Friday, November 30, 2012

SERVIS DI EON BANK YANG TERUK; suatu masa dulu

dulu aku pernah bayar duit kete kat eon kat area chow kit
pas bayar, aku mintak statement bayaran, nak tgk belen yang tinggal untuk dibayar
dan ...tak sesukar mane pun, mintak, dia printkan statement...

suatu masa yang lain, eon setia alam
aku bayar kat kaunter, aku mintak skali lagi statement
coz dah lama tak tgk
statement yang dia pos pun tah ke mana
bile aku mintak, kerani tu kata tak boleh la
kene mintak kat tempat aku submit app ni lah , kt hq la
aku cakap, dulu kat cawangan lain boleh je minta
dia kata lagi, hq je yang boleh tgk
aku masih tak puas hati...
dia try tanya bos pulak...
bos dia pun bagi jawapan yang sama
yang aku tak puas hati tu,
dia bagi jawapan teragak2, samalah dgn bos dia skali
bukan nak try ke dulu
aku pelik, sistem semua online
takan takde data, dorang pekerja tak bleh tgk...
aku pembayar
itu hak aku lah nak tahu belen bayaran yang aku buat
tapi servis EON Setia ALAM tu memang sangat hampeh
tak bagi statement aku tak kisah...sekurang2nya aku nak tahu berapa belen
pun tak bagi tahu
sebab tak logik, sekarang ni semua online, kalau duit aku boleh telan online
takan baki bayaran pun tak bleh tahu
bagi aku EON SETia ALAM tu memang bank yang hampeh

sekarang tiada wujud lagi EON
baguslah sebab korang bukan bank yang terbaik
malah terhampeh
EON diambil alih pulak oleh HONG LEONG upin ipin
kali ni situasi yang sama, aku tanya jgk kat kaunter baki kete
masa nak tanye tu teringat kisah di EON yang hampeh...
ok..kali ni memang tak bagi statement, tapi kerani tu cakap la gak gross baki
dia teragak2 jgk macam kerani EON tu, tapi kerani EON tu teragak2 menyakitkan hati...
sekurang2nya kerani HONG LEONG yang teragak2 ni, memberikan perkhidmatan yang memuaskan pelanggan
ha kalu macam ni pelanggan pun ok
tak le terasa hangin
sekurang-kurangnya hak seorang pembayar hutang tegar macam aku perlu dijaga

Thursday, November 29, 2012

DIRASUK SETAN

waktu di asrama adalah waktu terbaik...eh waktu tranformasi perasaan antara baik dan jahat kureng baik

tambah2 waktu senja meremang2, waktu setan berkeliaran
nafsu amarah akan berganda2 bak janjang geometri
akibat hembusan rasukkan setan
dan iman yang menipis macam kulit bawang
......

suatu hari, seperti biasa aku memang marah
tapi makin lama aku makin marah, dan marah
bila dah marah, mulalah menyumpah serana

"ko ### isap rokok kan!!" asalnya aku marah turun lambat ke surau je, tah melalut plak bab rokok
lagipun muke suspek rokok...

"takde!!!..." jawab ### dengan konfiden
dalam hati aku, cis, nak cover menipu aku agak2 la, dah la kantoi sms masa aku rampas henset
tu belum terkantoi bermain surat cinta dalam kelas aku...

berkali2 aku tanya, masih tak mengaku
last2 aku cakap:
" kalau ko tipu aku, aku tak halalkan ape yang aku ajar..!!!"

masa tu sure dia tekejut gile aku cakap camtu
tapi yang paling terkejut, aku sendiri!!!
aku terkejut, coz aku terlalu marah sampai menyumpah seranah yang bukan2
and sure setan berpesta2 sakan masa tu

bukan aku tak tau Nabi SAW ada berpesan jangan marah sebanyak tiga kali.
belum lagi ditambah dengan kalau tengah marah berdiri, gi duduk, tak jalan gak berbaring...(mungkin situasi masa tu tak sesuati untuk berbaring)
mungkin masa tu segala2 nya hilang, membuatkan aku kurang pertimbangan dalam memilih kata yang terbaik

dan, tak taulah effect dari kata2 aku, ### antara 3 orang yang fail dalam exam math.
bile aku tgk result mula flash back kejadian tu
and aku mula rasa peristiwa tu terbawa2 aje bile aku tgk muka dia (3 bulan aku tak masuk kelas tu coz ada guru praktikal)
rasa bersalah pun ada...
entah le...

memang aku tau dia tipu aku, tapi tak patut aku cakap macam tu...

-----------------------
Dari Abu Hurairah ra bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi , “Berilah aku wasiat?” Baginda bersabda: “Janganlah kamu marah.” Lelaki itu mengulangi kata-katanya, Baginda tetap berkata: “Janganlah kamu marah.”

(HR Al Bukhari)

Wednesday, November 28, 2012

GILA DURIAN vs durian gile

aku bukanlah seorang penggila durian, melainkan suka makan durian.
aku tiada pokok durian yang berbauah, melainkan durian belanda yang tengah berbuah, dan pokok durian yang baru ditanam sebagai experiment menanam durian di tepi sawah

yeah...kali ni musim durian telah tiba
kat tg karang memang berlambak durian bertaburan...errr...dijual secara longgok atau timbang atau pilih sendiri
durian2 femes macam musang berjanggut king, mee udang merah dll memang dah banyak sekarang
tapi aku sikit pun tak heran durian2 tu semua
apatah lagi nak beli
kedekut beb nak beli durian mahal
bagi aku durian ni mahal ke murah ke, makan same je rasa durian
lainlah kalau lamb chop ke...

kerana dek durian berlambak2 sekarang, harga untuk durian jatuh menjunam seperti tarian gangnam style
khususnya durian kampung lah...durian2 vip untuk kelas atasan tu aku tak amek pot sangat..
bermula aritu aku beli;
5 biji rm10-----> 7 biji rm 10 ------> 10 biji rm10 ------> 15 biji rm10
dan hari ni
20 biji rm10 !!!
jika dilihat pada harga sebiji durian:
rm2.00----rm1.42-----rm1.00-----rm0.67-----rm0.50 (2 significant figure)

harga durian berkadar sonsang dengan hari2 yang berlalu,  atau seperti half life bagi bahan radioaktif (kerana durian pun anda kena aktif dalam membelahnya!!!)

hari tu bila 15 biji rm10, aku bli rm20
arini bile 20 biji rm10 aku beli rm30 !!!
puhhh...


kalau dah harga macam ni, jangan nak berangan semua durian yang dibeli kucing tido
pilih tetap pilih, tapi kalau ada ulat tido tu aku tak kisah sangat
coz boleh wat tempoyak
kerana aku memang minat tempoyak
hantu sambal tempoyak
pasal tu beli sebayak yang mungkin sebelum ianya melambung naik harganya
bleh eat stok setahun dua!!!

kopek (opsss) sebijik makan
kopek sebiji makan
60 biji 60 kali makan!!! minimum
sampai rasa macam durian dah penuh sampai ke mulut
2 biji durian degil akhirnya berjaya ku kopek...!!! ( oppss sori sori..sori ye...bahasa ini mungkin mengundang perasaan kurang senang bagi sesetengah pihak!!1)

kali ni menang membeli, menang memakan, dan menang menempoyak!!!

haritu 30 biji, kalini 60 biji mengopeknye, penat habaq hang, kucing aku pun menyibuk nak mintak sket..heh..kucing minat durian sekarang dah tak pelik...pas makan kucing tido...barulah kena pada namanya..(cume tak sempat nak amek video dia makan)





Friday, November 23, 2012

RAMALAN FIZIK YANG AGAK MENGENA

kertas SPM bagi fizik dah lepas..horey..(ehh..cam aku plak yang amek)
soalan kali ni boleh lah tahan rasanya.
paper satu rasanya pelajar boleh skor dgn baik
untuk paper dua soalan seperti biasa, tahap sederhana
untuk paper tiga, soalan 1 boleh dikatakan mudah, mengukur guna pembaris. tak perlu pening2 kepala macam nak baca angkup vernier atau tolok skru

aku bab meramal ni baru tahun ni mencuba2
hasilnya satu soalan yang ditarget mengena
(ceh..target satu je.!!!!.)
iaitu soalan berkenaan transistor
dan menggunakan formula potential divider
ramalan tu aku dah buat pada entri sebelum ni (klik)
mungkin yang perlu kefahaman yang lebih pada soalan "explain" sahaja

ramal-ramal jgk...kalau tak boleh buat takde gunanya..
selamat beramal...

bolehkah anda meramal bila tarikh pilihan raya???

Sunday, November 18, 2012

rasanya tak perlu buat kot...

malam semalam faizul (nama sebenar) ajak aku ke rumah ### untuk majlis bercukur jambul dan tahlil.
maka kami bertolak sebelum isyak...
bla..bla... solat isyak dan g kerumah yang ingin di tuju

maka samapi nampak ada khemah kat luar rumah
ooo makan kat luar kata aku
masuk dan bersalaman...
memula tahlil...pastu berzanji
kira aga pelik dari kebiasaan
selalunya potong rambut dulu, berzanji pastu baru tahlil
ape2 jelah,,,tempat orang

maka sampai ke berzanji..orang pertama, orang kedua, orang ketiga....
tuan rumah aku tengok meyampuk...cakap tah ape tah
masuk orang ke empat baca sket trus bangun untuk marhaban...

aii, tuan rumah soh short cut ker berzanji tadi...
lepas memotong sket rambut dan bermarhaban, duduk balik sambung sket lagi rawi
pastu terus baca doaa penutup..
bagus..(selalunya ada doa khusus lepas berzanji)

ape yang nak dikatakan disini
aku tengok amalan berzanji ni macam dah tak relevan untuk diteruskan
kat area tempat aku la
satunya yang baca orang separuh umur
suara pun dah takde
dengor pun tak menarik hati untuk dengar
tapi digagah jugak semangat dorang nak baca

orang muda jangan harap la
mengaji alquran pun belum tentu lagi, nak berzanji
lagi pun berzanji ni sekadar syair2 kisah nabi sahaja
pada aku baca alquran lagi baik
bile tgk orang tua baca pun dah tak menarik
lagilah orang muda tarik bantal nak tido

tak dinafikan berzanji kalau dialun dengan tarannum sikah dengan suara yang baik memang sedap
tapi lagu sikahnya ke mana...suaranya dah takde
maka orang muda sekali lagi menarik selimut tebal....

mungkin kelas berzanji takde...
kalau ada tidak menarik hati golongan muda
mungkin jugak

maka bagi aku, tak perlu diteruskan jika tiada usaha mencari pelapis muda
 sebab kalau dibuat jugak
macam melepaskan batuk di tangga..kokohkohkoh

m/s = batuk itu gayung kecil untuk menceduk air dalam tempayan

Sunday, November 11, 2012

KEK UNTUK YANG TIDAK HADIR

pulang dari kursus joomla di btpn ipoh
aku teringat permintaan seorang pelajar
"cikgu kata nak blanje..bla2..."

ni nah amekaw kalau terjanji dengan student
habis ditagihnya
maka dengan rajinnya aku singgah ke 2ply untuk beli barang untuk wat kek

tapi bile aku datang sekolah
hari jumaat, hari akhir...
" **** tak datang cikgu, ramai yang balik..." kata haziq
hampeh...!!!

takpe2...
orangnye dah tak datang
kita bagi yang lain makan

oh..ruginya...yang balik awal..heheheheeh



moral : jangan jadikan alasan "kami periksa SPM, kami boleh ponteng " 

Friday, November 2, 2012

WORDLESS OF THE DAY - PELAJAR SPM 2012



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails