Tuesday, June 12, 2012

tiga buku terbaik

sebenarnya semenjak dua tiga ...menjak ni aku dah menjauhi sindrom ulat buku. entah tak tau kenapa jadi tak minat membaca

tapi semenjak empat lima enam menjak ni kembali pulak sindrom ulat bulu buku kembali menguasai diriku
kat cini aku nak sajes beberapa tajuk buku yang bagus untuk dibaca

1. DOKTOR UMUM
tak yah le dok sibuk ngan politikus kamu tu. bace je buku ni. best. tun cite pasal diri dia. persetankan jikalau beliau sekadar kencing kamu. tu buku dia . suka hatilah dia nak tulis. tapi bagi aku sedikit sebanyak dan memang banyak info pasal tun yang boleh didapati, juga tentang sejarah politik semasa era beliau...
bak kata aku " bukan semua suka kat kita"... bukan semua juga suka tun. dan aku juga bukan penyokong parti beliau yang dulu...huhuhu

2. AKU TERIMA NIKAHNYA



sape tak kenal blogger Saiful Islam yang terkenal
yang ni aku baca abang aku punya... hadiah kawin dia dapat...memula aku ternampak buku pasal malam pertama huhuhu...
tapi bile aku ternampak buku Aku Terima Nikahnya , baca sket syok la pulak. y? (buku yang tadi pun aku baca senyap-senyap gak huhuhu)
coz ustaz Hasrizal membukukan kisah "percintaan" beliau dengan zaujahnya
seorang ustaz kawin dengan seorang doktor, sangat tak sekufu seperti piramid Khufu
begitu banyak dugaan kawin dengan bini seorang doktor
pandangan kita seperti keluarga ustaz seperti begitu bahagia
namun beliau juga orang biasa masalah sering juga terjadi, karenah anak2 , orang sekitar, dan bermacam2 lagi. beliau juga pernah tension tersangat2 lah
tapi ada juga ubatnya
bli versi buku kulit keras gabungan tiga buku, Aku terima nIkahnya + bercinta sampai ke syurga + murabbi cinta
baca jangan tak baca...

3. PERMATA YANG HILANG kini ditemui (PASTIKAN YANG DAH JUMPA!!!)


BUKU permata yang hilang tak da sape perlu cite atau eksplain. masing-masing tahu isi2 dan kuku nya tentang bab seksologi rumah tangga kayu.  tapi buku yang telah ditemui ni lain daripada yang lain. bukan sekuel dari versi yang ini:

 sape pernah baca blog KeretaMayat (beli disini) tentu tak asing lagi dengan blogger ni. cerita beliau memang merapu berilmiah dan berohani mendidik jiwa. "gaya pulang ke pangkal jalan" yang beliau praktikkan dalam hidup memberi satu kehidupan baru . diselangi dengan unsur2 lucah keterlaluan yang mengundang bahaya kepada bot-bot kecil, anda kena berhati2 ketika membacanya. mungkin inilah "ustaz yang melucahkan " yang cuba disampaikan  oleh SaifulIslam walaupun blogger ni kata dirinya bukan seorang ustaz.

Aku Terima Nikahnya dan PERMATA YANG HILANG kini ditemui mempunyai persamaan dari segi penceritaan tentang diri penulis itu sendiri bersama pasangan dan anak2 juga orang disekeliling. cuma berbeza dari segi pendekatan.

yang  nyata PERMATA YANG HILANG kini ditemui membuatkan anda tak gering gusi, juge tak sabar untuk berumah tanggga walaupun tak tahu di mana tangga nya....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails