Friday, December 31, 2010

ambigram ke 8 - amphivian, KTDI UPM


floor lame lagi dikenang...inikan pula tempat paling best kat KTDI. tapi sekarang mane ada lagi 2nd Mawar@ Amphivian. tu semua Sejarah Malaysia aje. (penulis antara rakyat2 terakhir sebelum penyatuan floor berlaku)

kolej paling best kat UPM (perhatikan huruf T, ada kesilapan sket sebab dia jadi macam R)

perhatikan 2 gambar ini.. yang pertama, T tu kurang tepat, semacam R, jadi diubah sket spy tidak keliru.

Thursday, December 30, 2010

ambigram ke 7

symbiotogram- 2 in 1, 2 perkataan dalam satu perkataan?


Malaysia Menang, kita cuti...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

ambigram ke-6


kadang2 ada idea, kdg2 entah hape2

Wednesday, December 29, 2010

AMBIGRAM KE 5 = Symbiotogram; 2 IN 1

teori relativiti dalam ambigram.  pada masa yang sama, tafsiran berbeza wujud dalam sudut pandangan yang berlainan.

Sunday, December 26, 2010

AMBIGRAM KE 4




design yang paling di"banggakan" setakat ini. hanya guna kertas dan pen untuk dapat idea. platform melukis guna MS Paint and Adobe Photoshop CS ( kentang betul , orang dah CS5 skg)
 

Saturday, December 25, 2010

penulis : kalau bersedih hati?

                                                dia          : jangan bersedih hati
                                               penulis    : kalau bersedih hati?
                                               dia          : makan hati

tahun baru beberapa hari lagi
penuh dengan azam untuk buku baru
ada ke?

hari isnin dah kene gi sekolah
dari darjah satu sampai sekarang
mebi sampai mati
asik kene gi sekolah
itulah kehidupan

dan tahun baru juga
ada beberapa perkara yang ingin dilaksanakan
...

ada yang realiti, ada yang berbentuk siti di alam fantasi

kadang2 apa yang akan dibuat semacam tak terjangkau dek akal
betul ke aku akan wat camni???

betul...insya Allah akan penulis laksanakan janji yang dah di kata
inilah naked to school  tekad penulis untuk mengembirakan diri sendiri
walaupun gembira itu hanya imej aje...

tunggulah waktu berganjak
walaupun penulis sendiri tak suka waktu berganjak
lebih suka jika detik ini berhenti atau berpatah kembali

berganjaknya waktu cume satu yang gembira
ASB boleh dituai...
horeyyy...
cume kali ini dipetik dengan kelainan dan keistimewaan
siapa sangka dalam seumur hidup
akan buat macam ini


apa pun yang akan dilaksanakan
akhirnya diri ini tetap akan sendirian di sini
....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani)

Friday, December 24, 2010

HARI INI HARI JUMAAT...

hari ini hari jumaat hari akhir aku di sini ...

Tuesday, December 21, 2010

PULANGAN SAHAM ASB 2010

tadi baru umum kat berita
cube banding sejak ia dilancarkan





YearDividend (%)Bonus (%)Total (%)
19908.006.0014.00
19918.504.0012.50
19927.505.0012.50
19939.004.5013.50
19949.004.5013.50
199510.003.0013.00
199610.253.0013.25
199710.251.2511.50
19988.002.5010.50
199910.501.5012.00
20009.752.0011.75
20017.003.0010.00
20027.002.009.00
20037.252.009.25
20047.252.009.25
20057.251.759.00
20067.301.258.55
20078.001.009.00
20087.001.758.75
20097.301.258.55
20107.50             
1.25
8.75








ai nape dulu tinggi, skg ni skema je nombornya???

++ms : harga gula makin naik, petrol pun naik, result PMR pun naik,  ASB ni menurun la plak (yg pengguna  kene beli makin naik, yang dorang kene keluarkan tak le naik... cengkelat btol)

WAN AINUDDIN DAN DR AHMAD NAINA~ GAYA BACAAN YANG SAMA

salah satu hobi penulis
dengar bacaan qari pastu tgk dia tiru macam sape...

banyak qari malaysia dan seluruh dunia mengambil gaya bacaan qari2 Mesir yang mukhtabar seperti Mustafa Ismail, Abdul Basith, Sayed Mutawalli, Mustafa Galwash dan sebagainya

contohnya Yahya Che Daud dan Datuk Ahmad Faizul banyak mengambil gaya Mustafa Ismail

Ust Radzi Kamarul Hilan mengambil gaya Dr Ahmad Naina dan Abul Ainyn Shaiesha'

cuba tgk johan kebangsaan 2010 ni.
beliau mengambil penuh bacaan Dr Ahmad Naina.
sama2 hebat



yang disayangi pergi jua


pelik gak ngan istilah dari pemberita RTM

"kemalangan sakaratul maut "
tapi sebenarnye tak le pelik pun.
cuma tinggi dari segi nilai bahasanya
takziah kepada keluarga mangsa kemalangan di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai
semua yang idup kan menemui Pencipta
yang disayang pergi juga

tapi:
salah satu yang disayangi manusia
juga penulis
duit!!!


"jikalau kamu sayang pada sesuatu maka lepaskanlah ia pergi.."

cakap memang senang...sapa2 boleh cakap
realisasi tentulah sukar sekali

.....
dan hanya jika:
sayang2 duit dibelanjakan...
membayar apa yang wajib, sunat atau harus dikeluarkan
RM RM...aduh!!! terbang tinggi2 engkau menjauh...
betullah kate Rasulullah SAw ni:

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
 
                                                                                                       Riwayat al-Baihaqi




sayang pada duit untuk orang
macam mane plak sayang pada orang???

Sunday, December 19, 2010

AMBIGRAM KE 3

HAKIM...kalau pusing 180 darjah jadi ape?

Friday, December 17, 2010

AKU MENANG RM 20 000.00....horeyyy VS AMBIGRAM KE 2

YOUR NUMBER 0172458xxx
TLAH BERJAYA CABUTAN BERTUAH
RM 20 000.00 -
BY POWER ROOT
.
.
.

SILA CALL OFFICE...BLA..BLA

fuc* y** la!!!!! (wowow ...!!!)

takde jadahnye aku menag
tah bile aku masuk contez akar kuat tu
minum air tin dia ada le
penipu punya orang

AMBIGRAM...mebi ada kelebihan tersendiri tanpa belajar..jenis main cube-cubi
penulis dah dapat sedikit rentak untuk tulis ambigram ni
just budak baru belajar
kalau salah tolong jolokkan perbetulkan

ambigram ni ada macam2 nama lain:

'vertical palindromes' (1965) [1], 'designatures' (1979) [2], and 'inversions' (1980) [3] and 'FlipScript' (a brand name) (wikipedia)

baru pandai jenis rotational ambigram
ada banyak jenis lagi, macam mirror- image, figure ground, chain, space filling, spinonym, factral,  3-dimension, perceptual shift, natural, symbiotogram dan multi-lingual.


ambigram ke 2 ini seperti yang pertama, jenis rotational ambigram....tah camne aku leh dapat idea nak wat lepas masuk blog AWANG PURBA ni.

Thursday, December 16, 2010

Ujian & Peperiksaan akhir di dunia

henset menjerit2 pagi tadi; macam biasa suh penulis bangun
tapi biaselah, menjerit sekali, pegang enset tanpa lihat n tekan apa yang patut...
senyap....
seketika berbunyi lagi...telefon..!!telefon berbunyi..
2 3 kali berlaku sampailah capaian yang keberapa belek2 tgk..ey ada mesej pepagi bute ni?

"ayah kepada nasz baru je meninggal dunia.."

innalillah....
takziah dari penulis...

dah lame penulis terfikir...tapi berita sebentar tadi mengembalikan fikiran yang dulu...

masa sekolah kita selalu menghadapi ujian dan peperiksaan...masuk matrik pun sama, masuk u pun sama..
nak keje pun kene amek ujian...
itu ujian berbentuk formal
dalam kehidupan pun ada lagi ujian
banyak penuh dengan ujian

kalau ujian atau peperiksaan kat sekolah
cikgu akan bagi tau dulu ape yang keluar
kalau spm plak macam2 solan spot
kekadang ujian percubaan pun cikgu yang bocorkan....hai camne integriti ni???

kalau u lagi syok, ujian... soalan dah bagi
bukan takat soalan, jawapan sekali
pensyarah bagi tau soalan ke berapa dan jawapannya
tugas student ialah paham dan hafal

tapi ada juga yang ujian sampai 3 kali hampir satu kuliah fail
senang cite satu kuliah fail..3 kali re test beb...
coz soalan keluar "macam tak pernah belajar"
suasana bile fizik dah sampai pada satu tahap "orang2 tertentu je paham" atau "pensyarah je yang paham"..
itulah alasan student....memang banyak alasan

ujian-ujian di atas di alert terlebih dahulu
means ada persediaan yang cukup (kalu cukup)
amek ujian fail ke idak kekadang same aje bagi sesetengah orang

ape sebenarnye cite penulis yang panjang lebar ni pasal ujian???
pernahkah kita terfikir?
tengah duduk2 rilek, seseorang datang..
" bro, jumaat ni last ko hidup, prepare la ape yang patut...!"

Sahih International
Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion.

itulah yang selalu orang kata buang tebiat ...
tapi ujian ini adalah ujian yang terbesar masa hidup bagi penulis..
coz masuk ujian confirm terpisah jasad dari badan dan akan berpindah ke alam yang lebih mencabar
tetambah dosa banyak =(

300 pukulan pedang

bersunat pun dah separuh ngeri
kene rotan penjara dah separuh mati
300 pukulan pedang
bahkan 1000 pedang (hadith ini daif, jadi tak perlu dilampirkan)
kenapa ujian ini sangat ngeri!!!?

cube amati lirik lagu hattan ini...

Rendang Tak Berbuah

Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisimu

Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya

Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Tanda penyesalan

Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam
 
semua yang bernyawa pasti akan merasa mati..
carilah bekal amal dan bakti
hidup pasti diberkati Ilahi

Wednesday, December 15, 2010

AMBIGRAM

nampaknya dengan hanya menggunakan Cat dan KedaiGambar penulis berjaya melakar ambigram pertama. pusing 180 darjah tetap sama perkataaannya...percubaan pertama aizat penulis not too bad la...

warna yang berbeza nak tunjuk bahawa walaupun ia dipusing 180  darjah ia tetap perkataan yang sama...!!!

Saturday, December 11, 2010

Hujan meteor Geminids (meteor shower) 14/15 Dis ni!!!

dari 7 - 17 Dis ni ada something menarik kat langit
ada hujan meteor Geminids (maksudnya sekitar buruj Gemini (burj al-jawza'a = برج الجوزاء))

tapi kemuncaknya pada malam 14 dis jam 10 malam.
sekitar llebih 120 "hujan akan turun"
tu pun kalau anda dok kat kg
pasal atmosferanya masih sedikit bersih dan kurang light polution
tapi sepanjang malam boleh lihat sampailah fajar menyinsing.
(elok juga wat qiamullail..heeeee)
dia turun macam hujan@ shower tapi anda tak leh mandi dengannya..hehe

kalau terlepas malam tu jangan bersedih
sekali lagi diumumkan
dari 7 - 17 Dis ni ada something menarik kat langit
ada hujan meteor Geminids (maksudnya sekitar buruj Gemini)
mane buruj bemini pun aku tak berape cam tapi cube pandang2 sebelah timur.
ni peta langit jam 11.30 mlm. tgk belah timur, fokus pada buruj gemini. hai mintak2 le mlm tu tak berawan. bagi orang macam penulis yang tak berape kenal buruj Gemini, cube cari buruj Orion@Belantik; kat atas "tangan yang pegang pemukul" tu akan ada buruj Gemini. nak besar gambar, klik kt gambar tu
ingat balik pelajaran sains sek rendah. Orion Si Pemburu (tapi belantik tu sebenarnya perangkap tikus?!)
cube tengok kat atas bintang Betelgeuse ada dua cabang ; kat atas lagi tulah buruj Gemini. Orion ni senang nak ditek pasal jelas kat langit. tambah pula dengan 3 bintang sederet; Alnitak, Alnilam dan Mintaka (sedap la plak nama bintang ni, macam bahasa arab tapi memang pun dia amek dari bahasa arab. betelgeuse pun dari bahasa arab gak)

jadi
cari kawasan lapang (kalau boleh)
pastu pastikan sekitarnya gelap
sediakan tikar untuk baring
tilam sekali ke dengan bantal, cadar, selimut, katil, kelambu, pewangi
cikedis sket
supaya jelas

kalau ada teleskop
usha2 le bulan pada malam tersebut
sebelah bulan ada bintang yang terang
itu bukan bintang tapi planet Jupiter@ Musytari





ms = masa sek men dulu rajin g surau sesubuh. masa tu ternampak beberapa meteor melintas langit. memang rasa berdegup2...cam takut pun  ada
________________________________________________________
credit :
  1. http://astromas2020.blogspot.com/2010/12/hujan-meteor-geminids-1415-disember-ini.html
  2. http://www.spacedex.com/geminids/
  3. http://mirathenaselena.wordpress.com/2010/06/01/kisah-di-balik-rasi-bintang/
  4. wikipedia 
  5. youtube

USTAZ RADZI DAN DR AHMAD NAI'NA - BURDAH SEAKAN SAMA?

Cuba dengar bacaan dengan tarannum nahawand 2 qari ni , burdahnya seakan same.

Friday, December 10, 2010

GOLDEN RATIO; Miracle of Kaabah (NISBAH KEEMASAN KAABAH ?)

sebelum kita tonton video ni cuba kita blaja sket ape itu nisbah keemasan (golden ratio)

bahagian yang paling panjang a dibahagi dengan yang pendek b akan memberi nilai yang sama jika a + b dibahagi dengan b dengan suatu nilai malar
 \frac{a+b}{a} = \frac{a}{b} \equiv \varphi\,.
φ (phi) adalah simbol bagi nisbah keemasan sebagai pemalar (constant) 1.6180339887...


ia merupakan suatu misteri dalam alam ini kerana nisbah keemasan bukan hanya melibatkan matematik tetapi biologi, geografi, arkitek, seni lukis,muzik,  anggota badan dan sebagainya







Mario Livio pernah berkata lebih kurang macam ni , Nisbah Keemasan telah memberi satu inspirasi kepada pemikir dalam semua disiplin ilmu bahawa tiada nombor yang pernah wujud macam nombor ini (unik, misteri, pelik) dalam sejarah matematik.







contohnya




THE LAST SUPPER - minum malam terakhir Jesus
Christ sebelum di"salib"

De Divina Proportione
Great Mosque of Kairouan

Music for Strings, Percussion and Celesta



The Parthenon


Monalisa

Fibonacci spiral





tubuh badan








video ini akan membongkar bagaimana kaitannya Mekah (Kaabah) dengan Nisbah Keemasan.
 _________________________________________

Wednesday, December 8, 2010

13 MOST TOXIC FOOD with funny song

lets sing a song together with this 13 most toxic foods

 

peaches (pich)
apples (epal)
sweet bell papers (lada benggala)
celery (saderi - makan yang amat baik untuk lelaki;yang boleh meningkatkan rangsangan s**s kerana daun saderi mengandungi sebatian androstron)
nectarines
cherries (ceri - mengubat sakit rematik, mengurangkan radang tenggorokan dan antioksidan)
potatoes (biar kentang!!)
pear
lettuces (salad)
grapes (anggur)
strawberies
tomatoes (tomato - buah tomato dengan sayur tomato adalah berbeza?! ya memang berbeza!!!)
spinach (bayam)

untuk sayur2 berdaun, jangan beli yang cantik sangat atau yang gemuk2. beli yang di makan ulat, berlubang2 tapi masih segar(kadang2 tak jugak, sebab dah selalu pakai racun, serangga ni dah jadi kebal!!!)

kalu tomato pulak memang pakai banyak racun, jadi berhati2 bila beli, jangan beli kalau ada serbuk2 putih pada buah itu; racun serbuk!!

Monday, December 6, 2010

mari betulkan kefahaman kita tentang = CRITICAL ANGLE dan FORMULANYA

memula semua tahu dan belajar kat sekolah, Snell's Law (also known as Descartes' law, the Snell–Descartes law, and the law of refraction)

   sin  i    = constant, n
 sin r                    
(n; refractive index)

dan kita tahu nak cari index biasan yang kita belajar kat sekolah dari udara ke medium. maksudnya, angle i adalah dalam udara, dam angle r dalam medium.

mari kita kenal ape itu critiCal angle (sudut genting highland)
critical angle berlaku apabila angle of reflection = 90 degree
ni semua tahu
figure 1
dan juga, semua maklum, untuk buat experiment mencari sudut genting, mesti SINAR CAHAYA DARI MEDIUM MACAM BONGKAH KACA (SELALUNYA GUNA YANG SEMICIRCLE)

ini bermaksud sinar tuju, incident ray dengan angle i adalah dari dalam kaca. anda perasan tak pada penerbitan formula n= 1 / sin c semacam pelik (ini yang anda belajar di sekolah)

figure 2. kenapa saya kata pelik?
 lihat di sini, kalau anda guna formula n = sin i / sin r ,

sepatutnya i = c

r = 90

n = sin c / sin 90  , where sin 90 = 1

n = sin c !!!

ini yang menjadi masalahnya bila kita guna formula , n = sin i / sin r , bila semua ingat angle i = incident angle dan angle r = refracted ray

ia hanya berlaku bila i dalam udara dan r dalam medium. kalau dalam kes di atas, kene terbalikkan seolah2 sudut 90 itu adalah incident angle dan sebaliknya.

kalau yang faham ok, kalau yang keliru camne?
camne ni?????

sebenarnya formula n = sin i / sin r  bagi penulis tak berapa tepat, kadang2 memerangkap... lebih aman jika guna formula sebegini

\frac{\sin\theta_1}{\sin\theta_2} = \frac{v_1}{v_2} = \frac{n_2}{n_1}
anda boleh guna pasangan dengan v (speed of light ) atau   n
 n_1\sin\theta_1 = n_2\sin\theta_2 \,
ok, gunakan yang ini lebih baik

kenapa? anda boleh gunakannya dalam apa2 pasangan medium, tak semestinya dengan udara.

figure 3
sebagai contoh jika  θ1 adalah sudut dalam udara, dan n1 adalah refractive index bagi udara ( n1 = 1. 000 293 = 1.00), maka, 


 n_1\sin\theta_1 = n_2\sin\theta_2 \,



( 1) sin  θ1 = n2 sin θ2


sin  θ1 / sin θ2 = n




dari sinilah kita dapat formula  n = sin i / sin r




















bagaimana pula bile kisah pasal critical angle dengan menggunakan rumus di atas???

sekarang kita kita pilih je mana2  θ1 atau θ2  yang akan jadi incident angle.
katakan  θ2  menjadi incident ray (cuba rujuk figure 3 di atas) , maka bila critical angle berlaku, incident angle,  θ2 = c

dan, katakan  θ1  ialah 90, maka n1  ialah 1.00 (pasal udara)

θ2 = c
θ1 = 90
n1  =1.00

subtitute dalam
 n_1\sin\theta_1 = n_2\sin\theta_2 \,




kita akan dapat

(1.00 ) sin 90 = n2 sin c

1 = n2 sin c

atau

1/ sin c = n

barulah sama dengan formula    1/ sin c = n


c.s = setelah penulis baca balik, penulis semacam pening jgk dengan ape yang penulis tulis. mebi perlukan "cok n tok"
 _____________________
credit = wikipedia , Serway, Jewett- Physics for Scientist and Engineers, pembuat slaid dll

Sunday, December 5, 2010

cuba jagung header makeover

cuba jagung ~ CONTEST NAK MENANG BLOG HEADER MAKEOVER!

klik2
 best gak kalau dimakeover belog sendiri. walau ape pun bersyukurlah dengan apa yang ada....
  231  الحمد لله  syukur


mari reramai join cuba jagung ni untuk meng-makeover-kan belog2 anda

Thursday, December 2, 2010

fizik, kimia dan biologi...

fizik, pasangannya metafizik (klik)
mana ada metakimia ke metabiologi
kalau ilmu fizik itu sudah tinggi, ilmu metafizik sudah tentu lagi tinggi

metafizik
dari perkataan Greek
meta = melampaui, sebalik
fizik = alam yang boleh dicerap
metafizik = alam di sebalik alam cerapan
Mat Rofa Ismail, Falsafah Sains

kimia, chemistry...
kalau kita serasi dengan seseorang tu atau
awek ke (hehe ade ke???)
atau sahabat karib ke (yang ni sure ada)
jadi kita kata ada  kimia (ada chemistry !!!)

kimia berasal daripada perkataan Arab ‘al-kimiya’
istilah chemistry banyak diperdebatkan. klik di sini

biologi...ape yang berkaitan ngan biology??? 
.
.
.
.
.
.
.
.
entahlah 

786 الحمد لله syukur...dapat bonus

cerita pertama
sebenarnya dua kali kejutan (tak le tekejut sangat pun)..memula ari tu cucuk duit tengok2 ai...pesal banyak plak duit aku ni..gaji aritu baru je masuk...musykil gak disamping takut pakai2 pastu kene bayar balik kat beng pasai bukan duit kita...nak kata ada bisnes MLM atau skim cepat kayap  tak de la plak aku masuk... risik2 dengan beng barulah aku tau gaji dah masuk..heeeee

semalam, merayap2 jalan belog, ada satu belog tu kate RM500 dah masuk...horeyyy.
dalam tengah pokai jadi kaya la plak..
..dah kaye2 ni tak nk ajak aku datang ke??

cerita kedua
korang mesti pernah dengar lagu Alhamdulillah, bukan lagu Maher Zain atau lagu Opick dalam sinetron tapi Too Phat feat. Yassin feat Ahli Fiqir dan Dian Sastro... dalam lirik tu ada berbunyi

Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!

korang tau ke ape makna 786. dulu aku tertanya2 amende 786 ni. nape tak guna 111 ke 123 ke 999 ke? kombinasi nombor ni kedai mamak banyak guna.
sebenarnya 786 adalah ditujukan kepada بسم الله الرحمن الرحيم
bagaimana tu. setiap huruf hijaiyyah ada nilai.
selak muqaddam yang korang belajar ,dalam muka surat 24 selepas baris TAMMAT.
korang blaja start guna muqaddam ni ke idak?

tau kan bace muqaddam, camne yang dikatakan ada nilai tu? (baru sekarang aku perasan) cuba lihat, alif = 1, ba = 2, jim =3, dal = 4 .....


Cara pengiraanya : (berapa kali huruf didarab dengan nilai huruf)

ب (1 kali * 2 = 2)
س (1 kali * 60 = 60)
م (3 kali * 40 = 120)
ا (3 kali * 1 = 3)
ل (4 kali * 30 = 120)
ه (1 kali * 5 = 5)
ر (2 kali * 200 = 400)
ن (1 kali * 50 = 50)
ح (2 kali * 8 = 16)
ي (1 kali * 10 = 10)

Jumlahnya = 2+60+120+3+120+5+400+50+16+10 = 786.

kenapa guna 786 tak guna aje  بسم الله الرحمن الرحيم  ?
sejarahnye (wallahu a'lam) kat pakistan orang islam ni selalu tertindas, jadi supaya mereka yang sesama Islam kenal antara satu sama lain, rumah2 mereka tak le letak macam kita sekarang letak frame bismillah, tapi ganti no 786 letak depan rumah . no ini hanya difahami di kalangan mereka sahaja.mcm kod rahsia la
ada juga yang beralasan kalau tulis  بسم الله الرحمن الرحيم  nanti takut terpijak la atau dibuang la, jadi tulis nombor aje
dan macam2 lagi lah, cume penulis taknak ulas panjang2

tapi isu ini agak sensitif.
beberapa negeri seperti Johor mengeluarkan fatwa mengharamkan pengantian 786 dengan بسم الله الرحمن الرحيم  ( memang la tak patut)
carilah sumber2 yang lain mengenainya

Rasulullah SAW mengirim surat kepada Heraclius, Raja Romawi yang dibawa oleh Dihyah al Kalbi. Ia menyerahkannya kepada penguasa Bushra dan mengantarnya kepada Heraclius. Takde pun Baginda risau bagi surat ada tulis Bismillah pada orang bukan Islam. Takde plak Baginda tulis 786. Perkara ini semacam bid'ah. tulis lengkap ape salahnye kan?  teks lengkap surat di sini
sekarang ni sebuk plak yang non-Muslim guna ayat Quran dalam ceramah. bagi aku yang tak sebelah mana2 pihak,

PRO:
elok jugak mereka ini mendekati Islam. 


KONTRA:
main terjemah ikut sedap mulut, memula ok tapi lepas beberapa perkataan dia hantam sendiri ikut sedap rasa dia. ini yang tak patut dan patut ditegur. banyak Ustaz dah bersuara. Tuan Guru pulak dok bangga aje, takkan tak mau tegur pasal geng sendiri. tak best la macam ni Tuan Guru.

c.s = kalau ucap 786 takda pahala pun. sekadar nombor. kalau tambah satu angka lagi dah jadi nombor sejenis haiwan. selidik hujung pangkal, itu yang lebih utama...bukan main redah...cume penulis selalu kata dengan anak murid supaya jangan tulis بسم الله الرحمن الرحيم  atau yang berkaitan kat ketas exam pasal kekadang dorang buang macam tu aje.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails