Monday, April 5, 2010

aku dan beberapa kisah lagi

semenjak dua ni memang malas nak bukak intenet. laptop sendiri pun simpan aje. lagipun bahaya gak bawak laptop dengan naik moto ke sek, maklumlah jauh... dan juga malas jugak nak post yang baru...malas..penyakit yang susah nak kikis yang leh bawa banyak kesan negatif.. aku jumpa seorang kawan, dia seorang lawyer dah sekarang... belanja aku makan piza 10 layer yang tak macam 10 layer pun...aku tanya dia.."aku ada rupe cam cikgu tak..."dia tersenyum sinis sambil geleng kepala...hmmmm dah paham le tu jawapannye...aku luar sekolah memang pakai kekadang selekeh aje...kalau beli barang ke pegi kedai ke orang masih ingat aku budak sek "adik nak ape???.." hah aku tak kisah le...biar jadi cam kulit dan isi manggis... tapi bile jadi cikgu baru aku tau erti berkat ilmu yang diajar...ada dua kisah benar terjadi kat pelajar aku... 1. akibat keceluparan bahasa dan kurang adab sopan dengan guru...akhirnya apa yang keluar dari mulut pelajar memakan dirinya sendiri... "cikgu ingat saya ni jahat macam ******* !!!" terpinga2 aku seorang pelajar keluarkan kata cam tu...aku sikit pun tak ada terdetik kata dia cam tu.... " yelah...dia (merujuk kepada ******) kan kena buang sekolah ..." budak tu cakap camtu...aku cube kawal perasaan, malas nak marah2....tapi akhirnya pelajar ini terkena balik dengan apa yang diluahkan tadi...makan diri sendiri...dia kene buang sekolah (bukan dibuang tapi disuruh pindah) akibat kes buli....
implikasi (pernyataan bersyarat) "jika seorang pelajar bersikap kurang ajar dengan guru, maka nanti ianya akan mempengaruhi keberkatan dalam belajar "
antecedent (antejadian/hipotesis/sebab) : seorang pelajar bersikap kurang ajar dengan guru consequent (akibat/natijah/musabab) : nanti ianya akan mempengaruhi keberkatan dalam belajar 2. memang bila kemarahan menguasai diri tu yang setan akan merasuk jiwa. itulah bila budak2 form 3 dan 4 putera terpaksa berpindah dorm dan blok akibat kes buli , maka ada rasa tidak puas hati dikalangan mereka... seorang pelajar...baik je aku tengok...tapi bile waktu tu penat katanya, dan terbit kemarahan akibat loker dikopak la katanya...berleret2 kemarahan hingga pasu disepak...pecah...jadi biasalah aku amek nama dan bagi sedikit nasihat...nak marah aku tak pandai dan takut bile aku marah terlebih marahnya nnanti.. lepas beberapa hari dia tak datang sekolah, kerana kemalangan...dekat seminggu jugak...kakinya macam terseliuh...dah lama baru aku perasan, akibat tidak hormat pada benda tak bernyawa di sekeliling kita, mungkin jugak boleh bagi akibat dari perbuatan yang kita lakukan. semua benda perlu dihormati tak kisah manusia ke, haiwan ke yang takda nyawa ke... kemalangan tu dah takdir dari Allah...tapi seperti belajar dalam matematik...setiap perkara yang berlaku bersyarat.. premis 1 : jika kita tak menghormati orang lain, maka orang lain tidak hormat kita premis : orang lain hormat kita kesimpulan : kita hormatilah orang lain.
---------------

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails