Wednesday, March 10, 2010

penaakulan mantik vs cuti

amboi, minggu depan bercutilah kita! - ini bukan pernyataan kerana ada tanda seru Minggu depan semua guru dan pelajar akan bercuti. - ini adalah pernyataan, tapi pernyataan ini palsu kerana ada jugak guru yang kena datang bertugas ke sekolah (yeke..??). untuk menjadikab ayatnya benar, kita ubah sket
Minggu depan sebilangan guru dan pelajar akan bercuti atau Minggu depan semua guru atau pelajar akan bercuti. -------------------------------------------
"minggu depan guru dan pelajar tidak perlu ke sekolah jika dan hanya jika minggu depan adalah cuti persekolahan"
implikasi 1 : minggu depan guru dan pelajar tidak perlu ke sekolah implikasi 2 : minggu depan adalah cuti persekolahan
----------------------------------
premis 1 : jika cuti sekolah berminggu2 maka hati gembira pasal takyah datang sekolah premis 2 : cuti sekolah berminggu2 kesimpulan : hati gembira pasal takyah datang sekolah
------------------------------
premis 1: jika kena datang masa cuti sekolah, maka jiwa percutian akan terganggu premis 2 : jiwa percutian tidak akan terganggu kesimpulan : tidak perlu datang masa cuti sekolah
------------------------
premis 1 : semua guru gembira menunggu cuti menjelang premis 2 : safarin adalah guru kesimpulan : gembira menunggu cuti menjelang adalah safarin
(ape punya ayat leee....)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails