Tuesday, June 26, 2012

9GAG - sekitar rumah

manusia berbagai ragam, takan wat satu2 hal kalau takde pasal

nama saja pejuang keadilan, tapi tak boleh di harap...kuat berangan adalah

kalu ko sedar ko hebat, ada orang lebih hebat
 (juga boleh diubah suai kata-kata ini menjadi : pedas-pedas cili habanero, tak boleh lawan Bhut Jolokia )

bila ada banyak duit, dok bli plet mahal2, letak kat kete murah.. lu pikir sendiri la

benda yang baik elok dipercepatkan, cth kahwin...errr

tabiat suka bermegah dengan produk luar negara dan merendah2kan jenama malaysia

perihal suka mengheret orang lain yang takde kaitan dalam satu-satu perkara

kalau dalam diri tu ada niat nak buat jahat, dia tak kira tempat, kat masjid pun boleh curi kasut selipar orang

tak boleh terima lansung cadangan orang untuk buat pembaharuan

campak je kat mane2 boleh hidup, boleh survive, malah berguna untuk orang lain

jangan mudah lupa kata2 tun mahathir, juga martabatkan dahulu bahasa melayu anda

perkara yang susah untuk dilaksanakan

suka menyibuk hal orang lain macam aku..hahaha

jangan takut untuk mencuba sesuatu perkara yang baru , cuba bereksperimentasi ...(yang dibenarkan saja)

ada aku kisah ???

jangan terikat pada satu2 kebiasaan sahaja

sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas..huhuh (hanya valid pada masa aku tulis ni atau sewaktu dengannnya)

orang yang banyak akal

kehilangan terasa...

lumrah kehidupan

saling tidak memerlukan dan saling tidak berkaitan

biasa-biasa saja...

suka habiskan duit beli benda yang mahal

singkirkan je orang2 yang tak boleh diharap

suka berangan

perihal suka berangan perkara dongeng, macam sorang ni yang berangan nak jd PM...macam mat jenin je..

Tuesday, June 12, 2012

tiga buku terbaik

sebenarnya semenjak dua tiga ...menjak ni aku dah menjauhi sindrom ulat buku. entah tak tau kenapa jadi tak minat membaca

tapi semenjak empat lima enam menjak ni kembali pulak sindrom ulat bulu buku kembali menguasai diriku
kat cini aku nak sajes beberapa tajuk buku yang bagus untuk dibaca

1. DOKTOR UMUM
tak yah le dok sibuk ngan politikus kamu tu. bace je buku ni. best. tun cite pasal diri dia. persetankan jikalau beliau sekadar kencing kamu. tu buku dia . suka hatilah dia nak tulis. tapi bagi aku sedikit sebanyak dan memang banyak info pasal tun yang boleh didapati, juga tentang sejarah politik semasa era beliau...
bak kata aku " bukan semua suka kat kita"... bukan semua juga suka tun. dan aku juga bukan penyokong parti beliau yang dulu...huhuhu

2. AKU TERIMA NIKAHNYA



sape tak kenal blogger Saiful Islam yang terkenal
yang ni aku baca abang aku punya... hadiah kawin dia dapat...memula aku ternampak buku pasal malam pertama huhuhu...
tapi bile aku ternampak buku Aku Terima Nikahnya , baca sket syok la pulak. y? (buku yang tadi pun aku baca senyap-senyap gak huhuhu)
coz ustaz Hasrizal membukukan kisah "percintaan" beliau dengan zaujahnya
seorang ustaz kawin dengan seorang doktor, sangat tak sekufu seperti piramid Khufu
begitu banyak dugaan kawin dengan bini seorang doktor
pandangan kita seperti keluarga ustaz seperti begitu bahagia
namun beliau juga orang biasa masalah sering juga terjadi, karenah anak2 , orang sekitar, dan bermacam2 lagi. beliau juga pernah tension tersangat2 lah
tapi ada juga ubatnya
bli versi buku kulit keras gabungan tiga buku, Aku terima nIkahnya + bercinta sampai ke syurga + murabbi cinta
baca jangan tak baca...

3. PERMATA YANG HILANG kini ditemui (PASTIKAN YANG DAH JUMPA!!!)


BUKU permata yang hilang tak da sape perlu cite atau eksplain. masing-masing tahu isi2 dan kuku nya tentang bab seksologi rumah tangga kayu.  tapi buku yang telah ditemui ni lain daripada yang lain. bukan sekuel dari versi yang ini:

 sape pernah baca blog KeretaMayat (beli disini) tentu tak asing lagi dengan blogger ni. cerita beliau memang merapu berilmiah dan berohani mendidik jiwa. "gaya pulang ke pangkal jalan" yang beliau praktikkan dalam hidup memberi satu kehidupan baru . diselangi dengan unsur2 lucah keterlaluan yang mengundang bahaya kepada bot-bot kecil, anda kena berhati2 ketika membacanya. mungkin inilah "ustaz yang melucahkan " yang cuba disampaikan  oleh SaifulIslam walaupun blogger ni kata dirinya bukan seorang ustaz.

Aku Terima Nikahnya dan PERMATA YANG HILANG kini ditemui mempunyai persamaan dari segi penceritaan tentang diri penulis itu sendiri bersama pasangan dan anak2 juga orang disekeliling. cuma berbeza dari segi pendekatan.

yang  nyata PERMATA YANG HILANG kini ditemui membuatkan anda tak gering gusi, juge tak sabar untuk berumah tanggga walaupun tak tahu di mana tangga nya....

Monday, June 11, 2012

raket yang murah


(dialog lebih kureng 1)

aku : faiz ada pape ke nak pesan
faiz : abang, tlg blikan reket tenis yang paling murah. nanti faiz bayar
aku : ok

.....................

aku : abang da blikan
faiz : berapa harganya?
aku : sikret
faiz : aduhh...kalau mahal faiz blh bayar separuh jelah...
.
.
.
suke suki hati je nak bayar separuh..!!
sebenarnya aku nak bagi je
memandangkan aku pun tak penah pegang reket tenis
apatah lagi main
 .
.
.

aku : dh main tenis?
faiz : dah. best2 :D
aku : ye! abg xpnh main pn...
faiz : abg try la main nanti. best tapi penat la nak swinging raket...
..
.
.
seronok faiz dapat raket. padahal dia tak tau matawang aku dah mengalami penurunan, huhu
padahal masa kecik, wpn dok same serumah lansung tak rapat, tak nak pun kawan. penah kene rotan separuh nak mati ngan wan n parent dia coz dia n kawan dia dok curi walet aku... huhu tah dia ingat ke cite tu.... walaupun matawang aku mengalami kejatuhan, tp rasa best sebab mengembirakan orang lain

menggembirakan orang lain sudah tentu mampu mengembirakan diri sediri
tapi kekadang tu tak menjadi jugak
terkadang terasa lebih pahit dari jadam

(dialog lebih kureng 2)

abang : terima kasih sebab datang
aku : yelah, dulu tak datang, kali ni kenalah datang..
abang : ha tulah...
aku : ....(lebih pahit dari jadam ~ sekadar bermonolog sambil tersenyum kelat2 pisang )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails