Wednesday, November 2, 2011

WRITE ABOUT THE FOLLOWING TOPIC: "Lecturer-student relationship, anything wrong?"

meh pakat-pakat masuk contez ni

WRITE ABOUT THE FOLLOWING TOPIC:
"Lecturer-student relationship, anything wrong?"


http://www.eqbalzack.com/2011/11/eqbalzackcom-writing-contest-2.html

Deadline: 25 November 2011 (FRIDAY)


HOW TO ENTER 
[Please read carefully as I reserve the right to disqualify any incomplete/invalid entries]
1.  All entries must be 100% original. Strictly NO PLAGIARISM! 
2. Open to my old and new followers.
3. Write a short entry in Malay or English based on the title (300 words or fewer)
4. Entries outside the word limitation will be disqualified.
5. You must “tag” ONE [1] other blogger to participate in the contest.
6. Leave the permalink (URL) in the comment box.

PRIZE x 1 
(BAHASA MELAYU)
Winner will get CASH RM100 +  eqbalzack.com exclusive  keychain

 PRIZE x 1 
(BAHASA INGGERIS)
Winner will get CASH RM100 + eqbalzack.com exclusive  keychain

Good luck!
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Hubungan Pelajar-Pensyarah – Suatu Kesalahankah Jika Mereka Berkahwin?

Apakah benar lelaki semakin pupus? Dengan jumlah penduduk Malaysia yang berjumlah 27,565,821 dalam bancian 2010, nisbah lelaki dan perempuan di Malaysia adalah sekitar 105:100. Nah, lelaki lebih ramai? Mungkin ada daripada 105 orang lelaki, lima orang tiada pasangan?

Tetapi terbalik pula apabila anda berada di IPT, nisbah pelajar perempuan dan lelaki adalah sekitar 40:60. Jadi, tiada salahnya jika pensyarah menjalinkan hubungan erat dengan pelajar dalam suasana yang mematuhi hukum agama, apatah lagi menjadikan pelajar-pelajar mereka sebagai calon isteri kerana lambakan pilihan. Tambahan pula, kedudukan pensyarah yang lebih stabil dari segi ekonomi, emosi dan peribadi, ada sesetengah pelajar beranggapan berkahwin dengan pensyarah sebagai “pakej lengkap”!

Lupakan soalan usia, sesetengah daripada mereka yang lebih berumur dikatakan lebih romantik dan pandai mengambil hati berbanding rakan-rakan yang seusia yang kadang-kadang lebih memikirkan soal keseronokan dan berfoya-foya. Itu belum lelaki-lelaki yang tinggal di pusat serenti…

Renung-renung pesan dari Nabi S.A.W:

Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan."

Semua yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W hampir semua telah menjadi kenyataan, cume nisbah seorang lelaki dengan lima puluh perempuan belum benar-benar berlaku.

Biarlah perempuan melimpah-limpah sekalipun, yang penting kualiti, bukan kuantiti. Kahwinilah lelaki atau perempuan yang beriman sekalipun dia adalah pensyarah anda.

Sudah tidak syak lagi, anda tidak bersalah jika anda menjalinkan hubungan dengan pensyarah anda.

 (259  patah perkataan)


5 comments:

  1. wow..awesome..totally fact..did the survey has been done before you write?have many points there and love most nas2 Al-Quran..that's a solid proof..good luck =)

    ReplyDelete
  2. fakta boleh rujuk

    http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/images/common/pdf/eco_stat/pdf/1.2.5.pdf

    http://hamzah81.blogspot.com/2011/09/nisbah-jantina-tidak-seimbang-ke.html

    http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-492556-page-5.html

    sekadar ambil yang hampir2 je

    ReplyDelete
  3. salam. wow, esei yg berinfomasi! i like~ all the best :)

    ReplyDelete
  4. salam,
    abg eq dah baca entry ni dan linkkan kat blog abg. nnt boleh singgah.
    terima kasih join contest ni. lama lagi tarikh tutup. kalau nak edit atau nak jadikan essay ni ummpp lagi! boleh je...

    ReplyDelete
  5. Nadh datang melawat peserta contest mr.Eq. tahniah.. Suka cara kamu menyampaikan pendapat.

    moga berjaya. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails