Friday, September 30, 2011

kesian mereka


hari ini dimulakan dengan mood pagi yang sangat kacau

ribut taufan rasanya dalam diri aku
dengan sorang budak (nama dirahsiakan)

kesian kat kelas 4m coz aku ajar dorang macam makan lempeng sejuk yang semata-mata tepung aje
coz masih terngiang2 kejadian ribut genting di coridor tadi
jiwa masih kacau
(istigfar)

...

tengah bershoping di tesko
my brother sms (isi dirahsiakan)
dari aku bagitau dia problem aku
sampai dia bgtau something...semacam problem jgk...
nak jugak aku balas
padan muka huhuhu...ha rasakan...!!! (pada mulanya ingin membalas sms lawak begitu)
tapi rasanya lawak tu terlampau sangat
bila aku fikir-fikir balik pasal problem dia
aku terberhenti kejap
merewang2 tengok beras dengan fikiran melayang2 (masa tu nak bli beras)
dalam hati aku
kesian...

Saturday, September 3, 2011

duit raya tahun depan

tengah badan yang tak berapa sedap
abang tepon...
bising la gak coz aku tak wish raya n bla2...


then, dia tanya
      "nak duit raya..."
"nak duit raya tahun depan la" aku membalas

"kalau tahun depan kena dua orang..!" .....


Thursday, September 1, 2011

kisah raya yang demam

cuti nuzul quran hari rabu digunakan sebaiknya untuk membeli bela dengan shafarin kat kl. entah tersalah langkah, turun kat stesen bank negara hanya membawa kesusahan yntuk balik , al maklum naik kenderaan awam komuter. malam la pulak baru balik. tu belum kira hujan lebatnya. membeli bela tak seberapa pun.
tapi layan la gak, walaupun susah nak cari tempat berbuka kerana orang macam semut menghurung tapi jumpa gak bandar lama yang tak ramai orang...berbuka dengan ciken cop ....aaaaa

esok, lusa terus rasa semacam..kokehkokeh....maka deman....pastu baik jap

seminggu lagi nak raya

biasala la suasana sekolah...student yang aku nampak hanya jasad...roh dan jiwa entah ke mana...tapi rasanya cikgu mereka lagilah..huhu....bukan ape, perit betul bila batuk and sakit tekak...nak keluar sepatah berkira2 betul...sakit...tapi rasa macam nak baik dah

sampai lah hari khamis malam ketika tidor menjadi warden, macam datang satu kesejukkan ...fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

esoknya....:

puan bos (versi boboiboy), saya nak balik awal , nak g klinik, cam tak cihat..

maka demam la sampai keraya....semua perancangan terbantut macam kek takda penaik. terlantar di ranjang. tido aje. tarawikh tah kemana, solat raya pun takda, .... selera pun lansung takda...mane nak ada suap sikit rasa nak muntah

tapi bagus gak...kalau tak asik nak makan aje

raya kedua gagahkan la jgk g baraan...alhamdulillah...terasa ok la pulak
baraaan pertama semenjak dua menjak ni di tempat baru...

sekarang rasa ok sket...

ape la yang aku tulis ni????


selamat hari raya
semoga amalan anda diterima Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails