Tuesday, October 25, 2011

Qori Indonesia dikecam masyarakat aceh?





p/s: lorrr gitu sekali ya qori itu dikecam...memang patut kayak gitu kerna qori itu tidak menutup aurat

Sunday, October 23, 2011

kurang satu minggu

minggu lepas seminggu aku tidak ke sekolah
bukan ponteng tapi ada kursus
dan juga bercuti

kurus kursus kat permaisuri resort kat PD
walaupun kursus warden
bukanlah kursus yang benar2 kursus
melainkan bersenamrobik
berpoyo-poyo berpoco-poco
berkaraoke
bertepuk tampar dengan bola
dll
(boling tak dapat coz pusat boling dah setahun tutup)

kumpulan 6 paling hebat dengan bajunya!!! satu-satunya kumpulan yang ada pakaian seragam...lolz...
katanya saja nak bagi warden-warden rilek
dan mengubah kebiasaan kursus
disamping itu menjadikan warden sebagai jurulatih utama kat asrama untuk poco-poco...lol

sebenarnya hujung-hujung bulan ni poket terasa kekosongan

hanya terisi ringgit2 terakhir dan udara
terlalu fanatik memberi duit kepada orang lain
untuk merealisasikan impian-impian mereka
kini diri sendiri terpaksa pula pinjam dengan orang lain
nasib baik ada kengkawan..
thanks a lot...
yang penting mengembirakan orang lain lebih mengembirakan aku

pasal dah dekat PD
balik kursus singgah uma abang jap
dan biasalah hujung bulan la gak poket akan terisi dengan kertas
dan biasalah duit banyak2 kene cukai
dan kene pau la lagi
dan di-pau mengajar aku makan aiskrim coklat sport toto 4D Magnum Almond...
first time tu, slalu tengok kat tv je eskrim mahal ni
rasa kedekut dengan diri sendiri bila tgk harga dia
tapi memang terbaik la aiskrim yang paling sedap penah aku rasa
pastu first time makan Mekdi beger GCB (walaupun aku bukan peminat Mekdi)
biasa-biase je
dan bukan first time makan Ciken Chop (ada rasa tidak puas hati, sebab tu pi bli lagi GCB...nafsu..!!!!)

tapi sebenarnya dalam seronok2 kat melaka
hari selasa kawan aku kt kg msg
mak dia masuk spital
agak tenat
....

aku sebenarnya
bila dalam situasi kekawan dalam kesusahan
kesedihan
kelu gak nak berkata-kata
tak pandai nak pujuk ke
nak bagi peransang ke semangat ke

aku tak blh tgk kawan dalam kesedihan
aku skali tumpang sedih...

petang jumaat balik dari uma abang
aku terus ke sg buluh
jumpa jap dengan dia
walaupun dah malam
waktu melawat dah abis tapi
pasal kawan baik aku terasa perlu gak aku datang tanya kabar
bagi semangat sikit

panjang lebar aku dengar dia cerita
dan seperti biasa aku menjadi pendengar yang setia


malam itu langit renyai2...
beberapa saat terakhir sebelum kami berpisah
aku rasakan betul-betul sedih....
sedih...
....



dan pagi ahad
dia msg aku

"slm...result scan otak td, ... sel otak banyak dh mati...mak ku strok xde harapan nak sedar... :( "

sebenarnya aku tak tau nak kata apa...
kalau aku kat tempat dia???
yang mampu aku hanya berdoa semoga engkau diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini
semoga mak kau dapat sembuh...kita banyak2 berdoa ek...



p/s = dan ketentuan Allah SWT, petang khamis, sebelum hari raya yang beberapa hari lagi menjelang, emak Faizul telah kembali ke Hadrat Ilahi...AL-Fatihah........

Saturday, October 1, 2011

ubat sakit lutut & kaki - DOC-K

bertahun2 mak aku menderita sakit lutut
kalau ditanya ape ubat sakit kaki yang mak aku tak makan lagi:
bermacam2
  • maajun dua istimewa (yang ani ada steroid, buat orang gemuk)
  • kalsium
  • ubat/supplement untuk osteoarthiritis cam Artril / Viartril(berbotol2 makan takda positif efek)
  • ubat pasar malam
  • bomoh2 mengarut
  • hospital pakar (keje dia cek sikit2 pastu soh bedah, enjek minyak)
pasal bomoh, mengarut betul. sekali tu ada tok bomoh ni dia wat "rawatan Islam" kat tempat durian Pasar Tg Karang. lama la gak dia kat citu. time malam berlambak la orang dok bawah khemah dia. orang lain berubat nampak la positif. yang aku tak puas hati, pekerja dia urut2 beberapa malam, dari mak aku berjalan tak pakai tongkat sampai aku terpaksa belikan tongkat pulak.

yang aku pelik, ada makcik yang pakai tongkat urut2 boleh jalan tak pakai tongkat...ape , dia pindah2kan sakit orang ke?

nama Rawatan Islam Al-Hikmah , tapi guna kain kuning, guna darah burung merpati...pelik wa al-ajaib perkataan Islam digunakan

lepas urut kat tempat tu la mak aku makin teruk sakit lututnya

aku ni jenis menyampah betul dengan ubat kalau makan tak bagi kesan
menyebabkan aku kurang kepercayaan bile satu-satu produk didewa-dewakan

hinggalah aku tergerak nak guna ubat dr rozmey walaupun aku menyampah la gak dengan promo cite hantu dia tu...

dulu aku nak jugak try jus mate, mane tau boleh jadi kurus, tapi aku tau ubat kurus, kalau makan banyak tak jalan gak
wat habis boras je

jadi pasal mak aku sakit kaki, aku mulakan la dengan beli DOC K
mula2 takda efek...
aku mula rasa cam hampeh
tambah2 teringat promo cite hantu tu

tapi...

pas masuk kotak ke tiga, mak aku mula tunjuk perubahan positif, sakit kurang skiit, n yang paling menakjubkan, jalan tayah pakai tongkat lagi....

alhamdulillah.....

sape-sape ada masalah kaki, mai la beli 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails