Tuesday, December 18, 2012

CENDOL, SERBAN DAN NASI AYAM

KEJADIAN 1.0

sebenarnya cendol kelang lebih awal popular daripada cendol durian borhan kuala selangor
tapi selama aku gi kelang tak pernah plak nampak lokasi cendol kelang yang selalu disebut2
tapi akhirnya aku terjumpa gak
padahal tempatnya selalu je aku lalu
dia dekat2 la gak dengan pasar jawa

sebagai rusa masuk kampung
aku terus jelah masuk
duduk kat meja
takde sape amek oder
dekat lima minit la gak
aku tgk pelayan tu wat dono je
mula lah aku hangin
tetibe ada pelanggan baru masuk
terus order kat depan

dan, aku baru ternampak
SELF SERVING
dengan tebal muke aku gi kat kaunter
tak jadi nak marah yang bertukar menjadi kemaluan...

tapi tgk cara pelayan tu prepare cendol wat teruja la gak
kira macam pakar la
kalau jadi cikgu kira dah jadi guru cemerlang atau guru pakar
maka pelayan ni dah jadi pendeta cendol!!!

betul lah kata orang, cendolnye simple aje
kacang merah, cendol, ais salji , gula merah dan santan
tapi lemak penuh berkrim
kalau digabungkan dengan durian tentu lebih sedap..


KEJADIAN 2.0

turun dari tingkat 2 mydin kelang
nak beli sehelai serban aje
rm6.90 aje
tapi sebelum nak bayar kat kaunter
aku baru perasan
tag bar kod harga takde
ceh, malas le nak naik atas

jadi aku tanye petugas, camne ni bleh bayar ke?
dia bawak gi kaunter perkhidmatan
jadi dia pas plak ke staf yang lain
staf tu gune la interkom panggil staf dari atas kot suh turun bawak harga
aku tunggu...
tak jalan gak
dia panggil lagi...
aku tunggu lagi...
sambil melihat serban
yang harga dia RM6.90
dekat 5 minit aku tunggu
mulalah kesabaran aku teruji
"cik, bleh bayar tak ni?.."
staf tu macam orang bersalah
dia suh aku tunggu kejap
dia amek serban tu n naik atas

sebenarnya masa tu aku dah macam nak blah
tunggu dia amek harga kat atas pun satu penantian yang menyiksakan
tapi bile aku tgk dia yang aku bleh katakan sebagai OKU
susah payah naik ke tingkat atas
tanpa menyuruh staf lain atau suruh aku gi je naik atas...
aku pulak jadi macam orang bersalah...

sehelai serban yang murah
kalau aku blah macam tu saja pun tak de ape2 pun
tapi melihat orang tu bersusah payah nak jalan semata2 nak amek harga
aku tunggu lah jugak
3-4 minit baru dia sampai, terus gi kaunter n bayar
sebelum blah aku dengan hati yang malu mengucapkan terima kasih kepada beliau
dengan 1001 perasaan...


KEJADIAN 3

singgah ke sebuah kedai sebelah masjid di tanjong karang
untuk mempercepatkan masa
maka aku order teh ais dan nasi ayam

teh ais siap dulu
masa tu orang ramai
aku plak dok je depan kaunter dengan harapan siap cepat

aku tgk sorang mamat yang ditugaskan untu membungkus nasi ayam
dia pegang polisterin dah
pastu tak jadi letak balik
gi amek polisterin dari satu bungkusan besar
dah le terkebil2 nak bukak plastik tu
ok...
dia amek dua bekas
dia pegang2 bekas polisterin tu
dia berdiri tah merenung ape tah
pastu dia simpan balik
buat benda lain
bungkus makanan orang lain
ok....
dia amek balik bekas polisterin tu
dibukak dukatup
dia tercegat gak kat citu...
pastu dia simpan balik dua bekas tu...
buat benda lain

ape lagi...dalam hati dah berangin2 aku rasakan
dia ni baru keje ke hape..
teragak2...
sambil aku buat muke...
lama pastu
brader kaunter tanye aku
nak bungkus  ape?
aku cakap le NASI AYAM 2 dengan perasaan marah yang disimpan2
brader tu cakap lagi sekali kat mamat teragak2 tu
barulah aku tgk dia bungkuskan
cis....
maka aku bayar n blah dengan perasaaan yang mengutuk2

Friday, December 7, 2012

SINGAPURA DILANGGAR TODAK VS SUASANA DI MALAYSIA

balik dari solat jumaat, godek2 remote ada plak cite hitam putih
cite ni dah penah tgk dah, tapi saje layan untuk refresh balik ingatan
daripada cerita ni aku dapat buat beberapa analogi perbandingan
scene2 yang ada dengan senario di malaysia

1. raja singapura yang bodoh

maaflah perkataan yang digunakan sangat teruk
tapi tulah hakikat dalam cerita ni.
apabila pemerintah orang yang bodoh, maka jadi haru birulah semuanya

kuncu temenggung ada kata 
"raja kita macam lalang...."

cuba kita tgk pemerintahan kat malaysia
cube kita luaskan skop "pemerintah" itu sendiri
macam2 hal, kadang2 macam tak educate
ada plak yang pi sokong membuta tuli
maka jadi gilalah semuanya

yang atas buat benda tak betul
ada plak ramai yang menyokong
gila betul lah dorang ni
bukan nak nasihatkan ke

2.orang bawahan jahat/tamak/bodoh/jaga periuk nasi

orang yang baik macam biduanda memang senang kene tapau
yang jahat memang jahat
semua menghasut sultan
ada plak menteri2 dalam cerita macam bendahara
tak boleh guna
jadi pak turut pada sultan
walaupun sultan buat salah
semua bisu macam setan bisu
semua nak jaga periuk sendiri

tgk kat malaysia, apa fungsi mufti kat negeri yang ada
ada yang bisu dan nak jaga periuk sendiri
cakap lebih2 nanti kene pecat macam mufti terdahulu

tgk penyokong parti
mereka nilah yang kadang2 lebih sudu dari kuah
merosakkan nama parti sendiri
orang atas rilek
orang bawah bikin rosak

ada yang baru berhijrah terus jadi ustazah mee segera
ada yang tak tahu hukum hakam dok main sebut tentang hukum, pastu salah plak
ada yang memang ustazah, masuk politik, terus tak macam ustazah
bersalam dengan lelaki bagai, keluar pendapat tah hape2
ketua kat atas angguk2

cisss....ahli sendiri buat salah dicover sehabis mungkin
orang lain buat salah habis dikutuk semahu2nya

dan orang jahat/teruk/ada salah laku jugak diangkat jadi pemimpin
ada yang buat video sex, itu yangdipilih jadi pemimpin
ada yang wat komplot rakan aksi lucah
tu yang diagung2kan bagi jawatan
padahal dia sendiri terpalit dengan kisah yang jelik
ustaz yang berceramah dengan bahasa yang kesat, meyampah aku tgk
last2 kene tangkap basah!!!
 

3. buat baik pada pemerintah kadang2 bala yang menimpa

biduanda berkata "berjasa kepada raja, kadang kala buruk padahnya"
memanglah, raja macam lalang dan bodoh
orang bawah plak macam jarum suntikan
yang baik memang naya

sekali lagi
benda ni memang terjadi kat malaysia
mungkin bukan berbuat baik pada ketua
tapi buat sesuatu yang baik
tapi dipandang hina plak

ada yang dipecat kerana nak mempertahankan maruah agama
ada yang kene sound pasal menegakkan hukum hudud dengan geng sendiri

apabila yang atas buat salah, rakyat yang bodoh menyokong
maka yang atas akan bertambah riak la dengan kebodohannya

4. ahli agama dah tak dipedulikan, malah diperlekehkan

macam tun jana khatib, kita boleh ibaratkan dia macam ulama la
dia buat baik, raja suka lah
tapi kena hasut dengan temenggung yang buat fitnah
terus raja hot tak tentu pasal, jeles pemaisuri baik dengan tun jana khatib tak tentu pasal
last2 tun jana khatib terima hukuman yang kejam
dari raja dan menteri yang bodoh

tgklah dalam parti anda
dekat mana kedudukan ulama?
cakap lebih2 kena sound

soal ke putrajaya lebih penting
jangan rosakkan pakatan

ulama biar duduk dalam masjid
uruskan petandingan al quran tiap tahun
sambutan maal hijrah
ceramah hal ehwal islam tiap malam khamis
dan hal2 yang berkaitan dengan keagamaan dalam konteks yang ketat aje

jangan cakap pasal hudud
nanti aku pecat ko
nanti kene tindakan tata tertib

nak laksanakan hudud?
"langkah mayat saya dulu"
amacam?,...

5. rakyat akan memberontak jika kezaliman yang dibawa oleh pemerintah

tgk scene hang nadim kene hukum buang ke laut
rakyat jelata memberontak tak setuju
wat tunjuk perasaan

berdemonstrasi menentang kezaliman tiada salahnya
asalkan terjaga maruah dan akhlak
jangan jadi lebih teruk dari orang yang zalim tu


m/s : banyak lagi yang dapat diambil pengajaran, tapi penat dah memikirkan
m/s/s : cerita melayu hitam putih banyak menggambarkan sultan/ raja ni zalim/macam lalang/bodoh.... kadang kala ada kebenarannya

Wednesday, December 5, 2012

DISKAUN HUJUNG TAHUN

hujung tahun ialah masa untuk diskaun bermaharajalela
salah satu yang ada diskaun ialah kereta
ada yang kata rugi beli hujung tahun
nanti nilai kereta turun
tapi kalau korang beli kete untuk jual balik
baik lupakan aje

sekiranya korang semua ada hati nak beli
gi lah kat mane2 pusat jualan kete
nasib baik anda blh dapat diskaun sehingga RM14000

Friday, November 30, 2012

SERVIS DI EON BANK YANG TERUK; suatu masa dulu

dulu aku pernah bayar duit kete kat eon kat area chow kit
pas bayar, aku mintak statement bayaran, nak tgk belen yang tinggal untuk dibayar
dan ...tak sesukar mane pun, mintak, dia printkan statement...

suatu masa yang lain, eon setia alam
aku bayar kat kaunter, aku mintak skali lagi statement
coz dah lama tak tgk
statement yang dia pos pun tah ke mana
bile aku mintak, kerani tu kata tak boleh la
kene mintak kat tempat aku submit app ni lah , kt hq la
aku cakap, dulu kat cawangan lain boleh je minta
dia kata lagi, hq je yang boleh tgk
aku masih tak puas hati...
dia try tanya bos pulak...
bos dia pun bagi jawapan yang sama
yang aku tak puas hati tu,
dia bagi jawapan teragak2, samalah dgn bos dia skali
bukan nak try ke dulu
aku pelik, sistem semua online
takan takde data, dorang pekerja tak bleh tgk...
aku pembayar
itu hak aku lah nak tahu belen bayaran yang aku buat
tapi servis EON Setia ALAM tu memang sangat hampeh
tak bagi statement aku tak kisah...sekurang2nya aku nak tahu berapa belen
pun tak bagi tahu
sebab tak logik, sekarang ni semua online, kalau duit aku boleh telan online
takan baki bayaran pun tak bleh tahu
bagi aku EON SETia ALAM tu memang bank yang hampeh

sekarang tiada wujud lagi EON
baguslah sebab korang bukan bank yang terbaik
malah terhampeh
EON diambil alih pulak oleh HONG LEONG upin ipin
kali ni situasi yang sama, aku tanya jgk kat kaunter baki kete
masa nak tanye tu teringat kisah di EON yang hampeh...
ok..kali ni memang tak bagi statement, tapi kerani tu cakap la gak gross baki
dia teragak2 jgk macam kerani EON tu, tapi kerani EON tu teragak2 menyakitkan hati...
sekurang2nya kerani HONG LEONG yang teragak2 ni, memberikan perkhidmatan yang memuaskan pelanggan
ha kalu macam ni pelanggan pun ok
tak le terasa hangin
sekurang-kurangnya hak seorang pembayar hutang tegar macam aku perlu dijaga

Thursday, November 29, 2012

DIRASUK SETAN

waktu di asrama adalah waktu terbaik...eh waktu tranformasi perasaan antara baik dan jahat kureng baik

tambah2 waktu senja meremang2, waktu setan berkeliaran
nafsu amarah akan berganda2 bak janjang geometri
akibat hembusan rasukkan setan
dan iman yang menipis macam kulit bawang
......

suatu hari, seperti biasa aku memang marah
tapi makin lama aku makin marah, dan marah
bila dah marah, mulalah menyumpah serana

"ko ### isap rokok kan!!" asalnya aku marah turun lambat ke surau je, tah melalut plak bab rokok
lagipun muke suspek rokok...

"takde!!!..." jawab ### dengan konfiden
dalam hati aku, cis, nak cover menipu aku agak2 la, dah la kantoi sms masa aku rampas henset
tu belum terkantoi bermain surat cinta dalam kelas aku...

berkali2 aku tanya, masih tak mengaku
last2 aku cakap:
" kalau ko tipu aku, aku tak halalkan ape yang aku ajar..!!!"

masa tu sure dia tekejut gile aku cakap camtu
tapi yang paling terkejut, aku sendiri!!!
aku terkejut, coz aku terlalu marah sampai menyumpah seranah yang bukan2
and sure setan berpesta2 sakan masa tu

bukan aku tak tau Nabi SAW ada berpesan jangan marah sebanyak tiga kali.
belum lagi ditambah dengan kalau tengah marah berdiri, gi duduk, tak jalan gak berbaring...(mungkin situasi masa tu tak sesuati untuk berbaring)
mungkin masa tu segala2 nya hilang, membuatkan aku kurang pertimbangan dalam memilih kata yang terbaik

dan, tak taulah effect dari kata2 aku, ### antara 3 orang yang fail dalam exam math.
bile aku tgk result mula flash back kejadian tu
and aku mula rasa peristiwa tu terbawa2 aje bile aku tgk muka dia (3 bulan aku tak masuk kelas tu coz ada guru praktikal)
rasa bersalah pun ada...
entah le...

memang aku tau dia tipu aku, tapi tak patut aku cakap macam tu...

-----------------------
Dari Abu Hurairah ra bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi , “Berilah aku wasiat?” Baginda bersabda: “Janganlah kamu marah.” Lelaki itu mengulangi kata-katanya, Baginda tetap berkata: “Janganlah kamu marah.”

(HR Al Bukhari)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails