penat jangan cakap la.... bile aku alih sofa baru kelibat dia keluar...pap.....!!!! dua libasan buluh baru aku tersedar...
gerak tangan aku secara tak sengaja, lebih laju dari mainan fikiran... tiba-tiba teringat pesanan "ular masuk rumah jangan bunuh dulu , bagi amaran 3 kali .."
alamak... dah dua kali buluh reput dilibas sampai hancur luluh, baru tersedar...
bahawa aku telah melakukan kesalahan... terlentok2 ular tu menahan kesakitan... tergamam jugak aku sebentar... memikirkan kalau aku tak bunuh, kang sakit pulak ular ni tanggung...jadi aku bunuh aje...
moralnya : bagi amaran pada ular 3 kali bile dia masuk umah..kalau dia tak nak pergi pas tiga kali amaran baru bunuh...pasal takut jelmaan jin...ya allah... bagi lah semua baik-baik aje..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Memang benar bahawa jin boleh berubah menjadi ular. Dan arahan untuk memberi amaran kepada ular tersebut sebelum membunuhnya juga terdapat dalam sebuah hadith.Namun dalam hadith tersebut menuatakan bahawa memberi amaran sebanyak tiga hari, tetapi mungkin boleh diterjemahkan kepada tig kali (mungkin mod soal jawab agama lain boleh membantu). Hadith tersebut direkodkan oleh Imam Muslim.
Abi Said al-Khudri yang telah menceritakan bahawa pada satu hari dia mempunyai seorang tetamu. Tiba-tiba tetamu itu melihat ular dan hendak membunuhnya. Abu Said telah melarangnya membunuh ular tadi dan menceritakan suatu cerita yang pernah berlaku di rumahnya. Di rumah itu ada seorang pemuda yang baru berkahwin. Kami, iaitu golongan daripada Sahabat telah keluar kerana menggali parit (khandak). Pemuda itu menyatakan keuzurannya kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta diri untuk pulang. Rasulullah s.a.w. telah membenarkannya untuk pergi selama sehari sahaja. Baginda menyuruhnya membawa senjata kerana takut kalau pemuda itu diganggu oleh Bani Quraizah. Pemuda itu pun mengambil senjatanya Ialu beredar pulang. Setibanya di rumah, tiba-tiba didapati isterinya sedang berdiri di antara pagar pintu rumahnya dengan pintu besar (dalam keadaan pakaiannya yang terdedah, sehingga menimbulkan syak kepada pemuda ini yang isterinya berlaku curang) . Pemuda itu merasa cemburu dan mengacukan lembing hendak menikam isterinya. Isterinya tampil ke pintu dan meminta suaminya bersabar dahulu dan menyuruhnya masuk ke rumah untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi yang menyebabkan dirinya keluar dari rumah dalam keadaan tersebut. Pemuda itu terus masuk ke dalam dan mendapati ada seekor ular besar berlegar di dalam hamparan, Ialu ular tersebut dibunuhnya dengan lembing tadi. Kemudian ia pun membawa ular itu keluar dan memacakkan ke tanah. Ketika nyawa ular itu hampir hilang, pokok dihadapan rumahnya bergerak bergoyang-goyang. Pemuda itu meninggal dunia tidak lama selepas ular itu mati. Kami telah menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan peristiwa yang berlaku. Kami meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar, Allah menghidupkan ular (jin) itu. Rasulullah. s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila kamu melihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari. Jika ternyata kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya dia itu syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^