Thursday, September 9, 2010

perjalanan dalam malam terakhir ramadhan kembali seperti dulu

pengumuman jumaat raya sedikit pun tidak mengembirakan aku (seperti para sahabat, bersedih meratapi pemergian ramadhan...tapi aku ada macam tu ke???)

baru lepas jam 1.27 pg di rnr seremban. baru makan mihun dengan teh ais...sepanjang perjalanan ini penuh dengan perasaan...

kenapa perkara dulu berulang kembali... kenapa aku yang dari jauh datang pulang begini...

"terasa seperti orang bodoh aje buka pose sorang2.."


"padan muka ko lah...mengada-ngada..." imej safarin dalam dimensi yang lain muncul

ramadhan dulu sekali lagi berulang.... kenapa mesti macam dulu...

"hahaha ape yang ko dapat...??? kecewa?sakit hati?...hahaha...!!" sekali lagi imej safarin itu gelak ketawa

"aku hanya menghargai....atau menyayangi...atau menyukai..."

"tapi ko hanya malukan dia.... ko terlalu pentingkan diri sendiri... "

"kau suka makan gula ...ko makan banyak2 gula itu, berdampingan dengannya selalu...apakah gula itu memberi kebaikan pada ko.... rosakkkan ko lagi ada...ko memang bodoh.." imej safarin memerli...sekali lagi terlalu sinis

"biarlah aku bodoh , biarlah gula merosakkan aku...tapi aku setia pada gula kerana gula memberi kemanisan dalam hidup aku.... ey...nanti...bg contoh gula, ko kata makan.., tu namanya khianat...tapi aku tak makan sahabat aku...ko yang bodoh imej safarin...!!!!" objek safarin berjaya menangkis serangan imejnya tapi...

akhirnya imej itu semakin diminised dan semakin menjauhi objek safarin hingga ke infiniti...almaklum buat ape bertelagah dengan objek sendiri...kawan2 akan kembali dari kubu rantaian....horey la dorang tu tempoh reman sebulan hampir berlalu...kawan2 kene rantai...imej safarin dalam cerminan nafsu bebas dalam dimensi ini...

maka berlalu lah malam yang hening itu dengan perasaan bercampur baur...

"yang keras terlalu keras...yang lembut terlalu lembut...bagai durian dan mentimun..."objek bermonolog tanpa imej

apakah ramadhan akan datang begini lagi...

dari jauh suara imej sayup-sayup kedengaran :
"...akan datang tiada lagi peristiwa ini...semuanya pasti berubah...sebab kau akan keseorangan...itu yang pasti.."

cuaca tetibe berubah menghiasi perjalanan...

selamat hari raya, 
maaf zahir batin...
halalkan makan minum...
aku pentingkan diri sendiri...
aku banyak bersalah....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails