Showing posts with label SLISS. Show all posts
Showing posts with label SLISS. Show all posts

Monday, December 6, 2010

mari betulkan kefahaman kita tentang = CRITICAL ANGLE dan FORMULANYA

memula semua tahu dan belajar kat sekolah, Snell's Law (also known as Descartes' law, the Snell–Descartes law, and the law of refraction)

   sin  i    = constant, n
 sin r                    
(n; refractive index)

dan kita tahu nak cari index biasan yang kita belajar kat sekolah dari udara ke medium. maksudnya, angle i adalah dalam udara, dam angle r dalam medium.

mari kita kenal ape itu critiCal angle (sudut genting highland)
critical angle berlaku apabila angle of reflection = 90 degree
ni semua tahu
figure 1
dan juga, semua maklum, untuk buat experiment mencari sudut genting, mesti SINAR CAHAYA DARI MEDIUM MACAM BONGKAH KACA (SELALUNYA GUNA YANG SEMICIRCLE)

ini bermaksud sinar tuju, incident ray dengan angle i adalah dari dalam kaca. anda perasan tak pada penerbitan formula n= 1 / sin c semacam pelik (ini yang anda belajar di sekolah)

figure 2. kenapa saya kata pelik?
 lihat di sini, kalau anda guna formula n = sin i / sin r ,

sepatutnya i = c

r = 90

n = sin c / sin 90  , where sin 90 = 1

n = sin c !!!

ini yang menjadi masalahnya bila kita guna formula , n = sin i / sin r , bila semua ingat angle i = incident angle dan angle r = refracted ray

ia hanya berlaku bila i dalam udara dan r dalam medium. kalau dalam kes di atas, kene terbalikkan seolah2 sudut 90 itu adalah incident angle dan sebaliknya.

kalau yang faham ok, kalau yang keliru camne?
camne ni?????

sebenarnya formula n = sin i / sin r  bagi penulis tak berapa tepat, kadang2 memerangkap... lebih aman jika guna formula sebegini

\frac{\sin\theta_1}{\sin\theta_2} = \frac{v_1}{v_2} = \frac{n_2}{n_1}
anda boleh guna pasangan dengan v (speed of light ) atau   n
 n_1\sin\theta_1 = n_2\sin\theta_2 \,
ok, gunakan yang ini lebih baik

kenapa? anda boleh gunakannya dalam apa2 pasangan medium, tak semestinya dengan udara.

figure 3
sebagai contoh jika  θ1 adalah sudut dalam udara, dan n1 adalah refractive index bagi udara ( n1 = 1. 000 293 = 1.00), maka, 


 n_1\sin\theta_1 = n_2\sin\theta_2 \,



( 1) sin  θ1 = n2 sin θ2


sin  θ1 / sin θ2 = n




dari sinilah kita dapat formula  n = sin i / sin r




















bagaimana pula bile kisah pasal critical angle dengan menggunakan rumus di atas???

sekarang kita kita pilih je mana2  θ1 atau θ2  yang akan jadi incident angle.
katakan  θ2  menjadi incident ray (cuba rujuk figure 3 di atas) , maka bila critical angle berlaku, incident angle,  θ2 = c

dan, katakan  θ1  ialah 90, maka n1  ialah 1.00 (pasal udara)

θ2 = c
θ1 = 90
n1  =1.00

subtitute dalam
 n_1\sin\theta_1 = n_2\sin\theta_2 \,




kita akan dapat

(1.00 ) sin 90 = n2 sin c

1 = n2 sin c

atau

1/ sin c = n

barulah sama dengan formula    1/ sin c = n


c.s = setelah penulis baca balik, penulis semacam pening jgk dengan ape yang penulis tulis. mebi perlukan "cok n tok"
 _____________________
credit = wikipedia , Serway, Jewett- Physics for Scientist and Engineers, pembuat slaid dll

Friday, November 26, 2010

BANK SOALAN TRIAL SPM , LENGKAP DAN MUDAH DI-DOWNLOAD

semenjak dua tiga 4, 5 ...infinity...menjak nak spm ni punya la ramai mencari tukang tilik di internet untuk dapat soalan2 bocor spm. masa penulis dulu takde nye internet2 ni, harap cikgu ajelah.

tapi sekarang macam2, blog, twitter, facebook, friendster dll... camne budak2 form 4 kat sek penulis tak meletup2 jawab peperiksaan akhir tahun, cikgu2 pun naik takjub, pelajar dapat jawab dengan baik (untuk serten question la )..jawapan pulak sepesen...haha..(kantoi la macam tu)...walhal takde pun bagi hint2...setelah diselidik2...bukan meniru punya pasal...mukabuku punca segalanya, tanya kawan sana sini dapat la soalan bocor walaupun selaras 1SELANGOR...(bagus gak, bebudak dapat jawab, ok la sket GPA kali ni..heheh)..mungkin inilah dikatakan perkongsian ilmu

di sini ada satu website yang paling lengkap bagi penulis untuk download soalan trial dari negeri2. boleh kata semua subjek ada, soalan pertengahan tahun tingkatan 4 dan 5 ada, akhir tahun tingkatan 4 pun ada, akhir tahun tingkatan 5 je yang tak da ...skema dia pun ada , username = sejjuk .  password = enjing. kalau pun tak lengkap jangan la marah ek...tempat lain boleh cari kan, ianya paling mudah untuk didownload, tak perlu bagi kod2 yang merepek kerepek. just

Internet Explorer, Sila klik kanan pada mana-mana link dan pilih "save target as"
Mozila Firefox,Sila klik kanan pada mana-mana link dan pilih "save link as"

begitu mudah, korang buat la latihan sampai lebam2 pastu dapat straight A. hehehe.

klik here to enter

Sunday, November 21, 2010

SOALAN RAMALAN/ BOCOR/ SPOT/ TILIKAN/ TEROPONG DLL PHYSICS SPM 2010- Part 2

Semakin sampai ke kemuncak SPM, semakin banyak rumors tentang topik yang berkemungkinan akan keluar dalam paper Physics. Maka bahagian kedua dibawakan kepada anda ramalan dari seorang guru Physics (thank you very much) yang ada aura tersendiri walaupun aku sendiri pun tak kenal beliau. boleh lawat di http://www.eqbalzack.com

c.s = sebenarnya aku sndri pun tak mintak kebenaran beliau untuk siarkan benda ni tapi memikirkan nasib anak bangsa lebih utama...ewahhhh!!!

Friday, November 19, 2010

SOALAN RAMALAN/ BOCOR/ SPOT/ TILIKAN/ TEROPONG DLL PHYSICS SPM 2010

Hari selasa tadi kelam kabut sket. yela, masing tertanya-tanya, jumaat ni cuti ke idak?... memang mejadi satu misteri hinggalah mohor besar guru-guru sebulat suara menyatakan jumaat cuti..horeyyyyy.

 bukan ape, sebab takda ribut taufan tentang sekolah cuti pada hari jumaat, masing-masing dok releks lagi...bile diumumkan, kelam kabut menyiapkan benda-benda yang nak di submit, dengan slip exam form4 dsb. peperiksaan yang amat panjang, dekat 3 minggu, implikasinya terbawa sampai ke hujung hari persekolahan. masa yang pendek untuk rait ketas dsb...


tapi semua setel, alhamdulillah...analisis cikgu siti buat kot..heheh

dan biasa lah hari akhir, pelajar form5 yang nak amek spm bersalaman bermaafan... tiada sesiapa yang membawa bawang untuk dikupas.

"cikgu, takde soalan spot ke???"..alah...cikgu tak sempat nak spot2 la...(aku rasa budak2 ni lagi pandai menyepot...FB bagai wadah perkongsian maklumat...tak dinafikan..)

cite panjang2 baru nak bagi tips. ekceli, ni penulis amek dari websites lain. kopi dan tampal aje...jadi sesame la kita berusaha.


““““““““““““““““““““

Saturday, November 6, 2010

membeli teleskop astronomi

dalam buku repot kad menjadi seorang ahli astronomi adalah cita-cita masa sekolah rendah dulu, juga menjadi seorang pelakon, penari, polis dll. mungkin suka dengan pemandangan planet2 n buruj...emm buruj(constellation)..terlalu obses dulu kala... kalau pasal buruj semua orang akan kata tentang aku.., pari,biduk (ursa major), ursa minor..hydra, scorpio dll semua aku leh lukis

tu dulu..dan kerana itu obses jgk nak buat teleskop masa sek menengah pasal belajar optik (sekarang tajuk Light).. ray diagram teleskop pun aku leh lukis dengan lengkap dulu. memang seorang yang pro masa sekolah dulu kalau bab nak lukis ray diagram untuk teleskop..pernah cuba wat teleskop dengan kanta pembesar tapi mane bleh jadi, tebal dorang same...pernah pegi kedai cermin mata kalau2 dorang leh kikirkan kanta mengikut spesifikasi yang aku mahukan tapi pekerja kedai tu tak paham ape yang aku nak (pekerja seberang - dia cuma tau orang nak buat spek aje; so bukan salah dia )..memang terlalu obses...

The word was created from the Greek tele = 'far' and skopein = 'to look or see'; teleskopos = 'far-seeing'. -wikipedia

cume baru2 ni aku dapati ada perbedaan rajah sinar buku sekolah dengan satu buku rujukan masa kat UPM dulu nama buku ni " PHYSICS FOR SCIENTISTS AND ENGINEERS WITH MODERN PHYSICS - BY SERWAY AND JEWETT"- sebuah buku yang tebal wooo lebih 1500 ms.

perbedaannya di sini

1. ini adalah yang budak belajar di sekolah, image pertama tetap antara fo dan fe. image akhir pada infiniti.


 2. ini dalam buku " PHYSICS FOR SCIENTISTS AND ENGINEERS WITH MODERN PHYSICS - BY SERWAY AND JEWETT". perbedaan nya adalah pada image kedua yang dilukis bukan pada infinity dan lebih besar dari image pertama. dan juga ada gap antara fo dan fe, maka ini benar juga. cuba bedakan dengan rajah sinar untuk mikroskop

aritu ada lukis untuk masa kat kelas, tetiba Nizar Jamaluddin mencelah, "cikgu dalam buku macam ni" eisyyyshhhh...kantoi la plak...jadi aku pun ikut aje lah dalam buku tu balik

balik umah aku terasa nak cek balik, coz macam aku pernah tengok lukisan no 2 di atas (padahal masa aku sekolah pun aku belajar lukisan no 1)...tengok2 memang ada...

secara jujur aku lebih suka lukisan no 2 pasal dia describe image yang kedua yang dibesarkan selepas image pertama terbentuk. (secara logiknya kanta mata@ eyepiece berperanan sebagai kanta pembesar image, sudah tentu image kdua bukan pada infinity)... kalau image at infinity, camne orang bleh kira pembesaran dia kan..

ehh2 jap2... tapi lukisan no 1 pun betul jugak coz image pertama sebagai objek berada pada fe, maka image yang terhasil secara teori yang kita belajar akan terbentuk pada infiniti, image sangat besar atau no image..???? hai pening2..
image pada infinity kan???! ini yang berlaku pada eyepiece pada teleskop

cara nak mudah hapal ciri image, contoh 1. jika objek berada antara F and 2F, image yang terhasil ialah magnified, real, inverted.2. jika objek berada pada 2F, image yang terhasil sama besar, real, inverted


**************
baru2 ni aku ada beli sebuah teleskop astronomi lepas dapat gaji. segan la plak masa beli..cam pelik je beli teleskop..hahah

walaupun murah dan biasa2 aje tapi sesuai untuk yang baru nak berjinak2 untuk mencerap alam buana ini

STAR 70060

dia bagi 3 kanta mata@eyepiece, 3 extender kanta (aku pun tak tau istilah dia, jadi aku memandai aje); 1. angle prism, 2. 1.5xErecting eyepiece, 3. 3xBarlow Lens
kuasa pembesaran dia bagi aku dah cukup baik untuk mencerap bulan di langit (sedih siut, selama aku beli ni belum dapat cerap bulan pasal dia kuar subuh, pastu sekarang musim hujan plak ...huuuu)

kuasa pembesaran : 35x, 53x, 56x, 84x, 105x, 168x, 175x, 263x, 525x

kuasa pembesaran mengikut pasangan eyepiece ngan pangantara dia.

peta bulan, galileo berjaya mengukur tinggi gunung di bulan dengan berpandukan bayang2 dan trigonometri dan amazing, lebih tinggi dari gunung everest...woow
perlu di ingatkan walaupun galileo galilei buat teleskop sendiri dengan kuasa pembesaran 30x sahaja, beliau dapat mencerap permukaan bulan, gunung dan lembah dan buat peta bulan, dapat cerap 4 bulan planet musytari, dapat cerap tompok matahari,gelang planet zuhal,  komet dll..
nampak peta bulan yang gelileo buat?

teleskop asli galileo; atas sekali 8x pembesaran, yang kecik 30x pembesaran..wow



aku???

cume satu perkara yang ramai orang silap dengan teleskop ni, termasuk lah jugak aku

nyatakan ciri image bagi teleskop, boleh kata semua kata

besar dari objek...

padahal objek contohnya bulan besar gedabak, camne image lebih besar dari objek... sebenarnya pada teleskop, kita bayangkan image pertama yang terhasil antara fo dan fe itu sebagai objek, jadi kanta mata@eyepiece bertindak sebagai kanta pembesar dan image kedua yang terhasil lebih besarlah dari "objek". paham ke ni??

oklah ...meh ramai2 beli teleskop
c.s = dari pembacaan baru penulis tahu bahawa faktor2 yang perlu dipertimbangkan bila membeli teleskop adalah, 1. aperture (bukaan atau saiz kanta objektif) 2. magnification. tapi tiada guna magnification tinggi, tapi saiz kanta objektif kecil coz image yang terhasil akan kabur dan kurang bermutu.


Friday, August 27, 2010

dalam kelas

oh...hari ni hari khamis(sebenarnye dah lepas beberapa hari dah)... aku yakin dalam pikiran budak2 yang dok asrama ni (termasuk cikgunye skali) pikir nak cuti pasal besok cuti nuzul alQuran.

horrreyyyy!!!!!

menanti cuti yang bakal menjelang...sempat mengambil gambar budak-budak form 2 ni.





tapi seram la pulak tengok gambo yang ni....kat muzium perang masa lawatan ke pulau pinang/kedah/ perlis yang lalu

Tuesday, April 13, 2010

blog SMKA simpang lima

SMKA simpang lima dah ada blog sendiri. lawatlah ke
http://smkasimpang5.blogspot.com/ tulisan terbaru tampak lebih meyakinkan berbanding yang dahulu..walaupun banyak lagi kelemahan

Saturday, February 6, 2010

quadratic functions; suatu analogi dalam kehidupan manusia

kali ni bukan nak bincangkan kegunaan quadratic function dalam hidup...(aku sendiri belum pernah guna untuk selesaikan masalah hidup)... cume nak menyingkap analogi yang boleh dijadikan perbandingan dan tauladan dalam hidup kita. 1. bentuk graph apabila a positif ia akan selalu dilakar melengkung ke bawah atau senyum. maka orang yang selalu positif selalu berada dalam keadaan senyum. senyum suatu sedekah. ms = jangan pulak senyum aje pada tabung derma duit kat masjid masa solat jumaat dan yang sewaktu dengannya dengan tujuan memberi sedekah senyum...heheh dan bila nilai a negatif ia akan melengkung ke atas. macam orang yang dalam keadaan negatif cam marah ke, benci ke mesti masam. so jangan selalu masam muka pasal banyak menggunakan pergerakan otot muka. kalau senyum lagi bagus pasal sikit je otot muka yang bergerak

2. menchari nilai maksimum dan minimun menggunakan penyempurnaan kuasa dua dalam fungsi kuadratik, kita tumpu pada nilai "a". a adalah abjad pertama dalam rumi. maka dari mula kita kena sucikan hati kita..bagi menyempurnakan misi atau tugasan yang mencabar, kita perlulah membuang segala kekotoran, sifat2 negatif dan buruk dalam diri . dan kita kenalah fokus pada satu matlamat agar kerja atau misi yang dilakukan akan berjaya. macam NABI Muhammad SAW, baginda sebelum berlakunya isra&mikraj, malaikat telah membelah dada baginda untuk mencuci hati dengan air zam-zam dan diisi dengan hikmat. (kali pertama dada baginda dibedah semasa baginda kanak-kanak)...yelah expidisi yang mencabar perlukan kekuatan rohani dan jasmani. yelah macam nak jalankan misi penyempurnaan kuasa dua...bukan calang2 beb...banyak halangan yang perlu ditempuhi...kengkadang masa dulu aku sendiri puntertanye...alahai senangnye cikgu tu buat..tapi bile aku buat plak...ishkkkk... tapi sekarang baru aku tau bile aku mengantikan tempat cikgu aku ...semua jadi mudah...(tak le semua jugak...)...practice make perfect....usaha tangga kayu... 3. penggunaan discriminant atau penentu untuk melakar bentuk graph sebab kita dah tau masam atau senyum sesuatu graph, kita kene tau gak ada pintasan ketak. n kalau ada kat mane? yang ni sebagai panduan...kene ingat..atau lebeh tepat kene paham. cube kita wakilkan suatu graph macam ni. yang pertama ada dua root yang berbeza...maksudnya ada banyak usaha, bila banyak usaha dia akan melepasi atau dapat capai cita-cita lebih dari apa yang ditarget. yang ke-2 ni ada 2 root yang sama, bila sama ada satu nilai... tu yang bersilang atau sentuh pada satu tempat kat paski-x....maka dia ada usaha tapi tak sebanyak yang pertama tadi . maka ada jugak harapan dengan usaha itu dia dapat capai target atau cita-cita dia tu. cube tengok orang yang ketiga (kalau kita nak wakilkan graph dengan orang)... takda punca yang nyata atau dia ada punca khayal (imaginary roots) ..maka lansung tak capai paksi-x, sentuh pun tidak...maka orang yang selalu berkhayal, macam "mat jenin malaya" ...siapa...paham sendiri sudah... asik berhkayal...cita-cita pun tak capai lansung. macam mat jenin malaya...akibat berkhayal...jadi gak kenyataan ..tapi terkena khayalan makan tuan...hahah

Thursday, February 4, 2010

beberapa cerita yang berlaku

Aritu aku singgah ke kuala Selangor untuk beli santan dalam kotak (puh jauhnye beli santan).. jadi aku pegi suatu kedai. Masa dalam kedai tu aku tengok beberapa orang asing cam orang belah2 asia barat. Dorang ni satu family, masuk dalam kedai tu. Aku tengok dorng belek2 makanan sambil makan. Ishh aku kata dalam hati… dorang ni bayar ketak… main makan je.

Aku pi bayar la santan kotak tu. Dorang ni kat belakang aku . jadi lepas aku bayar dorang bayar. Camne dorang bayar?... dorang letak bungkusan makanan yang dah makan dengan air tin yang dorang dah minum..

Aku dalam hati kata kurang ajo nye…takde adap lansung…tapi nak wat camne..dorang bukan orang Malaysia.

Bulan ni bulan bahasa (melayu, English, lughah arabiyah). Jadi ada majlis perasmian. Hebat gak budak form one berdialog dalam bahasa arab…menarik hati…comel2 mereka ini...

Petang rabu bebudak pj. Jadi aku amek peluang dok usha bilik prep puteri. Tuh dia bersepah betul…bergantung-gantung bagai… ari tu dah sound pun same gak. Jadi ???

cume dipertontonkan bahagian luar aje. bilik prep tidak dapat disiarkan atas sebab2 tertentu.

juga jumaat lepas berlansung merentas desa peringkat sekolah.

ni bebudak masa latihan

untuk lelaki, inilah yang paling corot time merentas desa..jjcm

budak2 ni glamer le lebeh

cikgu razak sebagai penunjuk arah (nasib tak bawak kain rentang...hehe..kalau tak terbakar!!!!)

dan hasil rumah biru (rumah aku tu...cume tumpang bangga pasal aku tak sumbang pape pun) juara keseluruhan merentas desa..syabas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails