sesiapa yang ingin download rakam kelas tarannum di UKM bolehlah masuk ke:
Wednesday, March 30, 2011
KULIAH TARANNUM
Labels:
agama,
AKADEMI AL QURAN,
DIY,
maqamat,
tarannum
Wednesday, March 23, 2011
...terima kasih cikgu...
satu cerita di tengah hari, di pintu makmal fizik...
hari ni bebudak spm tahun lepas dapat result
memang riuh sikit kat dewan seminar
yelah, dapat result la katakan
penulis sekadar tengok dari jauh
malas nak menyibukkan diri
terus g ke lab fizik
(walaupun sendiri sebenarnya tak perasan sekarang masa kelas fizik)
sekonyong2 datang satu kelibat
bekas pelajar penulis...
dia datang sorang aje
ms : ha camne result ..dapat brape?
x : saya dapat sikit cikgu...
(masa ni wajahnya sedikit muram...)
x : saya target dapat lebih...tapi...fizik pun saya dapat B aje...
(nampak riak2 kekecewaan nya...)
.
.
.
.
penulis memahami perasaan yang terbuku dalam diri pelajar ini....
x : saya janji cikgu saya akan berusaha lepas ni...
ms : ye..ye saya doakan awak berjaya...
kepada yang berkenaan, jangan rasa rendah diri kalau result tak berapa bagus..
penulis sendiri bukannya dari "golongan" pelajar pandai masa sekolah dulu...
malah pelajar tadi dapat banyak A dari cikgunya sendiri..
x : terima kasih cikgu sebab ajar saya ...
__________________________________
MS : semoga berjaya dalam hidup..terima kasih jugak kepada cikgu fizik penulis, Cikgu Raja Aznor (SMK SG Burong)
hari ni bebudak spm tahun lepas dapat result
memang riuh sikit kat dewan seminar
yelah, dapat result la katakan
penulis sekadar tengok dari jauh
malas nak menyibukkan diri
terus g ke lab fizik
(walaupun sendiri sebenarnya tak perasan sekarang masa kelas fizik)
sekonyong2 datang satu kelibat
bekas pelajar penulis...
dia datang sorang aje
ms : ha camne result ..dapat brape?
x : saya dapat sikit cikgu...
(masa ni wajahnya sedikit muram...)
x : saya target dapat lebih...tapi...fizik pun saya dapat B aje...
(nampak riak2 kekecewaan nya...)
.
.
.
.
penulis memahami perasaan yang terbuku dalam diri pelajar ini....
x : saya janji cikgu saya akan berusaha lepas ni...
ms : ye..ye saya doakan awak berjaya...
kepada yang berkenaan, jangan rasa rendah diri kalau result tak berapa bagus..
penulis sendiri bukannya dari "golongan" pelajar pandai masa sekolah dulu...
malah pelajar tadi dapat banyak A dari cikgunya sendiri..
x : terima kasih cikgu sebab ajar saya ...
__________________________________
MS : semoga berjaya dalam hidup..terima kasih jugak kepada cikgu fizik penulis, Cikgu Raja Aznor (SMK SG Burong)
Saturday, March 19, 2011
terima kasih
situasi di petang hari...
"kau rasa berbaloi tak datang kali ni?..."
"eerr...eeaa...err yea..."
...
akhirnya hilang jugak huruf C dan B
pemulis: terima kasih ...
Friday, March 11, 2011
lesen P 1Malaysia vs lesen P Jepun
Monday, March 7, 2011
beberapa gambar dari langit
2/3/2011. NIKON D3000, ISO 1600, exposure time: 1/2 sec, f/stop: f/6.3, focal length 40mm |
bulan dan planet Zuhrah (Venus)
7/3/2011. NIKON D3000, ISO 1600, exposure time: 10 sec, f/stop: f/3.8, focal length 22mm |
nampak tak buruj Scorpio?
7/3/2011. NIKON D3000, ISO 1400, exposure time: 10sec, f/stop: f/3.8, focal length 22mm |
7/3/2011. NIKON D3000, ISO 1000, exposure time: 15sec, f/stop: f/3.8, focal length 20mm |
Saturday, March 5, 2011
USTAZ AMIRUL : SEMEMANGNYA SEKARANG DAH JADI USTAZ ASHRAF MUSLIM
dah le jambu, jd ustaz plak, mesti ramai orang bertambah suka.. |
meletop2 skg ngan cite ustaz amirul...
kalau dulu kua cite jadi ustaz gak yang boleh halau2 antoo n rawat2 orang dalam cite antoo tv3 tiap malam jumaat tapi aku tak layan cite tu...ustaz amirul pun tak layan...
ustaz yang bermuka jambu ni memang selalu diberi watak baik2 macam ustaz...
tapi penah gak belakon dalam teater Patung Kertas kalau tak silap..jadi auuwwww...heheh
tapi sekarang beliau dah betul2 jadi ustaz
dari belakon2 jadi ustaz n rawat orang
last2 terjun jadi betul2 ...
ustaz perubatan islam Syifa al-Hidayah
(ni masa tgk Akademi Al Quran leni tau..)
---------------------petikan dari kosmo----------------
Ashraf cuma guna al-Quran
Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my
ikhwan.ideris@kosmo.com.my
JIKA dahulu dia hanya melakonkan watak ustaz penghalau hantu dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Ashraf Muslim, 29, kini bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam.
Ashraf mengubat pelbagai jenis penyakit sama ada berbentuk fizikal seperti sakit jantung mahupun penyakit spiritual yang melibatkan gangguan makhluk halus.
Kru Jurnal berpeluang melihat sendiri Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.
Menyaksikan sendiri jumlah pesakit yang datang, ternyata Ashraf tidak main-main.
Pengunjung terdiri daripada semua peringkat usia. Mereka datang dari seluruh negara termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Ada juga yang sanggup bermalam di ibu negara sama ada di hotel mahupun rumah saudara-mara asalkan mendapat rawatan di situ.
Difahamkan, proses rawatan itu bermula selepas Isyak sehingga pukul 3 pagi.
Mengimbas kembali transformasi dirinya daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.
Hijrah
“Ia satu penghijrahan diri, semua orang kena lalui. Proses perubahan itulah yang menjadikan saya lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan betul.
“Sebelum ini memang saya ada duit, kerja, kereta, rumah dan kawan-kawan. Bagaimanapun, hati saya terasa kosong.
“Sampailah saya berjumpa pengasas pusat perubatan ini, Haji Lokman. Dia kata, Ashraf, pergi dekatkan diri dengan Tuhan.
“Caranya, saya sembahyang sunat taubat, sunat hajat dan pergi menunaikan umrah.
“Balik daripada umrah, saya rasa gembira dan lega. Perjalanan hidup pun semakin tenteram manakala rezeki bertambah hingga sekarang,” katanya.
Ashraf mula berkenalan dengan Haji Lokman Abdul Hamid ketika membawa seorang adiknya berubat di situ.
Haji Lokman juga ialah orang yang bertanggungjawab mengajar Ashraf ilmu perubatan Islam dan membuka Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.
Menurut Ashraf, rawatan yang diberikan adalah menggunakan ayat-ayat al-Quran tanpa sebarang perantaraan mahupun khidmat daripada makhluk halus.
Selepas berubat, pesakit akan diberikan ayat-ayat daripada surah tertentu untuk diamalkan, yang berfungsi sebagai penawar penyakit.
Orang ramai datang untuk mendapatkan rawatan bagi pelbagai jenis penyakit.
Daripada yang menderita penyakit kronik hinggalah sekadar meminta air penerang hati.
“Namun, yang ada hanyalah ayat penerang hati, air penerang hati tidak ada.
“Semasa merawat, al-Quran kita mesti baca, baru kita ingat kepada Allah. Paling penting adalah doa.
“Air tidak penting, ia sekadar syarat. Kebiasaannya orang Melayu nak ada air, jadi kita bagi air, tapi baca al-Quran lagi penting.
“Kalau air dah habis tidak menjadi masalah sebab yang menjadi ubat ialah ayat al-Quran, bukan air.
“Sebagai contoh, untuk sakit tulang seperti artritis, surah yang perlu dibaca ialah surah Qaf dari ayat 16 hingga ayat 45. Selepas baca kita berdoa pada Allah mohon apa yang dihajati,” katanya.
Berlakon
Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) dan anak kelahiran Teluk Mas, Melaka ini berpendapat perubatan Islam bukan untuk golongan ustaz semata-mata.
“Sebenarnya Tuhan tengok hati. Haji Lokman pun latar belakangnya bukan seorang ustaz, sebaliknya dia seorang ahli korporat. Dia berhenti kerja semata-mata untuk kerja ini (mengubat).
“Kerja ini untuk semua orang, tapi hati kenalah ikhlas. Saya juga manusia biasa.
“Yang penting, solat lima waktu jangan tinggal, buat perkara wajib, tinggalkan perkara yang dilarang,” katanya.
Kini, Ashraf fokus dengan pilihannya biarpun terpaksa melupakan karier lakonannya buat seketika.
“Berlakon itu bila-bila masa pun boleh. Sebelum ini saya buat dua-dua (berlakon dan mengubat). Tapi kadang-kadang kita perlu fokus pada satu-satu perkara,” katanya.
PM 1MALAYSIA vs PM IRAN
cuba bandingkan dua gambar ini...
pm iran, Ahmadinejad bermain bola sepak |
pm 1malaysia, Najib TR "bermain bola" |
kredit kepada http://sokernet.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)