Saturday, July 31, 2010

apabila sheikh dr. ahmad nai'na terganggu...

Qari negara Mesir yang terkenal, Dr Ahmad Nai'na, semenangnya Dr perubatan tetapi hebat dalam bertilawah hingga menjadi idola qari dan qariah seantero duniawi...dan juga aku sendiri


mempunyai nafas yang sangat panjang, sore yang lunak dan tinggi...anak murid Syeikh Mustafa Ismail...
jadi sedikit sebanyak ada gaya-gaya tok guru dia jugak dalam burdah dan lagu.
antara lagu yang menonjol yang beliau bawa ialah lagu ras dengan jalan nairuz yang bagi aku leh katakan sebagai trade mark beliau



pastu lagu soba yang beliau bawa bila diwuslahkan dengan ajam yang tinggi memang benar2 tahap jawabul jawab

dan beliau juga suka mengkaji bacaan tok guru dia sendiri. isshhhh rugi2 pasal aku tak paham bahasa arab, tapi memang best bila kaji2 n analisis nih

tapi kalau dah qari yang mashyur dan hebat, terganggu macam mana pun tetap tak bagi apa-apa efect pada bacaan beliau. tengok le macam2 hal penonton ni, tak senang dr. tu nak ngaji. terasa macam ceramah politik pulak... depan belakang atas bawah mengganggu.... ape la sebenarnye dr ni tertengok2 kat atas tu...


(alahai lembab sangat internet ni, jadi kene tunggu len kali uplod videonya)

Wednesday, July 7, 2010

kebarangkalian yang berlaku pada sekeping duit syiling terbongkar

ajar budak2 tajuk PROBABILITY 1. jadi sebelum masuk topik, aku buat le set induksi (yang meleret2) main lambung2 duit syiling. kelas 4maawa dulu buat.

keputusannya aku tak pulak salin. tapi, yang mirikelnya, kalau syiling tu kita bahagikan bahagian bunga- yang ada nombor tu sebagai HEAD, dan belakang dia yang ada gamba tepak sireh ke, congkak ke, wau ke sebagai TAIL, maka kebarangkalian untuk mendapat HEAD lagi besar bebanding TAIL.

jadi eksperiment tu aku ulang dalam kelas 4darussalam dengan beberapa penambahbaikkan dengan memalarkan jenis syiling, bilangan lambungan dan cara lambungan. maka secara kasar yang kami dapat

3 grup dapat seri H & T

1 grup dapat lebih T

5 grup dapat lebih H

maka, diaplikasikan dalam kehidupan sebuah pembongkaran yang tak seberapa ni, korang pilih le HEAD bila duat undian guna syiling tapi meksuer buat le beberapa lambungan. bagus untuk pertaruhan@ berjudi....

p/s = ini hanya ujikaji dalam gembira... sekadar mengubah mood kelas ...hasil dapatan boleh dipertikai kesahihannya

Saturday, June 26, 2010

aku pembunuh dan menyesal

hari ini aku sedikit rasa terkesal...time2 maghrib la sang ular masuk dalam umah pastu dok diam bawah sofa. yang aku plak syok je dok atas lantai menonton doraemon ... terkejut dan mengubah mood maghrib. dengan keringat membasahi tubuh menjolok2 ular bawah sofa supaya lari tapi tak mau lari jugak...

penat jangan cakap la.... bile aku alih sofa baru kelibat dia keluar...pap.....!!!! dua libasan buluh baru aku tersedar...

gerak tangan aku secara tak sengaja, lebih laju dari mainan fikiran... tiba-tiba teringat pesanan "ular masuk rumah jangan bunuh dulu , bagi amaran 3 kali .."

alamak... dah dua kali buluh reput dilibas sampai hancur luluh, baru tersedar...

bahawa aku telah melakukan kesalahan... terlentok2 ular tu menahan kesakitan... tergamam jugak aku sebentar... memikirkan kalau aku tak bunuh, kang sakit pulak ular ni tanggung...jadi aku bunuh aje...

moralnya : bagi amaran pada ular 3 kali bile dia masuk umah..kalau dia tak nak pergi pas tiga kali amaran baru bunuh...pasal takut jelmaan jin...ya allah... bagi lah semua baik-baik aje..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Memang benar bahawa jin boleh berubah menjadi ular. Dan arahan untuk memberi amaran kepada ular tersebut sebelum membunuhnya juga terdapat dalam sebuah hadith.Namun dalam hadith tersebut menuatakan bahawa memberi amaran sebanyak tiga hari, tetapi mungkin boleh diterjemahkan kepada tig kali (mungkin mod soal jawab agama lain boleh membantu). Hadith tersebut direkodkan oleh Imam Muslim.

Abi Said al-Khudri yang telah menceritakan bahawa pada satu hari dia mempunyai seorang tetamu. Tiba-tiba tetamu itu melihat ular dan hendak membunuhnya. Abu Said telah melarangnya membunuh ular tadi dan menceritakan suatu cerita yang pernah berlaku di rumahnya. Di rumah itu ada seorang pemuda yang baru berkahwin. Kami, iaitu golongan daripada Sahabat telah keluar kerana menggali parit (khandak). Pemuda itu menyatakan keuzurannya kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta diri untuk pulang. Rasulullah s.a.w. telah membenarkannya untuk pergi selama sehari sahaja. Baginda menyuruhnya membawa senjata kerana takut kalau pemuda itu diganggu oleh Bani Quraizah. Pemuda itu pun mengambil senjatanya Ialu beredar pulang. Setibanya di rumah, tiba-tiba didapati isterinya sedang berdiri di antara pagar pintu rumahnya dengan pintu besar (dalam keadaan pakaiannya yang terdedah, sehingga menimbulkan syak kepada pemuda ini yang isterinya berlaku curang) . Pemuda itu merasa cemburu dan mengacukan lembing hendak menikam isterinya. Isterinya tampil ke pintu dan meminta suaminya bersabar dahulu dan menyuruhnya masuk ke rumah untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi yang menyebabkan dirinya keluar dari rumah dalam keadaan tersebut. Pemuda itu terus masuk ke dalam dan mendapati ada seekor ular besar berlegar di dalam hamparan, Ialu ular tersebut dibunuhnya dengan lembing tadi. Kemudian ia pun membawa ular itu keluar dan memacakkan ke tanah. Ketika nyawa ular itu hampir hilang, pokok dihadapan rumahnya bergerak bergoyang-goyang. Pemuda itu meninggal dunia tidak lama selepas ular itu mati. Kami telah menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan peristiwa yang berlaku. Kami meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar, Allah menghidupkan ular (jin) itu. Rasulullah. s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila kamu melihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari. Jika ternyata kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya dia itu syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Sunday, June 20, 2010

oh duit...

bulan ni nasib baik cuti sekolah...maka (apa yang nasib baiknya pun aku tak paham)..apa yang dah jadi?

dan bulan yang bercuti ini juga terasa cepat duit mengalir ke pada orang lain...yang lain bertambah...yang aku berkurang..

mebi aku banyak (banyak ??) berjalan kot...memule pergi kemamam pastu g melaka...pastu kawan pinjam duit (ni tak da kaitan dengan duit aku)...balik dari melaka kerana bos panggil... cocok punya cocok dalam bank...alahai semua duit dalam beng kering...dapat la kutip sisa-sisa beberapa RM di beng yang berlainan...

oh ..apa dah jadi... boros benar kali ni...(tulah mengabaikan kata-kata Captain Cash...hahahah)...

nak kata pokai tak la jugak...kat asb pun ada berjuta-juta lagi tapi bile tampak kefakiran di dalam beng...hmmmmm

nak kata pokai lagi sekali tak patut..bukan terdesak benar cam dalam cite SUTERA SEBALIK WAJAH tu..tu memang pokai la....

memikir la jugak gaji masuk 25 hb ....beberapa hari lagi kene g sekolah...eishhh...duit di mana ko...

tapi rejeki ALLAH memang tak terduga...tetiba g umah makcik dia bagi duit minyak pasal g rawang aritu...pastu dapat duit susu orang beli...

ALHAMDULLILLAH....ALLAH MAHA MENGETAHUI masalah hambanya ...MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...cume aku aje yang kekadang bertindak "kejam"terhadap-NYA...

ya ALLAH...

Saturday, June 19, 2010

hari ni hari bapa...

suatu masa di sumatera

selamat hari bapa...bapak aku dah takda...dah lebih 10 tahun beliau meninggalkan aku...takpelah adat manusia ...tiada siapa yang kekal abadi..semua kembali...

sedih jugak sebab aku tinggal dengan dia selepas mak bapak aku bercerai... mengharap kasih dari seorang ayah...dia ayah dan dia juga mak masa tu... kenangan lalu mengusik jiwa...

yang tersayang tetap akan pergi...

hari ni jugak banyak cerita pasal hari bapa...semua cerita yang menyentuh perasaan...memula cerita cina tajuk dia THE A STORY OF MY SONs....pelik jugak...aku cite cite kung fu aku layan le...kalau cite cine biase2 tak minat pon...tapi tah cane tgk dia punya permulaan cam best la plak...kisah seorang bapa membesar dua orang anak yang baru kematian bini...cerita yang menyentuh perasaan anak-anak masih kecil, bapa pulak asik berjudi sampai diburu along....

malam pulak pasal cite indon ...ape yetajuk dia...ANAK KANDUNG JADI PENGEMIS..biasalah cite seberang...tapi ganas la jugak bapak dia siap nak butakan mata anak sendiri supaya dapat kaut lebih keuntungan dari hasil mengemis...tapi bapak dia goyang kaki je..last2 anak dia ketuk batu kat kapla bapak dia n mati...

n last cite cereka rama...pelakon rosyam nor...memang mantap la...SUTERA DI SEBALIK WAJAH...pasal bapak seorang pengutip sampah...yelah keje pun mana berduit sangat...masa aku taip ni aku tengah tengok..jadi tak tau ape endingnya....

hmmmm ....satu ayat dari rosyam lebeh kurang camni " bile ko besar jadi seorang ayah baru ko tau betapa berat tanggungjawab..."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails