Sunday, September 2, 2012

lama tak update

lame aku tak mengupdate blog ini kerana modem broadband aku dah rosak/mulfunction. jadi apabila nak beli yang baru, auntie kedai tepon bagi tau, soh bli je starter pack hotlink. baru RM 88 (dapat modem + 50 MB). pikir punya pikir untung gak aku beli yang baru, prepaid senang, abis topup, sblm ni pakai bil terpaksa bayar bulan2.

lagipun kalau pakai prepaid, ada trick yang boleh dilakukan kalau kredit dah abis supaya line dia maintain macam biasa..heheh

jadi pening gak nak memutuskan silaturahmi dengan broadband yang lama, tanya2 kene gi sc utk terminate...yang dekat kat teluk intan n kelang...huh..

aku cuba lah tanya kedai tepon celcom kat tg karang boleh ke kat situ untuk terminate ( pasal kedai dia biru and tulis authorized dealer.... tokey tu cakap " tak yah g sc, u call 4 kali 1 saja "

p/s : oooooo....mudah je sekarang ni nak terminate.

patutnya pas balik raya ni perangai elok la sket. ini tidak balik asrama dok bakar mercun.  pong pang pong pang....

waktu kejadian : petang ahad yang meremang sewaktu baru balik ke asrama

hati aku terbakar sungguh, bdk3 bermain mercun dalam dorm. terbakarnya hati aku menyebabkan aku naik ke dorm...yang mandi kat luar tandas tersenyum tengok datang...tentu mereka kata abislah...

aku masuk dalam dorm...ramai sungguh...

pang....
pang....
pang...



bukan bunyi mercun lagi, tapi penampar sulung daripada aku...hadiah hari raya kepada dorm tersebut.  aku pergi dengan hati yang telah hangus

pss : jangan ingat aku warden yang baik hati sepanjang masa, dendam bertahun2 dengan mercun kali ni terbalas

pergi beraya rumah sedara mara, makcik2 aku, ni lah kali pertama berjalan jauh sket..
nasihat kepada kita semua termasuk aku:

memanaskan kereta, yakni enjin bukanlah mitos, tapi sedikit sebanyak ada kebenaran...
nak main bola sepak, berlatih taekwondo, bernasyid, bersukan tak kira di padang atau di atas katil, semua perlu pemanasan...

aku start kereta terus tanpa panaskan enjin di waktu pagi, keluar dari garaj and parking keluar dan terus off.
ehmmmm...
malamnya hujan
esok nak pergi perak ni, selepas subuh cuba start, ....ohhh...hampeh
ingat bateri low, try jump...tak leh...huh
maka segala perancangan terbantut memandangkan aku takda mood dah....

apa yang problemnya?
= tukar aje spark plug,
Y?
coz minyak sudah overflow....yelah terkejut start kejap terus jalan n terus off kan..

psss : memang susah kalau tak arif pasal kereta ni...nasib ada pomen


tengok adik beradik mak aku yang sebelas orang dengan pelbagai ragam... seorang ke utara, sorang ke selatan... macam2 hal...

semua ada cerita tersendiri , yang ada anak ramai, yang ada anak sikit, yang lansung takda anak, yang ada anak bagi kat orang lain, yang kawin 2, yang janda,....macam2 hal

kalau semua berkumpul kalau tak meletup tak sah...kalau tak ada hujan ribut agak pelik... gaya orang banyak adik beradik..

sekali sekala bercerita kisah dahulu kala, seronok gak generasi sekarang mendengarnya ...

aku yang seorang ni tengok ajelah warna-warni suasana keluarga yang besar...
mungkin kerana mereka memang dah ada adik beradik kandung, "suka sangat" bertepuk tampar (tapi coz hari raya, bermaaf-maafan la gak )...

psssss : aku juga baru "mencari hal" dengan abang aku, pastu baik balik, dah lame2 ni tak sah kalau tak bergaduh...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails