Wednesday, November 28, 2012

GILA DURIAN vs durian gile

aku bukanlah seorang penggila durian, melainkan suka makan durian.
aku tiada pokok durian yang berbauah, melainkan durian belanda yang tengah berbuah, dan pokok durian yang baru ditanam sebagai experiment menanam durian di tepi sawah

yeah...kali ni musim durian telah tiba
kat tg karang memang berlambak durian bertaburan...errr...dijual secara longgok atau timbang atau pilih sendiri
durian2 femes macam musang berjanggut king, mee udang merah dll memang dah banyak sekarang
tapi aku sikit pun tak heran durian2 tu semua
apatah lagi nak beli
kedekut beb nak beli durian mahal
bagi aku durian ni mahal ke murah ke, makan same je rasa durian
lainlah kalau lamb chop ke...

kerana dek durian berlambak2 sekarang, harga untuk durian jatuh menjunam seperti tarian gangnam style
khususnya durian kampung lah...durian2 vip untuk kelas atasan tu aku tak amek pot sangat..
bermula aritu aku beli;
5 biji rm10-----> 7 biji rm 10 ------> 10 biji rm10 ------> 15 biji rm10
dan hari ni
20 biji rm10 !!!
jika dilihat pada harga sebiji durian:
rm2.00----rm1.42-----rm1.00-----rm0.67-----rm0.50 (2 significant figure)

harga durian berkadar sonsang dengan hari2 yang berlalu,  atau seperti half life bagi bahan radioaktif (kerana durian pun anda kena aktif dalam membelahnya!!!)

hari tu bila 15 biji rm10, aku bli rm20
arini bile 20 biji rm10 aku beli rm30 !!!
puhhh...


kalau dah harga macam ni, jangan nak berangan semua durian yang dibeli kucing tido
pilih tetap pilih, tapi kalau ada ulat tido tu aku tak kisah sangat
coz boleh wat tempoyak
kerana aku memang minat tempoyak
hantu sambal tempoyak
pasal tu beli sebayak yang mungkin sebelum ianya melambung naik harganya
bleh eat stok setahun dua!!!

kopek (opsss) sebijik makan
kopek sebiji makan
60 biji 60 kali makan!!! minimum
sampai rasa macam durian dah penuh sampai ke mulut
2 biji durian degil akhirnya berjaya ku kopek...!!! ( oppss sori sori..sori ye...bahasa ini mungkin mengundang perasaan kurang senang bagi sesetengah pihak!!1)

kali ni menang membeli, menang memakan, dan menang menempoyak!!!

haritu 30 biji, kalini 60 biji mengopeknye, penat habaq hang, kucing aku pun menyibuk nak mintak sket..heh..kucing minat durian sekarang dah tak pelik...pas makan kucing tido...barulah kena pada namanya..(cume tak sempat nak amek video dia makan)





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails