawan penulis...
diajuga  memang pelik
basuh baju bukan satu perkara yang best untuk diceritakan
penulis sendiri tak minat nak menyental baju sendiri
tapi dia kata satu masa dia seronok basuh baju orang???
dia siap offer kat kawan dia nak basuh free tak??

kan ke pelik.
ape yang menarik tentang membasuh baju
tak pasti baju lelaki ke perempuan!!?
tapi dia kata dia seronok tolong kawan...
seronok bila tgk kawan dia tak payah susah payah nak basuh baju...
macam satu kepuasan

mungkin satu perkara yang kita suka...
atau perkara yang biasa
benda yang tak best
akan jadi best
kerana mungkin ada perasaan suka
seperti basuh baju tadi...!!


Wednesday, April 27, 2011

HAPPY BIRTHDAY YUKHAIMI =P

hepi besday for my brother
hope u wilbi hepi
semoga Allah merahmati kamu

内緒のまま好きな
naisho nomama suki na

Remain secret love
あなたの誕生日
anatano tanjoubi

Your Birthday
空は青く晴れて
sora ha aoku hare te

The sky is clear blue
涙がこぼれたの
namida gakoboretano

The shed tears


プレゼントを抱え
purezento wo dae

Holding a gift
友達が集まる
tomodachi ga atsumaru

Friends gather
あなたはてれながら
anatahaterenagara

Are you feeling awkward
ローソク吹き消す
ro^soku fuki kesu

Blow out candles


Happy birthday to my friend
Happy birthday to my friend

Happy birthday to my friend
歌う時 目があって
utau toki me gaatte

There is time to sing at
私だけ そっと
watashi dake sotto

I just quietly
ささやく I love you
sasayaku I love you

Whisper I love you


Happy birthday to my friend
Happy birthday to my friend

Happy birthday to my friend
何気なく 気づいてね
nanigena ku kidu itene

I casually noticed
初めての Feeling
hajimete no Feeling

Feeling the first
あふれる想い
afureru omoi

Full of hope
Happy birthday to my friend

Happy birthday to my friend
Happy birthday to my friend
Happy birthday to my friend

Saturday, March 5, 2011

USTAZ AMIRUL : SEMEMANGNYA SEKARANG DAH JADI USTAZ ASHRAF MUSLIM

dah le jambu, jd ustaz plak, mesti ramai orang bertambah suka..
sape tak kenal ashraf sinclair muslim...
meletop2 skg ngan cite ustaz amirul...
kalau dulu kua cite jadi ustaz gak yang boleh halau2 antoo n rawat2 orang dalam cite antoo tv3 tiap malam jumaat tapi aku tak layan cite tu...ustaz amirul pun tak layan...
ustaz yang bermuka jambu ni memang selalu diberi watak baik2 macam ustaz...
tapi penah gak belakon dalam teater Patung Kertas kalau tak silap..jadi auuwwww...heheh


tapi sekarang beliau dah betul2 jadi ustaz
dari belakon2 jadi ustaz n rawat orang
last2 terjun jadi betul2 ...
ustaz perubatan islam Syifa al-Hidayah
(ni masa tgk Akademi Al Quran leni tau..)


 ---------------------petikan dari kosmo----------------

Ashraf cuma guna al-Quran




JIKA dahulu dia hanya melakonkan watak ustaz penghalau hantu dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Ashraf Muslim, 29, kini bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam.
Ashraf mengubat pelbagai jenis penyakit sama ada berbentuk fizikal seperti sakit jantung mahupun penyakit spiritual yang melibatkan gangguan makhluk halus.
Kru Jurnal berpeluang melihat sendiri Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.
Menyaksikan sendiri jumlah pesakit yang datang, ternyata Ashraf tidak main-main.
Pengunjung terdiri daripada semua peringkat usia. Mereka datang dari seluruh negara termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Ada juga yang sanggup bermalam di ibu negara sama ada di hotel mahupun rumah saudara-mara asalkan mendapat rawatan di situ.
Difahamkan, proses rawatan itu bermula selepas Isyak sehingga pukul 3 pagi.
Mengimbas kembali transformasi dirinya daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.
Hijrah
“Ia satu penghijrahan diri, semua orang kena lalui. Proses perubahan itulah yang menjadikan saya lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan betul.
“Sebelum ini memang saya ada duit, kerja, kereta, rumah dan kawan-kawan. Bagaimanapun, hati saya terasa kosong.
“Sampailah saya berjumpa pengasas pusat perubatan ini, Haji Lokman. Dia kata, Ashraf, pergi dekatkan diri dengan Tuhan.
“Caranya, saya sembahyang sunat taubat, sunat hajat dan pergi menunaikan umrah.
PUSAT Perubatan Syifa’ Al-Hidayah di Gombak, Selangor, tempat Ashraf mengamalkan ilmu perubatan Islamnya.


“Balik daripada umrah, saya rasa gembira dan lega. Perjalanan hidup pun semakin tenteram manakala rezeki bertambah hingga sekarang,” katanya.
Ashraf mula berkenalan dengan Haji Lokman Abdul Hamid ketika membawa seorang adiknya berubat di situ.
Haji Lokman juga ialah orang yang bertanggungjawab mengajar Ashraf ilmu perubatan Islam dan membuka Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.
Menurut Ashraf, rawatan yang diberikan adalah menggunakan ayat-ayat al-Quran tanpa sebarang perantaraan mahupun khidmat daripada makhluk halus.
Selepas berubat, pesakit akan diberikan ayat-ayat daripada surah tertentu untuk diamalkan, yang berfungsi sebagai penawar penyakit.
Orang ramai datang untuk mendapatkan rawatan bagi pelbagai jenis penyakit.
Daripada yang menderita penyakit kronik hinggalah sekadar meminta air penerang hati.
“Namun, yang ada hanyalah ayat penerang hati, air penerang hati tidak ada.
“Semasa merawat, al-Quran kita mesti baca, baru kita ingat kepada Allah. Paling penting adalah doa.
“Air tidak penting, ia sekadar syarat. Kebiasaannya orang Melayu nak ada air, jadi kita bagi air, tapi baca al-Quran lagi penting.
“Kalau air dah habis tidak menjadi masalah sebab yang menjadi ubat ialah ayat al-Quran, bukan air.
“Sebagai contoh, untuk sakit tulang seperti artritis, surah yang perlu dibaca ialah surah Qaf dari ayat 16 hingga ayat 45. Selepas baca kita berdoa pada Allah mohon apa yang dihajati,” katanya.
Berlakon
Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) dan anak kelahiran Teluk Mas, Melaka ini berpendapat perubatan Islam bukan untuk golongan ustaz semata-mata.
TIADA khidmat makhluk halus, Ashraf sekadar berdoa dan membaca ayat-ayat al-Quran untuk merawat pesakit.


“Sebenarnya Tuhan tengok hati. Haji Lokman pun latar belakangnya bukan seorang ustaz, sebaliknya dia seorang ahli korporat. Dia berhenti kerja semata-mata untuk kerja ini (mengubat).
“Kerja ini untuk semua orang, tapi hati kenalah ikhlas. Saya juga manusia biasa.
“Yang penting, solat lima waktu jangan tinggal, buat perkara wajib, tinggalkan perkara yang dilarang,” katanya.
Kini, Ashraf fokus dengan pilihannya biarpun terpaksa melupakan karier lakonannya buat seketika.
“Berlakon itu bila-bila masa pun boleh. Sebelum ini saya buat dua-dua (berlakon dan mengubat). Tapi kadang-kadang kita perlu fokus pada satu-satu perkara,” katanya.




Monday, February 28, 2011

children of haven


secara tak sengaja penulis tertukar canel tv alhijrah
kuar 2 orang budak, laki n perempuan 
baru tgk sket dah rasa cite ni best
n memang pun best
cerita dia ikhlas


‘Children Of Heaven’ mengisahkan kepayahan hidup Ali dan adiknya Zahra yang dibesarkan dalam keluarga miskin di Iran. Kisah bermula apabila Ali secara tidak sengaja kehilangan kasut adiknya yang diambil dari tukang kasut. Ali berpakat dengan Zahra untuk merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan ibu bapa mereka dengan membuat perancangan yang akhirnya merumitkan mereka. Ali dan Zahra sedar ibu bapa mereka sedang dihimpit masalah kewangan dan tidak mampu membelikan sepasang kasut baru untuk Zahra sebagai ganti kasutnya yang hilang. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Ali memasuki satu pertandingan dengan harapan memenangi hadiah sepasang kasut.

Saturday, December 11, 2010

USTAZ RADZI DAN DR AHMAD NAI'NA - BURDAH SEAKAN SAMA?

Cuba dengar bacaan dengan tarannum nahawand 2 qari ni , burdahnya seakan same.

Thursday, December 2, 2010

fizik, kimia dan biologi...

fizik, pasangannya metafizik (klik)
mana ada metakimia ke metabiologi
kalau ilmu fizik itu sudah tinggi, ilmu metafizik sudah tentu lagi tinggi

metafizik
dari perkataan Greek
meta = melampaui, sebalik
fizik = alam yang boleh dicerap
metafizik = alam di sebalik alam cerapan
Mat Rofa Ismail, Falsafah Sains

kimia, chemistry...
kalau kita serasi dengan seseorang tu atau
awek ke (hehe ade ke???)
atau sahabat karib ke (yang ni sure ada)
jadi kita kata ada  kimia (ada chemistry !!!)

kimia berasal daripada perkataan Arab ‘al-kimiya’
istilah chemistry banyak diperdebatkan. klik di sini

biologi...ape yang berkaitan ngan biology??? 
.
.
.
.
.
.
.
.
entahlah 

Monday, November 22, 2010

oh hantu bungkus

tah macam mane tengah bosan2, boleh plak terklik pada wikipedia tentang hantu bungkus. rasanya semua orang tau kot hantu bungkus ni yang berbungkus kain kapan and terloncat2 tu. cume info kat wikipedia ni cam lawak pun ada.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Status
Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.

Kelebihan
Mereka yang berani menangkap hantu bungkus dikatakan mampu mendapat kekayaan yang banyak. Ini kerana dikatakan, dalam bungkusan tersebut terdapat wang yang banyak.
bukan takat bergerak pantas malah boleh loncat dari atap ke atap jauhnya, merupakan kelebihan hantu ini

Kelemahan
Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. anda boleh berlari zig-zag..kerana hantu bungkus hanya bergerak lurus..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

c.s - wow hantu ni kaya tu... yang lawak kalau dia kejar kene lari zig zag pasal dia hanya bleh gerak lurus (cam cahaya la plak )..teringat kat novel komsas Bukit Kepong masa perang yang berlaku. lari zig zag pasal nak elak peluru..

Friday, November 19, 2010

FREE MULTIMEDIA TARANNUM/ MAQAMAT/ LAGU/NAGHAM AL-QURAN

Kat cni penulis terjumpa satu MULTIMEDIA TARANNUM/ MAQAMAT/ LAGU/ NAGHAM AL-QURAN dekat cni. Walaupun ringkas harap memberi manfaat kepada yang berminat untuk belajar ilmu tarannum.

KLIK FOR DOWNLOAD

Di datangkan dalam bahasa arab; walaupun tak faham klik2 aje cam penulis.dia bagi conto bacaan sheikh2 mesir.

download , then install. ezi kan?

Wednesday, November 17, 2010

Thursday, November 11, 2010

UJIBAKAT AKADEMI AL-QURAN 5

Telah 4 musim berlalu. setiap musim menghasilkan produk2 terhebat antara yang terhebat (juara ke empat, Tarmizi kata mesir sebagai kilang qari ).

Bermula dengan persembahan yang tampak agresif dan unik dari segi suara, burdah, memek muka ketika Jawabul Jawab dan sebagainya, juara sulung AQ1; Abdullah Fahmi Che Nor, namanya meletup2...(bagi pen-CHINTA AlQuran) ...biasa lah yang pertama tentunya menjadi satu fenomena. tengok malaysia idol, Jack, meletop...AF1, Vince...tak plak meletup... OIAM 1, Suki, pun tak meletop, pejal jugak yang gempak...
juara musim kedua, Anuar Hasin...kiri sekali...tak terlalu agresif...pernah suatu ketika dicap sebagai juara busana muslim oleh hakim qiraat, Ustaz Nazri kerana memakai jubah yang gempak...

juara musim ketiga plak, Fakhrul Radzi Kamaruddin seorang qari yang bersuara lembut mendayu...idolanya Mustafa Ismail, maka lenggok gayanya ke arah idolanya... pernah masuk AQ1 tapi kandas di tengah jalan bersama Anuar Hasin.

yang masih fresh, Ahmad Tarmizi Hj Ali, juara musim ke-empat... bersuara mantap...ye..memang...secara jujur, ..antara keempat2 juara, suara Tarmizi memiliki kemantapan; jelas, berlahjah arab, tersusun budah2nya, sangat berhati2 dalam gerak salalim nuzul dan tulu' dan mencapai tahap jawabul jawab dengan kacang aje..hampir meniru burdah dan lenggok Syeikh Shahat Muhammad Anwar dan Anuar Shahat.... azam yang beliau katakan kepada juri, yang beliau akan cuba membawakan gaya bacaan qari mesir sememangnya diakui oleh Johan Qari Antarabangsa, Che Yahya Daud (pok ya) bahawa Tarmizi telah lari dari kebiasaan bacaan aliran malaysia yang terlampau mengikut susunan harakat....tak pernah terkantoi sore pecah ke... kalau johan qari yang lain belum tentu lagi


baru habis AQ4, dah muncul uji bakat AQ5...meh pakat reramai menjalani ujibakat... mane tau, anda juaranya??? umo dari 13 sampai 27..sampai 27??!! dulu sampai 25 aje tapi kali ni dia up, cam nak kasi can kat aku aje..hehehe

sediakan gambar paspot n salinan ic

8 - 9 November: Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
11 - 12 November: Dewan Kompleks Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan
14 - 15 November: Institut Quran Terengganu (IQT), Terengganu
18 - 19 November: Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), Johor Bahru, Johor
22 - 23 November: Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Perak
27 - 28 November: Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur

Monday, October 25, 2010

SYEIKH TAHA AL-FASHNI (طه الفشني) - guru kepada Syeikh Mustafa Ismail

Nama sebenar beliau adalah Sheikh Taha Hassan Morsi Al-Fashni. Lahir tahun 1900 di الفشن بمحافظة . بني سويف Tak banyak yang aku tahu pasal beliau.... beliau seorang hafiz, seorang qari dan juga seorang penyanyi(mungkin perkataan yang lebih tepat, beliau seorang yang pandai berqasidah) tah camne tah aku leh terjumpa syeikh ni...mebi kerana bila aku tahu yang beliau adalah guru Mustafa Ismail menimbulkan minat untuk aku tahu...dan sememangnya sore beliau mirip2 Mustafa Ismail yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang maqamat. nak download penuh kat cini http://www.quranarchive.org/english/

Wednesday, October 6, 2010

WANG HASIL JUDI UNTUK SEDEKAH : HALAL ATAU HARAM ATAU HALAM...???

MAKA hebohlah makcik pakcik sedih dan protes kerna dapat sumbangan wang haram kononnya hasil judi. Sedih sampai ada yang menitis air mata... maka UMNO pun wat majlis untuk kumpul balik wang haram jadah itu konon (sekali lagi konon) untuk dipulangkan kembali kepada KERAdi hutan disusukanjaan pulau pinang.

juga dicanag-canang seluruh berita kepada rakyat jelata melalui media massa. heboh ramai mengutuk...tapi ramai ahli agama atau ulama atau orang yang paham agama  yang tersengih (mungkin). tersengih sinis. Sengih kat sape?...sengih kat orang yang pulangkan balik, sengih kat UMNO, sengih kat berita...pasal mereka semua mungkin kurang ilmu agama.... jangan marah2 kat mereka...rilek2

mari kita singkap isu ini tanpa prejudis politik. aku tak nak sokong mana2 pihak. kita bincang secara neutral.


HALALKAH? ATAU HARAM JADAHKAH? ATAU HALAM(heheheeheheheeheheheh)

dalil:

1. Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata: 
وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)


2. Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :
إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

 ---------------------------------------------------------------------------------SEKADAR KOPI N TAMPAL- kredit to UZAR

aku bukan pandai agama, tak berani nak ulas panjang2. mari baca blog ustaz2 ni...coz ustaz2 ni bincang secara neutral...(klik pada nama)



konklusi : duit itu halal aje. harus mereka terima sumbangan tersebut...

----------------------------------------m/s = aduhhhhhh...malu siut UMNO camni.... mane nak letak muke...alahai makcik-pakcik...lain kali rujuk yang mahir ilmu...kan dah rugi...hehehehe------------------------------------

Sunday, August 8, 2010

TARANNUM / MAQAM JIHARKAH DAN RAST : SYEIKH RADHI KAMARUL HILAN VS SYEIKH DR AHMAD NA'INA !!!

kali ini kita cube dengar dan amati bacaan Syeikh Radhi yang meniru bacaan SYEIKH DR AHMAD NA'INA dalam maqam/tarannum jiharkah masa kat Akademi Al-Quran. Memang hebat kedua2 qari ini.



lagu selingan dalam Tilawah Alquran Antarabangsa ni pun sedap gak. bukan 1Malaysia lagi tapi 1Duniawi dah.

Saturday, July 31, 2010

apabila sheikh dr. ahmad nai'na terganggu...

Qari negara Mesir yang terkenal, Dr Ahmad Nai'na, semenangnya Dr perubatan tetapi hebat dalam bertilawah hingga menjadi idola qari dan qariah seantero duniawi...dan juga aku sendiri


mempunyai nafas yang sangat panjang, sore yang lunak dan tinggi...anak murid Syeikh Mustafa Ismail...
jadi sedikit sebanyak ada gaya-gaya tok guru dia jugak dalam burdah dan lagu.
antara lagu yang menonjol yang beliau bawa ialah lagu ras dengan jalan nairuz yang bagi aku leh katakan sebagai trade mark beliau



pastu lagu soba yang beliau bawa bila diwuslahkan dengan ajam yang tinggi memang benar2 tahap jawabul jawab

dan beliau juga suka mengkaji bacaan tok guru dia sendiri. isshhhh rugi2 pasal aku tak paham bahasa arab, tapi memang best bila kaji2 n analisis nih

tapi kalau dah qari yang mashyur dan hebat, terganggu macam mana pun tetap tak bagi apa-apa efect pada bacaan beliau. tengok le macam2 hal penonton ni, tak senang dr. tu nak ngaji. terasa macam ceramah politik pulak... depan belakang atas bawah mengganggu.... ape la sebenarnye dr ni tertengok2 kat atas tu...


(alahai lembab sangat internet ni, jadi kene tunggu len kali uplod videonya)

Saturday, May 15, 2010

mustafa ismail - tarannum bayati husaini dan syuri



lagenda mesir ini sememangnya mempunyai banyak keunikkan dalam segi pembacaan al-quran secara berlagu. contoh di atas adalah bacaan pada penghujung surah al-hujurat dan permulaan surah qaf. tarannum husaini yang dibaca mempunyai gerak yang amat dinamik...banyak menerapkan salalim nuzul dan tulu' ; tangga turun dan tangga naik...

beliau juga memberi dua variasi mahattah ; bunyi pada penghujung harakat pada kalimah ta' maluun, jelas kedengaran salalim nuzul yang begitu tersusun dan turun secara mendadak.

pada bayati syuri bermula dari kalimah bismillah hingga ke permulaan surah qaf begitu tinggi (tahap jawabul jawab) dan sempurna. jelas menggambarkan kekuatan vokal syeikh mustafa ismail itu sendiri apabila suara naik mendadak pada kalimah qaf.

begitulah kehebatan lagenda qari mesir ini.

Saturday, March 20, 2010

adik -adik

pelik tak??? takda pape yang pelik pun..saje je membesar-besarkan cerita....zaman sekarang ni perkataan yang biasa boleh jadi luar biasa...

Monday, March 15, 2010

cendawan??? hehehe

pernah sekali aku balik dari kl atau dari rumah ke kl...dalam perjalanan di ijok aku nampak byk orang kt tepi jalan dok tayang benda besar le jugak warna putih.. ooo tu le cendawan..tah cendawan ape tah..dia idup kat kebun klape sawit...(oo name dia cendawan busut..baru td aku tau)..dan disebabkan cendawan yang besau tu barule aku paham...nape orang panggil cendawan ....opsssss n aku memang hantu cendawan semenjak dua ni...
C E N D A W A N ...
(supaya tak tersalah paham oleh kognitif yang kureng...hahaha)...mungkin semenjak tengok cerita katun chibimaruko chan...hahaha gler dah besau masih layan katun... kawan aku kata aku terlalu taksub dengan kartun...ye jugak kot kartun maruko ni ala2 cam upin ipin la... cume dia tunjuk adat resam dan kehidupan orang jepun dari perspektif budak-budak walaupun hanya kartun banyak benda aku dapat...contohnya mak dia wat sabun dari minyak masak yang dah guna...teringat plak wat sabun masa blaja kimia...saponifikasi... cume bile diterjemahkan dalam bentuk kartun dia jadi lawak... cume yang nak menjadi taksubnya..."satu hari cerita pasal si mak maruko dapat hadiah cendawan shitake* dari seorang jiran. cendawan shitake* dalam cerita tu sangatlah mahal dan orang yang dapat makan memang bertuah...jadi mak maruko pun masak nasi cendawan ...dan yang hempehnya maruko yang tak tau nilai cendawan tu kata tak da rasa pape pun...jadi dia tambah perasa kat nasik dan berjangkit kat ahli keluarga yang lain. sok kat sekolah dia cerita kt kekawan...kawan dia kata yang cendawan tu mahal ...terkejut le dia pasal maruko sendiri tak tau..jadi dia menyesal tasal tambah perasa dan tak dapat menikmati rasa cendawan tu..." tu sinopsis cerita al-kisah cendawan.. yang aku plak aku pi tesco...jalan -jalan terjumpa cendawan tu...aku baca "shitake mushroom" ...wowwww ni cendawan mahal tu...aku tengok harga..haaaa lebeh kurang RM3 aje sebungkus... wow...beli le...dapat rasa cendawan yang "mahal" ni..heheheh ...pastu mak aku pun masak nasi cendawan...pasalnye mak aku pun tertengok plak cite tu... ...aku gelak aje dalam hati...penangan cerita kartun yang bg banyak impak pada penontonnya cam aku..

* pada tarikh 23/12/2012, setelah menonton NONA, barulah aku tau yang aku membuat satu kesilapan fakta yang sangat serius, iaitu tersalah nama cendawan. sebenarnya cendawan dalam kartun chibi maruko chan itu ialah cendawan MATSUTAKE yang mahal, bukan shitake yang murah di tesco itu..!! harap semua dapat manfaat daripada pencerahan ini..segala salah dan silap harap dimaafkan!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails